Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Seperti yang Rambozzi® nyatakan di dalam 'entry' Coffee Table Maya sebelum nie, Coffee Table Lily nie Rambozzi® buat serentak dengan Coffee Table Maya. Untuk Coffee Table Lily nie, 'design' untuk 'table top'nya berbeza sedikit berbanding Coffee Table Maya. Dan saiznya juga kecil sedikit.


Untuk Coffee Table Lily nie, Lily sendiri telah memilih 'Table Top Type B'. Senang je tu kan? Ok, jom mulakan 'woodworking' untuk projek kali nie - Coffee Table Lily.

-ukur kayu
-potong kayu
-tebuk lubang 'pocket hole'
-cantum 'table top'
-pasang 'apron' (nama dia la tu kot)
-pasang kaki meja
-'sanding'
-sapu 'tung oil'


Ok, siap Coffee Table Lily hahahahahahahaha! Aduh... bukannya Rambozzi® tak nak tunjuk proses pemasangan meja nie, tapi memang sama sebijik macam Study Table / Coffee Table Aishah, Coffee Table Yuzie dan Coffee Table Maya! Jadi, tak perlulah Rambozzi® 'bercerita' panjang untuk projek kali nie kan...heh heh heh.....

Coffee Table Lily nie disapu 'tung oil' seperti Study Table / Coffee Table Aishah dan Coffee Table Yuzie - sebanyak 3 lapisan.

Ok, seperti biasa, Rambozzi® harap, Lily akan suka la dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Masih banyak yang perlu Rambozzi® pelajari, masih banyak yang perlu Rambozzi® kemaskan lagi kerja tangan Rambozzi® nie. Tahun 2014 nie agak 'mencabar' bagi Rambozzi®. Tahun 2014 nie juga 'membuka' banyak peluang untuk Rambozzi® meneruskan minat Rambozzi® di dalam 'woodworking'. Rambozzi® akan terus berusaha keras untuk mendapatkan hasil² kerja kayu yang terbaik. Dan, Rambozzi® juga akan berusaha keras untuk membeli lebih banyak mesin, 'power tools' dan 'hand tools' untuk kegunaan Rambozzi®. Semakin bertambah projek 'woodworking', semakin bertambah juga keperluan untuk memiliki 'tools'² yang penting untuk kehalusan kerja kayu Rambozzi®...



 "...sikap Yuzie yang suka 'food selfie' dengan Microwave Oven/Cart Yuzie dan Coffee Table Yuzie telah menyebabkan kawannya, Maya pun teringin nak 'selfie' jugak dengan perabotnya sendiri..."


Jadi, baru² nie Maya telah menghubungi Rambozzi® dan meminta Rambozzi® buatkan sebuah 'coffee table' seperti Coffee Table Yuzie tu. Sebenarnya, Yuzie sendiri yang telah memperkenalkan Rambozzi® kepada Maya heh heh heh. Coffee Table Yuzie telah berjaya menarik perhatian Maya untuk dia turut memilikinya. Dan Rambozzi® amat berterima kasih kepada Yuzie yang telah memperkenalkan Rambozzi® kepada Maya.

Terima kasih banyak² Yuzie.

Pada Rambozzi®, ini adalah sesuatu yang sangat positif untuk Rambozzi® sebab Rambozzi® rasa, kalau Yuzie tak berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi®, mana mungkin dia akan 'recommend'kan Rambozzi® kepada sesiapa pun. Sekali lagi, terima kasih banyak², Yuzie dan terima kasih banyak², Maya.

Ok, Maya mahukan sebuah 'coffee table' yang serupa dengan Coffee Table Yuzie. Tapi, Maya nak 'coffee table'nya itu dicat putih sama macam Microwave Oven/Cart Yuzie. Jadi, Maya boleh dapat kedua² hasil kerja Rambozzi® untuk Yuzie dulu serentak la kan heh heh heh.. Rambozzi® ok je, tak ada masalah. Rambozzi® sendiri dah ada sedikit sebanyak pengalaman untuk membuat sebuah 'coffee table' seperti itu. Dan sebelum Rambozzi® mulakan 'woodworking' untuk Maya, Rambozzi® terlebih dahulu kemukakan beberapa 'idea' kepada Maya.


SketchUp di atas Rambozzi® tunjukkan kepada Maya untuk memberi sedikit 'idea' kepadanya. Dan Maya memilih 'Table Top Type C (Mitered Corner)' untuk 'coffee table'nya. Coffee Table Yuzie dulu adalah 'Table Top Type A'. Jadi, bila Maya dah membuat keputusannya, bolehlah Rambozzi® mulakan 'woodworking' untuk projek Coffee Table Maya nie. Jom 'woodworking'!


Projek 'coffee table' seperti ini tidaklah susah sangat dan tidak banyak proses kerjanya. Hanya satu 'woodworking' yang sangat ringkas dan mudah. Ok, bahagian² kayu² di atas adalah untuk bahagian 'support' di bawah 'table top' (Rambozzi® tak tahu lagi apa nama betul dia heh heh heh) dan juga kaki² meja. Semuanya dipasang menggunakan teknik keramat Rambozzi® - 'pocket hole joinery technique'.


Seterusnya, Rambozzi® cantumkan kesemua kayu² di dalam gambar di atas untuk dijadikan 'table top' - juga dengan menggunakan 'pocket hole'. Kayu² panjang yang di'clamp'kan di atas 'table top' tu bertujuan untuk memastikan kayu² 'table top' tu sekata dan 'flush' sesama sendiri - sebelum gam kayu mengeras. Dan seperti yang selalu diperkatakan oleh para 'American Woodworker' - "never enough clamps" - Rambozzi® rasa, Rambozzi® pun terpaksa membeli lebih banyak lagi 'clamp' selepas ini. Memang tak cukup 'clamp'!


Untuk bahagian 'support' tadi juga Rambozzi® tebuk lubang² 'pocket hole' siap² untuk diskrukan kaki meja nanti. Ok, ini adalah antara kelebihan KREG® Jig K5 di mana 'sayapnya' sangat² membantu dan berguna untuk menebuk lubang 'pocket hole' di dalam situasi seperti di dalam gambar di atas. Kita boleh merancang dan membuat tandaan di atas kayu di mana kita hendak tebuk 'pocket hole', tapi kadang² ada beberapa tempat yang kita terlepas pandang ataupun terlupa. Di saat seperti itu, KREG® Jig K5 atau KREG® Jig R3 sangat membantu!


Ok, tibalah masanya untuk memasang kesemua bahagian menjadi sebuah 'coffee table' yang siap. Untuk projek kali nie pun, tidak banyak proses kerja yang hendak Rambozzi® kongsikan di sini. Proses kerjanya adalah sama seperti Coffee Table Yuzie dan Study Table / Coffee Table Aishah dulu.


Ok, siap proses memasang Coffee Table Maya. Seterusnya Rambozzi® akan 'sanding' dulu 'coffee table' nie dengan kertas pasir 80 grit dan diikuti dengan kertas pasir 120@150 grit. Selepas itu barulah 'coffee table' nie akan dicat. Dan seperti Microwave Oven/Cart Yuzie, Coffee Table Maya nie juga akan dicat menggunakan kain, lagi heh heh heh... Maya nie pun sama seperti Yuzie - "Maya nak warna putih dan nampak ira kayunya" - satu 'permintaan' yang cukup 'simple' tapi cukup perit bagi Rambozzi® yang nak mengecatnya nanti heh heh heh heh... Tapi, dengan pengalaman mengecat Microwave Oven/Cart Yuzie dulu, Rambozzi® yakin Rambozzi® boleh mendapatkan hasil yang terbaik untuk Maya. Ok, jom mengecat!


Ok, siaplah Coffee Table Maya nie... Meja nie Rambozzi® cat dengan cat minyak warna putih sebanyak 3 lapisan. Seperti Microwave Oven/Cart Yuzie dulu, meja nie juga dicat dengan menggunakan kain heh heh heh. Dan, cat warna putih dengan menggunakan kain untuk menampakkan ira kayu 'pine' nie juga masih lagi susah bagi Rambozzi®! Takpe, ini kali kedua Rambozzi® cat dengan teknik tu. Rambozzi® akan kemaskan lagi di masa akan datang.

Rambozzi® harap Maya akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja 'woodworking' Rambozzi® nie.
Rambozzi® rasa, 'coffee table' seperti ini sudah menjadi antara hasil kerja Rambozzi® yang agak diminati, walaupun tak ramai heh heh heh. Sebabnya, ketika Rambozzi® buat meja Maya nie, sebenarnya Rambozzi® buat dua! Satu lagi untuk Lily, yang juga sangat berkenan dengan 'coffee table' seperti ini. Jadi, alang² tu Rambozzi® buat 2 terus.


Haa itu dia gambarnya Coffee Table Maya (bawah) dan Coffee Table Lily (atas). Pandai Rambozzi® ambik gambar kan? heh heh heh heh heh heh.... Sebenarnya, Rambozzi® nak tunjukkan perbezaan antara meja yang dicat putih dengan meja yang tidak dicat. Rambozzi® nak Maya (dan Yuzie juga) nampak bahawa meja itu dicat - bukannya warna asal kayu. Dan gambar di atas tu rasanya dah cukup untuk dijadikan bahan bukti kan? heh heh heh...

Ok, tamat citer Coffee Table Maya nie. Sekarang, Rambozzi® nak teruskan pula ke projek seterusnya - Coffee Table Lily. Jom 'woodworking' lagi!



Rainz & Railz adalah orang - bukan jenama ok heh heh heh. 2 orang 'designer' nie adalah pelajar dari sebuah kolej yang cuba merekacipta sesuatu yang agak keluar dari apa yang 'biasa' dan apa yang mereka pelajari di sekolah. Ya! Untuk menjadi 'designer' yang mantap mereka perlu berani mencuba merekacipta sesuatu dari banyak industri. Dan mereka berdua ingin mencuba sesuatu dari industri perabot.

Rambozzi® di sini hanya sebagai 'tukang potong kayu' sahaja, 'design', ukuran dan lain² adalah dari bakat dan kebolehan mereka berdua. Ok, kali nie Rambozzi® nak buat sedikit 'woodworking' untuk Rainz & Railz nie - Foldable Table Rainz & Railz.
"Sebenarnya idea asal untuk projek nie datang daripada projek Meja Tungku Dapur Cathy Cat yang Rambozzi® buat tidak lama dulu. Tujuan Rambozzi® untuk projek nie ada 2 iaitu:- untuk mengembangkan bakat Rainz & Railz dan untuk kemajuan Rambozzi® sendiri - sebab meja lipat nie nampak macam senang nak dibuat tapi bagi Rambozzi® yang masih amatur nie - sangat susah! Jadi, projek nie membuka peluang untuk Rambozzi® terus berusaha membuat kerja² 'woodworking' yang agak mencabar minda heh heh heh..."
Untuk projek nie Rambozzi® akan gunakan kayu² 1x1 sahaja - sebab ada banyak lebihan kayu nie dari projek² yang lepas. Untuk 'table top'nya Rambozzi® akan gunakan 'chipboard' terpakai tapi masih elok.

Ok, ada beberapa orang yang bertanyakan tentang cara dan teknik untuk membuat meja lipat seperti ini. Terus-terang Rambozzi® katakan di sini, Rambozzi® tak tahu bagaimana nak terangkan sebab bagi Rambozzi® ia agak kompleks - untuk tahap Rambozzi® la kan heh heh heh. Kalau ada 'woodworker ' di luar sana yang nak cuba buat meja lipat macam nie, boleh dapatkan cara² dan pelannya di sini - Plans (eventually) for a very nice table that folds up and packs flat.

Meja lipat ini juga adalah percubaan kali ketiga Rambozzi®. Kali pertama berjaya - untuk Cathy Cat. Kali kedua gagal - Rambozzi® tak tahu kenapa gagal sedangkan untuk Cathy Cat tu berjaya. Dan ini kali ketiga- setakat ini berjaya heh heh heh.


Sebenarnya, Rambozzi® nak 'share' tentang cara² nak buat meja lipat nie. Tapi, Rambozzi® tak tahu nak terangkan macam mana. Rambozzi® nak letak gambar proses pemasangan pun, kalau takde penerangannya pun tak guna jugak. Rambozzi® rasa, baik ke web nie lagi 'detail' penerangannya. Mintak maaf banyak².


Ok, siaplah projek Foldable Table Rainz & Railz nie heh heh heh tetiba je siap. Kaki² meja nie Rambozzi® cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan. Untuk bahagian tepi di sekeliling 'chipboard' tu Rambozzi® tampalkan 'veneer wood edging'.


Siap setakat nie kerja 'woodworking' Rambozzi®. Kalau si Rainz & Railz tu nak tambah apa² lagi mengikut kreativiti mereka, silakan.


Ok...sekarang Rambozzi® nak siapkan projek 'woodworking' yang seterusnya...



KREG® Automaxx™ Face Clamp - 6'' Reach - satu lagi produk KREG® yang Rambozzi® beli baru² nie. Sebenarnya, dah beberapa bulan juga Rambozzi® 'menyimpan' duit sebab nak beli bende nie heh heh heh, sebabnya 'boleh tahan' jugak harganya untuk sebijik 'clamp'. Tapi, kerana teknologinya yang canggih, Rambozzi® tak mahu ketinggalan memiliki antara produk terbaik dari KREG®.


Sebenarnya KREG® Automaxx™ Face Clamp nie ada 2 saiz - 3'' Reach dan 6'' Reach. Tapi Rambozzi® pilih yang 6 inci nie sebab Rambozzi® beranggapan ia akan dapat membantu Rambozzi® untuk mengapit permukaan yang lebih panjang atau lebar. Harap² ia akan membantu la kan heh heh heh.


Ok, Rambozzi® akan cuba memberikan sedikit sebanyak 'review' mengenai KREG® Automaxx™ Face Clamp nie - mengikut pemahaman Rambozzi®. Sebab utama Rambozzi® beli 'clamp' nie adalah 'auto-adjust technology'nya yang bagi Rambozzi® sangat canggih. 'Clamp' nie akan mengapit kayu secara automatik mengikut ketebalan kayu, asalkan ketebalan tidak kayu tu tidak lebih daripada 4 /14 inci. Hanya kekuatan apitannya sahaja yang perlu kita ubah mengikut kekuatan yang kita nak.


Anak² panah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada 'thumbscrew' - untuk melaraskan kekuatan apitan - dan 'spring' tu pada pemahaman Rambozzi® adalah faktor utama kepada kebolehan 'clamp' nie untuk mengapit sebarang ketebalan kayu secara automatik.


Untuk melepaskan 'clamp' tu dari mengapit kayu hanya tolak sahaja bahagian pemegang seperti di dalam gambar di atas. Cukup mudah dan ringkas.


Ok, 3 gambar di atas menunjukkan bagaimana KREG® Automaxx™ Face Clamp tu mengapit ketiga-tiga ketebalan kayu tu secara automatik. Rambozzi® tak tahu nak terangkan macam mana tapi rasa²nya gambar² tu dah cukup memberikan penjelasannya heh heh heh.


Dan seperti 'clamp'² lain dari KREG®, ia mempunyai 'clamp faces' atau 'clamp pad' yang cukup besar untuk memberikan sebaran kuasa tekanan yang menyeluruh ke atas permukaan kayu.


Dan 'last' sekali, yang 'best'nya 'clamp' nie memang dibuat khusus untuk dimuatkan ke slot untuk 'clamp' model KREG® Jig R3. Rambozzi® rasa, KREG® betul² memaksimumkan produknya ke tahap yang agak memuaskan hati.


KREG® Automaxx™ Face Clamp nie menambahkan lagi koleksi produk dari KREG® milik peribadi Rambozzi®. Setakat nie Rambozzi® dah memiliki:-

1 - KREG® Jig Mini
2 - KREG® Jig R3
3 - KREG® Multi-Mark
4 - KREG® Jig K5
5 - KREG® Micro Pocket Drill Guide
6 - KREG® Automaxx™ Face Clamp 6" Reach

Dan seperti yang pernah Rambozzi® nyatakan sebelum nie, Rambozzi® belum mahu berhenti dari terus memiliki produk² yang hebat dari KREG® (dan BOSCH® heh heh heh). Ada 'beberapa' lagi produk KREG® yang menjadi idaman Rambozzi®. Cuma menunggu masa je untuk Rambozzi® 'kembali' ke kedai tu...



Safa kembali lagi! Heh heh heh... Ya! Safa yang satu ketika dulu pernah menempah Bedside Table Safa daripada Rambozzi® kini kembali dengan tempahan terbarunya - Butcher Block Cart Safa...


Sebenarnya projek nie agak lama 'tergantung' sebab 'butcher block' yang sesuai sukar didapati, dan kalau ada pun mahal sangat. 'Idea' asal projek nie adalah dari projek Butcher Block Cart Kak Nor dulu. Dan Safa sendiri ada pesan pada Rambozzi®, kalau terjumpa 'butcher block' yang sesuai, maklumkan pada dia dan boleh terus 'proceed' dengan projek nie. Tapi 'butcher block' yang Rambozzi® dapat nie (gambar atas) tak sama dengan 'butcher block' milik Kak Nor tempoh hari. 'Butcher block' untuk Safa nie sedikit nipis berbanding 'butcher block' Kak Nor. 'Butcher block' untuk Safa nie nie juga diperbuat daripada buluh, dan yang Kak Nor punya dulu diperbuat daripada kayu getah.

Memandangkan 'butcher block' tu pun sudah Rambozzi® beli, maka bolehlah Rambozzi® mulakan 'woodworking' untuk Bamboo Butcher Block Cart Safa nie...


Sekarang barulah boleh Rambozzi® ukur dan potong kayu² 1x2 di atas untuk dijadikan rangka utama untuk bahagian 'cart' projek nie. Saiz dan ukuran untuk 'cart' nie sebenarnya diperolehi selepas mengambil kira ukuran 'butcher block' tu. Sebab tu penting untuk dapatkan dulu 'butcher block' sebelum boleh mulakan projek nie.


Ok, dah siap pasang rangka utama untuk projek nie. Rambozzi® juga dah pasang siap² 4 biji roda kat bawah 'cart' tu supaya mudah dialih²kan. Bila dah siap dipasang nie barulah Rambozzi® terperasan, Rambozzi® kena tambahkan lagi kayu untuk mengukuhkan lagi rak atau 'cart' nie. Garisan² berwarna merah di dalam gambar di atas tu adalah kayu² yang akan ditambahkan ke 'cart' tu.


Untuk bahagian para di bahagian bawah 'cart' nie, Safa mahukan 3 tingkat atau 3 'tier'. Rambozzi® ikutkan saja, selagi Rambozzi® boleh dan mampu buat. Kesemua 3 para di atas dibuat menggunakan kayu² 'pine' yang dicantumkan menggunakan teknik 'pocket hole joinery technique' juga.


Ok, kesemua bahagian untuk Butcher Block Cart Safa nie dah siap dipasang. 2 keping 'butcher block' tu juga akan dicantumkan menjadi satu nanti. Sekarang, Rambozzi® cuba letakkan kesemua bahagian untuk melihat bagaimana rupanya setakat nie, dan semuanya nampak ok. 3 para tu akan diskrukan ke paras² yang akan diukur dan ditandakan nanti. Di bahagian tepi 'cart' nie juga akan ditambahkan lagi kayu sebagai 'pagar' atau boleh juga sebagai hiasan penyedap mata memandang heh heh heh.


Ok, itulah hasilnya kesemua bahagian untuk projek nie. Proses seterusnya adalah 'sanding' dan mengecat.


Atas permintaan Safa sendiri, 'cart' nie akan dicat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'mahogany' sama seperti Bedside Table Safa dulu. Tapi, Rambozzi® cadangkan kepada Safa supaya dicat dengan menggunakan 2 warna yang berlainan sebab kayu untuk rangka utama 'cart' nie berbeza warnanya dengan kayu² 'pine' dan 'butcher block' tu. Dan Safa bersetuju untuk gabungan 2 warna iaitu 'mahogany' dan 'dark walnut'. Rambozzi® cat dulu kesemua bahagian secara berasingan sebelum dipasangkan kesemuanya menjadi 'cart' yang siap.


Ok, siaplah projek Bamboo Butcher Block Cart Safa nie... Rambozzi® akui, warnanya tak sama dengan Bedside Table Safa dulu heh heh heh. Sebabnya, Rambozzi® rasa, teknik mengecat Rambozzi® dah tak sama dengan dulu. Rambozzi® pun tak tahu sama ada semakin baik ataupun semakin buruk. Tapi Rambozzi® rasa, semakin baik heh heh heh. Terus-terang Rambozzi® katakan di sini, Rambozzi® tak tahu bagaimana penerimaan Safa tu nanti. Terpulang pada Safa, Rambozzi® harap Safa akan suka.


Pandangan sisi Bamboo Butcher Block Cart Safa.


Ok, Rambozzi® harap Safa akan suka dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Rambozzi® sentiasa cuba bagi yang terbaik untuk para pelanggan Rambozzi®. 


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ▼  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ▼  June 2014 (5)
      • - Coffee Table Lily
      • - Coffee Table Maya
      • - Foldable Table Rainz & Railz
      • - KREG® Automaxx™ Face Clamp - 6'' Reach
      • - Bamboo Butcher Block Cart Safa
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes