- Rambozzi® RamboClamp® Redzuan



Nampaknya Rambozzi® RamboClamp® yang Rambozzi® buat baru² nie, telah menarik perhatian salah seorang pembaca blog Rambozzi® ini iaitu RedzuanRedzuan sangat berminat dan meminta Rambozzi® buatkan Rambozzi® RamboClamp® untuknya. Bezanya, Redzuan nak 'clamp' ini sepanjang 5 kaki! Wah! Yang Rambozzi® buat sebelum ini hanya sepanjang 3 kaki. Dan itu tidak mencukupi bagi Redzuan. Heh heh heh heh...

Rambozzi® RamboClamp® ini sebenarnya tidaklah susah sangat untuk dibuat. Tapi mungkin, Redzuan ini nakkan "hasil tangan" Rambozzi®. Ini adalah satu bentuk penghargaan bagi Rambozzi®. Dan memang Rambozzi® sangat berbesar hati nak membuat 'clamp' ini untuk Redzuan.

Ok. Janganlah kita membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® RamboClamp® Redzuan.


Untuk 'entry' kali ini, sebenarnya tidak banyak yang hendak Rambozzi® kongsikan. Sebab, projek ini tidak susah. Lagipun, caranya sama sahaja seperti Rambozzi® RamboClamp®. Jadi, Rambozzi® tak akan perincikan proses pembuatannya.

Ok. Seperti Rambozzi® RamboClamp® sebelum ini, Rambozzi® akan gamkan 2 batang kayu menjadi 1. Kayu panjang di atas adalah bersaiz 1x2Rambozzi® ikatkan kayu² di atas dengan menggunakan 'masking tape' sebelum dipotong supaya ia boleh dipotong serentak dan mendapat panjang yang sama. Disebabkan kayu ini terlalu panjang, Rambozzi® tak boleh nak setkan 'stop block' pada 'miter saw fence'. Jadi inilah cara Rambozzi® nak memastikan ianya dipotong sama panjang dengan tepat.

4 lagi kayu yang lebih kecil akan dijadikan 'stop block' untuk 'clamp' ini. 'Stop block' ke nama dia haaa.....


Sekarang, Rambozzi® keluarkan kesemua 'clamp' yang Rambozzi® ada untuk mencantumkan kayu² itu. Rambozzi® akan gamkan kayu² panjang itu, lekatkan sesama sendiri dan 'clamp' dengan kemas. Hmmm... prosesnya memang sama dengan Rambozzi® RamboClamp® tu dulu. Rambozzi® pun tak tahu nak cerita pasal apa lagi nie heh heh heh heh... Eh! Kita nyanyi lagu la dulu ye...

"Na na na kita nyanyi bersama...
Hey hey hey ikut rentak irama...
Na na na lupakan kisah pilu...
Hey hey hey nyanyi lagu jaket biru...
Lagu jaket biru..."

Peronda Jaket Biru - Wings



Ok. Dah siap projek Rambozzi® RamboClamp® Redzuan ini hehehehehe...


Ok. Rambozzi® hanya 'route'kan sedikit setiap sisi 'clamp' ini dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit' untuk menghaluskannya. Kemudian, Rambozzi® 'sanding' dengan menggunakan 'sanding block' grit 150.


Rambozzi® harap, Rambozzi® RamboClamp® Redzuan ini dapat memenuhi keperluan RedzuanRambozzi® rasa, Rambozzi® boleh menghasilkan produk² untuk kerja² 'woodworking' seperti ini. Cuma Rambozzi® perlu fikirkan 'design' yang unik dengan "sentuhan" yang lebih "Rambozzi®" lagi. Rambozzi® akui, memang banyak terdapat di pasaran 'hand tools' buatan tangan yang sangat berkualiti dan terkenal. Kalau "oreng² putih" tu boleh buat, Rambozzi® pun boleh buat. Hmmm... projek ini telah membuka sedikit "minda" dan "wawasan" Rambozzi®.......... One day...


5 Comments

  1. mantap bro...senang ler nak buat projek2 big scale pasni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap² RamboClamp nie blh bantu Redzuan la...

      Delete
  2. Nice jig la bro Rambo...minta kebenaran utk tiru plan nie :)

    ReplyDelete
  3. salam.maaf tumpang bertanya. Gam kayu apa yang tuan guna?

    ReplyDelete