- KREG® Automaxx™ Face Clamp - 6'' Reach


KREG® Automaxx™ Face Clamp - 6'' Reach - satu lagi produk KREG® yang Rambozzi® beli baru² nie. Sebenarnya, dah beberapa bulan juga Rambozzi® 'menyimpan' duit sebab nak beli bende nie heh heh heh, sebabnya 'boleh tahan' jugak harganya untuk sebijik 'clamp'. Tapi, kerana teknologinya yang canggih, Rambozzi® tak mahu ketinggalan memiliki antara produk terbaik dari KREG®.


Sebenarnya KREG® Automaxx™ Face Clamp nie ada 2 saiz - 3'' Reach dan 6'' Reach. Tapi Rambozzi® pilih yang 6 inci nie sebab Rambozzi® beranggapan ia akan dapat membantu Rambozzi® untuk mengapit permukaan yang lebih panjang atau lebar. Harap² ia akan membantu la kan heh heh heh.


Ok, Rambozzi® akan cuba memberikan sedikit sebanyak 'review' mengenai KREG® Automaxx™ Face Clamp nie - mengikut pemahaman Rambozzi®. Sebab utama Rambozzi® beli 'clamp' nie adalah 'auto-adjust technology'nya yang bagi Rambozzi® sangat canggih. 'Clamp' nie akan mengapit kayu secara automatik mengikut ketebalan kayu, asalkan ketebalan tidak kayu tu tidak lebih daripada 4 /14 inci. Hanya kekuatan apitannya sahaja yang perlu kita ubah mengikut kekuatan yang kita nak.


Anak² panah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada 'thumbscrew' - untuk melaraskan kekuatan apitan - dan 'spring' tu pada pemahaman Rambozzi® adalah faktor utama kepada kebolehan 'clamp' nie untuk mengapit sebarang ketebalan kayu secara automatik.


Untuk melepaskan 'clamp' tu dari mengapit kayu hanya tolak sahaja bahagian pemegang seperti di dalam gambar di atas. Cukup mudah dan ringkas.


Ok, 3 gambar di atas menunjukkan bagaimana KREG® Automaxx™ Face Clamp tu mengapit ketiga-tiga ketebalan kayu tu secara automatik. Rambozzi® tak tahu nak terangkan macam mana tapi rasa²nya gambar² tu dah cukup memberikan penjelasannya heh heh heh.


Dan seperti 'clamp'² lain dari KREG®, ia mempunyai 'clamp faces' atau 'clamp pad' yang cukup besar untuk memberikan sebaran kuasa tekanan yang menyeluruh ke atas permukaan kayu.


Dan 'last' sekali, yang 'best'nya 'clamp' nie memang dibuat khusus untuk dimuatkan ke slot untuk 'clamp' model KREG® Jig R3Rambozzi® rasa, KREG® betul² memaksimumkan produknya ke tahap yang agak memuaskan hati.


KREG® Automaxx™ Face Clamp nie menambahkan lagi koleksi produk dari KREG® milik peribadi Rambozzi®. Setakat nie Rambozzi® dah memiliki:-

1 - KREG® Jig Mini
2 - KREG® Jig R3
3 - KREG® Multi-Mark
4 - KREG® Jig K5
5 - KREG® Micro Pocket Drill Guide
6 - KREG® Automaxx™ Face Clamp 6" Reach

Dan seperti yang pernah Rambozzi® nyatakan sebelum nie, Rambozzi® belum mahu berhenti dari terus memiliki produk² yang hebat dari KREG® (dan BOSCH® heh heh heh). Ada 'beberapa' lagi produk KREG® yang menjadi idaman Rambozzi®. Cuma menunggu masa je untuk Rambozzi® 'kembali' ke kedai tu...


4 Comments

  1. Mau tanya, produk KREG ini dimana belinya pak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tgk dlm mudah...atau blh try cari Zandt Tools Engineering

      Delete
  2. tuan .. mohon email tuan utk knowledge sharing .. saya mrlowprofile6777@gmail.com .. saya dah berjinak dengan kayu dan banyak sgt kekurangan lagi ... tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mr lowprofile.
      Email Rambozzi - srambozzi@gmail.com
      Terima kasih kerana sudi membaca blog Rambozzi ini.

      Delete