- Rambozzi® Jigsaw Table (the 2nd)


Oraits. Projek Rak Tudung Yanti (masih dalam proses pada saat ini, belum siap daa... eh apa daaa...) betul² mencabar Rambozzi®. Projek itu mencabar kemahiran amatur Rambozzi® ini menggunakan 'jigsaw'. Jika sebelum ini Rambozzi® hanya menggunakan 'jigsaw' untuk membuat potongan secara kasar dan 'express' sahaja, kini Rambozzi® terpaksa "menaiktarafkan" kemahiran Rambozzi® ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Dunia "woodworking" Rambozzi® kini semakin menarik, sekurang²nya untuk Rambozzi® sendiri.

'Control' atau kawalan menjadi sesuatu yang sangat penting buat Rambozzi®, dewasa ini (perghhh!!! dia punye bahasa..). Untuk mengawal sebuah mesin "liar" seperti 'jigsaw', bukanlah kemahiran Rambozzi®. 'Jigsaw' bagi Rambozzi®, adalah agak sukar untuk dikawal; sama ada untuk potongan lurus atau berbentuk lengkungan. 'Express jigsaw table' pertama yang Rambozzi® buat di dalam projek Rak Tudung Yanti , telah Rambozzi® 'upgrade'kan. Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® akan ceritakan serba sedikit mengenai 'jigsaw table'.

Oraits. Ini adalah 'jigsaw table' kedua yang Rambozzi® buat. Ia digunakan buat pertama kalinya di dalam projek Rak Tudung Yanti.

Jadi, so. Tanpa membuang masa lagi, jom mulakan "sedikit" 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Jigsaw Table (the 2nd).


'Jigsaw' milik Rambozzi®  di atas adalah model Bosch® Jigsaw GST 25 M.


Pertama sekali, Rambozzi® tebuk beberapa lubang pada tapak 'jigsaw' ini. Lubang² itu adalah untuk dimasukkan skru supaya 'jigsaw' ini boleh dilekatkan ke 'jigsaw table' nanti.


Kemudian Rambozzi® lekatkan 3 keping kayu menjadi permukaan seperti di atas. Rambozzi® memang tidak bercadang untuk membuat sebuah meja yang khusus untuk 'jigsaw' itu. Ini kerana Rambozzi® akan hanya 'clamp'kan sahaja ia ke 'workbench' Rambozzi®. 'Jigsaw' yang diskrukan ke 'jigsaw table' itu akan diletakkan di antara 2 kayu pada 'workbench'. Cukup ringkas, tetapi Rambozzi® merasakan ia sudah cukup untuk keperluan kerja Rambozzi®, buat masa ini.


Pada 'jigsaw table' itu juga Rambozzi® tebuk beberapa lubang untuk dimasukkan skru. Rambozzi® masukkan juga 'washer' ke dalam lubang² itu kerana kayu itu agak lembut. Rambozzi® juga menebuk satu lubang untuk dimasukkan mata 'jigsaw' nanti. Dan Rambozzi® potong satu garisan lurus dengan tujuan, dengan harapan; 

- agar mata 'jigsaw' itu nanti tegak 90°,
- berfungsi sebagai 'zero clearance' dan mengurangkan pecahan pada kayu yang dipotong,
- mengurangkan goyangan mata 'jigsaw' yang keterlaluan terutamanya jika menggunakan 'pendulum action mode' pada 'jigsaw'.


Rambozzi® skrukan 'jigsaw' ke 'jigsaw table' dengan menggunakan skru dan nat.


Dan Rambozzi® letakkan 'jigsaw' itu di bahagian bawah, di antara 2 kayu pada 'workbench'.


Dan 'clamp'kan ia ke 'workbench'. Siap! Sangat ringkas dan mudah!


Ok. Tujuan Rambozzi® membiarkan kayu di bahagian tengah 'jigsaw table' itu panjang adalah supaya ia boleh digunakan untuk memotong atau membentuk lengkungan pada kayu yang lebih panjang. Itu hanyalah sedikit 'idea' Rambozzi® sahaja. Jika satu hari nanti 'idea' itu sudah tidak lagi relevan atau "mengarut habis", hmmmmm Rambozzi® akan fikirkan sesuatu yang lain pula nanti. Ah itu kemudian je la, kan? Heh heh heh heh heh...


Dan seperti yang Rambozzi® jangkakan, Rambozzi® Jigsaw Table (the 2nd) ini memang boleh digunakan. Projek ini berjaya! Yay!


Rambozzi® kini mempunyai lebih kawalan ketika memotong kayu jika menggunakan 'jigsaw'Rambozzi® boleh mengawal kayu yang hendak dipotong dengan kedua² belah tangan Rambozzi®Rambozzi® kini boleh memotong bentuk lengkungan dengan lebih mudah dan cepat.

Membentuk kayu dengan menggunakan 'jigsaw' kini merupakan satu perkembangan yang sangat positif di dalam kerja² 'woodworking' Rambozzi®Rambozzi® kini telah melangkah ke satu tahap yang baru di dalam bidang ini. Rambozzi® akui, Rambozzi® mengambil masa yang agak lama untuk menguasai kemahiran² tertentu di dalam bidang ini. Rambozzi® tidak dilahirkan untuk menjadi 'woodworker' ini. Tetapi "woodworking" kini adalah hidup Rambozzi®. "Bermain" dengan mesin² berbahaya adalah sama seperti "bermain dengan api". Tetapi, demi "woodworking" ini, demi "cinta" ini, Rambozzi® akan hadapi sebarang risiko dengan hati yang tabah. 


Video pendek di atas adalah "langkah" Rambozzi® yang seterusnya di dalam 'woodworking' ini. Ya! Memang Rambozzi® menyimpan hasrat untuk menerbitkan 'woodworking video' di Youtube, satu hari nanti. Itu adalah cita² Rambozzi® yang terkini! Dan bila cita² Rambozzi® itu terlaksana nanti, semestinya Rambozzi® akan maklumkan di dalam blog ini. Hanya masa, ruang dan peluang sahaja yang Rambozzi® nantikan. Sama²lah kita nantikan ye, puan². Rambozzi® akan "menggegarkan" arena 'woodworking' di Malaysia ini. Rambozzi® akan jadikan 'woodworking' di Malaysia ini lebih hangat dari mana² rancangan masak-memasak di kaca televisyen. Rambozzi® akan menjadi selebriti seperti Chef Wan. Dan bila ia menjadi kenyataan nanti, Rambozzi® akan tukar nama Rambozzi® kepada "Chef Zzi". Heh heh heh heh heh...


0 Comments