- Easel Stand Wira


Kali nie Rambozzi® dapat satu tempahan daripada Wira, yang mahukan satu "bende" yang agak "pelik" bagi Rambozzi® iaitu "Easel Stand"Rambozzi® sendiri pun tak tahu apa nama sebenar "bende" nie. Tapi bila Rambozzi® "google" barulah Rambozzi® tahu namanya - Easel Stand! Ntah ye ntah tidak Rambozzi® pun tak tahu. Kalau ikut Rambozzi®Rambozzi® panggil "bende" nie "tempat letak gambar" je hahahaha.

Jadi, si Wira nie ada tunjukkan pada Rambozzi® apa yang dia nak. Dengan ukurannya sekali la. Ok, Rambozzi® pun tak tahu apa akan jadi dan macam mana nak buat, tapi apa² hal pun, jom start woodworking untuk Easel Stand Wira nie.


Ok, mula² sekali Rambozzi® potong dulu kayu 1*2 untuk buat kaki "menatam" nih. Rambozzi® potong mengikut saiz yang Wira nak. Tapi, datang pulak masalah pertama, iaitu, bukaan kaki "bende" nie luas sangat. Sampai 5 kaki bukaannya, nie dah jadi terlalu besar sangat² la pulak. Puncanya, Rambozzi® potong kayu nie menggunakan "miter saw", dan "miter saw" tu boleh potong sudut "miter" sehingga 60° je, tak boleh nak potong lebih dah. Kalau boleh potong dalam 70° atau 75° mungkin kecil la sikit bukaan kaki tu. Nak ikutkan kiraan "teorem pitagoras" memang tak sampai la kat kepala otak Rambozzi®. Mengeja pun dah salah..

Rambozzi® bagitau dan tunjukkan gambar kat atas nie pada Wira "hasil" yang Rambozzi® dapat. Wira faham dan dia bagi satu "penyelesaian" pada Rambozzi®.


Haaa itu dia modelnya! Bila Rambozzi® tengok je "bende" nie barulah Rambozzi® dapat akal sikit macam mana nak buat "menatam" nih heh heh heh heh. Ok, jom start semula woodworking untuk Wira nih hahahaha.


Start semula, Rambozzi® potong dulu siap² semua bahagian kayu yang diperlukan.


Rambozzi® cuma perlukan kayu 1*2 dan juga sebatang kayu bulat tu.


Sebenarnya Rambozzi® yakin boleh buat "bende" tu sebab Rambozzi® ada beli bende nie. Wolfcraft 4522 Tec Mobil Drill Stand nama dia. Rambozzi® jumpa kat ACE Hardware. Tapi mahal boleh tahan juga untuk "bende" macam nih. Rambozzi® beli sebab kepelbagaian kegunaannya. Salah satunya, "bende" nie boleh tebuk lubang antara "angle" 0° ke 45°.



Ok, kayu yang kat atas tu kayu penahan "bende" tu kat belakang. Jadi Rambozzi® tebuk lubang menembusi kayu tu sebab akan dimasukkan kayu bulat ke dalamnya. Jadi "angle" nya 0° je la.




Ok, itu hasilnya selepas ditebuk lubangnya.


Seterusnya, untuk bahagian kaki, Rambozzi® kena tebuk senget sikit untuk bukaan kaki "bende" tu nanti. Rambozzi® try tebuk "angle" 15° dulu, nak tengok setakat mana bukaannya nanti. Matematik memang "failed" habis la Rambozzi® nie, sebab tu buat kerja macam tu heh heh heh.



Ok itu hasilnya. Untuk kaki nie Rambozzi® tak tebuk sampai tembus kayu tu. Sebab nanti nak dimasukkan kayu bulat pulak. Dengan Wolfcraft 4522 Tec Mobil Drill StandRambozzi® dapat setkan kedalaman tebukan lubang yang Rambozzi® nak. Memang Wolfcraft 4522 Tec Mobil Drill Stand nie sangat membantu.


Sekarang Rambozzi® nak "try" masukkan kayu tu ke lubang tu. Dan nasib baik dia muat dengan ngam.


Sebelum Rambozzi® pasangkan kaki² "bende" tu Rambozzi® masukkan dulu kayu bulat tu ke kayu penahan.

Dan akhir sekali Rambozzi® pasangkan kaki dan juga kayu untuk letak "frame" gambar. Nasib baik bukaannya ok dan tak mengarut sangat. Tinggal nak cat je la nie...



Wira nak warna putih. Ringkas je "design"nya. Tapi cat warna putih bukan senang jugak nak bagi sekata dan cantik. Sebab Rambozzi® guna cat minyak warna putih, cat tu meresap ke dalam kayu. Banyak lapisan jugak la Rambozzi® cat nak bagi nampak "solid". Dan akhir sekali Rambozzi® pasangkan penyangkut kat belakang kayu tu untuk disangkutkan tali ke kaki tu supaya kaki tak terbuka habis heh heh heh. Pelik² la..

Siap Easel Stand WiraRambozzi® macam biasa berharap Wira suka dan memenuhi keperluannya. Rambozzi® harap Wira puas hati.

2 Comments

  1. Replies
    1. hamboih! nak byk unit ke? heh heh heh
      blh call-sms-wassap Rambozzi - 016-952 7489
      terima kasih mohd badrul

      Delete