- Rambozzi® Candle Holder


"Sejak akhir² ini, Rambozzi® 'dihujani' dengan pelbagai ilham untuk kerja² pertukangan kayu nie. Macam² 'idea' yang datang, hinggakan masa tengah makan kebab pun Rambozzi® terpaksa cepat² mencari pen dan kertas untuk mencatat apa jua ilham yang tetiba je datang. Nak makan kebab pun tak senang la heh heh heh..."

Sebenarnya bukannya 'idea' tu yang datang. Rambozzi® rasa sebab takde projek atau tempahan dari pelanggan, tapi tangan Rambozzi® nie terasa sangat 'gatal' nak buat 'woodworking' dan juga menulis di blog ini. Jadi, Rambozzi® 'terpanggil' ilham² tu heh heh heh.

Ini satu lagi projek yang bagi Rambozzi® sangat ringkas 'design'nya, tapi untuk menyiapkannya dengan teknik dan pengalaman Rambozzi®, nyaris² jugak la Rambozzi® gigit gergaji tangan Rambozzi® tu. Nyaris²...

Ok, projek ini kecil sahaja saiznya. Kebetulan pula Rambozzi® 'terjumpa' 3 bekas kaca untuk letak lilin nie kat rumah, jadi baik Rambozzi® buat 'sesuatu' untuknya. Ok, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' untuk kali ini - Rambozzi® Candle Holder.


Ok, lihat gambar di atas, itu sahaja bahagian² kayu yang Rambozzi® perlukan untuk projek ini. Kayu 1x2 itu hanya sepanjang 3". Dan dipotong 'miter' 15° di salah satu bahagian hujungnya.


Mula² sekali, Rambozzi® nak tebuk 3 lubang untuk diletakkan bekas lilin itu. Rambozzi® ukur dan tandakan 3 tanda di tengah² kayu itu.


Kemudian Rambozzi® buat satu garisan di atas kayu 1x2 itu agak serong juga dengan menggunakan 'bevel gauge' tu. Tapi, terus-terang Rambozzi® katakan di sini, Rambozzi® memang tidak tetapkan sebarang 'angle' untuk garisan itu sebab kalau Rambozzi® tetapkan pun, belum tentu hasil potongannya nanti akan tepat mengikut ukuran heh heh heh.


Rambozzi® rasa, teknik untuk sambungan kayu yang 'cuba' Rambozzi® buat kali ini dipanggil 'half lap joint' kot..... Ntah Rambozzi® tidak berapa pasti. Rambozzi® kan amatur hehehehe.

Jadi, Rambozzi® lukiskan juga garisan² di atas kayu² itu untuk dijadikan slot untuk penyambungan kayu ke kayu nanti. Ok, kesemua kayu² di atas akan Rambozzi® potong dengan menggunakan gergaji tangan sebab saiz kayu yang terlalu pendek akan membahayakan sebarang percubaan memotongnya di 'slide miter saw' atau 'jigsaw' atau 'cordless circular saw' milik Rambozzi®. Kalau ada 'table saw', mungkin boleh. Tapi, Rambozzi® belum lagi memiliki 'table saw', jadi Rambozzi® akan gunakan gergaji tangan sahaja. Dan kayu² di atas adalah untuk bahagian kaki 'candle holder' ini.


Rambozzi® rasa, Rambozzi® nak tebuk dulu 3 lubang untuk kayu di atas. Rambozzi® tebuk dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'forstner drill bit'Rambozzi® agak terkeliru juga, sebab Rambozzi® tak pasti sama ada 'drill bit' jenis itu dipanggil 'forstner drill bit' atau 'boring drill bit'. Mungkin kedua-duanya adalah sama tapi entahlah, Rambozzi® tak pasti. Buat masa nie, Rambozzi® akan gunakan nama 'forstner drill bit' sebab nama 'boring drill bit' tu "agak funny la kan? I tak nak la laughing out loud sorang² while I buat this woodworking kan? Kan?"


Lubang² itu nanti akan Rambozzi® haluskan sedikit bucunya dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit' seperti di dalam gambar di atas.


Sekarang barulah Rambozzi® nak teruskan ke proses yang paling susah, paling mencabar dan sesuatu yang tidak patut Rambozzi® buat sebagai seorang 'amateur woodworker' - iaitu apa yang Rambozzi® rasa dikenali sebagai 'half lap joint'. Untuk tujuan itu, Rambozzi® 'persembahkan' 2 alatan yang pertama Rambozzi® gunakan tidak berapa lama dulu untuk menjadi 'woodworker' iaitu gergaji tangan jenis 'backsaw' cap Stanley dan 'plastic miter box'.


"Ya. Gergaji tangan jenis 'backsaw' cap Stanley dan 'plastic miter box' itu adalah set gergaji pertama Rambozzi®. 2 alatan itulah yang membuatkan Rambozzi® menjadi Rambozzi® yang anda - para peminat setia Rambozzi® - kenali dan sayangi kini (I Love You too! Thank you!)Rambozzi® masih simpan lagi walaupun sudah memiliki 'slide miter saw', 'jigsaw' dan 'cordless circular saw' supaya Rambozzi® dapat mengenang kembali 'keperitan' Rambozzi® di masa lalu."


Akibatnya, apabila seorang 'woodworker' tahap amatur cuba buat kerja² 'woodworking' tahap 'professional', maka itulah jadinya. Takpe, Rambozzi® akan kemaskan lagi dengan menggunakan pisau yang tajam sebab pahat yang Rambozzi® ada hanya satu, saiz matanya pula lebih besar dari yang Rambozzi® perlukan sekarang dan ia juga dah tumpul! 'Perfect!' Ok, lihat hasil potongan Rambozzi® menggunakan 'backsaw' di atas. Jelas kelihatan potongan itu dah 'terpesong' dari laluannya. Bahagian kaki ini akan longgar bila disambungkan nanti. Takpe, Rambozzi® pun tetap akan gunakan gam kayu juga nanti. Harap² semuanya OK.


Ini juga adalah antara bahagian yang paling kritikal sekali dalam projek ini. Kaki² itu Rambozzi® nak potong bentuk yang sedikit serong. Nak tak nak, Rambozzi® kena gunakan gergaji tangan. Rambozzi® cuba potong serapat yang boleh ke garisan penanda itu. Selebihnya akan di'bersihkan' dengan menggunakan 'drum sander' nanti.


Kaki² yang telah siap dipotong dan dibentuk tadi Rambozzi® 'cuba' masukkan ke dalam kayu yang berlubang tu dan Rambozzi® tandakan garisan untuk slotnya pula. Dan sekali lagi Rambozzi® potong slot² itu untuk dimasukkan kaki²nya. Rupa²nya lagi teruk hasilnya, sebab kayu itu lebih lembut dari kayu untuk kaki² tadi. Rambozzi® rasa, ini bukan masalah kayu lembut atau kayu keras. Ini masalah tangan Rambozzi® sendiri yang tidak cekap menggunakan gergaji tangan heh heh heh heh heh heh heh heh...

Hasil potongan kayu di atas Rambozzi® isytiharkan sebagai 'GAGAL'. Sebab ada beberapa bahagian yang terlebih luas. Bila dimasukkan kaki² tadi, ia longgar dan tidak kemas. Itu adalah percubaan pertama Rambozzi® untuk projek seperti ini dan ia telah GAGAL. Takpe, kayu yang rosak itu Rambozzi® tandakan bintang berwarna merah dan ianya akan digunakan untuk projek selepas ini iaitu Rambozzi® Drill Press Station heh heh heh.

Ok, Rambozzi® masih belum mahu mengalah. Rambozzi® nak cuba sekali lagi. Itu bermakna, Rambozzi® kena potong sebatang lagi kayu, tebuk 3 lagi lubang, haluskan lubang²nya dengan  'mini router/trimmer' dan potong 4 lagi slot untuk dimasukkan kaki² itu. Ok, tanpa membuang masa, jom mulakan 'woodworking' lagi sekali untuk projek kali ini - Rambozzi® Candle Holder hahahahaha.


Rambozzi® keluarkan segala macam jenis gergaji tangan yang Rambozzi® ada, segala macam jenis pisau dan kikir dan akhirnya berjaya juga Rambozzi® memotong slot² itu dengan agak kemas dan cantik. Bila dimasukkan kaki² tadi ke slotnya, ia masuk dengan agak cantik dan bagi Rambozzi® ia boleh dianggap BERJAYA untuk tahap Rambozzi® hari ini.


Seterusnya, Rambozzi® gam dan masukkan kaki² itu ke dalam slot²nya. Dan tindih dengan tin² cat tu sebagai pengganti 'clamp'. Tujuannya ialah, apabila gam itu kering nanti, setiap kaki² itu akan berada dalam keadaan stabil dan 'candle holder' ini tidak bergoyang² atau terjongkang-jongket. Rambozzi® juga tampalkan 'masking tape' itu supaya lebihan gam yang terkeluar dari hasil cantuman itu tidak melekat ke atas kayu yang berlubang itu. Juga untuk memudahkan Rambozzi® mengecat kaki² itu nanti. Kayu² di bawah tin² itu pula adalah untuk mengelakkan kesan tin pula nanti akibat beban tindihan pada kayu yang lembut itu.

Kaki² itu Rambozzi® cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'mahogany' sebanyak 3 lapisan yang diselangi dengan 'sanding'. Untuk bahagian kayu yang berlubang itu Rambozzi®  hanya sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sahaja.


Dan itulah hasilnya. Bagi Rambozzi®, ia sangat cantik!!! Rambozzi® berpuas hati dengan hasil kerja dan teknik penyambungan kayu jenis ini yang pertama kali Rambozzi® buat. Rambozzi® bangga dengan Rambozzi® heh heh heh. Bagi Rambozzi®, ia memang susah! Ini bukan sesuatu yang patut Rambozzi® cuba. Tapi Rambozzi® nak cuba jugak. Dan Rambozzi® bernasib baik kali ini - ia berjaya!



Ok. Gambar di atas pula menunjukkan bekas² kaca untuk lilin itu diletakkan ke dalam lubang² tadi dengan jayanya heh heh heh.


Rambozzi® rasa, Rambozzi® boleh kuasai teknik ini dengan latihan dan teknik yang betul. Rambozzi® juga kena beli beberapa 'hand tools' lagi untuk buat penyambungan jenis ini. Antaranya adalah 'backsaw' yang baru sebab 'backsaw' yang ada tu dah tumpul. Rambozzi® juga kena beli set pahat yang berkualiti yang khusus untuk kerja² membuat tanggam. Ya, satu hari nanti Rambozzi® akan beli dan akan cuba kuasai teknik ini.

Maka, siaplah projek Rambozzi® Candle Holder nie. Projek ini amat menyeronokkan bagi Rambozzi® sebab adanya beberapa cabaran baru yang Rambozzi® kena hadapi. Cuma satu sahaja yang agak menggusarkan hati Rambozzi®.

MANA LILINNYA?


0 Comments