KREG® Jig K5 & KREG® Micro Pocket Drill Guide.
Ok, untuk set KREG® Jig K5 nie, tidak ada 'carrying case', seperti yang Rambozzi® harapkan. Hanya kotak kertas je. Tapi takpe, KREG® Jig K5 nie pun akan Rambozzi® skrukan ke atas sekeping papan dan mungkin Rambozzi® akan buat satu meja atau kotak khas untuknya nanti..
Ok, itulah dia 'jig' dan aksesori² untuk set KREG® Jig K5 nie. Sebenarnya, sebab utama Rambozzi® beli KREG® Jig K5 nie adalah sistem 'ratcheting clamp'nya yang Rambozzi® rasa sangat² 'mahal' dan sangat canggih. Sistem 'clamp' sebegini adalah yang pertama seumpamanya yang Rambozzi® pernah jumpa. 'Clamp' tu boleh dilaras kekuatan apitannya tanpa menggunakan sebarang alatan tangan. Hanya tekan dan tolak saja ke kekuatan apitan yang kita nak. Sangat mudah, cepat dan sangat kuat!
Manakala untuk untuk set KREG® Micro Pocket Drill Guide di atas pula, Rambozzi® beli sebab kadang² Rambozzi® perlu tebuk lubang 'pocket hole' yang kecil untuk kayu yang lebih kecil. KREG® Micro Pocket Drill Guide nie boleh dimasukkan ke dalam 'tapak' KREG® Jig K5 tadi. Dan warnanya hitam, lain daripada warna biru kebiasaan produk² KREG® untuk membezakan saiz lubang 'pocket hole'nya.
Tak banyak yang Rambozzi® nak cuba 'review' untuk kedua² produk KREG® nie. Sebab Rambozzi® bukan 'pakar' untuk mengulas produk² macam nie heh heh heh. Setakat nie Rambozzi® dah beli 5 produk KREG® beli iaitu KREG Jig® Mini, KREG Jig® Jr, KREG® Multi-Mark, KREG® Jig K5 dan KREG® Micro Pocket Drill Guide. Dan Rambozzi® masih belum mahu berhenti setakat nie je, ada 2 lagi produk KREG® yang menjadi idaman Rambozzi® iaitu KREG® Magnetic Drawer Slide Mounting Tool dan KREG® Full Extension Drawer Mounting Brackets. Tapi, tunggu dulu la, banyak dah duit habis nih hahahaha....
Rambozzi® akui Rambozzi® memang bukan tukang kayu yang sebenar. Tapi Rambozzi® suka akan teknologi terkini dalam industri pertukangan kayu, khususnya di U.S. Sangat canggih, menarik dan berguna. Rambozzi® suka nak memiliki 'tools' yang hebat dan Rambozzi® beli sekali seumur hidup. Walaupun projek² Rambozzi® tak banyak tapi Rambozzi® suka 'tools'² yang berjenama walaupun mahal. Jadi Rambozzi® beli! Heh heh heh...
2 Comments
salam bang..berapa harga jig ni?
ReplyDeleteSalam fiddy didi.
DeleteTry tgk dalam mudah.my untuk harga lebih tepat dan terkini.