Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Baru² nie Rambozzi® telah 'berkenalan' dengan seorang tauke kedai barangan pancing - merangkap kaki pancing tegar- bernama Ziq. 'Perkenalan' tu membawa kepada 'kerjasama serantau' di dalam bidang ekonomi dan perkayuan juga untuk Rambozzi®. Ya! Ziq membawakan 'idea' baru untuk kerja kayu Rambozzi®. Dan Rambozzi® tidak menyangka bahawa Ziq sebenarnya telah lama mencari 'tukang kayu' untuk membantu mengembangkan perniagaannya. Dan Ziq memang "bernasib baik" sebab telah bertemu dengan Rambozzi® heh heh heh heh heh heh heh....

Untuk kaki² pancing, 'fishing rod stand' nie memang benda biasa la bagi mereka. Tapi bagi Rambozzi®, ini adalah benda baru yang Rambozzi® panggil "tempat letak joran pancing" heh heh heh. Jadi, Ziq meminta Rambozzi® membuat sebuah 'fishing rod stand' sebagai contoh atau 'sample' untuknya. Dan, kalau menjadi dan kalau ada rezeki, Ziq akan menempah beberapa buah lagi la dari Rambozzi®. Ziq boleh mengembangkan perniagaannya dan Rambozzi® juga boleh mengembangkan teknik perkayuan Rambozzi®. Jadi, jom mulakan 'woodworking' dan "usahama" Rambozzi®-Ziq untuk kali nie - Fishing Rod Stand Ziq.


'Idea' asal untuk projek kali nie adalah dengan menggunakan kayu² palet terbuang. Tapi, Rambozzi® fikir, benda nie bukan untuk dipakai sendiri. Benda nie akan dibungkus dan dipos kepada pelanggan yang berminat nak beli. Dan Rambozzi® tak fikir pelanggan akan berpuas hati bila buka kotak nanti, dapat hasil kerja dari kayu terbuang! Jadi, Rambozzi® ajukan kepada Ziq, bahawa Rambozzi® akan menggunakan kayu² 'pine' yang baru dan berkualiti. Dan Ziq bersetuju.

Fishing Rod Stand Ziq nie terdiri daripada beberapa bahagian. Rambozzi® akan membuat kesemua bahagian secara berasingan - tujuannya adalah supaya senang dibungkus - bila pelanggan terima barang nie dia boleh pasang sendiri. Jadi, cabarannya ialah, Rambozzi® kena buat beberapa bahagian yang siap tersedia lubang² 'pilot holes' yang mana bila diterima oleh pelanggan nanti, mereka tahu dan boleh memasang semula sendiri 'fishing rod stand' nie dengan mudah! Untuk itu, Rambozzi® kena 'plan' dan juga buat  beberapa 'marking' supaya proses pemasangannya nanti mudah.

Ok, gambar di atas adalah kayu² yang telah dipotong kepada ukuran² yang diperlukan. Kayu² tu adalah untuk bahagian tiang utama atau "kaki panjang" untuk 'fishing rod stand' nie. Untuk bahagian tiang utama nie Rambozzi® akan cantumkan 2 kayu di atas tu menjadi satu - dengan menggunakan teknik 'pocket holes joinery'. Dan Rambozzi® akan menebuk lubang² 'pocket holes' tu dengan menggunakan KREG® Micro Pocket Drill Guide.


Gambar di atas pula adalah kayu² untuk bahagian "kaki pendek" 'fishing rod stand' nie pula. Aduh susahnya mencari perkataan!


Ok, itulah yang Rambozzi® cuba maksudkan tadi heh heh heh. Tengok gambar di atas je la senang.


Seterusnya Rambozzi® potong pula kayu untuk bahagian pemegang joran di bahagian bawah 'fishing rod stand' nie. Berpandukan gambar di atas, Rambozzi® tebuk dulu 7 lubang di tengah² kayu tu dengan menggunakan 'drill press'. Rambozzi® gunakan mata 'drill' jenis 'forstner drill bit' untuk tujuan itu dan yang di dalam gambar di atas tu adalah yang paling besar yang Rambozzi® ada.


Ok, itulah dia lubang²nya. Kayu tu nanti akan dibelah dua dan Rambozzi® akan mendapat dua batang kayu yang mempunyai 7 lubang setiap satunya. Tapi bila dah dibelah, lubang² tu akan jadi separuh je la. Jadi, 7 lubang kali 2 batang kayu bersamaan dengan 14 lubang untuk diletakkan 14 batang joran pancing.


Untuk membelah kayu tu kepada 2 bahagian, Rambozzi® akan menggunakan BOSCH® Jigsaw GST25M. Projek nie akan menguji kecekapan Rambozzi® menggunakan 'jigsaw' heh heh heh. Tapi sayang Rambozzi® tak ambil pula gambar 2 keping kayu tu yang dah siap dibelah. Takpe, tengok gambar lain dulu...

Ok, bahagian seterusnya adalah pemegang di bahagian atas. Untuk bahagian nie juga Rambozzi® akan tebuk 14 lubang tapi kali nie di bahagian tepi kayu. Kali nie dengan mata 'forstner drill bit' juga tapi dengan saiz yang lebih kecil.



Ok, untuk projek nie, Rambozzi® akan tebuk beberapa lubang 'pilot holes' untuk memudahkan pelanggan atau pengguna memasang sendiri 'fishing rod stand' nie nanti. Lubang² 'pilot holes' nie akan ditebuk di beberapa bahagian 'fishing rod stand' nie dan Rambozzi® akan tandakan beberapa 'marking' sebagai panduan untuk memasang 'fishing rod stand' nie.


Ok, itulah hasilnya selepas ditebuk lubang² untuk batang² pancing dan juga 'pilot holes' untuk skru.


Disebabkan lubang² untuk pemegang bahagian atas tadi tu ditebuk di tepi kayu, maka lubang² tu agak pecah² di bahagian bawahnya. Jadi Rambozzi® licinkan dan "cuci" bahagian² yang pecah² tu dengan menggunakan DREMEL® tu. Selepas tu barulah lubang² tu jadi licin dan kemas.


Ok, kesemua bahagian untuk Fishing Rod Stand Ziq nie telah siap. Kalau mengikut 'plan' Ziq, kesemua bahagian kayu tu tidak akan dipasang siap² tapi akan dibungkus di dalam kotak untuk dipos. Pelanggannya akan memasang sendiri 'fishing rod stand' nie. 

Tapi sebelum tu, Rambozzi® kena 'test' pasang dulu la supaya tahu macam mana hasilnya.


Haaa itulah dia hasilnya selepas siap dipasang. Rambozzi® rasa tak susah sangat untuk pelanggan atau pengguna memasangnya sendiri nanti. Tak susah langsung la senang citer.

Dua batang kayu di bahagian bawah 'fishing rod stand' nie akan dipasang agak senget lebih kurang 45°. Dua batang kayu tu adalah bahagian yang paling penting sekali sebab ia berfungsi untuk memastikan joran² pancing berdiri dengan tegap dan tetap di dalam lubang² tu.


Rambozzi® dah pun tunjukkan kepada Ziq hasil kerja Rambozzi® nie dan buat sedikit "demonstrasi" pemasangan 'fishing rod stand' nie di hadapannya dan Ziq suka! Projek kali nie bukanlah untuk memuaskan hati Rambozzi® dan Ziq tetapi adalah untuk kepuasan hati pelanggan Ziq nanti. Kalau ramai pelanggan Ziq yang suka dan nak beli Fishing Rod Stand Ziq nie, Rambozzi® akan dapat projek lagi dari Ziq dan meneruskan kerjasama dan usahasama Rambozzi®-Ziq nie.


Rambozzi® berharap projek Fishing Rod Stand Ziq nie boleh mengembangkan perniagaan Ziq dan Rambozzi® sendiri. Rambozzi® bersedia menerima tempahan dari Ziq lagi (jika ada) di masa hadapan. Ok, biarkan Ziq dengan perniagaannya, sekarang Rambozzi® nak teruskan dengan projek 'woodworking' yang seterusnya. Next! Heh heh heh!



Projek Rak Kasut Mr. B nie adalah antara projek yang paling lama Rambozzi® cuba siapkan. Sebab utamanya adalah material yang diperlukan untuk menyiapkan rak kasut nie yang agak susah untuk Rambozzi® tentukan selain daripada "beberapa" masalah dan halangan kebelakangan nie... 

Mr. B nie nakkan sebuah rak kasut yang 'simple', ekonomi, tapi cantik dan kemas. Mr. B cuma bagi ukuran dan sedikit idea untuk projek nie. Rambozzi® akui terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk mencari 'idea', 'mood' dan merancang 'plan' "ekonomi" untuk menyiapkan rak kasut nie heh heh heh. Apa² hal pun, sekarang Rambozzi® nak mulakan 'woodworking' untuk projek kali nie - Rak Kasut Mr. B.


Ok, untuk projek nie, Rambozzi® cuma akan buat beberapa rangka kayu (lihat gambar di atas) untuk kesemua bahagian rak kasut nie. Rangka² kayu nie akan Rambozzi® Rambozzi® tampalkan 'plywood' ke atasnya. Dan kesemua rangka tu akan dicantumkan menjadi satu rak kasut. Bunyinya macam senang dan macam sikit je prosesnya, tapi tidak semudah itu heh heh heh heh heh....


Ok, kesemua bahagian rak tu telah dicantumkan dan sudah pun menjadi satu rak kasut. Setakat proses di atas, Rambozzi® tidak menghadapi masalah sangat. Yang Rambozzi® gusarkan sekarang adalah, bagaimana nak pastikan supaya rak kasut tu nampak cantik dan kemas selepas dicat nanti. Sebabnya, kayu² dan 'plywood²' tu memang tak sama langsung tona warna dan coraknya. Ya, ini adalah hasil daripada percubaan membuat sesebuah kerja kayu secara "ekonomi". Rambozzi® boleh cuba buat mengikut bajet pelanggan Rambozzi®, tapi material dan hasil akhinya nanti juga akan mengikut "bajet" tu la...


Untuk bahagian tepi rak kasut nie, asalnya Rambozzi® nak biarkan nampak rangka² kayu tu macam tu je, tapi bila ditengok² balik 2,3 kali, agak buruk la jugak. Jadi, Rambozzi® tampalkan sekeping lagi 'plywood' di kedua² belah bahagian tepi rak tu. Dan bila dah ditampal 'plywood' tu, barulah nampak sikit "kecantikan" rak kasut nie. Dan Rambozzi® rasa, selepas dicat dengan 'varnish' nanti, akan lebih terserlah lagi kecantikannya, harap² la.....

Memandangkan warna kayu dan 'plywood' yang agak ketara perbezaannya, Rambozzi® mengambil keputusan nak cat rak nie dengan satu lapisan 'wood stain' dulu supaya warnanya sama dan sekata. Selepas tu barulah Rambozzi® akan cat dengan 2 atau 3 lapisan 'varnish' pula. Rambozzi® tak pernah cat dengan menggunakan 'wood stain' dan disudahi dengan 'varnish' sebelum nie. Tapi, Rambozzi® terlihat video sorang tukang orang putih nie yang mengecat dengan menggunakan teknik tu. Dan Rambozzi® rasa, Rambozzi® nak cuba.


Ok, sebelum Rambozzi® cat rak kasut nie, terus-terang Rambozzi® katakan bahawa Rambozzi® tak berapa suka dengan hasil kerja Rambozzi®. Tapi, selepas Rambozzi® cat rak nie dengan 1 lapisan 'wood stain' dan 2 lapisan 'polyurethane varnish', barulah nampak kekemasan dan kecantikannya. Setiap lapisan cat tu, seperti biasa, Rambozzi® akan 'sanding' dengan kertas pasir 220 grit. Untuk "mata dan citarasa" Rambozzi®, Rambozzi® amat berpuas hati dengan kekemasan rak kasut nie. Tapi, untuk kepuasan hati Mr. B, Rambozzi® kena tunggu dan lihat dulu apa reaksinya nanti. Rambozzi® harap Mr. B akan suka la dengan rak kasutnya nie...



Rambozzi® sentiasa cuba untuk memenuhi setiap kehendak pelanggan. Semuanya bergantung pada citarasa, rekabentuk dan bajet mereka. Rambozzi® sebaik mungkin akan cuba mendapatkan hasil yang terbaik untuk para pelanggan Rambozzi®. Bila dah selesai tugas Rambozzi®, terpulang kepada pelanggan itu sendiri untuk menilai hasil kerja tangan Rambozzi®.

Untuk projek Rak Kasut Mr. B nie, material dan bajetnya agak ekonomi. Dan itu adalah hasil kerja yang terbaik yang Rambozzi® boleh berikan. Rambozzi® harap Mr. B akan suka berpuas hati dengan rak kasutnya nie. Kalau tak, Rambozzi® pakai sendirilah nampaknya rak kasut nie kat umah heh heh heh ....


...di rumah Mr. B...


Aduhai.....projek nie Rambozzi® isytiharkan GAGAL! Rambozzi® betul² tak sangka yang ruangan di rumah Mr. B tu betul² tepat 3 kaki! Tidak ada ruangan lebihan untuk diletakkan Rak Kasut Mr. B tu. Dan Rak Kasut Mr. B tu sendiri pun lebarnya juga adalah tepat 3 kaki!. Jadi, memang sangat susah nak dimasukkan Rak Kasut Mr. B tu ke ruangan di rumahnya tu. Kesilapan paling besar Rambozzi® adalah, Rambozzi® tak pergi tengok dan ukur sendiri dulu sebelum mulakan projek nie. Aduhai....

Kalau dilihat gambar di atas, Rak Kasut Mr. B tu jadi tergantung sebab ada 'tile' yang "mengganggu" ruangan tu (di sebelah kiri bawah rak). Dan kayu untuk bingkai kayu pintu rumah tu pun turut "mengganggu" juga. Memang Rambozzi® tak sangka bahawa ruangannya adalah seperti itu. Sepatutnya Rambozzi® pergi tengok dulu hari tu...


Haaa..itulah bendenya! Aduh...kacau betul! Rambozzi® betul² rasa kecewa dan bengang sebab Rambozzi® rasa ini adalah kesilapan Rambozzi®. Kemungkinan berpunca daripada ukuran Rambozzi® sendiri. Kemungkinan ukuran Rambozzi® lebih besar daripada ukuran yang diberi Mr. B. Kemungkinan juga 'measuring tape' Mr. B tak sama ukurannya dengan 'measuring tape' milik Rambozzi®. Ya, bunyinya macam mencari alasan untuk mengelak kesilapan sendiri. Tapi memang jelas dan nyata bahawa ini adalah memang kesilapan Rambozzi®.


Dan disebabkan Rak Kasut Mr. B tu sama saiznya dengan ruangan tu, bila cuba dimasukkan rak tu ke tempatnya, maka tercalarlah ia... Ini sangat mengecewakan Rambozzi®.

Menurut Mr. B dan 'mem'nya, tidak mengapa, sebab boleh dialaskan di bahagian bawah tu dengan menggunakan batu-bata. Mereka OK dan tidak merasakan itu satu masalah. Dan, mereka tidak 'reject' projek nie. Memang bernasib baiklah Rambozzi®.

Satu respon 'mem' Mr. B yang agak melegakan Rambozzi® ialah:- mungkin rak nie patut diletakkan di dalam rumah untuk dijadikan rak hiasan atau rak buku, sebab rasa sayang pulak untuk dijadikan rak kasut! Respon tu membuatkan Rambozzi® lega sedikit sebab mungkin hasil kerja dan kemasan kerja Rambozzi® untuk projek nie nampak kemas dan cantik, dan disukai 'mem' Mr. B. Mungkin juga hanya perasaan Rambozzi® semata² untuk melegakan hati sendiri heh heh heh heh heh.

Aduh...projek nie tidak menyebabkan Rambozzi® berputus asa, tetapi memang mengecewakan Rambozzi®. Takpe, ini adalah satu pengalaman dan pengajaran untuk Rambozzi®. Takpe, Rambozzi® akan cuba yang terbaik lagi di masa hadapan...

Rambozzi® kongsikan pengalaman (kegagalan) Rambozzi® nie di sini untuk dijadikan panduan oleh geng² 'woodworking' di luar sana, dan untuk Rambozzi® sendiri. Ukur dan potonglah dengan tepat. 'Measure twice cut once!' Rambozzi® tidak hanya mahu berkongsi kejayaan sesebuah projek, tetapi juga kegagalannya. Itu lebih berharga...



Masih lagi dengan projek daripada Zaza. Kali nie Zaza minta Rambozzi® buatkan sebuah 'kitchen cart' - dia nak sama sebijik macam Cooking Cart Kak Nor tempoh hari. Jadi, untuk projek kali nie Rambozzi® namakan sebagai Cooking Cart Zaza. Ok, jom mulakan 'woodworking' untuk projek nie.




Ok, proses pertama adalah kaki meja. Nasib baik Rambozzi® masih simpan 'drawing' untuk Cooking Cart Kak Nor dulu. Jadi, Rambozzi® hanya ikut je 'plan' yang dulu tu. Kayu² 1x2 dalam gambar di atas adalah untuk bahagian pertama projek nie iaitu kaki meja.


Hahaha ya semestinya menggunakan KREG® Jig K5!!! Hehehe Rambozzi® memang tak tahu cara lain dah nak buat kerja² pertukangan kayu nie, alahai....

Ok, kalau dilihat pada gambar di atas, Rambozzi® dah pun skrukan KREG® Jig K5 dan KREG® Jig R3 tu ke atas sekeping 'chipboard'. Rambozzi® sebenarnya nak buat satu 'station' untuk KREG® Jig milik Rambozzi®. Tapi, buat masa nie, biarlah dia duduk diam² atas 'chipboard' tu dulu. Bila ada masa nanti, Rambozzi® akan buat satu 'station' untuknya... Sekarang, Rambozzi® nak tebuk 'pocket hole' dulu pada semua kayu² tu.


Seterusnya proses memasang kesemua kayu² tadi menjadi kaki meja. Rambozzi® gamkan dan skrukan kayu² tu menggunakan teknik pemasangan 'pocket hole'.


Ok, dah siap pasang kaki² meja tu.


Ok, siap bahagian pertama untuk projek Cooking Cart Zaza nie. Kalau diperhatikan di dalam gambar di atas, anak² panah tu sebenarnya menunjukkan kepada lubang² 'pocket hole' yang Rambozzi® dah tebuk siap². Kaki meja nie nanti akan Rambozzi® skrukan ke 'table top' melalui lubang² 'pocket hole' tu.


Gambar di atas pula menunjukkan rangka 'table top' yang telah siap dipasang. Rambozzi® akan tampal sekeping 'plywood' ke atas rangka 'table top' tu. Dan seterusnya Rambozzi® akan tampalkan pula 'laminate' ke atasnya.


Ok, tetiba je dah siap pasang meja atau 'cart' nie heh heh heh.. Sebenarnya, Rambozzi® tak sempat nak ambil gambar proses pemasangan 'cart' nie sebab Rambozzi® dah 'tersilap langkah' di beberapa 'jalan'. Lihat anak panah di dalam gambar di atas, Rambozzi® terpaksa potong sedikit 'kaki' 'cart' tu sebab 'kaki²' tu mengganggu ruangan untuk dipasangkan roda². Jadi, Rambozzi® terpaksa potong dan tambahkan lagi kayu di bahagian bawah 'cart' tu untuk berfungsi sebagai 'tapak' untuk dipasangkan roda² tu. 'Design'nya dah agak lari sedikit daripada perancangan asal, tapi Rambozzi® rasa 'masih OK' setakat nie. Tapi, semuanya bergantung pada Zaza tu jugak nanti. Kalau dia suka, ok la. Kalau Zaza tak suka, Rambozzi® gagal la dan mungkin kena 'modified' kemudian, ataupun lagi teruk, kena buat yang lain!

Untuk bahagian berlabel "A" dan "B" tu pula, Rambozzi® akan tampalkan 'plywood' dan bahagian tu akan menjadi satu ruangan untuk diletakkan apa² je la nanti, beras ke biskut ke...


Di sekeliling 'table top' Rambozzi® akan gam dan skrukan kayu² 1*½ untuk dijadikan 'edging'nya. Sekarang, Rambozzi® nak tebuk dulu 'pilot hole' dan juga 'countersink'kan lubang² tu menggunakan 'drill press' supaya mendapat kedalaman yang sama.


Gambar di atas adalah proses menebuk lubang² 'pilot hole' menggunakan 'drill press' dan mata 'drill' jenis 'spade drill bit'.


Seterusnya Rambozzi® nak gam dan skrukan kayu² 1*½ tadi di sekeliling 'table top' tu. Sebelum tu, Rambozzi® tampalkan dulu 'masking tape' di bahagian atas 'laminate' tu supaya gam kayu tidak melekat di atasnya.


Ok, dah siap pasang 'edging' untuk 'table top'. Gambar di atas menunjukkan 'clamp' yang Rambozzi® gunakan untuk 'merapatkan' 2 sisi 'edging' tu yang tak berapa rapat ke 'table top'. Seterusnya ialah proses 'sanding' dan mengecat.


Ok, siap projek Cooking Cart Zaza nie. Rambozzi® cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' warna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan yang diselangi dengan 'sanding' menggunakan kertas pasir 220 grit. Rak atau 'cart' nie juga Rambozzi® pasangkan 4 biji 'caster' yang boleh dikunci jika tidak mahu ia bergerak².

Rambozzi® harap Zaza akan suka dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Rambozzi® ucapkan berbanyak² terima kasih kepada Zaza atas sokongan yang sangat hebat untuk tahun 2014 nie. Ok, Rambozzi® nak teruskan dengan projek 'woodworking' yang seterusnya. Apa pula selepas nie ya...heh heh heh...



RofiahFesyen nie sebenarnya adalah sebuah kedai jahit di Kuantan. Tuan punya kedai nie minta Rambozzi® buatkan satu 'signboard' yang 'simple'² je untuk dia. Ok, Rambozzi® kena cari balik geng² yang buat 'signboard' dulu sebab Rambozzi® dah lama tak buat kerja tu. Rambozzi® sekarang 'D.I.Y woodworker' heh heh heh...

Jadi, Rambozzi® tempah dari kawan Rambozzi® je 'signboard' tu. Rambozzi® cuma bagi ukuran dan 'wording' je, bab 'design' tu Rambozzi® serahkan bulat² kepada kreativitinya. Sementara nak tunggu 'signboard' tu siap, Rambozzi® nak buat dulu 'frame' untuknya. Ok, Rambozzi® nak mulakan 'woodworking' untuk projek kali nie, RofiahFesyen Signboard.


Untuk projek nie Rambozzi® akan gunakan kayu² 1x1 dan 1x1/2 je sebab projek nie kecik je. Kayu² 1x1 tu Rambozzi® akan tebuk 'pocket hole' terlebih dahulu menggunakan KREG® Jig K5 dan KREG® Micro Pocket Drill Guide.


Langkah seterusnya Rambozzi® gam dan skrukan kayu² 1x1 tu menjadi rangka utama untuk projek nie. 'Plan' Rambozzi® adalah, 'signboard' tu akan di letakkan di atas rangka tu, dan akan diletakkan pula satu 'frame' di atasnya. Jadi, 'signboard' tu akan duduk di tengah² di antara rangka kayu 1x1 dan 'frame' kayu 1x1/2. Itu 'plan' Rambozzi® la. Menjadi atau tidak, macam mana susahnya nanti Rambozzi® tak tahu lagi heh heh heh...


Sebenarnya tak banyak pun proses untuk siapkan projek nie. Rambozzi® cuma buat rangka untuk 'signboard' tu dan buat 'frame' untuk bahagian depannya. Lepas tu, Rambozzi® cuma cat dengan cat minyak warna hitam.


Dah siap pun cat 'signboard' nie. Rambozzi® cuma cat 2 lapisan sahaja sebab hasilnya dah cukup cantik dan 'solid'. Berdasarkan gambar di atas, Rambozzi® tampalkan sementara 'masking tape' tu di sekeliling 'signboard' tu supaya tak terkena cat semasa proses mengecat tu. Dan Rambozzi® bercadang nak gantungkan je 'signboard' nie nanti sebab Rambozzi® dah tengok kat kedai tu ada tempat yang sesuai untuk digantungkan 'signboard' nie. Lagipun, 'signboard' nie ringan je. Jadi, Rambozzi® cuma tebuk 2 lubang di bahagian atas kayu 'signboard' tu dan pasangkan penyangkut dan juga rantai tu.


Ok, dah siap projek RofiahFesyen Signboard nie. Seterusnya, Rambozzi® nak pergi pasang 'signboard' nie di kedai RofiahFesyen tu.


Ok, siap! Projek yang sangat 'simple' dan mudah.


Sejurus selepas Rambozzi® menggantung 'signboard' tu, kedai jahit RofiahFesyen tu pun 'terus diserbu' oleh pelanggan² yang nak buat tempahan jahitan pakaian heh heh heh heh heh melampau betul...


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ▼  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ▼  April 2014 (7)
      • - Fishing Rod Stand Ziq
      • - Rak Kasut Mr. B
      • - Cooking Cart Zaza
      • - RofiahFesyen Signboard
      • - Bagaimana nak ukur dan tanda dengan tepat di ten...
      • - Is Your Level, Level?
      • - Is Your Square, Square?
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes