- Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate


Bosch® Mini Router/Trimmer GMR 1 milik Rambozzi® "dahagakan darah" Rambozzi® lagi. Ya! Baru sahaja sebentar tadi (lebih kurang jam 1.00 petang waktu Malaysia), mesin ini nyaris² "membaham" ibu jari kiri Rambozzi®, sekali lagi! Aduh! Berpeluh dingin sekejap Rambozzi®. Begini kisahnya... Biar Rambozzi® 'flashback' ye...


Ketika itu, Rambozzi® sedang asyik me'route' bulatan² pada beberapa batang kayu. Melihat lubang² itu bersih, licin dan halus membuatkan fikiran Rambozzi® menerawang jauh hingga ke Rawang, Selangor Darul Ehsan. Heh heh heh heh...

Selepas me'route' beberapa batang kayu, rupa²nya tanpa disedari, kedua² belah tangan Rambozzi® mengalami satu keadaan di mana; genggaman dan kawalan tangan yang terlalu lama menyebabkan tangan Rambozzi® mengalami 'stress' dan kepenatan. Kedua² belah tangan Rambozzi® terasa kebas dan lenguh². Itu adalah 'effect' akibat penggunaan 'mini router/trimmer' untuk satu jangka masa yang agak lama. Disebabkan Rambozzi® mengawal 'mini router/trimmer' itu dengan cara seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas (tangan kanan memegang mesin dan tangan kiri mengawal pergerakan dan kestabilan mesin), ibu jari Rambozzi® nyaris² termasuk ke dalam putaran mata 'router bit' yang sedang berputar pada kelajuan 33,000 pusingan seminit atau 'rpm'! Putaran selaju 33,000 pusingan seminit adalah terlalu laju dan amat berbahaya! 'Stress' pada tangan dan kelenguhan adalah antara punca kita boleh mengalami kecederaan ketika 'woodworking'.

Rambozzi® hentikan kerja Rambozzi® ketika itu juga. Dan Rambozzi® berasa teramat yakin, jika Rambozzi® teruskan juga kerja² 'routing' itu, Rambozzi® akan mengalami kecederaan, lagi.

Seriau bila mengingatkan keadaan itu, Rambozzi® telah mendapat satu 'idea' untuk tujuan keselamatan dan juga untuk memudahkan Rambozzi® mengawal 'mini router/trimmer' ini. Rambozzi® perlukan sesuatu yang mempunyai elemen 'safe' dan juga 'control'.

Rambozzi® akan tukarkan 'base plate' asal pada Bosch® Mini Router/Trimmer GMR 1 itu dan gantikan dengan 'base plate' yang baru; yang lebih besar dan mempunyai pemegang untuk lebih kawalan.

Jadi, so, tanpa membuang masa dan terus membahayakan jari-jemari Rambozzi® yang "dicintai dan dipujai" ramai ini, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate. Wah! Semakin lama semakin panjang tajuk² 'entry' Rambozzi® kan? Kan... Heh heh heh heh...


Rambozzi® hanya akan menggunakan sekeping kayu terbuang sahaja untuk dijadikan 'base plate' yang baru.


Rambozzi® lukiskan dahulu 2 garisan yang sesuai dengan tapak asal 'mini router/trimmer' itu.


Kemudian Rambozzi® 'route' dan buangkan bahagian yang ditandakan tadi menjadi slot seperti di dalam gambar di atas. Slot itu Rambozzi® pastikan ketebalannya adalah hampir sama dengan ketebalan 'base plate' asal. Ketebalan itu agak kritikal juga, kerana jika terlalu tebal, ada beberapa saiz mata 'router bit' yang tidak akan dapat digunakan. Ia juga tidak boleh terlalu nipis, kerana ada risiko kayu itu akan mudah patah.


Hmmm... Nampaknya teknik 'routing' Rambozzi® juga telah meningkat naik sekarang, tapak 'mini router/trimmer' itu dapat dimasukkan dengan kemas ke dalam slotnya.


Rambozzi® tebuk pula lubang² untuk skru dan juga lubang untuk laluan 'router bit' nanti.


Dan Rambozzi® skrukan Bosch® Mini Router/Trimmer GMR 1 ke Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate itu. Projek ini Rambozzi® isytiharkan, berjaya! Yay! Ooooh! Cool! Heh heh heh heh...

Oraits. Sebagai tambahan - untuk lebih kawalan - Rambozzi® juga memasang pemegang pada Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate ini. Rambozzi® rasa, Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate ini menepati keperluan kerja Rambozzi®. Setelah melakukan beberapa ujian percubaan, ternyata ia boleh digunakan dengan sepenuh kawalan Rambozzi®.

Rambozzi® berharap, Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" Base Plate akan membantu memudahkan dan mempercepatkan lagi kerja² 'routing' Rambozzi®. Dan pastinya Rambozzi®  berharap, agar ia akan dapat mengurangkan risiko kemalangan kerja kepada Rambozzi®.

Rambozzi® cuma boleh berharap, tapi kalau ia masih "mahukan darah" Rambozzi®, itu adalah risiko yang perlu Rambozzi® ambil, demi untuk menjadi 'woodworker' ini.


5 Comments

  1. Haa...itu lebih selamat. Kalau nak lagi selamat dan lagi stable dan lagi accurate, pasang saja di bawah meja. You are half-way there Rambozzi.
    Happy Woodworking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambozzi takut sikit nak guna router table tu sebab exposed router bit tu bagai menarik² jari Rambozzi menuju ke arahnya hahahahaha..
      Tapi bila perlu, Rambozzi terpaksa guna juga, walaupun takut heh heh heh heh..

      Delete
    2. BUAT MEJA ROUTER LH RAMBOZZI SENANG SKIT :-)

      Delete
    3. Dah ada la hehehe. Projek ni utk kegunaan lain. Router table utk kegunaan lain. Dah ada la hehehe...

      Delete
  2. mcm mn nk buang bhgn yg segi empat tu bro

    ReplyDelete