- Papan Pencanai Kak Nor


Aduh...Rambozzi® betul² tak tahu apa nama "bende" nie. Tapi "bende" nie yang Kak Nor nak Rambozzi® buatkan untuk dia. "Bende" nie Kak Nor nak guna untuk buat kuih. Nak uli tepung atas "bende" nie la. Buat masa nie Rambozzi® guna nama "Alas Uli Tepung Kak Nor" dulu la.. Kot² nanti Rambozzi® dapat tahu nama sebenar dia Rambozzi® akan update.
"Ok...Akhirnya Rambozzi® dah dapat nama untuk "bende" nie. Daripada Kak Nor sendiri. Nama bende tu ialah "Papan Pencanai Kak Nor" heh heh heh.."
Memandangkan Kak Nor selalu tempah daripada Rambozzi®, jadi Rambozzi ok je bila Kak Nor nak "bende" nie pulak. Bab design memang Rambozzi® tak boleh bayangkan macam mana rupanya. Rambozzi® cuma ikutkan kehendak Kak NorRambozzi® buat mengikut ukuran dan design daripada Kak Nor sendiri. Ok, jom mula woodworking untuk projek kali nie, "Alas Uli Tepung Kak Nor" heh heh heh...


Ok, untuk projek nie Rambozzi® akan gunakan kayu 1*2 dan 1*1 sahaja. Beberapa kepingan plywood dan juga laminate. Macam biasa mula² sekali potong kayu kepada ukuran yang dikehendaki la..


Langkah seterusnya juga macam biasa, Rambozzi® tebuk siap² pocket holes ke kayu² yang hendak dipasangkan nanti. Rambozzi® cuma nak buat satu frame je untuk dijadikan "bende" tu nanti.


Ok, dah siap pun pasang kesemua kayu² tu. Proses yang senang dan cepat jadi Rambozzi® tak ambil la gambar untuk proses pemasangan tu. Cuma di dalam gambar di atas, Rambozzi® perbanyakkan kayu² silang tu sebagai "support" kepada plywood dan laminate tu nanti.


Ok, hahahaha gambar di atas nie pulak ialah plywood yang telah dilekatkan ke frame tadi. Sebenarnya stok plywood Rambozzi® dah habis. Cuma tinggal saki-baki je sikit² lagi. Tapi masih boleh dipakai dan boleh dikemaskan walaupun 2 keping yang berasingan. Cuma kena pastikan sisi² plywood yang nak dirapatkan tu lurus dan takde "gap" la antara kedua² keping plywood tu. Dan kena ada kayu "support" la kat tengah² frame tu untuk dilekatkan plywood² tu. Rambozzi® tampal plywood tu ke frame menggunakan gam kayu lepas tu "tembak" dengan Electric Nailer tu.

Sebenarnya dah dua bijik Rambozzi® beli electric nailer tu. Yang warna hijau kat atas tu yang pertama Rambozzi® beli. Tapi tak "power" sangat. Bila "tembak" ke kayu dia tak terbenam habis ke dalam. Tapi sesuai la nak "tembak" plywood sebab kalau guna electric nailer yang baru tu "power" sangat la pulak. Kalau paku tu tak terbenam rapat ke plywoodRambozzi® boleh ketuk sikit dengan tukul. Asalkan plywood tu boleh lekat ke kayu je. Kalau guna electric nailer yang "power" tu, dia tembus jauh ke dalam kayu dan tak "pegang" plywood tu pulak. Jadi Rambozzi® boleh guna kedua electric nailer tu untuk fungsi dan keperluan yang berbeza...

Hehehe bukannya Rambozzi® nak buat "kerja cincai" atau "main hentam" je, tapi sebenarnya takde masalah pun nak buat macam tu. Lagipun laminate akan ditampal jugak ke atas plywood tu nanti.. Kan? Hahahaha...


Memandangkan projek nie tak banyak sangat prosesnya, jadi kali nie Rambozzi® berkesempatan la nak ambik gambar untuk beberapa proses yang Rambozzi® rasa Rambozzi® tak pernah masukkan sebelum nie. Antaranya macam gambar kat atas nie la. Proses menampal plywood dan laminate dan seterusnya "trim" sisi²nya. Bila nak tampal plywood dan laminate memang Rambozzi buat macam yang "dorang" buat tu la. Pastikan plywood atau laminate tu lebar sikit daripada saiz frame. Supaya kita boleh "trim" nanti serapat yang boleh ke frame tu. Barulah kemas dan cantik hasilnya nanti.. Daripada gambar di atas, dapat dilihat lebihan plywood yang belum di"trim". Jadi kena "trim" la tu..


Dan untuk proses "trim" tu Rambozzi® gunakan Bosch Router/Trimmer GMR1 yang Rambozzi® beli dulu. Dan Rambozzi® gunakan mata trimmer jenis flush trim punye. Mata trimmer tu Rambozzi® setkan lebih sikit daripada ketebalan plywood atau laminate yang nak di"trim" tu nanti.


Ok inilah hasilnya selepas plywood tu di"trim". Rapat ke kayu frame dan kemas.


Seterusnya Rambozzi® nak tampal laminate ke atas plywood tu. Kena potong dulu laminate yang besar tu ke saiz yang Rambozzi® nak. Untuk potong laminate tu Rambozzi® gunakan mini cutter cap EINHELL Mini Circular Saw BT-CS 500. Laminate tu juga Rambozzi® potong lebih lebar daripada saiz frame kayu tu untuk di"trim" nanti. Emm.. sebenarnya laminate tu idea Kak Nor sendiri. Rambozzi® cuma ikutkan kehendak Kak Nor je.



Ok, dah dapat saiz laminate untuk frame.



Untuk bahagian tepi atau sebagai "edging" frame tu Rambozzi® juga gunakan laminate. Tapi warna lain pulak. Laminate tu sebenarnya lebihan daripada projek sebelum nie. Masih elok dan boleh digunakan. Cuma lebar sikit dan Rambozzi® kena potong sikit ke saiz yang Rambozzi® nak.



Untuk dapatkan saiz "edging" tu Rambozzi® dapatkan dulu saiz atau lebar bahagian tepi frame tu.



Kali nie Rambozzi® boleh gunakan "bende" kat atas nie. Virutex Laminate Cutter nama dia. Buatan Sepanyol kot... Mahal giler cutter nie walaupun dia bukannya mesin yang gunakan elektrik. Kelebihannya boleh digunakan untuk potong laminate dengan kemas dan tepat mengikut saiz yang boleh disetkan. Kelemahannya, hanya boleh potong laminate paling tebal pun lebih kurang 4 inci lebih je, kot..

Hehehehe anak panah dalam gambar tu sebenarnya menunjukkan arah nak gunakan cutter tu yang Rambozzi® tanda sebab Rambozzi® selalu tersalah arah hahahaha...



Jadi Rambozzi® setkan dulu ketebalan yang Rambozzi® nak potong tu.



Cara guna cutter nie macam gambar kat atas nie. Cuma tarik je cutter tu akan "hiris" atau "slit" laminate tu. Alat ringkas yang tak perlukan elektrik dan tak merbahaya langsung. Tapi mahal!



Ok Rambozzi® tak sempat nak ambik gambar untuk proses menampal laminate tu dan juga proses "trim". Sebab tangan Rambozzi® dah kotor sangat masa nie penuh dengan gam. Tapi inilah hasilnya selepas siap tampal laminate tu ke frame dan diikuti dengan
"trim".




Untuk bahagian kaki "bende" nie kebetulan Rambozzi® ada 4 bijik kaki meja untuk coffee table kot yang masih Rambozzi® simpan dan belum digunakan. Elok dan masih dalam plastik lagi. Rambozzi® rasa sesuai untuk dijadikan kaki "bende" nie, kot...



Ok dah siap pasang kaki tu. Dan siaplah projek Alas Uli Tepung Kak Nor nie...






Projek yang simple dan kemas. Rambozzi® harap Kak Nor suka la dengan design dan hasil "bende" nie. Paling penting ia boleh digunakan untuk keperluan Kak Nor nak buat kuih. Rambozzi® pun tak tahu samada bende macam nie ke yang Kak Nor tu nak atau tak. Kalau Kak Nor kata tak suka atau "bukan macam nie laa" maknanya Rambozzi® kena buat semula la hahahahahahahahaha....

0 Comments