- BOSCH® Jigsaw GST25M



Projek Kitchen Drawers Kak Haiza tempoh hari betul² membuatkan Rambozzi® berfikir, cara² dan 'tools' yang Rambozzi® kena ada untuk membantu Rambozzi® membuat kerja² kayu nie. Untuk buat 'drawer', memang antara cara paling senang ialah dengan menggunakan papan atau 'chipboard' atau 'plywood' yang tebal. Jadi, Rambozzi® kena ada 'tools' yang sesuai untuk memotong bende² tu.

Dan Rambozzi® buat keputusan nak beli 'jigsaw'. Sebab 'jigsaw' nie, selain daripada untuk memotong atau membelah papan, ia juga boleh digunakan untuk memotong bentuk yang agak melengkung. Kalau 'circular saw' memang agak terbatas penggunannya. Lagipun 'jigsaw' ada bermacam 'blade' yang boleh ditukar mengikut 'material' yang kita nak potong, sama ada kayu, 'chipboard', besi atau plastik.

Jadi, baru² nie Rambozzi® telah membeli BOSCH Jigsaw GST25M. Ya, semestinya Bosch sentiasa menjadi pilihan Rambozzi® heh heh heh.

Di kedai 'hardware' yang jual Bosch tu, ada 3 pilihan model Bosch yang Rambozzi® tengok. Iaitu:-

       Bosch GST65                                  Bosch GST80PBE                  Bosch GST25M

Pilihan Rambozzi® adalah antara Bosch GST80PBE dan Bosch GST25MBosch GST80PBE tu memang khusus untuk kayu. Dan Bosch GST25M tu pula khusus untuk besi. Tapi kedua²nya boleh digunakan untuk potong kayu dan besi. Memandangkan harga antara keduanya tak jauh sangat bezanya, Rambozzi® buat keputusan nak beli Bosch GST25M, sebab lebih cantik 'design'nya heh heh heh.


Jadi, bila balik Rambozzi® terus 'test' Bosch GST25M tu. Memang sangat 'power' tetapi lembut je potongan dan juga 'getaran'nya. Maknanya, senang la Rambozzi® nak kawal 'jigsaw' nie. 'Blade'nya juga senang dipasang.


Berdasarkan gambar di atas, 'blade' berlabel T345XF Progressor for Wood & Metal dan T121AF Speed for Metal adalah percuma dengan pembelian BOSCH Jigsaw GST25M nie. Rambozzi® beli 2 set lagi 'blade' yang khusus untuk kerja² kayu dan kegunaan Rambozzi® iaitu T119B Basic for Wood - khusus untuk memotong 'chipboard'  dan T101AO Clean for Wood - untuk pemotongan kayu yang lebih halus dan kemas. Ada banyak lagi 'blade' yang boleh digunakan untuk lain² 'material', tapi Rambozzi® tak beli la semua sebab Rambozzi® tak guna pun, belum sampai masanya lagi...

Seterusnya, Rambozzi® kena ada satu pembaris panjang atau apa² je yang panjang dan lurus untuk dijadikan 'guide' bila nak potong kayu nanti. Dan, paling penting sekali, Rambozzi® kena betul² 'practice' dan kuasai dulu 'jigsaw' nie. Bila dah cekap, barulah senang nak buat 'drawer' untuk projek susah (bagi Rambozzi®) macam projek Kitchen Drawers Kak Haiza tu!


9 Comments

  1. berapa harga jigsaw yg Rambozzi beli tu?

    ReplyDelete
  2. Bagi yg amatur ni,ada tak jigsaw yg simple2 je yg boleh Rambozzi syorkan. Guna utk suka2 je,beli yg mahal2 ni kang bkn selalu pakai,guna pun tak pandai. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh..agak susah Rambozzi nak jawab soalan nie sebab Rambozzi ni pun amatur jugak hahaha..

      Sebenarnya, Rambozzi tak berani nak rekemen untuk Izham, ia bergantung pada modal yang sanggup kita keluarkan, dan 'kadar' keperluannya di dalam projek2 woodworking.

      Yang 'murah sikit' dari model yg Rambozzi beli nie pun ada, dari jenama Bosch dan Skil. Tapi yg 'murah sikit' tu pun dah cecah RM200++, jadi Rambozzi tak tahu apa definisi 'murah' bagi Izham heh heh heh.

      Guna untuk suka2 je? Awas Izham..woodworking boleh utk suka2, tapi power tools nie bukan utk suka2. Kalau guna yang murah cap ayam utk suka2, Rambozzi takut akan ada risiko berlaku kemalangan. Power tools bukan utk suka2.

      Yang simple2 je - bagi Rambozzi, bila menggunakan jigsaw, tak ada yang simplenya. Bagi Rambozzi, sangat susah nak kawal jigsaw nie. Tapi yg susah tu la cabaran paling best dalam woodworking nie...

      Delete
  3. Baru beli jigsay dari jenama SKILLL. Bunyi gearingnya agak bising sikit. Memang begitukah? Jenama SKILL ni pun ok jugak kan.. Adik beradik Bosch katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh memang Rambozzi pun tak tahu setakat mana bisingnya tu Endy hahahahaha...
      Tpi brand SKIL mmg OK. SKIL dah jadi milik Bosch.

      Delete
  4. ASALAMUALAIKUM...
    camner nak bagi potangan kita lurus bila guna jigsaw...
    sbb bila saya guna jigsaw nie asyik bengkok jer potongan...baik saya guna gergaji tangan lagi lurus...
    tp sy punya jigsaw bukan Bosch la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusssalam bro Mohd Hamezuol.

      Bagi Rambozzi, jigsaw memang tidak sesuai untuk memotong lurus. Jigsaw sesuai untuk potong bentuk lengkungan sahaja. Baik bro beli circular saw.

      Delete
  5. salam bos.. boleh tak upah tolong potong kayu playwood kepada kecik3...

    terima kasih

    ReplyDelete