- Rambozzi® RamboJig® - Part II



"Kejayaan" menghasilkan Rambozzi® RamboJig® (gambar atas) tidak berapa lama dulu telah "menyemarakkan" lagi hati Rambozzi® untuk terus menghasilkan 'jig'² yang boleh memudahkan kerja² 'woodworking' Rambozzi® ini. Jika Rambozzi® RamboJig® sebelum ini adalah khusus untuk KREG® Jig Mini, kali ini Rambozzi® akan cuba membuat satu lagi 'jig' yang seumpamanya - "khusus" untuk 'pocket hole jig' "kesayangan" Rambozzi® iaitu KREG® Jig R3 pula.

Sama seperti versi pertama Rambozzi® RamboJig® dahulu, projek ini juga bertujuan untuk memudahkan lagi proses menebuk lubang² 'pocket hole' menggunakan KREG® Jig R3. Projek ini juga Rambozzi® buat "dengan tujuan" - agar ia boleh membantu kita menebuk lubang² 'pocket hole' dengan lebih cepat dan mengelakkan kita dari mengalami sakit pinggang dan kepenatan melampau. Kasihannya.....

Jadi, tanpa membuang masa lagi - "dengan curahan kasih dan sayang yang tidak bertepi" (hamboih!!!) - jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® RamboJig® - Part II.

"Maafkan Rambozzi® kiranya "ungkapan² cinta" di dalam blog Rambozzi® ini "mengganggu" jiwa pembaca dan peminat 'woodworking' kental. Rambozzi® "terpaksa" memasukkan elemen itu sebab "I am Rambozzi®". "I-woodworking with Style". "I-woodworking with Heart". "I-woodworking with Love". Heh heh heh heh..."


Ok, gambar di atas menunjukkan bahan² yang diperlukan untuk membuat Rambozzi® RamboJig® - Part II ini. Hmmm... sebenarnya Rambozzi® terlupa nak masukkan sekali bahan paling penting untuk projek ini iaitu 'toggle clamp' ke dalam gambar di atas. Takpe...jap lagi dia akan muncul heh heh heh heh...

Oh no! Wait! Sebenarnya, bahan yang paling penting sekali adalah KREG® Jig R3!!! Hahahaha! Ye lah kan...kalau tidak ada KREG® Jig R3 memang projek ini akan gagal sebelum ia bermula!

Ok. Anak panah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada satu lagi projek Rambozzi® yang dibuat serentak dengan projek ini. Untuk projek itu, tungguuuuuu..... Heh heh heh heh...

Ok. Kayu² di dalam gambar di atas telah dipotong kepada saiz² yang diperlukan untuk projek ini. Semuanya dipotong pada 'miter' 90° dan 45° sahaja.


Pertama sekali, Rambozzi® akan gam dan skrukan dulu sekeping kayu ke atas 'jig' ini. Kayu itu berfungsi untuk "mengangkat" sedikit kedudukan 'toggle clamp' ke atas. Tujuannya adalah supaya 'clamp pad' dapat mengapit kayu pada kedudukan terbaik.


Kemudian, Rambozzi® skrukan 'toggle clamp' di atas ke tempatnya.


Ok, ini agak kritikal untuk Rambozzi® cuba menerangkannya hehehehe...

Pertama sekali, Rambozzi® gam dan skrukan 2 batang kayu di bahagian kiri dan kanan KREG® Jig R3. 2 batang kayu itu akan mengapit KREG® Jig R3 dengan kemas untuk memastikan ia tidak bergerak² bila kita menggunakannya nanti.

Seterusnya, jarak di antara kedudukan 'toggle clamp' dan KREG® Jig R3 perlu dipastikan sesuai agar 'jig' ini boleh digunakan untuk saiz kayu yang berbeza² (lihat anak panah berwarna merah).

Oh! Nyaris pula Rambozzi® terlupa, Rambozzi® RamboJig® - Part II ini Rambozzi® buat "khusus" untuk kayu yang bersaiz antara 3/4" ke 1 1/2" sahaja. Ingat tu ye...hehehehe...

Jarak untuk 'clamp pad' itu 'travel' ke kayu yang hendak ditebuk juga perlu diambil kira supaya 'jig' ini boleh mengapit kayu pada kekuatan yang semaksima mungkin (lihat anak panah berwarna kuning).


2 batang lagi kayu Rambozzi® gamkan ke 'jig' ini. 2 batang kayu itu berfungsi sebagai "penahan" kepada KREG® Jig R3 dan kayu yang hendak ditebuk nanti akibat tolakan 'toggle clamp' itu. 


Ok, gambar di atas menunjukkan bagaimana KREG® Jig R3 itu hanya perlu diletakkan sahaja di antara 2 batang kayu itu. 2 batang kayu di bahagian kiri dan kanannya akan mengapit KREG® Jig R3 dengan kemas.


Sama seperti Rambozzi® RamboJig®Rambozzi® pasangkan juga satu 'vacuum hose adapter' ke 'jig' ini. Sebenarnya bukan 'adapter' pun, ia adalah 'parts' daripada 'vacuum' yang Rambozzi® "D.I.Y"kan supaya boleh digunakan sebagai 'vacuum hose adapter' heh heh heh heh...


Ok, Rambozzi® RamboJig® - Part II ini sudah siap dan ia sedia untuk digunakan! Jom kita 'test' dia sekarang! Heh heh heh heh...

Mula² sekali, tanggalkan dahulu 'clamp pad adapter' pada KREG® Jig R3 itu.


Rambozzi® akan cuba Rambozzi® RamboJig® - Part II ini pada kayu bersaiz 3/4" sahaja. Rambozzi® tetapkan 'positioning sliders' pada KREG® Jig R3 ke kedudukan 3/4 (lihat gambar di atas).


Rambozzi® letakkan KREG® Jig R3 ke tempatnya pada 'jig'. Pastikan ia ditekan rapat ke bawah sehingga 'positioning sliders' itu menyentuh permukaan kayu 'jig' ini.


Kemudian, Rambozzi® laraskan 'clamp pad' pada 'toggle clamp' agar sesuai dengan ketebalan kayu yang hendak ditebuk.


Sekarang, letakkan kayu di hadapan KREG® Jig R3 dan 'clamp'Rambozzi® juga pasangkan 'washing machine hose' ke 'vacuum hose adapter' pada 'jig' ini untuk menyedut habuk yang terhasil daripada tebukan lubang 'pocket hole' nanti. 

"Ok, Rambozzi® gunakan 'washing machine hose' kerana 'hose' jenis ini lembut dan boleh dimasukkan ke lubang yang kecil dan juga lubang yang besar. Sebab, tidak semua 'vacuum' mempunyai saiz 'vacuum hose' yang sama. Kan... Heh heh heh heh..."

Sekarang, bolehlah ditebuk lubang² 'pocket hole' itu.


Itulah hasilnya. Rambozzi® RamboJig® - Part II ini Rambozzi® isytiharkan - BERJAYA! Heh heh heh heh...


Seperti yang Rambozzi® maklumkan di permulaan 'entry' ini, Rambozzi® RamboJig® - Part II ini adalah bertujuan untuk mempercepatkan dan memudahkan proses menebuk 'pocket hole' menggunakan KREG® Jig R3. Ia tidak menggantikan fungsi KREG® Jig R3 itu sendiri. Ia hanya sebagai satu 'jig' untuk memudahkan kerja² 'woodworking' sahaja.


Sebagai tambahan atau 'bonus'Rambozzi® tambahkan satu lagi 'feature' pada Rambozzi® RamboJig® - Part II ini iaitu 'extension wings' di bahagian kiri dan kanan 'jig' ini. Fungsinya adalah sebagai 'support' jika kita ingin menebuk 'pocket hole' pada kayu atau 'plywood' yang lebar. Sekarang Rambozzi® RamboJig® - Part II ini sudah kelihatan seperti KREG® Jig K5! Hahahahaha!

Ok. Projek ini tidak susah sangat untuk dibuat. Projek ini sangat ringkas dan mudah - tapi ia dibuat dengan penuh rasa "cinta, kasih dan sayang" Rambozzi®. Projek ini sekarang sudah menjadi "kesayangan" Rambozzi®!!! Projek ini adalah "lambang kesucian cinta" Rambozzi® kepada "woodworking" ini. Heh heh heh heh...

Oh! Lupa lagi. 'Extension wings' itu adalah sayap. Sayap adalah Wings. Wings adalah Awie. Jadi. So. Jom layan lagu Wings sambil kita buat "woodworking" ini. Dengarlah pilihan Rambozzi® kali ini dari Wings - Harapan. Heh heh heh heh...


"Damai hati terang sudah
Perjalanan yang kita
Harung bersama...

Pasti engkau kan bertanya
Apakah kita ini dijadi untuk mencari
Erti ikatan yang seakan dijanji...

Kita insan yang berharapan
Engkau dan aku kasih dalam gelombang....."


8 Comments

  1. Terbaik Bro... kip pidup..

    R.Y

    ReplyDelete
  2. Bravo...design yang sangat baik dan "menggiankan" hobi kerja kayu ni... Syabas Bro Rambozzi.

    Bruce- Kuching

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bruce.
      Kita tunggu R3 Bruce tu sampai ok.
      Dan kita woodworking sama² sampai lebam! Heh heh heh heh

      Delete
  3. assalamualaikum bang..mana nk dpt kreg jig tu ea?hardware?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam bro. Try cari dlm mudah. Kat hardware biasa mmg tak de..

      Delete
  4. pm rega jig tu bro rambozzi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro boleh wassap je Rambozzi 016-9527489. Terima kasih!

      Delete