- The Stand


Ini adalah produk kayu pertama yang Rambozzi® 'design' sendiri mengikut kreativiti dan kemampuan pertukangan kayu Rambozzi®Rambozzi® bagi dia nama "The Stand" sebab bende nie boleh digunakan sebagai 'stand' untuk letak berbagai macam barang seperti penyapu, joran pancing, payungkayu 'snooker' dan tidak lupa juga batang 'monopod' heh heh heh heh heh heh....

The Stand ini adalah 'portable', sesuai untuk kaki² pancing, ianya ringan dan mudah dibawa bersama² ke kolam² pancing heh heh heh. Ok, jom mulakan 'woodworking' untuk kali ini - The Stand.


Macam biasa, mula² sekali tentukan ukuran dan potong kayu dulu.


Memandangkan tak banyak lubang² 'pocket hole' yang nak ditebuk, kali ini Rambozzi® akan gunakan Kreg® Drill Guide Spacer Block (lihat anak panah di dalam gambar di atas) yang tak pernah Rambozzi® gunakan sebelum nie.


Rambozzi® tak pasti sama ada apa yang akan Rambozzi® tuliskan seterusnya nie adalah tepat atau tidak heh heh heh. Untuk maklumat lebih lanjut lagi tepat, bolehlah ke laman web Kreg® sendiri.

Ok, memandangkan ketebalan kayu yang akan Rambozzi® gunakan untuk membuat The Stand nie adalah 3/4 inci, Kreg® Drill Guide Spacer Block tu sangat sesuai untuk digunakan bersama dengan Kreg Jig® Drill Guide Block tu. Hanya pasangkan saja Kreg® Drill Guide Spacer Block ke Kreg Jig® Drill Guide Block dan ia sedia untuk digunakan.



Kreg Jig® Drill Guide Block tu di'clamp'kan 'searas' atau 'flush' dengan kayu yang hendak ditebuk 'pocket hole'. Jadi, tak perlulah kita tercari² di mana nak diletakkan Kreg Jig® Drill Guide Block tu pada kayu, kan? Itu je gunanya Kreg® Drill Guide Spacer Block tu heh heh heh...


Ok, dah siap. Tak banyak pun lubang² 'pocket hole' yang ditebuk untuk projek kali nie.


Seterusnya Rambozzi® tebuk pula lubang² untuk diletakkan penyapu, joran pancing, payung, kayu 'snooker' atau 'monopod' di 'drill press' menggunakan 'drill bit' jenis 'forstner'.


Kemudian Rambozzi® haluskan sedikit bucu setiap lubang tu dengan menggunakan 'mini router/trimmer'.


'Mini router/trimmer' tu dipasangkan 'router bit' jenis 'roundover router bit' seperti di dalam gambar di atas.



Seterusnya adalah proses pemasangan yang sangat ringkas dan mudah.

 
'Idea' Rambozzi® untuk The Stand nie adalah untuk jadikan ia 'portable', dengan 2 belah 'sayap' yang boleh dibuka dan ditutup untuk mudah dibawa ke mana². Sebab itu juga Rambozzi® hanya tebuk 4 lubang sahaja sebab kalau ada 16 lubang itu dah tersangat besar (ada ke kaki pancing yang bawak 16 batang pancing ke tempat kejadian?.....).


Untuk tujuan itu, Rambozzi® perlukan 2 biji engsel dan satu pemegang. Sekarang, jom pasangkan kesemuanya.

 
Ok, begitulah rupanya bila dah siap dipasangkan.

 
Itu cuma 'idea' Rambozzi® je. Kalau nak buat lebih banyak lubang pun boleh juga. Perkara yang perlu diambil kira adalah ketinggiannya dan juga lebar 2 sayap tu. Ketinggian dan lebar sayap yang sesuai atau tepat akan memastikan ia dapat bertapak dengan teguh ke lantai dan tidak mudah terbalik.

 
Ok, saiz The Stand yang Rambozzi® buat nie berjaya untuk fungsi dan tujuannya yang Rambozzi® nak.


Gambar di atas adalah bukan fungsinya yang Rambozzi® nak heh heh heh. Tapi boleh la untuk 'test' tengok hasilnya. Projek yang sangat ringkas dan mudah.


0 Comments