Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us


Baru² nie Rambozzi® menerima SMS daripada Awie Zandt Tools Engineering. SMS yang ringkas - "stok KREG® dah sampai" - tapi cukup untuk membuatkan hujung minggu Rambozzi® "terganggu" hahaha. Jadi, tanpa membuang masa Rambozzi® bergegas ke tempatnya untuk "mengambil" KREG Jig® terbaru iaitu KREG® Jig K5 dan juga KREG® Micro Pocket Drill Guide. Sebelum nie memang Rambozzi® dah memiliki dua set 'mini' KREG® Pocket Hole Jig iaitu KREG Jig® Mini dan KREG Jig® Jr. (lihat KREG® POCKET HOLE JIG!!!) Tapi Rambozzi® tak mahu ketinggalan untuk memiliki antara 'tools' terhebat dan ter'popular' di U.S masa kini. Jadi, sekali lagi Rambozzi® keluarkan modal dan beli KREG® Jig K5 dan juga KREG® Micro Pocket Drill Guide.


KREG® Jig K5 & KREG® Micro Pocket Drill Guide.


Ok, untuk set KREG® Jig K5 nie, tidak ada 'carrying case', seperti yang Rambozzi® harapkan. Hanya kotak kertas je. Tapi takpe, KREG® Jig K5 nie pun akan Rambozzi® skrukan ke atas sekeping papan dan mungkin Rambozzi® akan buat satu meja atau kotak khas untuknya nanti..


Ok, itulah dia 'jig' dan aksesori² untuk set KREG® Jig K5 nie. Sebenarnya, sebab utama Rambozzi® beli KREG® Jig K5 nie adalah sistem 'ratcheting clamp'nya yang Rambozzi® rasa sangat² 'mahal' dan sangat canggih. Sistem 'clamp' sebegini adalah yang pertama seumpamanya yang Rambozzi® pernah jumpa. 'Clamp' tu boleh dilaras kekuatan apitannya tanpa menggunakan sebarang alatan tangan. Hanya tekan dan tolak saja ke kekuatan apitan yang kita nak. Sangat mudah, cepat dan sangat kuat!


Manakala untuk untuk set KREG® Micro Pocket Drill Guide di atas pula, Rambozzi® beli sebab kadang² Rambozzi® perlu tebuk lubang 'pocket hole' yang kecil untuk kayu yang lebih kecil. KREG® Micro Pocket Drill Guide nie boleh dimasukkan ke dalam 'tapak' KREG® Jig K5 tadi. Dan warnanya hitam, lain daripada warna biru kebiasaan produk² KREG® untuk membezakan saiz lubang 'pocket hole'nya.


Tak banyak yang Rambozzi® nak cuba 'review' untuk kedua² produk KREG® nie. Sebab Rambozzi® bukan 'pakar' untuk mengulas produk² macam nie heh heh heh. Setakat nie Rambozzi® dah beli 5 produk KREG® beli iaitu KREG Jig® Mini, KREG Jig® Jr, KREG® Multi-Mark, KREG® Jig K5 dan KREG® Micro Pocket Drill Guide. Dan Rambozzi® masih belum mahu berhenti setakat nie je, ada 2 lagi produk KREG® yang menjadi idaman Rambozzi® iaitu KREG® Magnetic Drawer Slide Mounting Tool dan KREG® Full Extension Drawer Mounting Brackets. Tapi, tunggu dulu la, banyak dah duit habis nih hahahaha....

Rambozzi® akui Rambozzi® memang bukan tukang kayu yang sebenar. Tapi Rambozzi® suka akan teknologi terkini dalam industri pertukangan kayu, khususnya di U.S. Sangat canggih, menarik dan berguna. Rambozzi® suka nak memiliki 'tools' yang hebat dan Rambozzi® beli sekali seumur hidup. Walaupun projek² Rambozzi® tak banyak tapi Rambozzi® suka 'tools'² yang berjenama walaupun mahal. Jadi Rambozzi® beli! Heh heh heh...


 


Wah! Ini barang 'online' paling cepat yang Rambozzi® dapat! 2 hari je dah sampai! 


Haha! Ok, 'level' nie sebenarnya lebih kepada sebatang pembaris yang panjang. Panjangnya adalah 1000mm, ada dua 'level'; 90° dan 180° 'vials' dan sebab utama Rambozzi® beli ialah 'level' nie ada 2 'sliding marker' yang Rambozzi® rasa, sangat² membantu untuk kerja² mengukur dan menanda. Dan harganya sangat murah!


Dan satu lagi sebab Rambozzi® beli 'level' nie adalah untuk digunakan sebagai 'guide' bila Rambozzi® nak potong sesuatu menggunakan 'jigsaw' atau lain² 'power tools'. Ok, Rambozzi® nak sambung buat kerja 'woodworking' dan semestinya menggunakan Mr Mark 1000mm Builders Level yang baru nie, heh heh heh...



EZYLIF Drill Press nie sebenarnya Rambozzi® beli akhir tahun lepas. Tapi Rambozzi® terlupa nak masukkan ke dalam blog nie.EZYLIF Drill Press nie sebenarnya jenis murah, mungkin buatan China kot, memang murah sangat la. Ikutkan Rambozzi®, memang Rambozzi® nak cari dan beli yang jenis BOSCH, tapi takde la pulak kat Malaysia nie. Rambozzi® tak jumpe kot.. Lagipun, Rambozzi® rasa, untuk 'drill press', tak perlu yang berjenama sangat kot.


Jadi, EZYLIF Drill Press nie Rambozzi® jumpa dalam Mudah.my. Sekali lagi, Rambozzi® keluarkan modal dan beli 'drill press' nie untuk kegunaan Rambozzi®. Rambozzi® harap, EZYLIF Drill Press tahan lasak dan tahan lama, harap² la...


Mesin yang sangat ringkas dengan fungsi yang juga sangat ringkas. Rambozzi® tambahkan roda kat bawah 'drill press' tu sebab mesin nie boleh tahan berat jugak kalau nak dialih-alihkan. Rambozzi® cuma gunakan papan 'chipboard' terpakai dan juga roda terpakai. Nanti ada masa, Rambozzi® nak buat yang cantik sikit, dan menggunakan 'caster' yang tahan lasak. Rambozzi® juga nak besarkan sedikit bahagian 'table' untuk 'drill press' nie dan tambahkan 'fence'. Tapi itu kemudian la. Bila dah 'free' baru boleh buat.

EZYLIF Drill Press nie sangat murah dan boleh digunakan. Itu je yang Rambozzi® nak bagitau uolls..


Projek Kitchen Drawers Kak Haiza tempoh hari betul² membuatkan Rambozzi® berfikir, cara² dan 'tools' yang Rambozzi® kena ada untuk membantu Rambozzi® membuat kerja² kayu nie. Untuk buat 'drawer', memang antara cara paling senang ialah dengan menggunakan papan atau 'chipboard' atau 'plywood' yang tebal. Jadi, Rambozzi® kena ada 'tools' yang sesuai untuk memotong bende² tu.

Dan Rambozzi® buat keputusan nak beli 'jigsaw'. Sebab 'jigsaw' nie, selain daripada untuk memotong atau membelah papan, ia juga boleh digunakan untuk memotong bentuk yang agak melengkung. Kalau 'circular saw' memang agak terbatas penggunannya. Lagipun 'jigsaw' ada bermacam 'blade' yang boleh ditukar mengikut 'material' yang kita nak potong, sama ada kayu, 'chipboard', besi atau plastik.

Jadi, baru² nie Rambozzi® telah membeli BOSCH Jigsaw GST25M. Ya, semestinya Bosch sentiasa menjadi pilihan Rambozzi® heh heh heh.

Di kedai 'hardware' yang jual Bosch tu, ada 3 pilihan model Bosch yang Rambozzi® tengok. Iaitu:-

       Bosch GST65                                  Bosch GST80PBE                  Bosch GST25M

Pilihan Rambozzi® adalah antara Bosch GST80PBE dan Bosch GST25M. Bosch GST80PBE tu memang khusus untuk kayu. Dan Bosch GST25M tu pula khusus untuk besi. Tapi kedua²nya boleh digunakan untuk potong kayu dan besi. Memandangkan harga antara keduanya tak jauh sangat bezanya, Rambozzi® buat keputusan nak beli Bosch GST25M, sebab lebih cantik 'design'nya heh heh heh.


Jadi, bila balik Rambozzi® terus 'test' Bosch GST25M tu. Memang sangat 'power' tetapi lembut je potongan dan juga 'getaran'nya. Maknanya, senang la Rambozzi® nak kawal 'jigsaw' nie. 'Blade'nya juga senang dipasang.


Berdasarkan gambar di atas, 'blade' berlabel T345XF Progressor for Wood & Metal dan T121AF Speed for Metal adalah percuma dengan pembelian BOSCH Jigsaw GST25M nie. Rambozzi® beli 2 set lagi 'blade' yang khusus untuk kerja² kayu dan kegunaan Rambozzi® iaitu T119B Basic for Wood - khusus untuk memotong 'chipboard'  dan T101AO Clean for Wood - untuk pemotongan kayu yang lebih halus dan kemas. Ada banyak lagi 'blade' yang boleh digunakan untuk lain² 'material', tapi Rambozzi® tak beli la semua sebab Rambozzi® tak guna pun, belum sampai masanya lagi...

Seterusnya, Rambozzi® kena ada satu pembaris panjang atau apa² je yang panjang dan lurus untuk dijadikan 'guide' bila nak potong kayu nanti. Dan, paling penting sekali, Rambozzi® kena betul² 'practice' dan kuasai dulu 'jigsaw' nie. Bila dah cekap, barulah senang nak buat 'drawer' untuk projek susah (bagi Rambozzi®) macam projek Kitchen Drawers Kak Haiza tu!




Ok, seterusnya Rambozzi® dapat tempahan daripada Kak Haiza. Kak Haiza nie nak sangat 'kitchen drawer' untuk rumahnya. Macam² la yang dia nak simpan, maggi, roti, biskut dan segala macam stok makanan lagi la. Kak Haiza dah bagi ukuran ruangan kat rumahnya pada Rambozzi®. Rambozzi® kena buat mengikut saiz yang sesuai la untuk diletakkan di ruangan tu. Jadi, Rambozzi® tunjukkan beberapa idea dan 'design' pada Kak Haiza, dan dia telah pilih 'design' kesukaannya. Kak Haiza nak dua biji 'kitchen drawer' nie. Asalnya Rambozzi® nak letak nama dia 'kitchen cabinet', tapi sebenarnya benda nie tak sampai ke tahap tu lagi. Jadi Rambozzi® bagi nama 'Kitchen Drawers Kak Haiza' heh heh. Ok, Rambozzi® nak mulakan 'woodworking' untuk projek kali nie, 'Kitchen Drawers Kak Haiza'.



Ok, kayu² di dalam gambar di atas adalah untuk rangka utama 'kitchen drawers' nie. Rambozzi® 'plan' nak buat panel² kayu, yang akan dilekatkan 'plywood' dan 'laminate'. Panel² tu akan dicantumkan menjadi 2 biji kotak. Dan kemudiannya akan dipasangkan 3 biji 'drawer' untuk setiap satu kotak tu. Banyak proses nie yang Rambozzi® kena buat satu-persatu. Rambozzi® dah dapat rasa dah 'nikmat' buat 'kitchen drawers' nie...hmmm.


Kayu² tadi Rambozzi® gam dan skrukan menjadi panel² seperti di dalam gambar di atas. Seterusnya Rambozzi® tampalkan pula 'plywood' ke atasnya, dan ditampal pula 'laminate' berwarna putih.


Ok, itu untuk bahagian 'kotak' 'kitchen drawers' nie. Seterusnya Rambozzi® nak cantumkan kesemua panel² tu menjadi dua biji 'kotak'.


Proses yang ringkas je. Rambozzi® cuma tebuk lubang² 'pilot holes' dan skrukan saja kesemua bahagian panel² tu.
























Itulah hasilnya. Gambar di atas adalah merupakan asas kepada keseluruhan projek nie. Dengan siapnya dua kotak nie, Rambozzi® dapat tentukan saiz² untuk buat 'drawers' nanti. Setakat nie masih tiada masalah lagi untuk projek nie. Tapi, Rambozzi® dah tersalah ukur dan kira, dan dah kekurangan 'plywood' dan 'laminate' untuk bahagian² lainnya. Kosnya dah agak 'lari' sekarang dan besar kemungkinan Rambozzi® takkan mendapat untung yang banyak, atau mungkin rugi terus...


Sekarang Rambozzi® nak buat 'drawer' pulak. 'Drawer'² tu Rambozzi® akan 'bina' menggunakan kayu dan ditampal 'plywood' dan 'laminate'. Bunyinya mudah je:- potong kayu; buat rangka; tampal 'plywood' dan tampal 'laminate'. Tapi prosesnya tak semudah tu...

Ya, sekarang projek nie dah menjadi projek yang paling susah setakat nie! Sebenarnya, antara cara paling senang, cepat dan murah nak buat 'drawer' adalah dengan menggunakan papan atau 'plywood' yang tebal ataupun 'chipboard', bukannya dengan 'membinanya' satu-persatu menggunakan rangka² kayu. Sebab kalau guna kayu macam yang Rambozzi® buat sekarang nie, sangatlah susah dan tinggi kosnya.

Tapi, Rambozzi® tak ada pilihan sebab Rambozzi® tak boleh nak proses 'plywood' yang tebal ataupun 'chipboard'. Rambozzi® tak ada 'table saw' dan ruang kerja yang sesuai untuk potong 'plywood' atau 'chipboard' yang besar. Sebab tu Rambozzi® terpaksa buat kesemua 'drawer' tu menggunakan kayu. Sangatlah menyusahkan!
--------------------------------------------------
KEGAGALAN RAMBOZZI® - RUGI!

Ok, untuk proses² seterusnya Rambozzi® tak ambil gambar. Sebab Rambozzi® rasa projek nie sudah gagal. Sebab 'drawer'² yang Rambozzi® dah buat, tak menjadi. Memang Rambozzi® fikir projek nie akan menjadi projek pertama Rambozzi® yang gagal. Tapi, Rambozzi® terpaksa 'kuatkan' semangat' sebab Rambozzi® positif, kalau Rambozzi® nak berjaya, Rambozzi® tak boleh mengalah dan kena terus berusaha. Lagipun, Rambozzi® tak sanggup nak bagitau Kak Haiza tu bahawa projek nie gagal dan tak jadi nak jual kat dia. Rambozzi® rasa, itu akan menghampakan Kak Haiza.

Jadi, Rambozzi® teruskan juga projek nie. Kosnya memang dah lari habis dah. Dan untuk projek nie, Rambozzi® rugi. Rambozzi® tak boleh nak naikkan harga lagi. Sebab dah 'deal' dengan Kak Haiza tempoh hari. Nak tak nak, Rambozzi® kena gunakan segala material yang ada dan cuba siapkan projek nie.

Rambozzi® positifkan lagi diri Rambozzi®. Dalam perniagaan, ada masa untung, ada masa rugi.

Kegagalan Rambozzi® kali nie sebenarnya adalah satu lagi langkah Rambozzi® ke arah kejayaan.

Wah! Lain macam 'penulisan' Rambozzi® kali nie hahahaha..

Dan, projek nie mengajar Rambozzi® beberapa perkara yang Rambozzi® takkan dapat di sekolah, kolej atau universiti sekalipun, iaitu pengalaman dan belajar dari kesilapan. Rambozzi® buat kerja kayu nie tanpa guru, cuma tengok Youtube dan baca blog je. Ilmu yang dapat adalah semasa membuat kerja² kayu. Pengalaman pun dari situ jugaklah.

Jadi, projek nie gagal daripada proses pertama lagi. Rambozzi® gagal dalam mengira kos dan barang dengan teliti dan tepat. Rambozzi® gagal semasa menentukan saiz untuk 'kitchen drawers' nie. Rambozzi® gagal membuat 'drawer'² dengan cantik dan kemas. Dan Rambozzi® gagal menemui cara terbaik untuk mengukur, menanda dan memasang kesemua 'drawer' dengan tepat dan cantik. Itu antara pengalaman Rambozzi® untuk projek nie.

Tapi, Rambozzi® teruskan juga projek nie. Dan, Rambozzi® cuba perbaiki mana² bahagian yang Rambozzi® rasa boleh dikemaskan lagi. Dan akhirnya , Rambozzi® berjaya menyiapkan projek Kitchen Drawers Kak Haiza nie.
--------------------------------------------------




Ok, itulah gambar Kitchen Drawers Kak Haiza yang 'berjaya' Rambozzi® siapkan. Nampak cantik dan kemas kan? Tapi sebenarnya hanya Rambozzi® je yang tahu masalah dan peritnya nak buat bende nih! Dan kalau ada 'tukang-tukang kayu' yang berpengalaman nampak gambar nie, dorang akan gelakkan Rambozzi® sebab dorang tahu di mana kelemahan projek Rambozzi® kali nie.


Jadi, Rambozzi® nak kongsi sikit beberapa pengalaman Rambozzi® semasa membuat projek nie. Rambozzi® cuma senaraikan beberapa perkara yang memang Rambozzi® gagal fikir dan rancang dengan baik.

Label 1 - Kalau diperhatikan dengan teliti, dapat dilihat jarak di antara 'drawer' tu tak seragam; ada yang rapat dan ada yang renggang.

Label 2 - 'Drawer' paling atas nie terlalu rapat ke atas dan bergesel dengan kotak 'drawer'.

Label 3 - 'Drawer' paling bawah tu pun terlalu rapat ke bawah dan juga bergesel dengan kotak 'drawer'.

Label 4 - 'Laminate' berwarna coklat tu sebenarnya tak cukup untuk menutupi keseluruhan 'drawer front' tu. Sebab tu, Rambozzi® 'tambahkan' 'laminate' berwarna putih tu. Itu bukan satu 'design' sebenarnya. Rambozzi® 'terpaksa' buat macam tu sebab kos Rambozzi® dah hampir sampai kepada harga jual 'drawer' nie. Sebab tu Rambozzi® kata projek nie gagal dan rugi.

Untuk menyiapkan 'drawer front' tu Rambozzi® dah habis fikir dah, sebab tu hasilnya macam tu. Rambozzi® cuma cuba siapkan projek nie dengan mengikut gerak hati Rambozzi® je. Apa respon Kak Haiza tu nanti, Rambozzi® tak tahu lagi. Dan untuk projek nie Rambozzi® bersedia, kalau Kak Haiza tak suka, maka Rambozzi® takkan jual kepada Kak Haiza dan Rambozzi® menanggung kerugian. Yang nie Rambozzi® tanggung!

Jadi, dengan itu siaplah projek kali nie, Kitchen Drawers Kak Haiza. Projek nie menyebabkan Rambozzi® terfikir nak beli satu lagi 'power tools' untuk memotong 'plywood' atau 'chipboard' yang tebal, sama ada 'circular saw' ataupun 'jigsaw'. Dan Rambozzi® rasa Rambozzi® akan beli secepat mungkin!
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ▼  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ▼  February 2014 (5)
      • - KREG® Jig K5 & KREG® Micro Pocket Drill Guide
      • - Mr Mark 1000mm Builders Level
      • - EZYLIF Drill Press
      • - BOSCH® Jigsaw GST25M
      • - Kitchen Drawers Kak Haiza
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes