- Rambozzi® Charging Station


Sementara nak menunggu "beberapa" projek besar tu siap, Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® kemaskan sedikit studio Rambozzi® nie. Rambozzi® sekarang agak "serabut perut" melihat keadaan studio Rambozzi® yang "bagai dilanggar geroda" nie. Heh heh heh heh... Rambozzi® rasa, Rambozzi® kena buat sedikit aktiviti 5S. Lagipun, dalam masa terdekat ini, ada "tetamu istimewa" yang akan datang "melawat" studio Rambozzi® nie. Oh maaf! Itu akan Rambozzi® ceritakan di sini bila tiba masanya nanti. One day...


Ok. Makin lama Rambozzi® nie menjadi 'woodworker', makin banyak 'power tools' yang dah Rambozzi® beli. Dan makin banyak juga yang jenis 'cordless tools' dah Rambozzi® miliki. Bila disebut 'cordless power tools', ia semestinya datang dengan pengecasnya sekali. Kalau 1 ok lagi, tapi bila dah ada 4 'cordless power tools', maka akan ada 4 jugalah pengecasnya. Dan ini agak "menyesakkan" mata Rambozzi® juga sebenarnya...

Jadi, Rambozzi® "paksa" otak Rambozzi® ini memikirkan satu penyelesaian untuk permasalahan ini. Dan Rambozzi® mendapat satu ilham untuk membuat satu kotak khas untuk diletakkan kesemua pengecas ini dengan kemas. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Charging Station.


Seperti biasa, Rambozzi® mulakan dengan menentukan saiz yang sesuai untuk projek ini. Rambozzi® dapatkan ukurannya dan potong kayu² di atas ke saiz² yang diperlukan dengan menggunakan 'slide miter saw'.


Kemudian, Rambozzi® tebuk dahulu lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti. Ya. Rambozzi® masih "setia" dengan "teknik keramat" Rambozzi® ini kerana teknik ini adalah satu²nya teknik pertukangan kayu yang Rambozzi® tahu dan mahir, setakat ini.


Rambozzi® Charging Station ini akan dibina dari beberapa keping 'panel' kayu yang dicantumkan antara satu sama lain. Kesemua 'panel' di atas dicantumkan dengan menggunakan 'pocket hole joinery'Rambozzi® hanya gam dan skrukan kesemua bahagian 'panel' kayu di atas.


Kemudian, Rambozzi® cantumkan bahagian² 'panel' itu satu persatu. Rambozzi® mulakan dengan memasang bahagian tapak kotak ini dahulu.


Ok. Itu adalah bahagian pertama untuk projek ini. Bahagian di atas adalah ruangan simpanan untuk kesemua pengecas tadi.


Seterusnya, Rambozzi® gam dan skrukan pula bahagian penutup kotak ini. Oh ya! Kayu² yang Rambozzi® gunakan di dalam projek ini agak unik sebenarnya. Kayu² itu sudah agak lama berada dalam simpanan Rambozzi®. Sengaja Rambozzi® menyimpannya sebab Rambozzi® memang nak guna sendiri je. Hahahahahaha! Cantik kan? Kan...

Tapi, malangnya, cantuman kayu² itu tidak mencukupi untuk menutup permukaan kotak itu (lihat anak panah merah di dalam gambar di atas). Tak apa. Memang Rambozzi® dah tahu semasa menentukan kayu² yang sesuai untuk projek ini sebelum bermula lagi. Dan memang Rambozzi® dah ada penyelesaiannya.


Ok. Rambozzi® akan tambahkan 2 batang lagi kayu ke kedua² hujung bahagian penutup tadi. Rambozzi® ukur dan dapatkan saiz yang perlu ditambah dan belah kayu di atas dengan menggunakan 'jigsaw'. Kayu² itu hanya dibelah secara kasar sahaja. Rambozzi® akan dapatkan saiz yang lebih tepat dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander' pula. Ya! Ketiadaan 'table saw' untuk membelah kayu ke saiz² yang Rambozzi® perlukan bukanlah penghalang kepada Rambozzi®Rambozzi® boleh mencuba cara yang lain - walaupun mungkin agak lambat dan susah.


Ok. Kayu yang siap dibelah tadi Rambozzi® 'sanding' pula untuk mendapatkan saiz yang lebih tepat. 'Drill press' di atas Rambozzi® pasangkan 'drum sander'. Kayu yang Rambozzi® 'clamp'kan ke 'drill press table' itu sebenarnya berfungsi untuk memastikan supaya kayu yang di'sanding' tidak bergerak² dan Rambozzi® boleh mengawal saiz kayu itu. Ia berfungsi sebagai 'guide fence' yang boleh diubah kedudukannya mengikut ketebalan kayu yang kita hendak dapatkan.


Anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan jarak di antara 'drum sander' dengan kayu 'guide fence' tadi. Jarak di antara keduanya itu akan menentukan saiz yang kita nak.


Ok. 2 batang kayu tadi Rambozzi® hanya gamkan sahaja ke kedua² hujung bahagian penutup tadi. Dan ya, ia tepat dan sesuai dengan kotak itu.


Seterusnya, Rambozzi® bulatkan sedikit bahagian penutup ini dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.


Ok. Untuk membolehkan wayar² dari kesemua pengecas tadi keluar dari kotak ini dengan kemas, Rambozzi® akan tebuk 1 lubang khas. Rambozzi® gunakan DREMEL® Multipro 395 milik Rambozzi® yang dipasangkan 'sanding band'Rambozzi® hanya 'sanding' sahaja di tengah² kayu tersebut sehingga mendapat kedalaman lubang yang Rambozzi® nak.


Ok. Itu sudah cukup untuk wayar² itu keluar dari kotak dengan kemas. Seterusnya, Rambozzi® akan pasangkan 2 engsel dan 1 'drawer knob' pada penutup kotak ini. Rambozzi® akan 'sanding' dahulu keseluruhan permukaan kotak ini dengan menggunakan kertas pasit 150 grit.


Dan siap! Cukup ringkas, cukup mudah dan cukup kemas.





Ok. Gambar di atas menunjukkan ruangan di dalam kotak ini. Sebenarnya, Rambozzi® bercadang nak lekatkan 3 batang kayu di bahagian dalam kotak ini sebagai 'divider' untuk kesemua pengecas itu. Tapi, ketika ini baru Rambozzi® sedari bahawa Rambozzi® telah tersalah ukur! Hahahahahahaha! Hanya 2 batang kayu sahaja yang boleh dilekatkan sebagai 'divider'. Nasib baik ruangannya mencukupi untuk diletakkan kesemua pengecas itu dengan kemas. Hahahahaha! Ya, Rambozzi® akui, kita memang boleh 'design' dan merancang projek 'woodworking' ini dengan teliti dan berhati². Tapi kadang² kecuaian dan kealpaan boleh merosakkan projek kita. Rambozzi® memang dah ukur dengan cermat dan teliti sebelum memotong kayu tadi. Tapi, tersilap jugak! Ini bukan salah 'measuring tape' atau 'slide miter saw'. Ini silap Rambozzi® sendiri. Jiwa kacau kot... Heh heh heh heh...

Rambozzi® kongsikan kesilapan Rambozzi® di sini supaya ianya boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja 'woodworker' yang membaca blog Rambozzi® ini. Steve Ramsey cakap, "my incompetence saving you time and money..." Ntah ye ke tidak Rambozzi® eja tu. Heh heh heh heh...


Ok. Wayar² pengecas tadi juga "berjaya" keluar dari kotak ini dengan kemas. Untuk mengelakkan kekeliruan bila nak mengecas 'cordless power tools' nanti, Rambozzi® ikatkan wayar² itu dengan dua pengikat yang berlainan warna. Pengikat yang berwarna kelabu di dalam gambar di atas adalah untuk pengecas kedua² 'cordless drill' Rambozzi®. Manakala pengikat yang berwarna hitam itu pula adalah untuk wayar pengecas 'cordless circular saw' dan 'cordless screwdriver' Rambozzi®. Hmmm... Mungkin Rambozzi® perlu labelkan setiap wayar itu supaya Rambozzi® tidak terkeliru nanti. Tapi, tak apa, itu kemudian nanti la hahahaha.

Ok. Projek Rambozzi® Charging Station ini adalah satu projek 'woodworking' yang sangat ringkas dan mudah. Bagi Rambozzi®, kotak ini cukup kemas. Rambozzi® suka sesuatu yang kemas, teratur dan "cantik dipandang mata"Rambozzi® juga suka Rambozzi®Rambozzi® bangga menjadi Rambozzi® ini. Rambozzi® harap, "uolls" juga bangga dengan Rambozzi® nie heh heh heh heh heh....


13 Comments

  1. Kemas bro! Kayu tu sgt cantik...

    ReplyDelete
  2. Mitre Saw yang Rambozzi gunakan merk apa dan ukuran saiz berapa?
    mengapa rambozi tidak menggunakan Table Saw?

    untuk menjoin papan-papan kayu yang sudah dibubuk dengan Kreg Jig apakah rambozzi menggunakan juga Clamp untuk merekatkan satu papan dengan yang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. - Miter saw Rambozzi adalah model Bosch® GCM 800S Sliding Miter Saw - boleh google utk baca detail mengenainya.

      - Rambozzi tidak menggunakan table saw lagi buat masa ini kerana ruang kerja Rambozzi sempit. Lagipun Rambozzi tidak membuat projek yang besar kerana masalah ruang kerja juga.

      - Ya Rambozzi gunakan clamp bila menjoin papan² kayu yang telah ditebuk pocket hole. Sebab untuk memastikan ia rapat dan flush juga untuk memastikan kayu yang disambung tidak bergerak².

      Delete
  3. geram tul tgk urat2 kayu yg gorgeus tu...adoyai...mana la nak dapat tu?kat Klang tu dah macam xmo wat bisnes dah..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Klang tu stok dah habis..ntah bila akan ada balik..
      Try tgk kat Ampang Lama. Nanti Rambozzi update lagi dlm komuniti..

      Delete
  4. Boleh bg bg quotation utk yg mcm ni..tgh tercari2 gak..tp sy nk design lain ala2 mcm ni.hehe
    emailkan ke naddib85@gmail.com ye..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. d-Ya boleh wassap je Rambozzi ye...016-952 7489 Terima kasih.

      Delete
  5. Cun... Tp x cacing kepanasan ke nanti charge dlm ruang tertutup.. Xd ventilation

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah kan en anon? Betul jugak tu...
      Takpe.. Masa caj Rambozzi akan bukakan pintu.
      Bila dah fully charged Rambozzi akan tutup pintunya.
      Takut kena gigit dek nyamuk heh heh heh heh...

      Delete
  6. Terbaik.. Haha..

    ReplyDelete
  7. Terbaik...sy zoro zack...fb kena block nanti bila tuan dah on kelas pertukangan tuan sms sy tel 0176214344

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambozzi memang ada block dan ban beberapa orang di komuniti itu sbb melanggar syarat dan peraturan komuniti. Ada dinyatakan di dalam ruangan ABOUT tapi macam biasa la, orang kita nie masuk tempat orang main langgar je kan... Maaf. Rambozzi boleh benarkan zoro zack sertai kami semula. Tiada masalah. Dan kalau ada sebarang perkembangan mengenai kelas pertukangan, Rambozzi akan maklumkan di sana. Tapi jangan mengharap sangat, Rambozzi hanya boleh cuba sahaja.

      Delete