Laili kembali lagi! Hehehehe... Laili nie pun bukan seorang yang asing bagi Rambozzi®. Laili memang pernah berurusan dengan Rambozzi® sebelum ini. Kini Laili kembali dengan tempahan terbarunya iaitu rak untuk menyangkut atau menyidai tuala. 'Design' untuk rak nie adalah dari Laili sendiri. Laili tunjukkan contoh gambar rak nie kepada Rambozzi® dan minta Rambozzi® buatkan sebuah untuknya. Cuma ukurannya sahaja yang Rambozzi® tentukan. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Towel Rack Laili.
Untuk projek Towel Rack Laili ini Rambozzi® hanya akan gunakan kayu² bersaiz 1x2 dan juga kayu bulat. Ok, 'design' rak ini sebenarnya membawa sedikit 'masalah' kepada Rambozzi®. Sebabnya, kayu² yang biasa Rambozzi® beli di 'hardware' tidak semuanya lurus. Ada yang sedikit membengkok dan ada juga yang 'twist'. Kalau digunakan untuk projek² yang memerlukan pembinaan rangka atau 'frame', ia tidak menjadi masalah sangat sebab binaannya sendiri boleh membantu kita mendapatkan sambungan yang tepat. Tapi kalau digunakan untuk projek seperti ini yang memerlukan tiang² yang betul² lurus, kayu² ini memang bermasalah.
Lihat gambar di atas. Jelas kelihatan bahawa kayu² itu sedikit bengkok terutamanya di bahagian tengah yang bertanda anak panah itu. Kayu yang bengkok seperti ini, bila dipotong menggunakan 'miter saw' sangat susah untuk mendapatkan potongan yang tepat dan sama panjang. Dan projek kali ini pula memerlukan potongan yang sangat tepat dan kayu yang sangat lurus.
Jadi, sebelum Rambozzi® potong kayu² itu menggunakan 'miter saw', Rambozzi® 'clamp'kan dahulu di bahagian² yang bengkok.
Dan Rambozzi® tampal 'masking tape' di bahagian² yang bengkok itu. Tujuannya adalah untuk membolehkan kayu² itu dipotong serentak dan mendapat panjang yang sama. Projek ini memerlukan 5 set tiang² yang lurus. Jadi, Rambozzi® 'ikatkan' 5 set kayu² itu yang akan dipotong serentak. Rambozzi® harap 'idea' nie menjadi la heh heh heh heh...
Seterusnya Rambozzi® potong pula kayu² bulat untuk dijadikan penyidai tuala nanti.
Kayu² bulat itu akan dimasukkan ke dalam lubang yang akan ditebuk di atas kayu² 1x2 tadi. Rambozzi® dapatkan dahulu saiz kayu bulat itu dengan menggunakan 'caliper' seperti di dalam gambar di atas. Saiz kayu bulat itu adalah lebih kurang 18.5 mm (mm ke tu?...). Oh ya, Rambozzi® ada membeli sebuah 'digital caliper' tapi baterinya dah habis, jadi ia dah jadi tak berguna la heh heh heh. Takpe, baterinya akan Rambozzi® beli kemudian...
Dari saiz kayu bulat tadi Rambozzi® kena gunakan 'forstner bit' yang sama saiz dengannya supaya ia muat ke dalam lubangnya nanti. Nasib baik pula 'forstner bit' yang Rambozzi® ada sama saiznya dengan kayu bulat tadi. Jadi, boleh la Rambozzi® tebuk lubang sekarang.
'Marking' atau tandaan atau penandaan (huh mana satu ntah heh heh) sangat penting di dalam kerja² pertukangan kayu. Rambozzi® ukur dan tandakan dahulu sebelum menebuk lubang² untuk dimasukkan kayu bulat nanti. Penandaan yang teliti dan ketepatan tebukan lubang adalah sangat penting untuk memastikan kayu² bulat tadi dapat dimasukkan dengan selari ke dalam lubang² tu.
Kemudian Rambozzi® tandakan lubang kecil di tengah² 'marking' tadi dengan menggunakan 'center punch' seperti di dalam gambar di atas. Tujuannya adalah untuk memudahkan mata 'drill' atau 'forstner bit' yang kita nak gunakan nanti 'menemui jalan yang benar' heh heh heh.
Kadang² 'drill bit' yang kita pasangkan ke 'drill press' tidak berputar dengan 'cantik'. Bila hujung mata 'drill bit' itu masuk ke dalam lubang kecil yang kita tanda tadi, ia secara automatiknya akan berputar dengan kemas dan tidak 'bergoyang²'. Aduh payahnyalah nak cari perkataan!
Lihat gambar di atas. Mata 'forstner bit' yang tajam itu perlu 'dipandu' masuk ke lubang kecil yang Rambozzi® tandakan tadi untuk mendapatkan tebukan yang tepat mengikut ukuran dan tandaan tadi.
Ok, ini satu lagi teknik yang Rambozzi® belajar sepanjang menggunakan 'drill press' terutamanya bila menggunakan 'forstner bit'. Lihat gambar di atas. Rambozzi® biarkan 'forstner bit' itu berputar dan tekan sedikit ke atas permukaan kayu sehingga membentuk bulatannya dahulu sebelum dibenamkan ke kedalaman yang kita nak. Kalau terus ditekan ke dalam kayu, ada risiko bahagian atas bulatan itu akan pecah² dan tidak cantiklah lubang tu. Dan mata 'forstner bit' itu juga perlu dipastikan tidak tumpul.
Ada 4 lagi batang kayu yang akan dipasang ke kayu² yang berlubang tadi yang akan berfungsi sebagai penguat untuk projek ini. 4 batang kayu di atas akan diskrukan ke kayu² berlubang tadi dan Rambozzi® tebuk dulu lubang² 'countersink'. 'Spade drill bit' seperti di dalam gambar di atas bukan untuk tujuan 'countesink' sebenarnya. Tapi, Rambozzi® suka melihat hasil tebukannya yang kemas dan cantik.
Selepas itu barulah ditebuk pula lubang² 'pilot hole' untuk skru nanti. Ada 'woodworker' yang menebuk lubang 'pilot hole' dulu, kemudian lubang 'countersink'. Tapi Rambozzi® suka tebuk lubang 'countersink' dahulu diikuti lubang 'pilot hole' kerana ia lebih tepat dan kemas. Tapi apa² pun, kedua² cara itu tidak salah. Lubang² 'pilot hole' itu akan 'memandu' skru ke tempat yang hendak diskrukan dengan tepat.
Seterusnya Rambozzi® gam dan skrukan kayu² tadi menjadi rangka seperti di dalam gambar di atas.
Dan Rambozzi® gam dan skrukan kayu² yang lain pula. Kayu² yang bertanda anak panah itu sebenarnya berfungsi sebagai 'spacer'. Ia bertujuan untuk mendapatkan jarak yang sama antara setiap kayu yang diskrukan ke rangka itu. Jarak 'spacer' itu bergantung pada saiz kayu yang digunakan sebagai 'spacer'.
Ok, siaplah bahagian kiri dan kanan rak ini. Kayu² bulat itu akan dimasukkan ke dalam lubang² yang telah ditebuk nanti.
Di dalam 'woodworking', ada masanya kita perlu gunakan 'spacer' untuk mendapatkan jarak yang sama. Tapi, ada masanya kita tak perlukan 'spacer'. Kita boleh skrukan terus kayu ke kayu secara bebas. Untuk projek² yang memerlukan ketepatan jarak, penggunaan 'spacer' adalah antara cara yang paling membantu.
Seterusnya, Rambozzi® kena tentukan jarak yang sesuai dan tepat untuk dipasangkan 2 batang lagi kayu di bahagian bawah rak ini untuk mengukuhkan lagi binaannya. Ok, bahagian ini agak 'tricky' sikit heh heh heh. Tapi tak susah mana pun... Rambozzi® perlu dapatkan ukuran untuk jarak yang bertanda anak panah seperti di dalam gambar di atas.
Untuk tujuan itu, Rambozzi® kena pastikan rak ini stabil dan kayu² bulat itu tidak bergerak². Rambozzi® 'clamp'kan sementara di bahagian atas rak ini dengan memastikan kayu bulat itu masuk rapat ke dalam lubang. Menggunakan 'measuring tape' adalah cara paling tepat untuk mendapatkan ukuran jarak itu. Hanya ukur, tandakan pada kayu yang hendak dipotong dan potong.
Tapi biasanya Rambozzi® akan gunakan cara di atas. Tak perlu mengukur, hanya tandakan terus pada kayu yang hendak dipotong. Rambozzi® rasa, gambar di atas sudah cukup untuk 'menerangkannya'. Kalau Rambozzi® cuba terangkan dalam tulisan Rambozzi® nie, rasa²nya Rambozzi® sendiri pun tak faham heh heh heh...
Ok, 5 batang kayu² bulat dan 2 batang kayu 1x2 di bahagian bawah rak PERLU digamkan dan dipasangkan serentak. Untuk memasang kesemuanya secara serentak sebenarnya agak bermasalah juga pada Rambozzi®. Sebabnya, untuk dimasukkan 5 batang kayu² bulat ke dalam lubangnya agak susah kalau tidak ada pembantu. Jadi, Rambozzi® mendapat satu ilham bagaimana nak memudahkan proses pemasangan itu dan sekaligus dapat memasang dengan tepat dan kemas.
Rambozzi® 'baringkan' kedua² rangka rak itu ke lantai. Mula² sekali, Rambozzi® gam dan skrukan dulu 2 batang kayu 1x2 tadi ke bahagian bawah rak di salah satu rangka tadi (label 1). Kemudian Rambozzi® gam dan masukkan pula kayu² bulat tadi ke lubang² di rangka yang lagi satu (label 2).
Kemudian Rambozzi® masukkan gam ke dalam lubang² di rangka yang berlabel 1 tadi siap².
Kemudian Rambozzi® angkat dan letakkan rangka berlabel 1 itu ke atas rangka berlabel 2. Jadi, kayu 1x2 di rangka berlabel 2 itu akan berfungsi sebagai penyokong atau 'support' sementara yang membolehkan Rambozzi® memasukkan kayu² bulat itu ke dalam lubang²nya dan Rambozzi® boleh skrukan juga kayu² 1x2 itu ke rangka berlabel 1.
Kalau proses di atas dibuat dalam keadaan rangka² itu berdiri, agak susah juga la nak masukkan kayu² bulat itu ke dalam lubang²nya secara serentak. Jadi, Rambozzi® memuji diri Rambozzi® sendiri kerana berjaya memikirkan 'idea' yang 'bernas' ini. Heh heh heh heh...hebat kan beta? (pinjam 'tagline' Sultan Melaka jap hehehehe...)
Sekarang bolehlah Rambozzi® masukkan kayu² bulat itu ke dalam lubang²nya dengan senang hati.
Bila kesemua bahagian siap dipasang, barulah Rambozzi® 'bangunkan' semula rak itu dan 'berdirikan dia' di atas lantai. Untuk memastikan kesemua sambungan adalah kemas, Rambozzi® 'clamp'kan ia. Tapi malangnya, Rambozzi® hanya ada satu sahaja 'clamp' yang panjang seperti di dalam gambar di atas. Rambozzi® memang nak beli lagi satu set 'clamp head' tu tapi belum ada modal lagi buat masa nie. RM100 satu set 'clamp head' yang warna biru tu, beb!
Ok, satu perkara penting yang perlu dijaga untuk pemasangan kayu seperti di atas adalah, kita perlu ukur dan pastikan jarak antara setiap kayu bulat itu dengan tiang² pemegangnya adalah sama. Ini dapat memastikan bahawa sambungan yang kita buat itu adalah tepat dan kemas. Tapi, kalau setiap kayu² bulat itu dipotong dengan tepat dan sama panjangnya, rasanya sambungan itu pastinya juga akan tepat. Tapi, tak salah kalau kita ukur sekali lagi dan pastikan ianya benar² tepat. Tapi, kalau tak ukur pun, takpe. Tapi, baik kita ukur la kan? Heh heh heh heh.....
Selepas proses 'sanding', Rambozzi® cat keseluruhan rak nie dengan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan, yang diselangi dengan 'sanding' di antara setiap lapisan menggunakan kertas pasir 220 grit. Untuk bahagian penyangkut atau kayu bulat tu, Rambozzi® cat dengan menggunakan kain heh heh heh. Rambozzi® celupkan kain ke dalam 'varnish' dan sapu dengan rata ke atas kayu² bulat tu. Tujuan Rambozzi® adalah untuk memastikan kayu² bulat itu dicat dengan sekata dan halus. Boleh juga kalau nak guna berus cat, tapi tangan Rambozzi® nie agak 'kejang' juga nak mengecat kayu bulat nie hehehehehe....
Atas permintaan Laili juga, Rambozzi® pasangkan juga 4 biji roda di bahagian bawah rak nie.
Dengan itu, siaplah projek Towel Rack Laili nie. Seperti biasa, Rambozzi® amat berharap agar Laili suka dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie. Rambozzi® harap rak nie dapat digunakan dengan jayanya. Terima kasih banyak² Laili atas kepercayaan yang diberikan "lagi" kepada Rambozzi®.
Rambozzi® 'baringkan' kedua² rangka rak itu ke lantai. Mula² sekali, Rambozzi® gam dan skrukan dulu 2 batang kayu 1x2 tadi ke bahagian bawah rak di salah satu rangka tadi (label 1). Kemudian Rambozzi® gam dan masukkan pula kayu² bulat tadi ke lubang² di rangka yang lagi satu (label 2).
Kemudian Rambozzi® masukkan gam ke dalam lubang² di rangka yang berlabel 1 tadi siap².
Kalau proses di atas dibuat dalam keadaan rangka² itu berdiri, agak susah juga la nak masukkan kayu² bulat itu ke dalam lubang²nya secara serentak. Jadi, Rambozzi® memuji diri Rambozzi® sendiri kerana berjaya memikirkan 'idea' yang 'bernas' ini. Heh heh heh heh...hebat kan beta? (pinjam 'tagline' Sultan Melaka jap hehehehe...)
Sekarang bolehlah Rambozzi® masukkan kayu² bulat itu ke dalam lubang²nya dengan senang hati.
Bila kesemua bahagian siap dipasang, barulah Rambozzi® 'bangunkan' semula rak itu dan 'berdirikan dia' di atas lantai. Untuk memastikan kesemua sambungan adalah kemas, Rambozzi® 'clamp'kan ia. Tapi malangnya, Rambozzi® hanya ada satu sahaja 'clamp' yang panjang seperti di dalam gambar di atas. Rambozzi® memang nak beli lagi satu set 'clamp head' tu tapi belum ada modal lagi buat masa nie. RM100 satu set 'clamp head' yang warna biru tu, beb!
Ok, satu perkara penting yang perlu dijaga untuk pemasangan kayu seperti di atas adalah, kita perlu ukur dan pastikan jarak antara setiap kayu bulat itu dengan tiang² pemegangnya adalah sama. Ini dapat memastikan bahawa sambungan yang kita buat itu adalah tepat dan kemas. Tapi, kalau setiap kayu² bulat itu dipotong dengan tepat dan sama panjangnya, rasanya sambungan itu pastinya juga akan tepat. Tapi, tak salah kalau kita ukur sekali lagi dan pastikan ianya benar² tepat. Tapi, kalau tak ukur pun, takpe. Tapi, baik kita ukur la kan? Heh heh heh heh.....
Selepas proses 'sanding', Rambozzi® cat keseluruhan rak nie dengan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan, yang diselangi dengan 'sanding' di antara setiap lapisan menggunakan kertas pasir 220 grit. Untuk bahagian penyangkut atau kayu bulat tu, Rambozzi® cat dengan menggunakan kain heh heh heh. Rambozzi® celupkan kain ke dalam 'varnish' dan sapu dengan rata ke atas kayu² bulat tu. Tujuan Rambozzi® adalah untuk memastikan kayu² bulat itu dicat dengan sekata dan halus. Boleh juga kalau nak guna berus cat, tapi tangan Rambozzi® nie agak 'kejang' juga nak mengecat kayu bulat nie hehehehehe....
Atas permintaan Laili juga, Rambozzi® pasangkan juga 4 biji roda di bahagian bawah rak nie.
Dengan itu, siaplah projek Towel Rack Laili nie. Seperti biasa, Rambozzi® amat berharap agar Laili suka dengan hasil kerja tangan Rambozzi® nie. Rambozzi® harap rak nie dapat digunakan dengan jayanya. Terima kasih banyak² Laili atas kepercayaan yang diberikan "lagi" kepada Rambozzi®.
BOSCH®
Center Finder
DIY
Drill Press
Kerja Kayu
KREG® Automaxx™ Face Clamp
Melayu Malaysia
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Rak Kayu
Rak Tuala
Tips&Tricks
Tools
Towel Rack
Woodworking
7 Comments
Bagusla rak towel ni. Boleh sidai 5 towel terus.
ReplyDeleteItu baru 5 Anna redz..nak buat 15 pun boleh hehehe
DeleteDekat mna rak nh jual
ReplyDeleteBoleh order ke?
ReplyDeleteBoleh je. Wassap Rambozzi 016-9527489. Lokasi Dengkil, Selangor.
DeleteMenarik ssgt ni. Kalau tempat brp kos ni?
ReplyDeleteWassap ke 016-9527489 ye puan. Lokasi Dengkil, Selangor.
Delete