- Bamboo Butcher Block Cart Safa


Safa kembali lagi! Heh heh heh... Ya! Safa yang satu ketika dulu pernah menempah Bedside Table Safa daripada Rambozzi® kini kembali dengan tempahan terbarunya - Butcher Block Cart Safa...


Sebenarnya projek nie agak lama 'tergantung' sebab 'butcher block' yang sesuai sukar didapati, dan kalau ada pun mahal sangat. 'Idea' asal projek nie adalah dari projek Butcher Block Cart Kak Nor dulu. Dan Safa sendiri ada pesan pada Rambozzi®, kalau terjumpa 'butcher block' yang sesuai, maklumkan pada dia dan boleh terus 'proceed' dengan projek nie. Tapi 'butcher block' yang Rambozzi® dapat nie (gambar atas) tak sama dengan 'butcher block' milik Kak Nor tempoh hari. 'Butcher block' untuk Safa nie sedikit nipis berbanding 'butcher block' Kak Nor'Butcher block' untuk Safa nie nie juga diperbuat daripada buluh, dan yang Kak Nor punya dulu diperbuat daripada kayu getah.

Memandangkan 'butcher block' tu pun sudah Rambozzi® beli, maka bolehlah Rambozzi® mulakan 'woodworking' untuk Bamboo Butcher Block Cart Safa nie...


Sekarang barulah boleh Rambozzi® ukur dan potong kayu² 1x2 di atas untuk dijadikan rangka utama untuk bahagian 'cart' projek nie. Saiz dan ukuran untuk 'cart' nie sebenarnya diperolehi selepas mengambil kira ukuran 'butcher block' tu. Sebab tu penting untuk dapatkan dulu 'butcher block' sebelum boleh mulakan projek nie.


Ok, dah siap pasang rangka utama untuk projek nie. Rambozzi® juga dah pasang siap² 4 biji roda kat bawah 'cart' tu supaya mudah dialih²kan. Bila dah siap dipasang nie barulah Rambozzi® terperasan, Rambozzi® kena tambahkan lagi kayu untuk mengukuhkan lagi rak atau 'cart' nie. Garisan² berwarna merah di dalam gambar di atas tu adalah kayu² yang akan ditambahkan ke 'cart' tu.


Untuk bahagian para di bahagian bawah 'cart' nie, Safa mahukan 3 tingkat atau 3 'tier'Rambozzi® ikutkan saja, selagi Rambozzi® boleh dan mampu buat. Kesemua 3 para di atas dibuat menggunakan kayu² 'pine' yang dicantumkan menggunakan teknik 'pocket hole joinery technique' juga.


Ok, kesemua bahagian untuk Butcher Block Cart Safa nie dah siap dipasang. 2 keping 'butcher block' tu juga akan dicantumkan menjadi satu nanti. Sekarang, Rambozzi® cuba letakkan kesemua bahagian untuk melihat bagaimana rupanya setakat nie, dan semuanya nampak ok. 3 para tu akan diskrukan ke paras² yang akan diukur dan ditandakan nanti. Di bahagian tepi 'cart' nie juga akan ditambahkan lagi kayu sebagai 'pagar' atau boleh juga sebagai hiasan penyedap mata memandang heh heh heh.


Ok, itulah hasilnya kesemua bahagian untuk projek nie. Proses seterusnya adalah 'sanding' dan mengecat.


Atas permintaan Safa sendiri, 'cart' nie akan dicat dengan menggunakan 'polyurethane varnish' berwarna 'mahogany' sama seperti Bedside Table Safa dulu. Tapi, Rambozzi® cadangkan kepada Safa supaya dicat dengan menggunakan 2 warna yang berlainan sebab kayu untuk rangka utama 'cart' nie berbeza warnanya dengan kayu² 'pine' dan 'butcher block' tu. Dan Safa bersetuju untuk gabungan 2 warna iaitu 'mahogany' dan 'dark walnut'Rambozzi® cat dulu kesemua bahagian secara berasingan sebelum dipasangkan kesemuanya menjadi 'cart' yang siap.


Ok, siaplah projek Bamboo Butcher Block Cart Safa nie... Rambozzi® akui, warnanya tak sama dengan Bedside Table Safa dulu heh heh heh. Sebabnya, Rambozzi® rasa, teknik mengecat Rambozzi® dah tak sama dengan dulu. Rambozzi® pun tak tahu sama ada semakin baik ataupun semakin buruk. Tapi Rambozzi® rasa, semakin baik heh heh heh. Terus-terang Rambozzi® katakan di sini, Rambozzi® tak tahu bagaimana penerimaan Safa tu nanti. Terpulang pada SafaRambozzi® harap Safa akan suka.


Pandangan sisi Bamboo Butcher Block Cart Safa.


Ok, Rambozzi® harap Safa akan suka dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Rambozzi® sentiasa cuba bagi yang terbaik untuk para pelanggan Rambozzi®


0 Comments