- Cooking Cart Zaza


Masih lagi dengan projek daripada Zaza. Kali nie Zaza minta Rambozzi® buatkan sebuah 'kitchen cart' - dia nak sama sebijik macam Cooking Cart Kak Nor tempoh hari. Jadi, untuk projek kali nie Rambozzi® namakan sebagai Cooking Cart Zaza. Ok, jom mulakan 'woodworking' untuk projek nie.




Ok, proses pertama adalah kaki meja. Nasib baik Rambozzi® masih simpan 'drawing' untuk Cooking Cart Kak Nor dulu. Jadi, Rambozzi® hanya ikut je 'plan' yang dulu tu. Kayu² 1x2 dalam gambar di atas adalah untuk bahagian pertama projek nie iaitu kaki meja.


Hahaha ya semestinya menggunakan KREG® Jig K5!!! Hehehe Rambozzi® memang tak tahu cara lain dah nak buat kerja² pertukangan kayu nie, alahai....

Ok, kalau dilihat pada gambar di atas, Rambozzi® dah pun skrukan KREG® Jig K5 dan KREG® Jig R3 tu ke atas sekeping 'chipboard'Rambozzi® sebenarnya nak buat satu 'station' untuk KREG® Jig milik Rambozzi®. Tapi, buat masa nie, biarlah dia duduk diam² atas 'chipboard' tu dulu. Bila ada masa nanti, Rambozzi® akan buat satu 'station' untuknya... Sekarang, Rambozzi® nak tebuk 'pocket hole' dulu pada semua kayu² tu.


Seterusnya proses memasang kesemua kayu² tadi menjadi kaki meja. Rambozzi® gamkan dan skrukan kayu² tu menggunakan teknik pemasangan 'pocket hole'.


Ok, dah siap pasang kaki² meja tu.


Ok, siap bahagian pertama untuk projek Cooking Cart Zaza nie. Kalau diperhatikan di dalam gambar di atas, anak² panah tu sebenarnya menunjukkan kepada lubang² 'pocket hole' yang Rambozzi® dah tebuk siap². Kaki meja nie nanti akan Rambozzi® skrukan ke 'table top' melalui lubang² 'pocket hole' tu.


Gambar di atas pula menunjukkan rangka 'table top' yang telah siap dipasang. Rambozzi® akan tampal sekeping 'plywood' ke atas rangka 'table top' tu. Dan seterusnya Rambozzi® akan tampalkan pula 'laminate' ke atasnya.


Ok, tetiba je dah siap pasang meja atau 'cart' nie heh heh heh.. Sebenarnya, Rambozzi® tak sempat nak ambil gambar proses pemasangan 'cart' nie sebab Rambozzi® dah 'tersilap langkah' di beberapa 'jalan'. Lihat anak panah di dalam gambar di atas, Rambozzi® terpaksa potong sedikit 'kaki' 'cart' tu sebab 'kaki²' tu mengganggu ruangan untuk dipasangkan roda². Jadi, Rambozzi® terpaksa potong dan tambahkan lagi kayu di bahagian bawah 'cart' tu untuk berfungsi sebagai 'tapak' untuk dipasangkan roda² tu. 'Design'nya dah agak lari sedikit daripada perancangan asal, tapi Rambozzi® rasa 'masih OK' setakat nie. Tapi, semuanya bergantung pada Zaza tu jugak nanti. Kalau dia suka, ok la. Kalau Zaza tak suka, Rambozzi® gagal la dan mungkin kena 'modified' kemudian, ataupun lagi teruk, kena buat yang lain!

Untuk bahagian berlabel "A" dan "B" tu pula, Rambozzi® akan tampalkan 'plywood' dan bahagian tu akan menjadi satu ruangan untuk diletakkan apa² je la nanti, beras ke biskut ke...


Di sekeliling 'table top' Rambozzi® akan gam dan skrukan kayu² 1*½ untuk dijadikan 'edging'nya. Sekarang, Rambozzi® nak tebuk dulu 'pilot hole' dan juga 'countersink'kan lubang² tu menggunakan 'drill press' supaya mendapat kedalaman yang sama.


Gambar di atas adalah proses menebuk lubang² 'pilot hole' menggunakan 'drill press' dan mata 'drill' jenis 'spade drill bit'.


Seterusnya Rambozzi® nak gam dan skrukan kayu² 1*½ tadi di sekeliling 'table top' tu. Sebelum tu, Rambozzi® tampalkan dulu 'masking tape' di bahagian atas 'laminate' tu supaya gam kayu tidak melekat di atasnya.


Ok, dah siap pasang 'edging' untuk 'table top'. Gambar di atas menunjukkan 'clamp' yang Rambozzi® gunakan untuk 'merapatkan' 2 sisi 'edging' tu yang tak berapa rapat ke 'table top'. Seterusnya ialah proses 'sanding' dan mengecat.


Ok, siap projek Cooking Cart Zaza nie. Rambozzi® cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' warna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan yang diselangi dengan 'sanding' menggunakan kertas pasir 220 grit. Rak atau 'cart' nie juga Rambozzi® pasangkan 4 biji 'caster' yang boleh dikunci jika tidak mahu ia bergerak².

Rambozzi® harap Zaza akan suka dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Rambozzi® ucapkan berbanyak² terima kasih kepada Zaza atas sokongan yang sangat hebat untuk tahun 2014 nie. Ok, Rambozzi® nak teruskan dengan projek 'woodworking' yang seterusnya. Apa pula selepas nie ya...heh heh heh...


0 Comments