Untuk menghasilkan karya² yang bermutu, - nak tak nak, tak boleh tidak - Rambozzi® mesti berikan yang terbaik yang Rambozzi® ada. Rambozzi® kena 'all-out'. Sebab, Rambozzi® nie bukan 'woodworker' yang main². Rambozzi® sangat serius. Ohhh sangat serius, beb. Rambozzi® sentiasa mencuba untuk membuat kerja² 'woodworking' ini sebaik yang boleh dengan kemahiran amatur ini, dan dengan pengalaman amatur ini juga. Rambozzi® sentiasa ingin memberikan sepenuh hati Rambozzi® di dalam kerja² Rambozzi®. Rambozzi® nak berikan 'my all'...
Tapi, ia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan paling besar dan paling mahal adalah masa. Memang Rambozzi® memerlukan masa yang secukupnya untuk mencapai tahap kepuasan tertinggi di dalam "woodworking" Rambozzi® ini.
Tapi, ia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan paling besar dan paling mahal adalah masa. Memang Rambozzi® memerlukan masa yang secukupnya untuk mencapai tahap kepuasan tertinggi di dalam "woodworking" Rambozzi® ini.
Ya. Masa Rambozzi® sekarang agak "penuh". Jadual Rambozzi® menjadi semakin padat. Sistem pengurusan masa Rambozzi® telah gagal. Akibatnya, Rambozzi® gagal memenuhi kehendak "ribuan" pelanggan dan jutaan "peminat" Rambozzi® di luar sana, dengan baik dan berkesan heh heh heh heh heh... Rambozzi® gagal menyiapkan tempahan² dari pelanggan² Rambozzi® mengikut tempoh masa yang ditetapkan, atau dijanjikan. Rambozzi® pasrah. Tetapi Rambozzi® tetap bertabah hati. Kerana Rambozzi® tidak boleh mengalah. Rambozzi® tidak boleh beralasan. Rambozzi® kena 'strong'. Rambozzi® kena 'firm'...
Projek Rak Tudung Yanti ini agak memenatkan Rambozzi®. Rambozzi® nak berehat. Rambozzi® nak layan lagu 'rock' jap. Tapi... Rambozzi® nak berehat! Rambozzi® nak 'relax'! Lagu 'rock' hanyalah untuk dilayan ketika Rambozzi® 'woodworking' sahaja. Untuk 'relax', Rambozzi® nak layan lagu 'slow' skit. Disebabkan projek ini memerlukan Rambozzi® memberikan 'my all', jadi, Rambozzi® akan berehat dengan sebuah lagu cinta, love... "My All" dari Mariah Carey...
"I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me be right
'Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight..."
Fuhhhhh! Oraits! Tanpa membuang masa lagi - dengan curahan keringat yang akan terus membasahi tubuh Rambozzi® ini - jom kita mulakan "woodworking" kali ini - Rak Tudung Yanti.
Oraits. Rambozzi® mulakan dengan melukis bentuk lengkungan yang sesuai dengan saiz kayu yang digunakan. Lakaran itu hanyalah sebagai 'guide' sahaja. Bentuk akhirnya memang bergantung sepenuhnya kepada kemahiran Rambozzi® memotong dan membentuk lengkungan itu nanti.
Ok. Sebenarnya, 'design' untuk projek ini adalah 100% 'idea' Yanti sendiri. Memang Rambozzi® ada kemukakan beberapa contoh 'design' yang Rambozzi® rasakan boleh dibuat dengan kemahiran Rambozzi® setakat ini. Tetapi ketika dalam tempoh perbincangan untuk menentukan 'design' yang sesuai, dapat dilihat bahawa Yanti inginkan sesuatu yang berlainan dan mengikut kesukaannya. Jadi, Rambozzi® simpan sahaja segala 'idea' Rambozzi® dan bertanyakan kepada Yanti apa yang sebenarnya diingininya. Terus Yanti menjawab, "Yanti nak sesuatu yang ringkas, tetapi berkonsepkan 'pergola'". Ok. Ok. Rambozzi® faham dan Rambozzi® yakin boleh membuatnya mengikut kehendak Yanti. Rambozzi® tunjukkan 'design' akhir kepada Yanti, dan Yanti suka dan bersetuju. Jadi, projek ini adalah 100% adalah 'idea' Yanti.
Ok. Sebenarnya, 'design' untuk projek ini adalah 100% 'idea' Yanti sendiri. Memang Rambozzi® ada kemukakan beberapa contoh 'design' yang Rambozzi® rasakan boleh dibuat dengan kemahiran Rambozzi® setakat ini. Tetapi ketika dalam tempoh perbincangan untuk menentukan 'design' yang sesuai, dapat dilihat bahawa Yanti inginkan sesuatu yang berlainan dan mengikut kesukaannya. Jadi, Rambozzi® simpan sahaja segala 'idea' Rambozzi® dan bertanyakan kepada Yanti apa yang sebenarnya diingininya. Terus Yanti menjawab, "Yanti nak sesuatu yang ringkas, tetapi berkonsepkan 'pergola'". Ok. Ok. Rambozzi® faham dan Rambozzi® yakin boleh membuatnya mengikut kehendak Yanti. Rambozzi® tunjukkan 'design' akhir kepada Yanti, dan Yanti suka dan bersetuju. Jadi, projek ini adalah 100% adalah 'idea' Yanti.
Sekarang, Rambozzi® potong dahulu kayu di atas dengan menggunakan 'jigsaw'.
Rambozzi® hanya memotong secara kasar sahaja dengan mengikut lakaran tadi.
Seterusnya, Rambozzi® dapatkan bentuk lengkungan yang lebih sempurna dan kemas dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander'. Operasi membentuk lengkungan itu memerlukan ketelitian dan kesabaran untuk mendapat bentuk yang halus dan cantik.
Operasi membentuk kayu ini adalah antara kerja² 'woodworking' yang paling Rambozzi® gemari. Operasi ini memerlukan Rambozzi® berada di dalam keadaan terbaik, dengan tanpa ada sebarang gangguan fizikal atau mental. Rambozzi® ibarat sedang "membelai" sesuatu yang amat Rambozzi® kasihi ketika ini heh heh heh heh... Kayu yang hendak dibentuk itu perlu digosok secara berperingkat, secara perlahan² dengan sepenuh hati dan kasih sayang, agar tiada bahagian yang terluka atau tercela pula nanti. Memang Rambozzi® menolak kayu itu sehingga mengenai permukaan 'drum sander' itu dengan agak kuat - untuk membuang bahagian yang tidak diperlukan. Tetapi, dalam masa yang sama, ia sebenarnya adalah dalam bentuk belaian kasih sayang yang tidak bertepi. Hasilnya, lengkungan itu adalah sangat lembut, 'smooth' dan mempunyai rupabentuk yang indah dan menawan. Halamak 'deep'nya huhuhuhuhuhuhu... Heh heh heh heh...
"Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight..."
Oraits. Itulah hasilnya selepas siap dibentuk.
Seterusnya Rambozzi® hanya perlu "menyalin" sahaja bentuk lengkungan tadi ke atas kayu yang akan dijadikan 'master copy'. Dan dapat dilihat dengan jelas, kelembutan bentuk lengkungan itu di atas permukaan kayu.
Dan Rambozzi® ulangi proses² yang sama. Potong secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw' dahulu. Untuk bahagian² lain yang memerlukan bentuk lengkungan itu, tidak akan menggunakan 'drill press' lagi. Itu adalah tugas 'mini router/trimmer' pula.
Dan Rambozzi® gunakan pula 'mini router/trimmer' dan 'trim' sahaja mengikut acuan dari kayu yang dibentuk tadi.
Dan siaplah bahagian 'master copy' untuk keseluruhan projek ini. Ok. Kayu 'master copy' di atas dibentuk dengan mengikut kayu yang pertama dibentuk tadi. Jadi, bentuk lengkungan di kedua² belah hujung kayu 'master copy' di atas adalah sama. Kayu di atas adalah 'master copy'.
Disebabkan projek ini memerlukan kayu² yang dibentuk dalam kuantiti yang agak banyak, Rambozzi® memerlukan satu sistem kerja yang lebih cepat dan berkesan. Jadi, Rambozzi® akan memotong kayu² yang akan dibentuk secara kasar dahulu dengan menggunakan 'jigsaw'. Untuk mempercepatkan proses pemotongan, Rambozzi® lekatkan 'jigsaw' milik Rambozzi® ke bawah sebatang kayu seperti ditunjukkan di dalam gambar di atas. Itu adalah 'express jigsaw table' Rambozzi®, untuk projek ini.
Oraits. 'Express jigsaw table' di dalam gambar di atas sebenarnya hanyalah 'prototype' sahaja. Memandangkan ia agak berkesan dan membantu Rambozzi®, maka Rambozzi® telah 'upgrade'kan ia menjadi lebih besar dan kemas. 'Jigsaw table' Rambozzi® itu boleh dilihat di dalam 'entry' Rambozzi® Jigsaw Table (the 2nd).
Ok. Disebabkan terlalu banyak kayu yang perlu dibentuk, maka secara automatiknya Rambozzi® telah hilang 'cool' itu heh heh heh heh... Rambozzi® tidak sempat hendak mengambil gambar proses² membentuk kayu² yang lain. Bila hilang 'cool' itu, maka secara automatiknya juga Rambozzi® menjadi 'hot' heh heh heh heh... 'Cool' dan 'hot' itu sebenarnya ibarat pasangan yang paling 'ideal'. Tetapi ke arah yang berlawanan. Ya. Kadang² Rambozzi® 'cool', kadang² Rambozzi® 'hot'. Kadang² Rambozzi® 'strong', kadang² Rambozzi® 'weak'. Kadang² Rambozzi® berjaya, kadang² Rambozzi® tewas. Hmmm... Apa lagi ye?
"Some days I kick, some days I bite
Some days I must fight the reaction
Sometimes I win, sometimes I lose
Sometimes I'm just bruised by the action..."
Loudness - Clockwork Toy - Thunder in the East (1985)
Oraits! Untuk bahagian² lain, Rambozzi® perlu tebuk beberapa lubang 'pocket hole' untuk tujuan pemasangan nanti. Oh! Teknik pemasangan ini masih lagi merupakan "Teknik Keramat Rambozzi®".
Untuk bahagian penyangkut untuk rak ini, Rambozzi® perlu menebuk beberapa lubang pada kayu di atas. Ini adalah permintaan Yanti sendiri yang mahukan bahagian itu mempunyai lubang² penyangkut.
Untuk mempercepatkan proses menebuk lubang, dan untuk mendapatkan ketepatan yang sama, Rambozzi® hanya tandakan 'marking' pada sebatang kayu sahaja. Dan Rambozzi® tebuk lubang pada 2 kayu serentak seperti ditunjukkan di dalam gambar di atas. Kayu yang di bahagian bawah tidak ditebuk sehingga menembusi kayu.
Oraits. Biar Rambozzi® cuba terangkan keadaan di atas di dalam bahasa yang lebih mudah difahami. Kayu yang bertanda anak panah merah di atas tidak ditebuk sehingga tembus kerana ia akan dijadikan 'guide' untuk menebuk kayu yang seterusnya. Maknanya, kayu yang bertanda anak panah merah itu akan diletakkan ke atas kayu yang seterusnya, dan Rambozzi® secara automatiknya tidak perlu menanda kesemua kayu yang hendak ditebuk. Rambozzi® hanya ulangi proses menebuk tadi. Kayu di bahagian atas akan berlubang, kayu di bawahnya akan ditebuk sedikit sahaja dan menjadi 'guide' pula. Begitulah seterusnya sehingga selesai operasi menebuk lubang ke atas semua kayu yang diperlukan. 'Simple' tetapi sangat efektif.
Untuk bahagian² dan proses² yang lain, memang Rambozzi® tidak sempat hendak mengambil gambarnya. Projek Rak Tudung Yanti ini tidak melibatkan kerja² pertukangan kayu yang susah. Jadi, Rambozzi® tidak perlu perincikan mengenai proses² kerja yang seterusnya.
Untuk bahagian² dan proses² yang lain, memang Rambozzi® tidak sempat hendak mengambil gambarnya. Projek Rak Tudung Yanti ini tidak melibatkan kerja² pertukangan kayu yang susah. Jadi, Rambozzi® tidak perlu perincikan mengenai proses² kerja yang seterusnya.
Rak Tudung Yanti ini akan dicat, atas kehendak Yanti sendiri. Jadi, sebelum ke proses mengecat, baik Rambozzi® cuba pasang dahulu dan lihat bagaimana hasilnya. Hasilnya amat memuaskan hati Rambozzi®. Tetapi mungkin akan tidak memuaskan hati Yanti. Jadi Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Yanti terlebih dahulu. Dan Rambozzi® bernasib baik, dan Rambozzi® amat gembira mendengar jawapan dari Yanti, "Cantik!".
Sekarang, bolehlah Rambozzi® teruskan ke proses mengecat pula. Ok. Wait! Wait! Wait! Heh heh heh heh. Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, hasil cat untuk projek Rak Tudung Yanti ini tidak sekemas mana. Ini kerana Rambozzi® kesuntukan masa. Rambozzi® telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan projek ini. Dan itu bukanlah sesuatu yang disukai oleh sesiapa pun, yang mengeluarkan duit untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.
Rak Tudung Yanti ini dicat dengan menggunakan 'wood stain' berwarna 'Rosewood', sebanyak 2 lapisan sahaja. Ada beberapa bahagian kayu yang agak tidak sekata tona warnanya. Inilah akibatnya bila Rambozzi® mengecat di dalam keadaan yang agak kelam-kabut.
Mengecat adalah antara teknik yang paling susah bagi Rambozzi®. Jenis² 'finishes' yang berlainan juga menyukarkan Rambozzi® mengekalkan teknik yang berkesan. Senang citer macam nie je la, lain jenis cat, lain pula teknik mengecatnya. Rambozzi® perlu belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai teknik² mengecat ini. Kerana mengecat ini juga merupakan suatu proses yang memerlukan ketelitian, kesabaran dan masa yang mencukupi. Tak apa, Rambozzi® sedia untuk belajar dan memajukan lagi teknik mengecat Rambozzi®. Rambozzi® bersedia untuk memberikan 'my all'...
"I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight..."
Selesai proses mengecat, dengan tidak membuang masa lagi, Rambozzi® Rambozzi® terus bergegas ke lokasi Yanti. Kesemua bahagian akan dipasang di butik milik Yanti.
Rambozzi® mulakan dengan memasang bahagian tapak untuk rak ini dahulu. Ya. Projek ini bukanlah satu projek kayu yang susah. Cara pemasangannya juga adalah sangat ringkas dan mudah. Sangat Rambozzi®.
Selesai proses memasang kesemua 8 Rak Tudung Yanti. Fuhhhh! Penat! Tetapi Rambozzi® agak lega dan juga gembira, kerana kesemua rak itu berjaya dipasang tanpa ada sebarang masalah. Sebenarnya... Ada satu masalah sahaja yang mengganggu Rambozzi® ketika sedang memasang rak² itu. Hmmm... Bukan 1, tetapi 3 masalah sebenarnya heh heh heh heh.
Sepanjang proses memasang rak² Yanti itu, Rambozzi® telah "diganggu" oleh 3 orang Ultraman! Hahahahahahaha! Rambozzi® menjadi guru tidak bertauliah dengan tak sengaja. Rambozzi® terpaksa menjawab pelbagai soalan dari 3 orang Ultraman itu. Hahahahahaha aduh.... Macam² la kan... Kan...
Sebaik selesai proses pemasangan Rak Tudung Yanti itu, dengan tidak membuang masa Yanti terus menyusunnya di dalam butik. Oh! Itu adalah satu tahap kepuasan yang tertinggi bagi Rambozzi®. Melihat Yanti seakan gembira dengan hasil kerja Rambozzi® adalah sesuatu yang memang tidak boleh Rambozzi® tuliskan dengan perkataan. Sungguh Rambozzi® berharap agar hasil kerja Rambozzi® ini benar² memuaskan hati Yanti. Sungguh² Rambozzi® berharap...
Oraits. Di kesempatan ini, Rambozzi® ingin memohon maaf kepada Yanti dan suaminya, sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan di dalam kerja² Rambozzi® ini. Rambozzi® ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan. Rambozzi® ingin memohon maaf di atas "lebihan" masa yang Rambozzi® ambil untuk menyiapkan projek ini.
Rambozzi® perlu lebih cekap menguruskan masa Rambozzi®. Dan ya, projek Rak Tudung Yanti ini mengajar Rambozzi® untuk lebih menghormati dan menepati masa. Masa adalah sangat penting bagi Rambozzi® sekarang. Masa adalah sangat kritikal bagi Rambozzi® sekarang. Masa adalah sesuatu yang amat Rambozzi® perlu jaga sekarang. Dengan masa, Rambozzi® boleh terus menjadi 'woodworker' ini. Dengan masa, Rambozzi® boleh meneruskan "woodworking" ini. Dan dengan masa juga, Rambozzi® boleh terus memberikan 'my all'...
"I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight..."
"My Heart"
Bingkai kayu
BOSCH®
Deepest Feelings
Display Rack
DIY
I Love You
Kerja Kayu
KREG® Automaxx™ Face Clamp
Melayu Malaysia
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Rak Pameran
Woodworking
0 Comments