Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

"Hati" Rambozzi® ini sebenarnya sangat "penuh" dengan "cinta", "kasih" dan "sayang". "Hati" Rambozzi® ini juga sebenarnya sangat halus, mudah terguris dan sangat sensitif... Sedikit gurisan memang akan membuatkan "hati" Rambozzi® ini terluka dan menangis. Hamboih! Sampai macam tu sekali! Heh heh heh heh...


Melihat keadaan Fatiha & Fatima yang bermain di Samurai Arm Rest milik Rambozzi®, duduk pula di atas sebuah baldi kecil, cukup mengguris "hati" Rambozzi®. Samurai Arm Rest itu adalah kesayangan Rambozzi®! Memang Rambozzi® gunakannya setiap kali menonton TV, untuk diletakkan kaki Rambozzi® heh heh heh. Tapi, bila "disalahgunakan" oleh Fatiha & Fatima, Rambozzi® rasa, Rambozzi® kena "selesaikan" permasalahan ini!


Oraits. Rambozzi® rasa, Rambozzi® sudah mendapat ilham yang sesuai untuk Fatiha & Fatima nie. Rambozzi® nak buatkan satu set meja dan kerusi untuk mereka. Jadi, tanpa membuang masa lagi - dengan tidak ingin mengizinkan airmata Rambozzi® mengalir lagi, dengan "sepenuh rasa kasih, sayang dan cinta" Rambozzi® - jom mulakan 'woodworking' kali ini - Table, Chairs, Fatiha & Fatima.


Oraits. Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² untuk dibuat mejanya dahulu. Kayu² di atas telah dipotong kepada saiz yang Rambozzi® rasakan sesuai untuk dijadikan sebuah meja kecil.


Seperti biasa, Rambozzi® pastinya akan menggunakan "teknik keramat" Rambozzi® - apa lagi kalau bukan 'pocket hole joinery technique'! Heh heh heh heh...


Sebelum kayu² itu digam dan dicantumkan antara satu sama lain, Rambozzi® 'route'kan sedikit sisinya dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.


Seterusnya hanyalah proses mencantumkan kayu ke kayu yang sangat ringkas. Rambozzi® gunakan gam kayu dan juga skru dan cantumkan kayu² di atas untuk dijadikan 'table top'.


Rambozzi® potong pula kayu untuk diskrukan ke sekeliling kayu² yang telah dicantumkan tadi, tapi kali ini Rambozzi® potong pada 'miter' 45° pula. Kayu² itu akan menjadi seperti 'frame' bila siap dicantumkan nanti.


Ok. Siap bahagian pertama untuk projek ini iaitu bahagian 'table top'. 'Table top' seperti ini sebenarnya sangat ringkas dan sangat mudah. Yang perlu dijaga hanyalah ketepatan dan kekemasan sahaja.


Rambozzi® potong 8 batang lagi kayu untuk dijadikan kaki meja ini. Kayu² di atas Rambozzi® gam dan skrukan menjadi 4 kaki meja. Ya. Tidak ada sebarang teknik atau 'design' yang 'complex' pun. Rambozzi® masih "setia" dengan cara Rambozzi® - Pertukangan Kayu Ringkas dan Mudah. Rambozzi® juga tebuk lubang² 'pocket hole' siap² untuk memudahkan kaki² itu diskrukan ke 'table top' nanti.


Dan Rambozzi® gam dan skrukan kaki² itu ke tempatnya.


Kemudian, Rambozzi® potong pula kayu² untuk dijadikan 'apron' kepada meja ini. Kayu itu juga hanya digam dan diskrukan terus ke bahagian bawah 'table top' ini.


Dan siap proses memasang kaki ke meja ini. Sangat ringkas. Sangat mudah. Sangat Rambozzi®.


Di bahagian bawah meja ini, Rambozzi® bercadang nak letakkan satu para supaya Fatiha & Fatima boleh meletakkan buku atau mainan mereka di situ. Sebab, kadang² Fatiha akan menggunakan Samurai Arm Rest milik Rambozzi® sebagai "gerai" atau "warung" untuk beliau menjalankan aktiviti perniagaan beliau heh heh heh heh. Dan Fatiha akan menyediakan "menu" yang dipesan oleh pelanggan setianya iaitu Fatima.

Jadi, Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® tambahkan satu ruangan simpanan atau para di bawah meja ini untuk kegunaan Fatiha & Fatima. Rambozzi® tentukan ketinggian yang sesuai dan akan tambahkan para itu. Dengan menggunakan Rambozzi® RamboRulezz®, Rambozzi® boleh tetapkan jarak yang sama untuk setiap kayu yang hendak dipasang nanti.


Kayu² untuk bahagian alas atau para itu Rambozzi® hanya gamkan sahaja dengan menggunakan 'super glue'. Tidak ada sebarang skru yang digunakan.


Dan siaplah meja Fatiha & Fatima ini.

Tapi, bucu² meja yang tajam itu nampak agak membahayakan kepada Fatiha & Fatima. Rambozzi® akan cuba bulatkan sedikit kesemua bucu meja ini dengan menggunakan satu teknik yang sudah agak lama Rambozzi® tahu, tapi tidak berkesempatan untuk mencubanya kerana kekurangan peralatan.


Sebenarnya, bukan satu peralatan pun hehehehe. Yang Rambozzi® perlukan hanyalah sesuatu yang bulat, agak tebal dan boleh diskrukan seperti di dalam gambar di atas. Rambozzi® pun tak tahu ape kebende bende tu, bro! Hahahahaha! Tapi, Rambozzi® rasakan ia sesuai untuk dijadikan sebagai 'guide' untuk memudahkan Rambozzi® me'route' bucu² meja ini nanti.

Rambozzi® hanya skrukan sahaja bulatan itu ke hujung bucu meja, dari bahagian bawah.


Dan Rambozzi® akan 'trim' bucu² meja itu dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'flush trim router bit'. "Bearing' pada 'router bit' perlulah dipastikan "mencecah" permukaan bulatan tadi supaya mata 'router bit' dapat memotong lebihan kayu yang hendak dibuang. Hmmm... Boleh tahan juga penerangan Rambozzi® kali ini kan? Kan... Bagus Rambozzi®! Teruskan "woodworking" ini!


Oraits. Siaplah meja Fatiha & Fatima ini. Itulah hasilnya selepas bucu² meja yang tajam tadi, dibulatkan.

Seterusnya, Rambozzi® akan buat 2 buah kerusi atau 'stool' pula untuk mereka berdua. Jadi, tanpa membuang masa lagi - dengan penuh senyuman di "bibir" dan "hati" Rambozzi®  - jom sudahkan 'woodworking' kali ini - Table, Chairs, Fatiha & Fatima. Heh heh heh heh.....



Oraits. Kerusi kecil atau 'stool' ini hanya melibatkan 5 proses yang ringkas sahaja.

Pertama, ukur dan potong kayu kepada saiz² yang sesuai seperti di dalam gambar di atas.

Kedua, gam dan skrukan kayu² itu sehingga membentuk binaan di atas. Tidak kisahlah sama ada menggunakan teknik 'pocket hole' atau diskrukan terus dari atas kayu.


Ketiga, Rambozzi® gam dan skrukan pula 2 batang lagi kayu ke binaan tadi seperti di dalam gambar di atas.


Keempat, Rambozzi® gam dan skrukan pula ke satu lagi binaan kayu tadi.


Dan kelima, Rambozzi® gam dan skrukan 2 batang lagi kayu seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas (anak panah berwarna kuning). Dan siap! Sangat ringkas dan mudah kan? Cuma, Rambozzi® rasa, kayu yang bertanda anak panah kuning itu sepatutnya lebih panjang dan menutupi kayu² yang bertanda merah itu. Supaya tidak kelihatan 'end grain'nya... Hmmm... Tapi tak apa. Ini pun sudah agak OK dan "sangat cantik di mata Rambozzi®".


Siap projek Table, Chairs, Fatiha & Fatima ini.


Projek ini sangat ringkas dan mudah. Rambozzi® tidak akan cat meja dan kerusi ini. Ermmm... Ntah. Rambozzi® tak pasti lagi hehehehehe...

Rambozzi® siapkan  projek ini dalam masa tidak sampai setengah hari. Rambozzi® sangat yakin, pasti ada 'woodworker' yang boleh membuat projek ini dalam masa tidak sampai 3 atau 4 jam! 


Dan itulah hasilnya! Ini adalah satu "kejayaan peribadi" Rambozzi®!!!


Ini adalah 'priceless'!


Ini adalah "hidup" Rambozzi®. Jap, jap, bro. Rambozzi® nak lap airmata Rambozzi® nie jap. "Hati" Rambozzi® nie kan sangat "sensitif".....?

Oraits. Projek Table, Chairs, Fatiha & Fatima ini bukan sekadar projek 'woodworking' semata. Projek ini adalah tanda "cinta", "kasih" dan "sayang" Rambozzi®. Di dalam "hati" Rambozzi® ini ada terlalu banyak "cinta". "Kasih" dan "sayang" Rambozzi® ini adalah "sesuci embun pagi". Tangan Rambozzi® ini mungkin membuat kerja² 'woodworking' yang kelihatan kasar. Tapi, dalam hati Rambozzi® ini juga ada "taman" seperti "lelaki² yang kelihatan gagah perkasa" yang lain. Rambozzi® rasa, dalam hati Rambozzi® ini bukan sahaja ada "taman", tetapi juga kebun buah-buahan tempatan seperti rambutan, durian, cempedak, manggis, langsat, duku dan dokong.

Cintai dan sayangilah Rambozzi® ini seadanya. Dan orang² yang menyintai dan menyayangi Rambozzi® ini akan turut sama merasai kemanisan buah-buahan tempatan di kebun Rambozzi® itu. Hahahahahaha... aduh sakit perut aku...



Rambozzi® teringat masa zaman sekolah dulu², Rambozzi® cukup suka membaca buku Siri Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis. Kisah hantu, pelesit, jembalang dan macam² jenis iblis lagi la... Hahaha... Ok. Kali nie Rambozzi® bukan nak bercerita tentang hantu.  Rambozzi® nak bercerita tentang "misteri".......

Baru² ini, Rambozzi® telah "melangkah ke alam misteri".....!!! Ha! Ha! Ha! Hantu! 

Ok. Macam nie ceritanya...Rambozzi® nie sangat² menginginkan sebuah 'belt & disc sander'. Jadi, pada suatu hari, Rambozzi® telah terjumpa mesin ini di sebuah 'hardware'. Dengan "seikhlas hati" Rambozzi® telah membelanjakan sejumlah wang dan membeli mesin ini.


Dengan hati yang girang, Rambozzi® terus berlari pulang ke rumah dan tanpa membuang masa lagi Rambozzi® pun 'test' la mesin itu. Rambozzi® hidupkan suisnya dan mesin itu pun berputar dengan "normal". Rambozzi® pun letakkan sekeping kayu terbuang - dengan niat hanya untuk mengujinya - dan tidak sampai lima minit... POMMM!!! Ia meletup dan mengeluarkan asap! Haiya!!!!!



Tak sampai 5 minit, beb! Hangus duit Rambozzi®!!!! Aarrrggghhh!!! Dengan pantas Rambozzi® menutup suisnya dan terus berlari keluar dan menyorok di bawah meja, seperti di dalam gambar di bawah...


Eh! Meja mana pulak nie?!! Takpe, Rambozzi® akan ceritakan mengenai meja di atas di dalam 'entry' selepas ini heh heh heh heh heh.....

Jadi. So. Rambozzi® agak bengang dan kecewa juga sebenarnya. Ya lah. Mesin itu bukannya murah. Tidaklah mahal sangat tapi tidaklah murah juga. Ia tetap duit. Inilah akibatnya membeli 'power tools' yang boleh Rambozzi® kategorikan sebagai "cap ayam"! Kenapalah BOSCH® tidak mengeluarkan 'belt & disc sander'?.....

Keesokan harinya, Rambozzi® terus membawa mesin itu ke 'hardware' berkenaan. Niat Rambozzi® nak pulangkan mesin itu dan dapatkan duit Rambozzi® kembali. Sesampainya Rambozzi® di 'hardware' itu, Rambozzi® letakkan mesin itu di hadapan "tokey" kedai itu.

"Apa pasai?"

"Haiya! Sudah meletup la auntie! Baru 5 minit saya test! Saya mau pulang balik la auntie..."

"Haa ok ok. U angkat lain barang. Sama harga punya. Mana² U suka."

"Saya mau duit saya semula la auntie..."

"Oh! Tak boleh! Tak boleh! U angkat lain barang! Ini company punye rules maa..."

Ahh sudah! Rambozzi® tak tahu nak ambil barang apa. Sebab, kebanyakan 'power tools' yang ada di dalam 'hardware' ini sudah Rambozzi® miliki! Rambozzi® sudah memiliki 'slide miter saw', 'cordless drills', 'sanders', 'planer', 'router/trimmer', 'cordless screwdriver', 'hammer drill', 'jigsaw' dan 'cordless circular saw'. 'Power tools' itu sudah mencukupi untuk Rambozzi® membuat kerja² 'woodworking'! Ini satu masalah!

"Tak mau la auntie! Semua saya sudah ada. Saya mau duit saya!"

"Tak boleh! Tak boleh! U angkat lain barang!"

"Auntie jangan bikin saya panas!"

"Kenapa? U mau lawan saya ka? Mari laa!"

"Auntie mau lawan ka? Mari laa! Lai! Lai!"

"Hehehe... Saya sudah tua maa... Nanti saya panggil pekerja saya..."


"Auntie sudah makan lunch ka? Biasa auntie makan lunch di mana ya?"

"Saya sudah makan lunch. Ok. U angkat lain barang ya..."

Ok. Terima kasih auntie. Nanti saya tengok² dulu ya... Sayang sgt auntie!..."

Jadi, selepas puas meronda dan melihat keseluruhan barangan di dalam 'hardware' ini, Rambozzi® telah memilih satu barang yang Rambozzi® rasakan agak berbaloi dengan nilai duit Rambozzi®. Dan ia dari jenama BOSCH® kesukaan Rambozzi®.


Bosch® Grass Trimmer ART 23 Combitrim. Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, ini bukan sesuatu yang Rambozzi® nak! Apakah kena-mengenanya sebuah mesin rumput dengan kerja² pertukangan kayu Rambozzi® ini? Ini bukan sesuatu yang Rambozzi® nak! Ini sangat misteri! Hahahahahahaha!

Aduh... Rumah Rambozzi® mana ada rumput, bro. Rambozzi® ambil mesin rumput ini sebab ia dari jenama BOSCH® je. Hmmm... Rambozzi® akan simpan dulu mesin rumput ini. Mungkin ia akan berguna "satu hari nanti".

Ini adalah kali ketiga Rambozzi® membeli mesin yang tidak boleh digunakan. Dan kesemuanya adalah produk "cap ayam"! Ada beberapa lagi mesin yang Rambozzi® nak, dan memang ia juga dari jenama yang tidak Rambozzi® kenali. Akan datang, Rambozzi® mungkin akan berhadapan lagi dengan masalah atau "misteri" yang seperti ini. Rambozzi® akan hadapi juga, walaupun terpaksa. Demi "woodworking" ini, Rambozzi® kena bersedia setiap masa untuk menghadapi kegagalan. Tapi itu bukanlah "penghalang" bagi Rambozzi®.

Sekali Rambozzi® sudah "tetapkan" hati Rambozzi® ini, tiada apa yang bisa "menggoncang" Rambozzi®. Sekali Rambozzi® sudah "suka", Rambozzi® akan buang segala "duka". Dan sekali Rambozzi® sudah "cinta", Rambozzi® akan "bercinta", "menyintai" dan Rambozzi® akan nyanyikan lagu² "cinta" dendangan Awie juga heh heh heh heh...

'Belt & disc sander' itu adalah sebenarnya satu "cabaran" buat Rambozzi®. Rambozzi® akan beli juga satu hari nanti. Tapi, buat masa ini, Rambozzi® akan gunakan segala mesin yang Rambozzi® ada dahulu. Tak apa... Satu hari nanti... One day...




Nampaknya Rambozzi® RamboClamp® yang Rambozzi® buat baru² nie, telah menarik perhatian salah seorang pembaca blog Rambozzi® ini iaitu Redzuan. Redzuan sangat berminat dan meminta Rambozzi® buatkan Rambozzi® RamboClamp® untuknya. Bezanya, Redzuan nak 'clamp' ini sepanjang 5 kaki! Wah! Yang Rambozzi® buat sebelum ini hanya sepanjang 3 kaki. Dan itu tidak mencukupi bagi Redzuan. Heh heh heh heh...

Rambozzi® RamboClamp® ini sebenarnya tidaklah susah sangat untuk dibuat. Tapi mungkin, Redzuan ini nakkan "hasil tangan" Rambozzi®. Ini adalah satu bentuk penghargaan bagi Rambozzi®. Dan memang Rambozzi® sangat berbesar hati nak membuat 'clamp' ini untuk Redzuan.

Ok. Janganlah kita membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® RamboClamp® Redzuan.


Untuk 'entry' kali ini, sebenarnya tidak banyak yang hendak Rambozzi® kongsikan. Sebab, projek ini tidak susah. Lagipun, caranya sama sahaja seperti Rambozzi® RamboClamp®. Jadi, Rambozzi® tak akan perincikan proses pembuatannya.

Ok. Seperti Rambozzi® RamboClamp® sebelum ini, Rambozzi® akan gamkan 2 batang kayu menjadi 1. Kayu panjang di atas adalah bersaiz 1x2. Rambozzi® ikatkan kayu² di atas dengan menggunakan 'masking tape' sebelum dipotong supaya ia boleh dipotong serentak dan mendapat panjang yang sama. Disebabkan kayu ini terlalu panjang, Rambozzi® tak boleh nak setkan 'stop block' pada 'miter saw fence'. Jadi inilah cara Rambozzi® nak memastikan ianya dipotong sama panjang dengan tepat.

4 lagi kayu yang lebih kecil akan dijadikan 'stop block' untuk 'clamp' ini. 'Stop block' ke nama dia haaa.....


Sekarang, Rambozzi® keluarkan kesemua 'clamp' yang Rambozzi® ada untuk mencantumkan kayu² itu. Rambozzi® akan gamkan kayu² panjang itu, lekatkan sesama sendiri dan 'clamp' dengan kemas. Hmmm... prosesnya memang sama dengan Rambozzi® RamboClamp® tu dulu. Rambozzi® pun tak tahu nak cerita pasal apa lagi nie heh heh heh heh... Eh! Kita nyanyi lagu la dulu ye...

"Na na na kita nyanyi bersama...
Hey hey hey ikut rentak irama...
Na na na lupakan kisah pilu...
Hey hey hey nyanyi lagu jaket biru...
Lagu jaket biru..."

Peronda Jaket Biru - Wings



Ok. Dah siap projek Rambozzi® RamboClamp® Redzuan ini hehehehehe...


Ok. Rambozzi® hanya 'route'kan sedikit setiap sisi 'clamp' ini dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit' untuk menghaluskannya. Kemudian, Rambozzi® 'sanding' dengan menggunakan 'sanding block' grit 150.


Rambozzi® harap, Rambozzi® RamboClamp® Redzuan ini dapat memenuhi keperluan Redzuan. Rambozzi® rasa, Rambozzi® boleh menghasilkan produk² untuk kerja² 'woodworking' seperti ini. Cuma Rambozzi® perlu fikirkan 'design' yang unik dengan "sentuhan" yang lebih "Rambozzi®" lagi. Rambozzi® akui, memang banyak terdapat di pasaran 'hand tools' buatan tangan yang sangat berkualiti dan terkenal. Kalau "oreng² putih" tu boleh buat, Rambozzi® pun boleh buat. Hmmm... projek ini telah membuka sedikit "minda" dan "wawasan" Rambozzi®.......... One day...




"Kejayaan" menghasilkan Rambozzi® RamboJig® (gambar atas) tidak berapa lama dulu telah "menyemarakkan" lagi hati Rambozzi® untuk terus menghasilkan 'jig'² yang boleh memudahkan kerja² 'woodworking' Rambozzi® ini. Jika Rambozzi® RamboJig® sebelum ini adalah khusus untuk KREG® Jig Mini, kali ini Rambozzi® akan cuba membuat satu lagi 'jig' yang seumpamanya - "khusus" untuk 'pocket hole jig' "kesayangan" Rambozzi® iaitu KREG® Jig R3 pula.

Sama seperti versi pertama Rambozzi® RamboJig® dahulu, projek ini juga bertujuan untuk memudahkan lagi proses menebuk lubang² 'pocket hole' menggunakan KREG® Jig R3. Projek ini juga Rambozzi® buat "dengan tujuan" - agar ia boleh membantu kita menebuk lubang² 'pocket hole' dengan lebih cepat dan mengelakkan kita dari mengalami sakit pinggang dan kepenatan melampau. Kasihannya.....

Jadi, tanpa membuang masa lagi - "dengan curahan kasih dan sayang yang tidak bertepi" (hamboih!!!) - jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® RamboJig® - Part II.

"Maafkan Rambozzi® kiranya "ungkapan² cinta" di dalam blog Rambozzi® ini "mengganggu" jiwa pembaca dan peminat 'woodworking' kental. Rambozzi® "terpaksa" memasukkan elemen itu sebab "I am Rambozzi®". "I-woodworking with Style". "I-woodworking with Heart". "I-woodworking with Love". Heh heh heh heh..."


Ok, gambar di atas menunjukkan bahan² yang diperlukan untuk membuat Rambozzi® RamboJig® - Part II ini. Hmmm... sebenarnya Rambozzi® terlupa nak masukkan sekali bahan paling penting untuk projek ini iaitu 'toggle clamp' ke dalam gambar di atas. Takpe...jap lagi dia akan muncul heh heh heh heh...

Oh no! Wait! Sebenarnya, bahan yang paling penting sekali adalah KREG® Jig R3!!! Hahahaha! Ye lah kan...kalau tidak ada KREG® Jig R3 memang projek ini akan gagal sebelum ia bermula!

Ok. Anak panah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada satu lagi projek Rambozzi® yang dibuat serentak dengan projek ini. Untuk projek itu, tungguuuuuu..... Heh heh heh heh...

Ok. Kayu² di dalam gambar di atas telah dipotong kepada saiz² yang diperlukan untuk projek ini. Semuanya dipotong pada 'miter' 90° dan 45° sahaja.


Pertama sekali, Rambozzi® akan gam dan skrukan dulu sekeping kayu ke atas 'jig' ini. Kayu itu berfungsi untuk "mengangkat" sedikit kedudukan 'toggle clamp' ke atas. Tujuannya adalah supaya 'clamp pad' dapat mengapit kayu pada kedudukan terbaik.


Kemudian, Rambozzi® skrukan 'toggle clamp' di atas ke tempatnya.


Ok, ini agak kritikal untuk Rambozzi® cuba menerangkannya hehehehe...

Pertama sekali, Rambozzi® gam dan skrukan 2 batang kayu di bahagian kiri dan kanan KREG® Jig R3. 2 batang kayu itu akan mengapit KREG® Jig R3 dengan kemas untuk memastikan ia tidak bergerak² bila kita menggunakannya nanti.

Seterusnya, jarak di antara kedudukan 'toggle clamp' dan KREG® Jig R3 perlu dipastikan sesuai agar 'jig' ini boleh digunakan untuk saiz kayu yang berbeza² (lihat anak panah berwarna merah).

Oh! Nyaris pula Rambozzi® terlupa, Rambozzi® RamboJig® - Part II ini Rambozzi® buat "khusus" untuk kayu yang bersaiz antara 3/4" ke 1 1/2" sahaja. Ingat tu ye...hehehehe...

Jarak untuk 'clamp pad' itu 'travel' ke kayu yang hendak ditebuk juga perlu diambil kira supaya 'jig' ini boleh mengapit kayu pada kekuatan yang semaksima mungkin (lihat anak panah berwarna kuning).


2 batang lagi kayu Rambozzi® gamkan ke 'jig' ini. 2 batang kayu itu berfungsi sebagai "penahan" kepada KREG® Jig R3 dan kayu yang hendak ditebuk nanti akibat tolakan 'toggle clamp' itu. 


Ok, gambar di atas menunjukkan bagaimana KREG® Jig R3 itu hanya perlu diletakkan sahaja di antara 2 batang kayu itu. 2 batang kayu di bahagian kiri dan kanannya akan mengapit KREG® Jig R3 dengan kemas.


Sama seperti Rambozzi® RamboJig®, Rambozzi® pasangkan juga satu 'vacuum hose adapter' ke 'jig' ini. Sebenarnya bukan 'adapter' pun, ia adalah 'parts' daripada 'vacuum' yang Rambozzi® "D.I.Y"kan supaya boleh digunakan sebagai 'vacuum hose adapter' heh heh heh heh...


Ok, Rambozzi® RamboJig® - Part II ini sudah siap dan ia sedia untuk digunakan! Jom kita 'test' dia sekarang! Heh heh heh heh...

Mula² sekali, tanggalkan dahulu 'clamp pad adapter' pada KREG® Jig R3 itu.


Rambozzi® akan cuba Rambozzi® RamboJig® - Part II ini pada kayu bersaiz 3/4" sahaja. Rambozzi® tetapkan 'positioning sliders' pada KREG® Jig R3 ke kedudukan 3/4 (lihat gambar di atas).


Rambozzi® letakkan KREG® Jig R3 ke tempatnya pada 'jig'. Pastikan ia ditekan rapat ke bawah sehingga 'positioning sliders' itu menyentuh permukaan kayu 'jig' ini.


Kemudian, Rambozzi® laraskan 'clamp pad' pada 'toggle clamp' agar sesuai dengan ketebalan kayu yang hendak ditebuk.


Sekarang, letakkan kayu di hadapan KREG® Jig R3 dan 'clamp'! Rambozzi® juga pasangkan 'washing machine hose' ke 'vacuum hose adapter' pada 'jig' ini untuk menyedut habuk yang terhasil daripada tebukan lubang 'pocket hole' nanti. 

"Ok, Rambozzi® gunakan 'washing machine hose' kerana 'hose' jenis ini lembut dan boleh dimasukkan ke lubang yang kecil dan juga lubang yang besar. Sebab, tidak semua 'vacuum' mempunyai saiz 'vacuum hose' yang sama. Kan... Heh heh heh heh..."

Sekarang, bolehlah ditebuk lubang² 'pocket hole' itu.


Itulah hasilnya. Rambozzi® RamboJig® - Part II ini Rambozzi® isytiharkan - BERJAYA! Heh heh heh heh...


Seperti yang Rambozzi® maklumkan di permulaan 'entry' ini, Rambozzi® RamboJig® - Part II ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan dan memudahkan proses menebuk 'pocket hole' menggunakan KREG® Jig R3. Ia tidak menggantikan fungsi KREG® Jig R3 itu sendiri. Ia hanya sebagai satu 'jig' untuk memudahkan kerja² 'woodworking' sahaja.


Sebagai tambahan atau 'bonus', Rambozzi® tambahkan satu lagi 'feature' pada Rambozzi® RamboJig® - Part II ini iaitu 'extension wings' di bahagian kiri dan kanan 'jig' ini. Fungsinya adalah sebagai 'support' jika kita ingin menebuk 'pocket hole' pada kayu atau 'plywood' yang lebar. Sekarang Rambozzi® RamboJig® - Part II ini sudah kelihatan seperti KREG® Jig K5! Hahahahaha!

Ok. Projek ini tidak susah sangat untuk dibuat. Projek ini sangat ringkas dan mudah - tapi ia dibuat dengan penuh rasa "cinta, kasih dan sayang" Rambozzi®. Projek ini sekarang sudah menjadi "kesayangan" Rambozzi®!!! Projek ini adalah "lambang kesucian cinta" Rambozzi® kepada "woodworking" ini. Heh heh heh heh...

Oh! Lupa lagi. 'Extension wings' itu adalah sayap. Sayap adalah Wings. Wings adalah Awie. Jadi. So. Jom layan lagu Wings sambil kita buat "woodworking" ini. Dengarlah pilihan Rambozzi® kali ini dari Wings - Harapan. Heh heh heh heh...


"Damai hati terang sudah
Perjalanan yang kita
Harung bersama...

Pasti engkau kan bertanya
Apakah kita ini dijadi untuk mencari
Erti ikatan yang seakan dijanji...

Kita insan yang berharapan
Engkau dan aku kasih dalam gelombang....."


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ▼  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ▼  January 2015 (10)
      • - Table, Chairs, Fatiha & Fatima
      • - Siri Bercakap Dengan Rambozzi®
      • - Rambozzi® RamboClamp® Redzuan
      • - Rambozzi® RamboJig® - Part II
      • - Bara Rambozzi®
      • - Rambozzi® Charging Station
      • - Wooden Sign Rimy
      • - DREMEL® Versaflame™ 2200
      • - Mobile Phone Holder Lily
      • - Rambozzi® & 2015
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes