'Easel stand' memang nampak ringkas dan 'macam mudah' dibuat. Tapi, bagi Rambozzi®, benda yang nampak ringkas dan mudah nie tidak semestinya seringkas dan semudah yang disangka. Rambozzi® tahu sebab Rambozzi® pernah membuat sebuah 'easel stand' tidak lama dulu iaitu Easel Stand Wira. Masalah akan datang bila tiada peralatan yang khusus untuk membuat 'easel stand' nie dan juga masalah kayu yang tidak lurus. Kayu yang tidak lurus dan ketiadaan mesin untuk memprosesnya memang berkait rapat. Ini bukan alasan Rambozzi®, ini adalah masalah Rambozzi®. Tapi, ia bukan halangan.
Atas permintaan Azras, Rambozzi® cuba sekali lagi membuat 'easel stand' sebaik yang boleh. Lagipun, Azras sendiri hanya mahukan satu 'easel stand' yang sangat ringkas dan tidaklah besar sangat. Rambozzi® jelaskan kepada Azras, akan ada risiko kayu² yang Rambozzi® gunakan tidak betul² lurus dan akan nampak ketara bila dipasang nanti. Azras faham dan 'bersetuju' dengan risiko yang akan dihadapinya nanti. Jadi, setelah Rambozzi® mencapai kata sepakat dengan Azras , dengan tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini iaitu Easel Stand Azras.
"Penting untuk Rambozzi® jelaskan kepada setiap pelanggan Rambozzi® masalah² atau risiko² yang akan dihadapi di dalam kerja² kayu Rambozzi®. Kalau mereka bersetuju dan sanggup menghadapinya, barulah Rambozzi® akan terima sesuatu projek kayu itu."
Atas permintaan Azras sendiri, Rambozzi® hanya akan gunakan beberapa batang kayu² 1x1 sahaja. Ya, di dalam gambar di atas memang tak nampak sangat, tapi realitinya, kayu 1x1 di atas adalah tidak lurus. Puas jugak Rambozzi® memilih bahagian² yang tidak ketara sangat bengkoknya sebelum dipotong menggunakan 'miter saw' ke saiz yang diperlukan. Azras tidak menyatakan saiz yang tepat untuk 'easel stand' ini. Jadi, Rambozzi® terpaksa menentukan sendiri saiz yang sesuai dengan kayu 1x1 dan cuba juga mengikut kehendak Azras yang mahukan 'easel stand' ini dalam saiz yang 'tidak besar sangat tidak kecil sangat'. Itu satu saiz yang unik kan heh heh heh...
Pertama sekali, Rambozzi® kena tebuk 2 lubang di kaki² 'easel stand' tersebut pada 'angle' yang tidak dapat Rambozzi® nyatakan di sini sebab Rambozzi® main hentam je sebenarnya hahaha. Lubang² itu akan ditebuk di tempat yang telah ditandakan pada kaki² 'easel stand' tu.
Menggunakan 'drill press' seperti di dalam gambar di atas, Rambozzi® sengetkan atau condongkan sedikit 'drill press table' tersebut dengan cuba mengikut 'angle' yang telah dilukis di atas kayu itu. Kayu yang hendak ditebuk juga perlu Rambozzi® 'clamp'kan supaya ia tidak tergelungsur jatuh pula nanti. Dan ada juga beberapa batang kayu terbuang yang Rambozzi® 'clamp'kan di atas 'drill press table' itu sebagai 'stop block' yang bertujuan untuk memastikan setiap kaki 'easel stand' ditebuk dengan tepat di tempat yang sama.
Ok, berpandukan gambar di atas, dapat dilihat dengan jelas garisan yang telah dilukis pada kayu tersebut. Garisan 'angle' itu Rambozzi® lukis dengan menggunakan 'sliding bevel gauge'. Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan bahawa kecondongan 'drill press table' itu selari dengan garisan 'angle' tu. Jadi, lubang itu akan dapat ditebuk mengikut kecondongan yang kita mahu.
Kayu² yang bertanda anak panah berwarna kuning pula adalah kayu² yang akan berfungsi sebagai 'stop block' yang akan membantu memastikan kayu yang seterusnya juga dapat ditebuk dengan tepat di tempat yang sama.
Ok, bila dah siap tebuk barulah Rambozzi® perasan dan sedar, mata 'drill' yang Rambozzi® gunakan tadi tidak sepadan dengan saiz skru yang nak Rambozzi® gunakan. Sebab, Rambozzi® terlupa nak tukar mata 'drill' yang tersedia dipasang di 'drill press' tu. Ya! Rambozzi® merasa agak bangga juga dengan kelalaian Rambozzi® tu sebab sekarang Rambozzi® boleh panjangkan 'entry' nie dan boleh menambah satu lagi proses kerja di dalam projek ini...
"Aduh...jadi satu kerja pulak nak kena setkan semula 'drill press table' tu sebab Rambozzi® dah tegakkan semula 'drill press table' tu tadi! Bagus!"
Ok, kali nie Rambozzi® gunakan mata 'drill' yang tepat untuk saiz skru tadi hehehehehehehehe...
Rambozzi® tegakkan kembali 'drill press table' nie dan tebuk satu lubang lagi di kayu tengah untuk 'easel stand' nie.
Ok, sekarang semuanya sudah siap untuk dicantumkan menjadi 'easel stand'. Cuma...Rambozzi® rasa lubang itu perlu di'countersink'kan. Sebab, Rambozzi® nak pastikan 'washer' dan kepala skru itu terbenam ke dalam kayu tu. Jadi, Rambozzi® kena sengetkan sekali lagi 'drill press table' tu ke 'angle' tadi. Percayalah, masa tengah menulis 'entry' nie pun Rambozzi® masih terasa lagi bengangnya tu...
Ok, abaikan 'quote' kat atas tu hehehe...
Sekarang Rambozzi® tebuk pula lubang² 'countersink' pada 2 batang kaki 'easel stand' nie.
Kayu silang di antara kaki² 'easel stand' di atas Rambozzi® tebuk lubang² 'pilot hole' dan juga 'countersink'kan ia.
Seterusnya hanyalah proses pemasangan yang sangat ringkas dan mudah.
Rambozzi® juga tambahkan sebatang lagi kayu di atas kayu silang itu supaya ia menjadi tapak yang lebih lebar sekiranya akan diletakkan 'frame' gambar yang agak besar di atasnya. Rambozzi® akan gamkan sahaja kayu itu ke atas kayu silang itu.
Dan Rambozzi® 'clamp'kan supaya ia melekat dengan kemas dan sekata. Dan projek 'easel stand' ini boleh dianggap sudah siap! Tinggal proses mengecat sahaja nanti.
Ok, dari proses memotong kayu hinggalah ke proses di atas, Rambozzi® hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit, rasanya. Termasuk masa² terbuang yang digunakan atas beberapa 'kelalaian' Rambozzi® tadi heh heh heh. Rambozzi® rasa, 'easel stand' yang macam nie boleh disiapkan dalam masa 30 minit. Dan, kalau ada orang kata ia boleh disiapkan dalam masa 15 minit pun Rambozzi® percaya lagi. Sebab ia memang sangat ringkas dan mudah.
Seterusnya, Rambozzi® akan 'sanding' sedikit keseluruhan 'easel stand' nie dengan kertas pasir 120 atau 150 grit. Kemudian Rambozzi® akan cat sebanyak 2 atau 3 lapisan 'polyurethane varnish' sebagai kemasannya.
Siap Easel Stand Azras. Rambozzi® hanya ikatkan tali untuk mengelakkan ia terbuka terlebih luas pula nanti. Kalau Azras ada tali yang lebih menarik, boleh ditukarkan tali tu. Rambozzi® tak marah heh heh heh...
Siap Easel Stand Azras. Rambozzi® hanya ikatkan tali untuk mengelakkan ia terbuka terlebih luas pula nanti. Kalau Azras ada tali yang lebih menarik, boleh ditukarkan tali tu. Rambozzi® tak marah heh heh heh...
BOSCH®
Deepest Feelings
DIY
Drill Press
Easel Stand
Frame kayu
Kerja Kayu
Melayu Malaysia
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Stand
Tips&Tricks
Tools
Woodworking
0 Comments