- Cooking Cart Kak Nor


Untuk bulan Jun nie, Rambozzi® dapat tempahan daripada Kak Nor, yang mahukan sebuah meja atau "cart" untuk dia memasak. Kak Nor nak letak dapur gas di bahagian atas dan boleh letak tong gas di bawahnya. Kak Nor nie sebenarnya pernah tempah beberapa perabot dari Rambozzi® dulu iaitu, Rak Kak Nor, Framed Wall Shelf Kak Nor dan juga Study Table / Coffee Table Aishah. Emmm ok, jom start woodworking untuk Cooking Cart Kak Nor nie..


Untuk cooking cart nie, Kak Nor bagi ukuran yang dia mahu kepada Rambozzi®. Design untuk cooking cart nie pun Kak Nor sendiri yang pilih dan bagi pada Rambozzi®. Ketinggian cart nie bersesuaian dengan ketinggian Kak Nor, jadi Kak Nor tak la rasa lenguh bila setiap kali memasak. Jadi, mula² sekali Rambozzi® kena potong dulu kayu² kat atas kepada ukuran yang dikehendaki.


Seterusnya, macam biasa, Rambozzi® tebuk pocket hole dulu siap² untuk bahagian² kayu yang akan dipasang nanti.


Gambar di atas adalah rangka utama untuk cart nie. Setakat nie, Rambozzi® rasa cart nie tak la susah sangat untuk dibuat. Tapi tak tau lagi la apa masalahnya nanti hahahaha. Ok, dah siap pasang rangka nie, seterusnya barulah Rambozzi® dapat tentukan saiz untuk buat rak di bahagian bawahnya. Untuk table top, Rambozzi® plan nak buat saiz ngam² dengan rangka nie, dan juga besar sikit daripada saiz dapur gas Kak Nor tu.


Seterusnya, Rambozzi® potong kayu untuk table top dan rak bahagian bawah cart nie, dan tebuk pocket hole dulu siap².


Ok dah siap pasang table top dan bahagian bawah rak. Di bahagian bawah rak untuk tong gas tu Rambozzi® tambahkan satu lagi kayu sebagai support sebab Rambozzi® takut berat tong gas tu nanti akan menyebabkan rak tu runtuh.

Ok, sebelum Rambozzi® teruskan kepada langkah seterusnya, Rambozzi® nak try masukkan dulu tong gas ke tempatnya tu. Maka, muncullah masalah yang pertama...

Ruangan antara table top dan bahagian bawah rak tu dah mengecil saiznya disebabkan ketebalan kayu tu. Kalau mengikut ukuran asal, memang dah boleh muat untuk masukkan tong gas ke bawah tu. Tapi ketebalan kayu tu menyebabkan ruangan di antara tu mengecil dan muat ngam² je untuk tong gas. Jadi, untuk memasukkan atau mengeluarkan tong gas dari ruangan tu dah jadi agak susah la. Aduh...memang masalah la macam nie...

Rambozzi® kena gergaji sikit kayu kat atas dan bawah tu untuk meluaskan ruangan tu. Tapi memang kerja susah la. Sebab semua bahagian kayu dah diskru dan digam!


Jadi, Rambozzi® potong kayu tu menggunakan mini circular saw tu, dan potong pulak menggunakan gergaji tangan.


Dan itulah hasilnya. Dah tak cantik dah kayu tu... Aduh....kacau betul...


Rambozzi tak ada tools yang khusus untuk mencantikkan kayu tu. Tapi Rambozzi® teringat Rambozzi® ada mini trimmer / router. Jadi Rambozzi® trim perlahan-lahan kedua-dua bahagian tu. Nasib baik menjadi!


Untuk bahagian atas tu pun Rambozzi® gunakan teknik yang sama. Tapi tak secantik macam yang kat bawah tu. Rambozzi® kena haluskan lagi kayu tu. Tapi setakat nie Rambozzi® dah rasa tension dah nie sebab cart nie dah tak mengikut plan asal. Dan jadi makin susah la pulak!


Ok, seterusnya Rambozzi® nak tampal laminate pulak pada table top tu. Untuk bahagian bawah, Rambozzi® tampalkan dua keping plywood di kedua² belah tepi rak tu. Jadi ruangan tu boleh digunakan dan tak membazir. Boleh la nak letak apa² nanti.


Dah siap tampal laminateRambozzi® tambahkan kayu di sekeliling table top tu. Asalnya Rambozzi® nak letak laminate atau veneer sebagai "edging" di sekeliling table top tu. Tapi Rambozzi® nak pastikan laminate untuk table top tu "selamat" daripada terkopak nanti, jadi Rambozzi® buat frame di sekeliling table top tu. Maka, siaplah projek Cooking Cart Kak Nor nie. Seterusnya Rambozzi® kena "sanding" kesemua bahagian kayu untuk cart nie, dan cat.


Ambik gambar pun senget² hahahahaha....


Rambozzi® tampal masking tape tu untuk proses mengecat nanti. Rambozzi® tak nak laminate tu terkena cat pulak. Ok, setakat nie, cart nie dah menampakkan rupanya. Rambozzi® harap hasil daripada cat nanti akan menambahkan lagi "seri" cart nie. Varnish akan menentukan kejayaan projek nie.

Proses seterusnya yang tinggal hanyalah nak mengecat rak nie je...


Dan gambar di atas adalah rak Kak Nor yang telah siap dicat dengan tiga lapisan varnish berwarna dark walnut.


Projek yang simple je. Rambozzi® harap Kak Nor suka dengan Cooking Cart nie. Sebab cart nie pun sebenarnya adalah penentu kepada projek "seterusnya" dari Kak Nor. Kalau Kak Nor nie suka dengan cart nie, kemungkinan besar dia akan tempah satu lagi cart dari Rambozzi®. Dan Rambozzi® memang berharap Kak Nor suka dan "sudi" nak tempah satu lagi la dari Rambozzi® selepas nie hehehehehehehe.

Ok, siap projek Cooking Cart Kak Nor.

4 Comments

  1. Replies
    1. brape price kalo tempah camni?

      Delete
    2. Harga bergantung pd saiz, design dan lain2.
      Blh call-sms-wassap Rambozzi 016-952 7489 utk lebih lanjut.
      Terima kasih.

      Delete