Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Rupa²nya Rak Telur Ida tu ada orang yang turut berminat. Irah, rakan Ida turut meminta Rambozzi® buatkan satu rak telur ini untuknya. Ok, Rambozzi® boleh buat. Tapi, untuk 'entry' kali ini Rambozzi® tak akan sertakan gambar² proses pembuatannya, sebab memang sama sahaja dengan Rak Telur Ida tu. Jadi, jom kita lihat hasil 'woodworking' kali ini - Rak Telur Irah.


Ok. Irah memang nak rak telur ini sama 'design'nya dengan Rak Telur Ida tu. Tidak menjadi masalah pada Rambozzi® sebab ia masih "segar dalam ingatan" Rambozzi® heh heh heh.


Berbeza dengan Rak Telur Ida, Irah hanya mahukan 8 sahaja tempat untuk diletakkan telur. Yang Ida punya tu untuk 10 biji telur. Boleh. Nak letak berapa bijik telur pun Rambozzi® boleh buat. Tak ada masalah.


Rak Telur Irah ini tidak dicat langsung dengan apa² 'finishes'. Hanya di'sanding' halus dan dibersihkan dengan menggunakan Formby's® Build-Up Remover.


Cuma, projek kali ini agak "menggusarkan" Rambozzi®. Sebab Irah hanya mahukan 8 tempat untuk diletakkan telur. Rambozzi® akui, Rambozzi® nie bukanlah jenis yang suka duduk di dapur apatah lagi memasak. Oh! Itu bukan dunia Rambozzi®! Dunia Rambozzi® adalah "di sini" - "my beloved woodworking" hehehe.


Jadi. So, Rambozzi® memang tidak senang duduk juga sebab biasanya kalau kita beli telur di kedai, paket paling kecil adalah 10 biji telur di dalam satu sarang. Betul kan? Mungkin ada 5, 6 atau 8 biji telur di dalam satu sarang, Rambozzi® tak pasti - itu bukan dunia Rambozzi® heh heh heh. Tapi, untuk telur yang dipaketkan 10 biji telur di dalam satu sarang seperti di dalam gambar di atas, Rak Telur Irah ini "tidak mencapai ISO"nya heh heh heh. Rambozzi® sangat "runsing" - apa yang Irah akan buat kepada baki 2 biji telur tersebut. Adakah selepas dibeli, Irah akan terus goreng 2 biji telur itu dan simpan 8 biji telur lagi di rak telur itu? Adakah Irah akan hadiahkan kepada jirannya? Aduh! Rambozzi® tak boleh nak fikir!


Apakah nasib dan kesudahan baki 2 biji telur itu? Kan... Kan...


Jadi, Rambozzi® "terpaksa" selesaikan masalah di atas heh heh heh. Nasib baik ada banyak lebihan kayu dari projek² lepas. Rambozzi® nak selamatkan 2 biji telur itu dan elakkan pembaziran. Rambozzi® gunakan 'woodworking' untuk menanganinya. Buat masa ini, itu adalah kaedah terbaik yang boleh Rambozzi® fikirkan. Kaedah lain masih belum tercapai dek akal Rambozzi® buat masa ini hehehehe. Kan...


Sekarang rak telur ini sudah sempurna. Rambozzi® tak pasti sama ada akan terima tempahan lagi untuk rak telur seperti ini. Tapi, projek ini memang tidak susah sangat. Ia sangat mudah dan sangat ringkas. Rambozzi® harap Irah akan suka dengan hasil kerja Rambozzi® nie. Paling utama, Rambozzi® rasa lega kerana berjaya menyelamatkan baki 2 biji telur itu. Heh heh heh heh heh.....




Hahahahaha aduh.... Rambozzi® tak boleh tengok video pantun giler tu. Setiap kali tengok memang kuar airmata la Rambozzi® gelak hahahaha! Dan kebetulan pula, baru² ini Rambozzi® mendapat tempahan dari Ida lagi. Masa tengah buat 'woodworking' untuk Ida nie pun Rambozzi® duk teringat video nie hehehehe. Aduh...sakit perut....

Ok. Ida sebelum nie (baru je lagi hehehe) pernah tempah Rak Sos & Kicap dari Rambozzi®. Mungkin, selepas puas main susun² botol tu, Ida pun rasa bosan dan nak susun² telur pulak hahahahaha. Tapi takde rak. Ida ada telur, tapi Ida takde rak telur hahahahaha....aduuuuuh sakit perut aku.....

Jadi, Ida terjumpa la satu 'design' rak telur nie, dan tunjukkan gambarnya pada Rambozzi®. Yakin boleh membuatnya, Rambozzi® terima dan sedia untuk cuba membuatnya. Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Telur Ida. Hahahahaha.... aduh.....


Ok, pertama sekali Rambozzi® kena tahu, berapa biji telur yang nak Ida letakkan ke atas rak ini. Ida hanya nak letakkan 10 biji telur sahaja. Jadi, kayu di atas Rambozzi® potong kepada saiz yang sesuai untuk diletakkan 10 biji telur gred A, kot...


Rambozzi® tandakan dahulu 'marking' di atas kayu untuk ditebuk lubang. Jarak di antara lubang Rambozzi® hanya agak² sahaja, yang Rambozzi® rasakan sesuai. Rambozzi® dapatkan dahulu garisan tengahnya, dan tandakan pula 'marking' pada jarak yang sesuai. Dan Rambozzi® ketuk lubang kecil di tengah² garisan penanda untuk memudahkan mata 'forstner drill bit' menebuk dengan tepat.


Rambozzi® tidak memiliki 'forstner drill bit' yang banyak. Yang ada dalam simpanan Rambozzi® pun hanyalah beberapa saiz sahaja. Jadi, Rambozzi® kena pilih mata 'forstner drill bit' yang sesuai dengan saiz telur itu.


Ok, itu adalah saiz lubang yang agak sesuai dengan telur itu. Sekarang, bolehlah Rambozzi® teruskan ke 'drill press' untuk menebuk 10 lubang pada kayu.


Ok, siap proses menebuk lubang dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'forstner drill bit'.


Rambozzi® haluskan atau bulatkan sedikit bucu² pada setiap lubang dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'. Tujuannya adalah untuk membuang bucu² yang tajam yang mungkin akan mencederakan telur itu. Hahahahahaha....aduh.....


Seterusnya, dengan menggunakan DREMEL MultiPro 395 yang dipasangkan 'sanding band', Rambozzi® 'sanding' kesemua bahagian dalam lubang. Tujuannya juga sama - untuk membuang bucu² yang tajam yang mungkin akan mencederakan telur itu. Hahahahahaha....aduh.....


Seterusnya ke proses pemasangan. Untuk melekatkan kaki rak itu Rambozzi® hanya akan gunakan 'super glue' sahaja. Tiada sebarang paku atau skru yang akan terlibat. Sebab, rak ini hanya kecil sahaja dan ringan pula. Beban yang akan ditanggungnya hanyalah 10 biji telur sahaja. Jadi, Rambozzi® rasa, 'super glue' sahaja sudah memadai untuk melekatkannya dengan kuat.

Untuk memastikan kaki² itu dilekatkan sama arasnya, Rambozzi® letakkan sekeping kayu terbuang di bawah rak yang pertama seperti di dalam gambar di atas. Kayu itu berfungsi sebagai 'spacer'. Dan Rambozzi® gamkan kesemua kaki ke rak yang pertama itu. Tidak perlu menggunakan sebarang 'clamp'. Dengan 'super glue' ini, hanya titiskan gam ke kayu, lekatkan kayu ke kayu dan pegang dengan kuat kedua² kayu selama lebih kurang 15 saat. Dan ia akan melekat dengan kuat. Perlu diingatkan bahawa, kita perlu sangat cermat dan cepat bila menggunakan 'super glue', sebab gam jenis ini melekat dengan sangat cepat dan sangat kuat.


Ok, siap pasang bahagian pertama rak ini.


Untuk bahagian atasnya pula, Rambozzi® hanya ulang proses tadi. Dan siap! Sangat cepat, sangat ringkas dan sangat mudah!


Seterusnya Rambozzi® 'sanding' sedikit rak ini dan cuci dengan menggunakan Formby's® Build-Up Remover. Bila dah bersih dan hilang kesan habuk kayu, dengan pantas Rambozzi® berlari ke dapur dan mencari sekalian telur yang ada heh heh heh heh... Rambozzi® hanya sempat dapat 9 biji telur sahaja. Sebiji lagi dah digoreng. Ada "budak" nak makan telur mata kerbau. Heh heh heh heh...


Ok. Siap projek Rak Telur Ida ini. Projek ini sangat menyeronokkan. Tidak susah untuk membuatnya. Rak ini akan dicat dengan warna putih - mengikut kehendak Ida. Sebelum cat, Rambozzi® tunjukkan dahulu rak ini kepada Ida untuk meminta pendapatnya. TAPI, tanpa belas, dengan kejam Ida merampasnya dari Rambozzi® dan terus berlari pulang ke rumahnya! Siap melompat² lagi!

"Oitt! Tak cat lagi tuh!" 

"Tak payah cat la! Dah tak sabar dah nak susun telur nie!"

Aduh..... ada jugak orang macam nie.....



"Pernahkah anda mengalami kecederaan ketika membuat sesuatu pekerjaan berbahaya seperti "woodworking"? Pernahkah jari anda terluka terkena mata pisau? Atau mata 'router bit'? AWAS! Kecederaan di dalam "woodworking" bukanlah sesuatu yang anda akan suka atau nikmati!"

Hahahaha macam poster kempen kesihatan kat klinik pulak kan? Ya.... Gelak la. Tak kena, tak rasa, tak tahu... Rambozzi® PERNAH rasa! Dan ya, sakit, bro...

Ya, "woodworking" memang sesuatu yang sangat "menyeronokkan". "Syok" bila boleh potong kayu menggunakan 'slide miter saw'. "Syok" bila boleh 'rout' sedikit 'profile' pada kayu menggunakan 'router'. "Syok" melihat "plywood" di"rip" di 'table saw'. Ooohhh...bestnya...

Bro, semua operasi itu adalah sangat berbahaya. Bukan merbahaya. Oh! Ia adalah BERBAHAYA. Perkataan MERBAHAYA adalah satu perkataan yang salah dan tidak ada dalam kamus bahasa Melayu. Yang betulnya adalah BERBAHAYA. BER membawa maksud ADA. Jadi, BERBAHAYA adalah sama dengan ADA BAHAYA. Jadi, bolehlah kita gunakan ayat seperti berikut:, "Bro... ADA BAHAYA kat depan tu, bro. Besar punye bahaya!" Heh heh heh heh tetiba je Rambozzi® jadi pakar bahasa Melayu pulak kan? Hahahahaha... Rambozzi® rasa, Rambozzi® nie ada banyak bakat "terpendam" yang Rambozzi® tak tahu... Heh heh heh heh heh.....

Ok. "Kelalaian" adalah antara punca kita mengalami kecederaan ketika kita mengoperasikan sesuatu mesin untuk bidang 'woodworking' ini. Tidak membaca 'manual' mesin itu dengan sepenuh pemahaman dan ada juga suka "buat pandai". Dia rasa dia pandai sangat dan boleh "handle" sesuatu "mesin" itu. Heh heh heh.

Ada juga kecederaan yang disebabkan oleh "kegagalan" sesuatu mesin itu sendiri berfungsi dengan baik. Yalah kan? Bende² tu buatan manusia. Bila buatan manusia, kita kena faham dan terima la, manusia itu tidak ada yang sempurna. Manusia itu ciptaan Yang Maha Esa. Kita "diciptakan" sebegini rupa. Jadi, takkan adalah seorang manusia - apatah lagi mesin atau 'power tools' - yang sangat "sempurna"! Dan kita kena sedia menerima sebarang "risiko" yang akan "wujud" dari "ketidaksempurnaan" mesin itu. Kita kena ingat, kita terdedah kepada bahaya.


Ok. Gambar di atas adalah satu operasi menggunakan 'router table'. Di bawah meja ada itu ada sebuah 'power tools' yang dikenali sebagai 'router'. Mesin 'router' nie, boleh dipasangkan pelbagai jenis mata atau 'router bit' yang ada pelbagai pula jenis, saiz dan fungsinya. Dan kesemuanya adalah sangat tajam! Lihat gambar di atas. Mata 'router bit' itu akan dilaraskan sehingga keluar melalui lubang pada meja itu. Dan bila dihidupkan suis 'router' itu, mata 'router bit' akan berputar pada kelajuan yang sangat tinggi - bergantung pada 'motor', 'speed' dan lain² pada model 'router' itu sendiri. Rambozzi® memang tak pandai la kalau bab teknikal macam tu kan? Hahahahaha. Tapi keadaan itu adalah sangat bahaya.



Sedikit kelalaian atau kecuaian akan membawa padah. Jari kita sangat terdedah kepada putaran mata 'router bit' itu. Kalau jari kita "tersasar" dan terkena mata 'router bit' yang sedang berputar dengan laju itu, "kesan kecederaannya agak mengerikan". Kita berisiko kehilangan jari² pada tangan kita!


'Table saw' juga sangat mengerikan. Mesin "ganas" yang boleh membelah papan dengan "kejamnya". Juga tangan manusia. Perhatikan ibu jari mamat tu. Itu harga yang dia telah bayar.


Ada lagi, 'circular saw' - juga satu 'power tools' yang "gemar" memakan jari² manusia hahahahaha. Rambozzi® hanya senaraikan beberapa 'power tools' sahaja la kan. Sebab ada terlalu banyak 'power tools'.


Tapi, pisau 'cutter' tu pun boleh juga "makan" jari kita, walaupun ia bukan mesin. Hahahaha... Senang citer macam nie la. Dalam "woodworking" nie, ada banyak "benda" yang boleh "melukakan" kita.


Gambar di atas adalah antara contoh kecederaan yang boleh berlaku kepada jari tangan kita. Rambozzi® pun tak tahu mamat tu kena apa hehehehe.


Gambar di atas lebih mengerikan. Benda apa kat dalam mata dia tu? Mata 'drill' ke, paku ke... Ya! Sangat mengerikan!


Ok. Gambar di atas adalah contoh kecederaan yang pernah Rambozzi® alami. Tapi bukan jari itu. Rambozzi® "dapat" kat ibu jari hehehehehe. Dan lebih besar, lebih dalam, lebih sakit dari itu! Sakit giler, bro! Heh heh heh heh... Rambozzi® mendapat kecederaan seperti itu ketika sedang "syok" menggunakan 'router' yang dipasangkan ke 'router table'. Masa Rambozzi® tolak kayu yang hendak di'route' rapat ke mata 'router bit', ibu jari Rambozzi® telah "tersasar" dan menuju dengan penuh senyuman ke arah mata 'router bit' yang sedang berputar pada kelajuan maksimum. Tidak ada sebarang bunyi yang ganjil atau mengerikan. Hanya bunyi mesin itu sendiri. Yang Rambozzi® ingat, Rambozzi® rasa seperti terkena satu renjatan atau sentapan yang kuat dan menyakitkan. Bro, "sakit tak ada bunyi", bro... Heh heh heh.

Dan Rambozzi® tahu Rambozzi® telah mengalami kecederaan. Rambozzi® matikan suis 'router'. Dan Rambozzi® terduduk. Rasa nak pitam jap. Tak lama kemudian, Rambozzi® rasa pedih, perit yang amat sangat. "Sampai berair mata Rambozzi®" jap, bro! Ketika itu Rambozzi® sedar, Rambozzi® telah mengalami kecederaan di dalam "woodworking". Ya. "Woodworking" yang Rambozzi® suka dan "cintai" ini telah "mencederakan" Rambozzi®... Darah keluar dengan banyak tanpa dapat ditahan lagi. Rambozzi® lapkan dengan kain dan Rambozzi® boleh nampak tulang putih di dalamnya. Bila kain lap terkena pada tulang itu, rasanya sangat "mengejutkan" sampai terangkat kaki Rambozzi® jap hehehehe. Fuuhhhh... "sakitnya" ibu jari Rambozzi®.

Tapi, nasib baik, sekarang ibu jari Rambozzi® tu telah sembuh sepenuhnya. "Bahagian" hujung ibu jari yang "hilang" itu pun "sudah kembali" hehehehehe. Sekarang, ibu jari Rambozzi® itu sudah kembali kepada keadaan asalnya, seperti ketika ia mula diciptakanNya.

"Woodworking" bagi Rambozzi® adalah sesuatu yang paling Rambozzi® suka. Bila buat "woodworking", Rambozzi® akan "berada" dalam dunia Rambozzi® sendiri. Dunia yang hanya ada Rambozzi®, kayu dan mesin² sahaja. "Mesin"² itu pula adalah "kebanggaan" Rambozzi®. "Mesin"² itu adalah "kesayangan" Rambozzi®. Ada terlalu banyak "mesin" dan 'power tools' khusus untuk 'woodworking'. Dan sebagai seorang 'woodworker', manalah cukup dengan satu "mesin" atau 'power tools' sahaja..... Dunia "woodworking" Rambozzi® ini juga sangat bising dengan bunyi mesin, tapi sebenarnya - amat sunyi. Aduh! Rambozzi® nak nangis jap. Sedih sangat citer nie, bro! Huuuuu huuuuuu huuuuu. "Mesin²" itu adalah "teman hidup" Rambozzi®. Rambozzi® tak boleh hidup tanpa "mesin²" tu. Huuuu huuuuu nangis lagi sikit..... Kepuasan "memiliki" dan menggunakan "mesin²" itu dan "bergelumang dengan habuk kayu" adalah sesuatu yang hanya seorang 'woodworker' sahaja yang tahu. "Woodworking" adalah satu "dunia yang sangat bahaya". Tapi, dalam "bahaya" itu, di sinilah "tempat" Rambozzi®. Sebab, dalam "dunia woodworking" Rambozzi® ini - ada "cinta" Rambozzi®. Heh heh heh heh heh.....

Berhati² bila menggunakan sebarang 'power tools'. Kita boleh berjaga², berhati² setiap masa, tapi akan ada masa kita akan "lalai" tanpa sedar. Kaji dan fahami dahulu fungsi sesebuah 'power tools' itu sebelum menggunakannya. Baca sampai habis 'manual' yang datang bersama sesebuah 'power tools' itu. "Woodworking" sangat "menyeronokkan", tetapi juga sangat "berbahaya". "Woodworking" itu juga, adalah hidup Rambozzi®. Dan Rambozzi® terpaksa menghadapi bahayanya...



Rak Dapur Jaja tu rupa²nya "digilai" oleh kaum isteri yang suka nak tengok botol² kicap, cuka, sos cili, sos tomato, sos 'black pepper', sos tiram, sos BBQ dan macam² sos lagi la - tersusun rapi dan teratur. Oh! Itu sememangnya di luar "bidang" Rambozzi® la kan heh heh heh... "Dunia" Rambozzi® hanya ada tin² 'varnish', botol² 'turpentine', 'thinner' dan tin² cat yang bermacam warna sahaja - A blaze of colors... Hehehe...

Jadi, Geng Rak Kicap ini terdiri dari 5 bersaudara iaitu Hang Ida, Hang Izu, Hang Nurul, Hang Lisa dan Hang Watey heh heh heh. Geng Rak Kicap ini dikepalai oleh Hang Ida yang perkasa hahaha. Sebenarnya Rambozzi® kenal rapat dengan kelima² mereka nie, sebab tu Rambozzi® berani tulis mengusik macam nie hehehe. Lisa dan Watey bukan pertama kali berurusan dengan Rambozzi®. Lisa sebelum ini pernah menempah Easel Stand Lisa dan Watey pula pernah menempah Rak Kasut Aina dari Rambozzi®, tidak berapa la dulu. 

Ok. Masing² nak Rak Dapur Jaja ini dicat dengan warna pilihan masing². Ida nak warna 'pink', Izu nak 'turquoise', Nurul nak merah, Lisa nak 'varnish' warna 'dark walnut + mahogany' dan Watey pula nak 'varnish' warna 'dark walnut'. Rambozzi® bernasib baik sebab kesemua warna itu, ada dalam simpanan Rambozzi®. Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Sos & Kicap.


Emmm... Rambozzi® rasa, untuk 'entry' kali ini tidak banyak gambar dan proses yang Rambozzi® nak tunjukkan di sini. Sebab, proses kerjanya memang sama dengan proses kerja untuk Rak Dapur Jaja dulu. Jadi, Rambozzi® akan hanya banyak berceloteh je la, kot... Hehehe...

Ok. Seperti Rak Dapur Jaja, rak² itu akan dibuat dengan menggunakan kayu jenis 'pine' dan juga meranti. Kesemua bahagian yang diperlukan diukur dan dipotong mengikut saiz²nya. Kesemua bahagian rak akan dipasang dan dicantumkan dengan menggunakan "teknik keramat" Rambozzi® - apa lagi kalau bukan 'pocket hole joinery technique' hehehehe.


Ok, berbeza dengan Rak Dapur Jaja, Rambozzi® tidak akan cantumkan terus kesemua bahagian seperti di dalam gambar di atas. Oh! Kalau dicantumkan terus pun boleh. Tapi, "pengalaman perit" semasa Rambozzi® mengecat Rak Dapur Jaja dulu mengajar Rambozzi® menjadi insan yang lebih berpengalaman dan "cekal" kini heh heh heh... Rambozzi® akan cat dahulu, dan cantumkan kemudian.


Ok. "Studio" Rambozzi® yang sempit bukan penghalang! 

"Pepatah Cina ada mengatakan, "ada hati, pasti jadi, haiya manyak susah!" Hehehe."

Rambozzi® nak cat kesemua bahagian kayu di atas serentak. Jadi, Rambozzi® kena ada satu sistem cat yang efisen. "Selepas beberapa hari berfikir dan memikirkannya", Rambozzi® mendapat ilham untuk memudahkan dan mempercepatkan proses mengecat. Rambozzi® terpaksa, sebab ruang kerja Rambozzi® amat sempit. Dan Rambozzi® buat 'woodworking' secara 'indoor' hehehe. Kalau boleh dibuat 'outdoor' nie, memang Rambozzi® akan guna 'spray' tin tu je. Senang, cepat, cantik. Rambozzi® mengecat menggunakan berus. Jadi, prosesnya agak lambat dan memerlukan ruang yang luas - untuk mempercepatkan proses pengeringan cat itu sendiri.

Jadi, Rambozzi® "satey"kan kesemua kayu itu hahahaha. Ya! Rambozzi® skrukan sementara di bahagian hujung kayu² itu supaya:-

1. mudah dipegang,
2. tangan tak terkena cat,
3. boleh cat kesemua permukaan serentak,
4. boleh diletakkan di atas "jemuran" tanpa ada cat terkena lantai,
5. boleh 'selfie' gambar kat atas tu sebab - sila lihat langkah 2. Heh heh heh...

Kesemuanya ada 5 warna, jadi boleh dibayangkan betapa semaknya "studio" Rambozzi® ketika ini. Rambozzi® tak boleh nak ambil gambar untuk kesemua kayu yang telah diwarnakan sebab kayu² itu ada kat belakang Rambozzi® masa ambil gambar nie hehehehehe.


Siap proses mengecat, barulah kayu² itu dicantumkan dan menjadi 5 Rak Sos & Kicap. Untuk cat minyak yang berwarna 'pink', 'turquoise' dan merah, Rambozzi® catkan dahulu 1 lapisan cat 'undercoat', diikuti 2 lapisan cat berwarna. Tujuannya, adalah untuk memastikan warnanya betul² 'solid' dan tidak kelihatan warna asal kayu. Untuk warna 'dark walnut + mahogany' dan 'dark walnut', Rambozzi® cat terus pada kayu dengan menggunakan 'polyurethane varnish' sebanyak 2 lapisan. Setiap lapisan diselangi dengan proses 'sanding' menggunakan kertas pasir 240 grit. Bahagian kayu 'pine' yang berwarna putih itu tidak dicat dengan sebarang kemasan. Rambozzi® hanya sapukan beberapa lapisan 'tung oil' sahaja sebagai 'protection'.

Ok! Siap projek Rak Sos & Kicap! Rambozzi® akui, agak penat juga nak menyiapkan projek ini. Sebab berlainan warna - ia memakan masa yang agak lama. Tapi, tak apa. Rambozzi® ada 'code' Rambozzi® sendiri. Demi kepuasan pelanggan² Rambozzi®, selagi mampu Rambozzi® akan cuba penuhi kehendak mereka. Selagi boleh buat, Rambozzi® akan buat. 'Woodworking' ini "hidup" Rambozzi®. Selagi Rambozzi® hidup, Rambozzi® akan "cintakan" 'woodworking'.




'Easel stand' adalah "bende" yang "paling" Rambozzi® tak pandai buat. Betul! Sebab nak buat 'easel stand' memerlukan kayu² yang sangat lurus. Nak mendapatkan kayu² yang lurus dan cantik tu teramatlah susahnya, bagi Rambozzi®. Kayu yang dibeli mesti di'square'kan dahulu sebelum dipotong ke saiz yang kita nak. Ataupun potong dulu ke saiz dan 'square'kan ia, pun boleh juga. Mana² dulu pun boleh. Tapi, tanpa 'table saw', operasi itu adalah amat mustahil bagi Rambozzi®. Tapi bila Lisa minta buatkan satu 'easel stand' untuknya, Rambozzi® rasa serba salah juga nak tolak - sebenarnya dah beberapa kali jugak pelanggan minta Rambozzi® buatkan 'easel stand' tapi memang Rambozzi® terpaksa tolak. Sebab, kayu yang lurus sangatlah susah Rambozzi® nak dapat. Lisa pula hanya minta Rambozzi® buatkan satu 'easel stand' untuk diletakkan di sebelah TV di rumahnya. Rambozzi® rasa, tak perlulah dibuat besar sangat, kan? Jadi, Rambozzi® terima. Kalau dalam saiz yang kecil "mungkin" Rambozzi® boleh buat, sebab kayu² itu masih boleh "dikawal" lagi hehehehe.

Ok, seperti biasa, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Easel Stand Lisa.


Rambozzi® mulakan dengan memotong 2 kayu di atas ke saiz yang sesuai dengan salah satu hujungnya dipotong sedikit senget - dengan menetapkan 'miter angle' pada 'miter saw' kepada 10°.


Ok, itu untuk bahagian kaki 'easel stand' ini.


Di antara 2 kaki itu akan dicantumkan sebatang lagi kayu. Kayu itu juga dipotong pada 'miter angle' 10°, di kedua² hujungnya.


Sebatang lagi kayu akan dijadikan alas untuk diletakkan 'frame' gambar. Panjangnya adalah sama dengan panjang kayu tadi. Tapi kali ini, kayu untuk alas ini dipotong kedua² hujungnya dengan menetapkan 'bevel angle' pada 'miter saw' kepada 10°. Haaa.. ini antara kegunaan 'bevel cut' pada 'miter saw' seperti yang pernah ditanya oleh seorang "pembaca" blog Rambozzi® ini sebelum ini.


Ok, kesemua bahagian utama untuk Easel Stand Lisa ini telah siap dipotong.


Seterusnya adalah proses menebuk lubang² 'pocket hole'. Kesemua bahagian akan dipasangkan dengan menggunakan teknik 'pocket hole joinery'.


Mula² sekali Rambozzi® gam dan skrukan kayu² untuk bahagian kakinya dahulu (lihat gambar di atas). Oh! Projek ini sangat mudah sebenarnya. Kali ini tidak ada sesuatu yang "menggetarkan hati" seperti Wombak Rindu dalam projek Baby Co-Sleeper Shima sebelum ini hehehehehe.


Kemudian, Rambozzi® gam dan skrukan pula kayu untuk disandarkan 'frame' gambar nanti. Rambozzi® tidak ada sebarang 'design' atau 'plan' untuk projek ini sebenarnya. Semuanya dibuat mengikut "logik" Rambozzi® je heh heh heh heh...


Ok, siap bahagian kaki untuk Easel Stand Lisa ini.

  
Kemudian, Rambozzi® pasangkan engsel di bahagian belakang kaki ini. Dan Rambozzi® gamkan sekeping kayu kecil di bahagian bawah itu untuk dijadikan sebagai "alas" kerana ada sebatang lagi kayu untuk kaki ketiga yang akan dipasangkan nanti.


Rambozzi® skrukan sebatang lagi kayu ke engsel tadi. Kayu ini akan berfungsi sebagai "kaki ketiga" untuk 'easel stand' ini yang boleh diubah jarak bukaannya.


Ok, untuk 'easel stand' ini, Rambozzi® nak setkan terus jarak bukaannya supaya ianya tetap. Rambozzi® buka kaki itu dan dapatkan kecondongan yang terbaik untuk 'frame' gambar.

  
Dan Rambozzi® gam dan skrukan satu lagi kayu kecil di bahagian atas (lihat gambar di atas) yang akan berfungsi sebagai....emmm apa ye...alah dia macam nak 'stop'kan kaki tu dari terkangkang luas sangat hehehehe. Ya. Kayu kecil itu akan mengelakkan kaki yang ketiga itu terbuka lebih luas.


Dan siap Easel Stand Lisa. Sangat ringkas dan mudah. Seterusnya, Rambozzi® akan 'sanding' dahulu 'easel stand' ini dan Rambozzi® akan sapukan 2 ke 4 lapisan 'tung oil' untuk melindungi permukaan kayu dan memberikan sedikit "harapan" kepadanya. Hehehehe...


Sebenarnya, Rambozzi® tak pasti pun dengan saiz yang Rambozzi® buat nie sebab Lisa memang tak bagi ukuran yang dia nak hahahaha. Lisa hanya cakap nak letak kat sebelah TV, tu je. Takpelah, Rambozzi®  akan tunjukkan dulu kepada Lisa, dan tengok macam mana reaksinya nanti. Kalau Lisa suka, baguslah. Kalau Lisa tak suka,

jom mulakan 'woodworking' kali ini - Easel Stand Lisa - sekali lagi!!! Heh heh heh heh heh.....


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ▼  2021 (6)
    • ▼  April 2021 (1)
      • Kabinet Kecil Bilik Air
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes