- Microwave/Oven Cart Yuzie


Seperti yang Rambozzi® 'post'kan sebelum nie, Yuzie menempah dua perabot daripada Rambozzi®Microwave Oven Cart Yuzie nie sebenarnya adalah 100% idea Yuzie sendiri. Rambozzi® cuma cuba buat yang terbaik untuk Yuzie. Dan Yuzie dah pun memberikan saiz 'microwave' ataupun 'oven'nya kepada Rambozzi®, dan juga saiz meja atau 'cart' yang dimahukan Yuzie. Jadi, jom mulakan 'woodworking' kedua untuk YuzieMicrowave Oven Cart Yuzie.

"Kalau sebelum nie Rambozzi® ada nyatakan betapa 'deep' dan 'feel'nya Yuzie nie, projek nie sebenarnya lagi 'deep' dan 'feel'! Sebabnya, Yuzie nakkan projek nie dicat dengan warna putih - bukan 'solid' tapi agak 'rustic' ataupun 'vintage' - supaya menampakkan ira kayunya dengan jelas. Aduh...berat dan payah Rambozzi® nak terangkan, berat dan payah lagi Rambozzi® nak cat supaya kena dengan citarasa Yuzie tu..."


Untuk projek Microwave Oven Cart Yuzie nie, Rambozzi® akan gunakan kayu² 1x2 dan juga kayu² 'pine' sebagai 'table top'nya. Gabungan dua jenis kayu nie pun Rambozzi® dah dapat persetujuan daripada Yuzie. Dan gabungan penggunaan kedua² jenis kayu nie juga adalah berdasarkan kepada bajet Yuzie. Jadi bila Yuzie dah setuju, Rambozzi® pun potong la kayu² tu kepada ukuran² dan saiz² yang diperlukan...


Projek nie pun Rambozzi® siapkan dengan teknik 'pocket hole joinery'. Gambar di atas adalah rangka utama untuk projek nie. Yuzie nakkan meja nie beroda, jadi Rambozzi® pasangkan siap² 'caster' tu supaya senang nak dialih²kan.


Seterusnya Rambozzi® akan cantumkan kesemua kayu² 'pine' tu untuk dijadikan 'table top' dan juga bahagian 'shelf' bawah untuk 'cart' nie.


Untuk projek sebelum nie, Rambozzi® terlupa nak tunjukkan gambar proses pemasangan 'table top' tu. Kali nie Rambozzi® kongsikan heh heh heh. Sebenarnya, Rambozzi® cantumkan kesemua kayu² 'pine' tu menggunakan Black & Decker® Workmate 225 tu. 'Workmate' tu membantu memudahkan proses pemasangan seperti itu. Tapi malangnya kalau untuk saiz kayu seperti dalam gambar di atas tu, setakat 3 keping papan tu boleh la, sebab 'bukaan' meja tu tidaklah luas sangat...



Ok, dah siap pasang dan cantumkan kesemua bahagian utama untuk Microwave Oven Cart Yuzie nie. Seterusnya adalah proses memasang kesemua bahagian² tu menjadi sebuah meja atau 'cart'.



Mula² Rambozzi® skrukan dulu 'shelf' atau para untuk bahagian bawah tu (apa nama dia ye...). Sebabnya, papan² yang telah dicantumkan itu akan membantu menepatkan lagi sesiku kaki² meja tu. Selepas itu barulah Rambozzi® skrukan pula 'table top'nya.Ok, dah siap pasang Microwave Oven Cart Yuzie nie. Dan untuk projek kali nie, Rambozzi® nak kongsikan satu teknik atau 'skill' ataupun 'trick' - bagaimana nak pasangkan kaki meja tu ke 'table top'nya, dengan tepat di tengah², dengan mudah.


Teknik nie Rambozzi® belajar daripada seorang 'otai' tukang besi di Kuantan tidak berapa lama dulu, iaitu sebelum Rambozzi® menjadi Rambozzi® heh heh heh.

Ada bermacam cara nak pasang kaki meja tu ke 'table top' dengan tepat di tengah². Tapi teknik yang Rambozzi® nak kongsikan nie adalah yang paling mudah dan cepat. Pertama sekali, ukur dan tandakan satu garisan tengah untuk setiap sisi meja tu. Kalau mengikut gambar di atas, Rambozzi® tunjukkan dengan anak² panah berwarna merah tu. Untuk teknik mengukur dan menanda tu boleh lihat di dalam 'entry' sebelum nie kat sini.

Kedua, ukur dan tandakan satu garisan tengah untuk kaki meja tu pula (lihat anak² panah berwarna kuning). Rambozzi® nie tak pandai sangat dalam bab² memberi penerangan dan penjelasan nie, tapi boleh tengok gambar di atas. Bila dah tanda kesemua garisan² tengah tu, barulah diletakkan kaki meja ke atas 'table top', dan 'align'kan atau 'temu'kan kesemua garisan tu supaya bertemu dengan tepat. Selepas itu barulah diskrukan dengan kemas. Dengan teknik nie, kita boleh mendapat hasil pemasangan yang sangat tepat, selain daripada dapat memastikan kesemua sesiku juga adalah tepat.


Ok, dah siap pun proses pemasangan Microwave Oven Cart Yuzie nie. Kalau melihat daripada gambar di atas, anak² panah tu menunjukkan kepada 'pertemuan' di antara sesiku kayu² 'pine' tu dan juga sesiku kaki² meja tu. Papan hasil daripada cantuman kayu² 'pine' tu - kalau ianya diukur, dipotong dan dipasang dengan tepat - bila dipasangkan ke kaki meja, akan membantu menepatkan lagi sesiku kesemua bahagian tersebut. Hmmm... Rambozzi® akui agak susah untuk Rambozzi® mencari perkataan yang sesuai untuk menerangkan maksud Rambozzi® nie... Tapi Rambozzi® cuba yang terbaik.

Seterusnya, Rambozzi® akan 'sanding' keseluruhan meja atau 'cart' nie. Bermula dengan kertas pasir 80 grit. Disusuli pula dengan 'sanding' menggunakan kertas pasir 120 grit. Dan akhir sekali dengan menggunakan kertas pasir 220 grit. Untuk proses mengecat, antara setiap lapisan cat Rambozzi® akan 'sanding' lagi dengan menggunakan kertas pasir 220 grit. Itulah yang biasa Rambozzi® lakukan untuk mendapatkan hasil sapuan cat yang sekata, kemas dan cantik.

Tapi, itu untuk projek² sebelum nie. Untuk projek Microwave Oven Cart Yuzie nie, Rambozzi® 'terpaksa' mencari satu teknik baru. Sebabnya, Yuzie nak meja nie dicat dengan warna putih, tidak 'solid',  agak 'vintage' (katanya) dan pastikan nampak alur atau ira kayunya (katanya lagi)Rambozzi® dah 'try test' cat pada sebatang kayu terbuang menggunakan berus dan Rambozzi® tak mendapat hasil yang dikehendaki. Rambozzi® tak pernah menghadapi masalah macam nie sebelum nie. Ini pertama kali dan bagi Rambozzi® - agak kritikal!



Ok, gambar di atas tu sebenarnya adalah gambar pertama yang Rambozzi® tunjukkan kepada Yuzie sebelum Rambozzi® mulakan projek nie. Rambozzi® cuba cat pada kayu terbuang tu untuk melihat bagaimana hasilnya selepas dicat putih nanti. Mula² Rambozzi® cat dengan menggunakan berus tetapi hasilnya sangat teruk dan menutupi ira kayu tu. Jadi Rambozzi® lap semula kayu tu dengan kain untuk menanggalkankan cat tu - dan ketika itulah Rambozzi® mendapat ilham yang sangat hebat. Ya, Rambozzi® akan cat Microwave/Oven Cart Yuzie nie dengan menggunakan kain! Gambar di atas tu adalah hasilnya selepas dicat menggunakan kain. Rambozzi® tunjukkan gambar nie kepada Yuzie dan Yuzie suka dan memang macam itulah yang diinginkannya. Rambozzi® akan 'nipiskan' lagi cat tu dengan turpentin dan akan cat projek nie mungkin sebanyak 2 atau 3 ataupun lebih lapisan cat. Berapa banyak lapisan tu bergantung kepada bagaimana hasilnya nanti.


"Satu perkara yang sangat berguna yang Rambozzi® belajar daripada projek kali nie - kalau 'test' cat pada sekeping kayu terbuang memanglah senang dan terus mendapat hasil yang diinginkan, tapi untuk sebuah meja tidaklah semudah itu..."

Selepas berhempas-pulas 'menggosok' Microwave/Oven Cart Yuzie nie dengan kain dan cat minyak berwarna putih, akhirnya siaplah projek nie. Untuk permukaan 'table top' dan juga bahagian 'shelf' bawah 'cart' nie Rambozzi® cat sebanyak 3 lapisan. Dan untuk bahagian kaki tu pula Rambozzi® cat dengan menggunakan berus sebanyak 4 lapisan, sebab kayu tu bukan kayu 'pine' jadi kayu tu agak susah nak dicat. Cat putih tu cepat sangat meresap ke dalam kayu tu sebab tu Rambozzi® terpaksa cat dengan banyak lapisan. Hmmm... Rambozzi® kena belajar lagi cara dan teknik mengecat....

Gambar di atas tu Rambozzi® tunjukkan kepada Yuzie dan Yuzie cakap, "Saya suka!"Rambozzi® rasa, itu adalah satu respon yang sangat membanggakan Rambozzi®. Sungguh Rambozzi® katakan, bukan senang (bagi Rambozzi®) nak cat warna putih. Sebab tu kebanyakan projek² Rambozzi® dicat dengan 'polyurethane varnish'Rambozzi® rasa, 'varnish' lagi mudah 'dikawal' daripada cat minyak warna putih yang memang tak boleh 'dikawal'! Jadi, bila Yuzie kata Yuzie suka, maka hilanglah segala kepenatan Rambozzi®...
"...tapi AWAS! Cantik di dalam gambar tidak bermakna cantik di depan mata! Rambozzi® amat maklum akan hal nie dan Rambozzi® kena bersedia dengan apa jua reaksi dan keputusan Yuzie, atau mana² pelanggan Rambozzi® nanti. Itu risiko dan cabaran yang Rambozzi® kena hadapi dengan positif..."



Maaf, gambar²nya agak 'blur' dan kurang berkualiti. Mungkin Rambozzi® kena beli kamera yang mahal sikit dan belajar 'photography' pulak selepas nie heh heh heh...


Rambozzi® harap Yuzie suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® kali nie. Projek Coffee Table Yuzie dan Microwave/Oven Cart Yuzie nie mengajar Rambozzi® beberapa perkara baru. Ilmu dan pengalaman yang sangat berharga dan berguna untuk memantapkan lagi kerja tangan Rambozzi®.

Rambozzi® betul² berharap agar Yuzie suka dan berpuas hati dengan Coffee Table Yuzie dan Microwave/Oven Cart Yuzie.

Terima kasih banyak², Yuzie.

7 Comments

  1. Assalamualaikum rambozzi...kat facebook ada tak group untuk woodworking kat malaysia ni? Kalau takde apa kata rambozzi buat satu woodworking page kat facebook dan rambozzi jadi admin. Sekurang2nye kita boleh share hasil woodworking dan idea kita :-) -erizal-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Erizal..
      Sebenarnya memang itulah tujuan Rambozzi mewujudkan blog nie...
      Dan Rambozzi setuju dan bersedia merealisasikan idea tu.
      Mungkin dah ada komuniti woodworking Malaysia di FB tapi tak salah kalau tambahkan lagi satu kan?
      Rambozzi sedia menyahut cabaran nie dan akan plan untuk mewujudkan komuniti tersebut bila sampai waktu dan serunya.
      Dan Rambozzi rasa, Rambozzi hendak melantik Erizal juga sebagai admin bersama di FB tu nanti.
      Apa kata Erizal?
      Erizal sedia dan dan berani bersama Rambozzi demi kelangsungan komuniti dan minat kita bersama nie?

      Delete
  2. In Sha Allah boleh...lagi pun saya suka baca blog rambozzi dan tengok hasil kerja rambozzi dekat FB sebab jadi inspirasi saya dalam woodworking. Dalam FB banyak woodworking mat saleh je. Philiphine pun dah ada page deorang sendiri. Saya tengok dan banyak saya survey cuma blog rambozzi je yang active dalam woodworking jadi rambozzi dah layak sangat buka satu open main page untuk woodworking kat malaysia. -erizal-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..Rambozzi mmg tunggu erizal reply nie..nnt emailkan pd Rambozzi email address erizal dan kita blh mulakan step pertama kita..komuniti tu dah saya wujudkan cuma belum dipublishkan lg..terima kasih byk2 erizal.Rambozzi hargai minat dan sokongan erizal utk pembangunan komuniti kita nie di Malaysia.

      Delete
  3. Salam, rambozzi ada x buat kelas utk woodworking ni? Teringin nak blaja face to face, sy pon sgt sukakan kerja woodworking ni tp xde ilmu mendalam, harap rambozzi dpt brkongsi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... Nak join sekali boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Nak join apa tu? Kelas asas? Wassap Rambozzi 016-9527489 ye..

      Delete