- I'm back! FASTBACK™!!!


Rambozzi® kembali! 
Sentiasa dinanti! 
Bagai selebriti! 
*Setiap hari! 
Bangun pagi! 
Gosyok gigi! 
Minum kopi! 
Sapu Pixy
Pakai Estée
Suka hati! 
Senyum Preity
Ambik selfie
Hello Rambozzi®
Senyum lagi! 
Sampai pagi! 
(dan sila ulang kembali rangkap di atas bermula dari Setiap Hari! selama beberapa hari lagi hihihihihihi...).

Oraits! Itulah dia, lagu terkini dari artis paling digilai ramai masa kini, Rambozzi®! Yeah! Cool! Lagu itu bertajuk "Selfie Preity di Pagi Hari" yang dipetik dari album terbaru Rambozzi® - "Gosyok Gigi" - yang baru sahaja di'release'kan pagi tadi hehehehehehehehe... 'Release' kan? Ke 'relief'? 'Relief' selepas 'release'... Kot...

Ok. Kali ini Rambozzi® tidak akan menulis tentang 'woodworking'. Tetapi masih lagi berkenaan 'woodworking', cuma tiada sebarang projek 'woodworking' je la... Kali ini Rambozzi® akan menulis tentang 'hand tools' dan aksesori yang memang Rambozzi® gunakan di dalam 'woodworking' ini.

Oraits. Sebelum Rambozzi® teruskan tulisan ini, suka Rambozzi® nak 'highlight'kan di sini bahawa, Rambozzi® bukan 'woodworker' biasa. Rambozzi® adalah 'woodworker' yang sangat luar biasa. Rambozzi® adalah 'Your Woodworker'. Berbeza dengan 'woodworker' lain di bumi Malaysia ini, Rambozzi® tidak hanya 'woodworking'Rambozzi® juga adalah seorang 'blogger'. Dan blog ini adalah sebuah 'woodworking blog'.

Dan bila disebut perkataan 'a woodworking blog', maka, - nak tak nak, tak boleh tidak - Rambozzi® KENA menulis tentang 'woodworking'. Menulis tentang 'woodworking' di dalam sebuah 'woodworking blog' tidak semestinya berkisarkan teknik² pertukangan kayu sahaja. MESTI ADA, TAK BOLEH TAK DE, KENA ADA juga artikel² dan gambar² berkenaan dengan 'power tools', 'hand tools', jenama² terkenal di dalam bidang ini dan lain² hal yang berkaitan.

Jadi, so... Kali ini Rambozzi® akan menulis tentang beberapa produk dari jenama Milwaukee®, buatan U.S (rasanya la kot...), yang Rambozzi® miliki, dan yang terdapat di pasaran Malaysia ini.

Jika Bosch® menjadi pilihan Rambozzi® untuk 'power tools'Milwaukee® kini menjadi antara 'brand' kegemaran Rambozzi® untuk seleksi beberapa 'hand tools', selain dari beberapa lagi 'brand' seperti Irwin®, Stanley®, Kreg® dan lain².

Memandangkan tidak banyak produk Milwaukee® yang "berjaya" dibawa masuk ke Malaysia, maka Rambozzi® hanya berpeluang untuk "menyambar" beberapa produk yang ada sahaja. Antara produk Milwaukee® yang Rambozzi® "miliki" setakat ini adalah:- 

Milwaukee® Pouch Bag
Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure 
- dan yang terbaru Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife

Ok. Untuk Milwaukee® Pouch Bag tu, Rambozzi® tidak pasti mengenai "keasliannya" kerana model itu tidak Rambozzi® jumpai di dalam laman web rasmi Milwaukee®. Hehe... Jadi, Rambozzi® tidak akan menulis mengenai Milwaukee® Pouch Bag.


Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang tidak patut dicontohi, sebenarnya heh heh heh heh. Kerana Rambozzi® ini suka atau lebih tepat lagi "gilakan" 'power tools' dan 'hand tools' dari jenama² terkenal dunia hehehehehe peace! Dan bila Rambozzi® "gilakan" jenama² terkenal, maka Rambozzi® terpaksa menghabiskan wang ringgit dalam nilai yang agak tinggi semata² untuk kepuasan hati Rambozzi®. Hehehehehe peace lagi!

Cinta Rambozzi® ini sesuci embun pagi. Demi cinta ini, Rambozzi® sanggup berbuat apa sahaja untukmu, kasih. Demi cinta ini, Rambozzi® perlu ceriakan hati ini, agar ia dapat pula menerangi hatimu itu, cinta. (Jap jap Rambozzi® nak tutup mulut nak gelap jap...kih kih kih kih...) Jika hati ini ceria, maka ia akan menghasilkan baja² asli yang dapat Rambozzi® gunakan untuk membajai pepohon bunga di hatimu, 'sweetheart'. Dan ia akan berbunga... Bunga akan berkembang mekar, 'slowly' tapi terasa geli dan suka di hati... Hihi...

Ok dah dah dah! Jadi, 'so'. Tanpa membuang masa lagi - dengan senyuman sampai ke pipi - jom kita bercerita tentang 'woodworking' kali ini - ermmmm...


Oraits! Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure di atas adalah 'measuring tape' paling mahal dalam koleksi Rambozzi®. Ia adalah sepanjang 8 meter atau 26 kaki. Milwaukee®  mendakwa, ia adalah 'measuring tape' paling tahan lasak di dalam kelasnya. Beberapa ujian yang dijalankan membuktikan kekukuhan 'body' dan tali 'tape' itu sendiri. Tali 'tape' itu pula dilindungi oleh lapisan 'nylon' untuk lebih ketahanan. 


Selain dari 'lock button' untuk mengunci pergerakan tali 'tape' secara tetap, Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure mempunyai satu slot khas di bawahnya yang dipanggil 'finger stop' khusus untuk diletakkan jari telunjuk, dan menjadi fungsi penguncian ekspres (sila lihat gambar di atas). 'Finger stop' itu juga dilindungi oleh sebatang besi untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepada jari. Ohh! Jangan ketawa ya! Kerana ia memang berlaku. Kalau tak percaya, tanya Pidah. Pidah! Pidah! Mana si Pidah nie... Dah lama dia tak kacau Rambozzi® heh heh heh heh...

Fungsi 'finger stop' itu sebenarnya sangat mengujakan hati Rambozzi®! Kerana memang ada ketika, Rambozzi® jarang menggunakan 'lock button' pada mana² 'measuring tape' pun, kerana hendak cepat. Milwaukee® memahami perasaan hati 'woodworker' seperti Rambozzi® ini. Benar. Sungguh² Milwaukee® memahami hati Rambozzi® ini... Terima kasih Milwaukee® atas kesudianmu membuka pintu hatimu untuk Rambozzi®. Terima kasih Milwaukee® kerana memahami hati Rambozzi® ini. Terima kasih Milwaukee® kerana memahami cinta Rambozzi® ini. Dan terima kasih Milwaukee® kerana sudi menyintai Rambozzi® ini. 

Oh Milwaukee®
Aku cinta padamu laaaaa! 
'I love u so much...'
'I love U tadi...'
'I love U jap lagi...'
'I love U esok pagi...'
'I love U setiap hari...'


Di bahagian belakang Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure ini terdapat penyangkut yang memang berlainan daripada kebanyakan 'measuring tape' yang lain. 'Wire form belt clip' itu didakwa oleh Milwaukee® sebagai sangat "mesra pengguna", mudah disangkut dan dicabut dari tali pinggang dan tidak merosakkan tali pinggang. Aduhhh... Rambozzi® memang tak faham langsung la dengan pemikiran dan kepala otak omputih nie... Sampaikan hal² yang sekecil itu pun, diperincikan dengan sebaiknya oleh mereka. Ini tidak ada dalam budaya orang kita. Kan? Hasilnya memang sangat memuaskan hati pembeli dan pengguna. Nilai positif itulah yang cuba Rambozzi® terapkan di dalam hasil² kerja 'woodworking' Rambozzi®......


Selain daripada itu, Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure ini juga boleh "berdiri"...

Ok. Itu mengarut. Haha. Haha. Haha. Haha. Haha. Haha.


Ok. Dan yang terakhir, 'magnetic hook' pada hujung 'measuring tape' ini. Memang sangat berbeza dengan yang biasa kita lihat kan.....? Ia dipanggil '360 degree hook attachment'. Cool eh?

Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure ini adalah "kesayangan" Rambozzi®. Walaupun 'studio' kecil Rambozzi® ini "dikelilingi" oleh "ramai" tali² 'tape' yang "cantik", "ayu", "seksi", "mempesonakan", dan boleh "menggoyang" cinta Rambozzi® ini, tidak ada satu pun yang mampu menandingi "kejelitaanmu", kasih... 'Oh! I love u so much...' Dengan sesungguh² hati ini.....


Tali² 'tape' di atas adalah antara koleksi peribadi Rambozzi® setakat ini. Tidak banyak yang hendak Rambozzi® perkatakan tentang mereka. Rambozzi® tidak "tergoyang" dengan "keseksian²" itu. Rambozzi® ada Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure. Kan...


Oraits! Aduh penatnya menulis... Citer pasal tali 'tape' je tu, bro! Hahahahahaha! Best! Best! Rambozzi® suka menulis di blog ini. Rambozzi® suka blog ini.

Ok. Seterusnya adalah 'utility knife' paling cantik pernah Rambozzi® miliki. Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife di atas adalah 'utility knife' kesayangan Rambozzi®. Ok! Seperti biasa, hanya model itu sahaja yang ada dalam pasaran MalaysiaMilwaukee® FASTBACK™ II memang Rambozzi® tak jumpa lagi. Apatah lagi Milwaukee® FASTBACK™ III yang akan di'release'kan tidak berapa lama lagi di U.S.

'Actually'nya, hanya ada satu perbezaan sahaja di antara ketiga² versi untuk Milwaukee® FASTBACK™ ini. Versi II dan III memiliki satu slot khas untuk menyimpan mata pisau tambahan di dalamnya. Itu sahaja. Jadi, Rambozzi® rasa, itu bukan sesuatu yang kritikal yang bisa mengecewakan hati Rambozzi® kalau tidak dapat memilikinya. Tapi, kalau ada kat Malaysia, Rambozzi® akan beli! Yay! Yeah! Oohhhh! Cool! Heh heh heh heh...


'Design' Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife ini sekali lagi telah membuatkan "jiwa" Rambozzi® meracau-kacau-bilau-hanyut-ke-laut. Pertama kali Rambozzi® terjumpa ia di dalam sebuah laman web tempatan, Rambozzi® dah tak tunggu lama. Terus Rambozzi® 'order' laaaaaaaaa! Aaaaaaaa! Hahahahahaha! Seronotnya! Hahahahahahaha!

Aduh... Rambozzi® tak nak cerita panjang² sangat pasal "bende" nie. Sebab, susah nak di'describe'kan rasa "kecintaan" Rambozzi® ini kepadanya. Cinta yang sesuci dan seikhlas ini tidak akan dapat diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan. Ia hanya dapat disampaikan melalui perasaan... Hmmmmmmm... Sekali lagi, 'I love U so much...'. 'I love U...'

'Design' yang sangat menarik dengan saiz yang sangat sesuai dengan tangan Rambozzi®. "Muat² tangan" Rambozzi® ni je. Tau? Kemas. Tau? Cantik. Tau? Rambozzi® suka sangat. Tau?

Oraits! Antara ciri istimewa yang terdapat pada Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife ini adalah:-


- 'Press-and-flip operation' - hanya tekan butang hitam tersebut dan 'flip' - dan pisau akan terkeluar (sila lihat gambar di atas).
- 'Tool-free blade change' - mudah dan cepat untuk menukar mata pisau.
- 'Durable all-metal body' - 'All-metal', bro. Faham² je la...
- 'Wire stripper' - ada slot untuk memotong dawai, tali tanpa perlu mengeluarkan pisau dari sarungnya.


Dan seperti Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure tadi, 'wire-form belt clip' di bahagian belakangnya akan memudahkan ia untuk disangkut dan dicabut dari tali pinggang. Dan tidak merosakkan tali pinggang.


Hehehehehehehe... Rambozzi® pun tak tahu ngape Rambozzi® beli semua 'utility knife' kat atas tu. Rambozzi® pun tak tahu bila Rambozzi® akan menggunakan setiap satu dari kesemua pisau² itu. Hehehehehehehe... Tapi Rambozzi® 'happy' sangat. Hehehehehehehe...
Dan seperti Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure tadi, kesemua 'utility knife' di atas telah "tewas" kepada "kejelitaan" Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife itu... Sekali lagi - dari dalam hati ini - 'I love U... So much...'

Oraits! Tamatlah kisah Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure dan Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife itu heh heh heh heh... 

Dan seperti yang selalu Rambozzi® nyatakan di dalam blog ini,

"I am Rambozzi®"
"I am Your Woodworker"
"i-woodworking with Style"
"i-woodworking with Heart"
"i-woodworking with Love"



4 Comments

  1. Ramainya tali tape bro...... Utility knife laaaaagi ramai.... Haha.....
    :mirul:

    ReplyDelete
  2. cer sambar milwaukee m12 ato m18 cordless drill die..mmg lg bes dan power dr bosch..(pengalaman diri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk power tools, Rambozzi akan setia dgn Bosch. Bosch bkn yg terbaik, cuma Rambozzi mmg gilakan Bosch hehehe.. . Apa2 pun terima kasih atas perkongsian pengalaman tu bro Shahrul. Dan terima kasih kerana sudi melawat blog Rambozzi ni...

      Delete