- Foldable Table Rainz & Railz


Rainz & Railz adalah orang - bukan jenama ok heh heh heh. 2 orang 'designer' nie adalah pelajar dari sebuah kolej yang cuba merekacipta sesuatu yang agak keluar dari apa yang 'biasa' dan apa yang mereka pelajari di sekolah. Ya! Untuk menjadi 'designer' yang mantap mereka perlu berani mencuba merekacipta sesuatu dari banyak industri. Dan mereka berdua ingin mencuba sesuatu dari industri perabot.

Rambozzi® di sini hanya sebagai 'tukang potong kayu' sahaja, 'design', ukuran dan lain² adalah dari bakat dan kebolehan mereka berdua. Ok, kali nie Rambozzi® nak buat sedikit 'woodworking' untuk Rainz & Railz nie - Foldable Table Rainz & Railz.
"Sebenarnya idea asal untuk projek nie datang daripada projek Meja Tungku Dapur Cathy Cat yang Rambozzi® buat tidak lama dulu. Tujuan Rambozzi® untuk projek nie ada 2 iaitu:- untuk mengembangkan bakat Rainz & Railz dan untuk kemajuan Rambozzi® sendiri - sebab meja lipat nie nampak macam senang nak dibuat tapi bagi Rambozzi® yang masih amatur nie - sangat susah! Jadi, projek nie membuka peluang untuk Rambozzi® terus berusaha membuat kerja² 'woodworking' yang agak mencabar minda heh heh heh..."
Untuk projek nie Rambozzi® akan gunakan kayu² 1x1 sahaja - sebab ada banyak lebihan kayu nie dari projek² yang lepas. Untuk 'table top'nya Rambozzi® akan gunakan 'chipboard' terpakai tapi masih elok.

Ok, ada beberapa orang yang bertanyakan tentang cara dan teknik untuk membuat meja lipat seperti ini. Terus-terang Rambozzi® katakan di sini, Rambozzi® tak tahu bagaimana nak terangkan sebab bagi Rambozzi® ia agak kompleks - untuk tahap Rambozzi® la kan heh heh heh. Kalau ada 'woodworker ' di luar sana yang nak cuba buat meja lipat macam nie, boleh dapatkan cara² dan pelannya di sini - Plans (eventually) for a very nice table that folds up and packs flat.

Meja lipat ini juga adalah percubaan kali ketiga Rambozzi®. Kali pertama berjaya - untuk Cathy Cat. Kali kedua gagal - Rambozzi® tak tahu kenapa gagal sedangkan untuk Cathy Cat tu berjaya. Dan ini kali ketiga- setakat ini berjaya heh heh heh.


Sebenarnya, Rambozzi® nak 'share' tentang cara² nak buat meja lipat nie. Tapi, Rambozzi® tak tahu nak terangkan macam mana. Rambozzi® nak letak gambar proses pemasangan pun, kalau takde penerangannya pun tak guna jugak. Rambozzi® rasa, baik ke web nie lagi 'detail' penerangannya. Mintak maaf banyak².


Ok, siaplah projek Foldable Table Rainz & Railz nie heh heh heh tetiba je siap. Kaki² meja nie Rambozzi® cat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' sebanyak 3 lapisan. Untuk bahagian tepi di sekeliling 'chipboard' tu Rambozzi® tampalkan 'veneer wood edging'.


Siap setakat nie kerja 'woodworking' Rambozzi®. Kalau si Rainz & Railz tu nak tambah apa² lagi mengikut kreativiti mereka, silakan.


Ok...sekarang Rambozzi® nak siapkan projek 'woodworking' yang seterusnya...


0 Comments