-Rambozzi® Center Finder



Kali nie Rambozzi® nak berkongsi ilmu tentang alatan atau 'tools' yang sangat penting dalam kerja² pertukangan kayu. Alatan tu adalah 'center finder', yang digunakan untuk menentukan dan menanda garisan di tengah² kayu. Dan Rambozzi® nak kongsi di sini, macam mana nak buat satu 'center finder' menggunakan barang² terpakai.

Geng² orang putih tu sendiri tu pun bertungkus-lumus cuba nak buat 'sesuatu' yang boleh digunakan sebagai 'center finder'. Antara yang menarik yang Rambozzi® jumpa dalam 'Google' adalah seperti di bawah nie:-

        
Tapi, yang paling menarik minat Rambozzi® adalah Woodpeckers® MT Center Gauge.

arms

center line

Pertama kali Rambozzi® ter'Google' bende nie, Rambozzi® rasa sangat teruja dan memang nak sangat la memiliki 'bende' nie. Rambozzi® pernah 'cuba' 'order' Woodpeckers® MT Center Gauge tu tapi malangnya tak berjaya atas beberapa sebab. 

'Marking center line' tu adalah antara kegunaan Woodpeckers® MT Center Gauge nie. Kegunaan lainnya boleh la 'try' 'Google' dan baca kat 'website' dorang, juga ada di Youtube.

Disebabkan Rambozzi® selalu 'perlu' mencari dan menanda di tengah² kayu untuk projek² Rambozzi®, maka Rambozzi® cuba buat sendiri 'sesuatu' alat yang boleh membantu Rambozzi®.

Jadi, Rambozzi® sudah terjumpa satu 'barang' di dalam 'printer paper tray' yang boleh di'modifiied' menjadi 'center finder'. Dan Rambozzi® namakan 'bende' nie Rambozzi® Center Finder heh heh heh....


Ok, 'try' buka dan tengok dalam 'printer paper tray' macam dalam gambar di atas tu. Pasti akan ada 'bende' tu yang boleh dijadikan 'center finder'.


Gambar di atas adalah 'printer paper tray' yang Rambozzi® dah 'modified' menjadi 'center finder'. Sorry, gambar tu teruk sikit.. Takpe, gambar lepas nie cantik sikit heh heh heh...



Apa yang menariknya tentang 'bende' tu adalah, kedua² plastik kat tepi yang warna hitam tu akan bergerak selari dan akan bertemu tepat di tengah².


Gambar di atas adalah pandangan bawah 'bende' tadi tu. Rambozzi® tak tahu macam mana nak terangkan 'bagaimana ia berfungsi' tapi, memang boleh guna la.. Jadi, Rambozzi® tandakan kat mana garisan tengahnya dan tebuk lubang untuk dimasukkan paku untuk dijadikan sebagai penanda.


Rambozzi® terjumpa satu paku kecik nie. Cukup halus tapi besar sikit dari jarum. Paku nie akan dilekatkan ke 'bende' tadi tu dan boleh dijadikan sebagai penanda. Aduh...Rambozzi® tak jumpa perkataan² yang sesuai untuk 'post' kali nie....


Ok, macam tu lah rupanya sekarang. Oh lupa pulak, paku tu perlu dimasukkan dari bawah.


Gambar di atas menunjukkan paku tu 'sedikit' terkeluar untuk penandaan.


Gambar di atas menunjukkan paku tu di atas Rambozzi® Center Finder tu.


Sekarang Rambozzi® letakkan sebatang kayu di tengah² Rambozzi® Center Finder tu, rapatkan kedua² plastik hitam tu ke tengah, dan kayu tu akan tepat berada di tengah².


Sekarang Rambozzi® tekan sedikit kayu tu ke mata paku tadi dan tarik atau 'scribe' dengan perlahan dan lembut.


Ok, berjaya! Dapat dilihat dalam gambar di atas satu garis lurus tepat di tengah² di atas kayu tu. Mungkin tak nampak sangat sebab dalam gambar kan? Ok, Rambozzi® kena tanda dengan pensel supaya nampak dengan jelas.


Itu dia tandanya, tepat di tengah².


Sekarang Rambozzi® pusingkan kayu tu dan akan cuba tanda atau 'scribe' di sisi kayu tu pula. Rambozzi® nak tunjukkan di sini bahawa, Rambozzi® Center Finder nie akan 'auto center' mengikut ketebalan kayu.


Ok, juga tepat di tengah².


 Dan Rambozzi® tandakan dengan pensel supaya lebih jelas kelihatan garisan tu.


Rambozzi® skrukan Rambozzi® Center Finder di atas dua keping kayu tu untuk dijadikan tapaknya, supaya paku tu tak tersentuh lantai. Rambozzi® Center Finder nie adalah antara alatan atau 'tools' yang selalu Rambozzi® gunakan dalam kerja² kayu Rambozzi®. Tapi, kalau satu hari nanti ada rezeki, memang Rambozzi® nak beli Woodpeckers® MT Center Gauge tu. Sama macam KREG® Pocket Hole Jig yang sangat² menjadi idaman Rambozzi® satu ketika dulu, dan Rambozzi® berjaya memilikinya. Sekarang, Rambozzi® menanti tibanya masa untuk Rambozzi® memiliki Woodpeckers® MT Center Gauge tu. Buat masa nie, Rambozzi® akan gunakan dulu Rambozzi® Center Finder nie...

0 Comments