- Rambozzi® & 2015


2015. Tahun lepas, sebelum habis tahun 2014 Rambozzi® sempat ke 'hardware' kegemaran Rambozzi® dan membeli sebuah lagi 'power tools' baharu. Heh heh heh heh sempat lagi tu... Oh! Rambozzi® tak akan tulis mengenai 'power tools' itu dalam 'entry' ini. Itu lain kali hahahaha. Kali ini Rambozzi® cuma nak tulis mengenai "kalendar 2015" di dalam gambar di atas sahaja.

Sebenarnya... Kalendar itu Rambozzi® dapat dari 'hardware' itu selepas Rambozzi® minta dari tokeynya! Heh heh heh. Ye lah. Rambozzi® nie, hampir setiap bulan ke 'hardware' tu, membeli pelbagai jenis 'power tools' dari jenama Bosch® - kegemaran Rambozzi® - takkan nak minta kalendar tu pun tak bagi kan? Heh heh heh. Asalnya, tokey tu nak bagi kalendar 'hardware'nya sendiri. Tapi, dengan selamber Rambozzi® minta kalendar Bosch® yang ada kat atas meja dia! Hahahahahahaha! Best betul! Hmmm... tak cakap banyak, dia ambil dan serahkan kepada Rambozzi®. Dan ya, Rambozzi® ucapkan terima kasih kepadanya. Hehehehehehe.....

Kalendar itu hanya kertas² sahaja. Ada gambar, ada tulisan, ada tarikh. Tak ada apa pun. Tapi, "nilai" di dalam kalendar itu yang Rambozzi® nak. 2015 itu yang Rambozzi® nak. Sebab Rambozzi® rasa, 2015 ini akan lebih "mencabar" lagi bagi Rambozzi®... Dan Rambozzi® sudah bersedia...


0 Comments