- Rambozzi® - Darjah 1


Ah! Marvelous! Marvelous! Hahahahahahaha! Rambozzi® nak gelak dulu jap. Kikikikikikiki... Aduh... Aduh! Ini adalah sesuatu yang tidak pernah Rambozzi® bayangkan akan menjelma ke dalam hidup Rambozzi® ini. Ohsem! Ohsem sangat tau! Rambozzi® telah mendapat peluang untuk menjadi OHSEM!

Ok ok. Begini kisahnya. Biar Rambozzi® 'flashback' jap ye heh heh heh heh heh...

Pada suatu hari, di pagi yang nyaman dan ceria, ketika Rambozzi® sedang berjalan² menghirup udara segar sambil menikmati nyanyian burung² di atas pepohon yang merimbun, Rambozzi® telah dihubungi oleh Cikgu Aisha. Hehehehehehe peace!

Ok. Sebenarnya, Cikgu Aisha adalah seorang guru di sebuah sekolah montessori di Shah Alam. Rasanya, Cikgu Aisha adalah pengetua sekolah berkenaan. Jadi, Cikgu Aisha telah menghubungi Rambozzi® dan meminta Rambozzi® mengadakan sebuah kelas asas pertukangan kayu untuk 10 orang pelajarnya. Jadi, Rambozzi® bertanya kepada Cikgu Aisha, "berapa umur pelajar² itu, Cikgu?". "Antara 6 ke 12 tahun," jawab Cikgu Aisha.

Aduh! Halamaks! Budak kecik tuh! Bolehkah Rambozzi® yang amatur ni nak mengajar 10 orang kanak² sekecil itu? Mampukah Rambozzi®? Ah sudah.....

Jadi Rambozzi® bertanya lagi, "apa yang cikgu nak Rambozzi® ajar? Apakah projek 'woodworking' yang pihak cikgu berminat nak buat?".

"Ohhh tak susah pun, Rambozzi®. Hanyalah sebuah kotak kayu sahaja. Kita ada 10 orang pelajar, jadi kita nak Rambozzi® tunjukkan cara² membuat 10 biji kotak kayu sahaja".

Selepas melihat contoh gambar kotak kayu berkenaan, Rambozzi® dengan tidak berfikir panjang lagi terus bersetuju untuk menerima tugasan tersebut. Ini adalah satu peluang keemasan bagi Rambozzi®!

Kebetulan pula, Rambozzi®-Love Studio baru sahaja siap dibina. Studio itu masih kosong dan rasanya ia sangat sesuai untuk dijadikan kelas. Oh ya. Terlupa pula Rambozzi® hendak menulis mengenai Rambozzi®-Love Studio itu.....

Rambozzi®-Love Studio adalah bengkel kayu Rambozzi®. Ya. Sekian lama Rambozzi® bertukang di dalam bilik di dalam 'apartment', kini Rambozzi® sudah mempunyai studio sendiri. Aaa! Aaa! Aaa! No! No! No! Ia tidak akan Rambozzi® panggil sebagai bengkel kayu. Namanya adalah Rambozzi®-Love Studio. Sila baca dan perhatikan ejaan dan setiap hurufnya dengan teliti, namanya adalah Rambozzi®-Love Studio.

Sedikit info mengenai Rambozzi®-Love Studio...

"Rambozzi®-Love Studio adalah dunia Rambozzi®
Rambozzi®-Love Studio adalah hidup dan mati Rambozzi®
Rambozzi®-Love Studio adalah cinta Rambozzi®
Rambozzi®-Love Studio adalah 'love' Rambozzi®.
Rambozzi®-Love Studio adalah 'my Love'..."

Jadi, Rambozzi® terima tugasan dari Cikgu Aisha ini dengan menetapkan beberapa syarat. Oh! Ia bukanlah syarat apa pun. Ia hanyalah beberapa syarat mengenai faktor keselamatan sahaja. Anak orang tu, beb! Jangan buat pasai putuih jaghi budaq tu naya Rambozzi® nak menjawab nanti... Haaaaaa ada bunyi Utara tak? Heh heh heh heh heh heh heh peace!

Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - kerana Rambozzi®-Love Studio itu sangat bererti bagi Rambozzi® - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini dengan projek yang bertajuk - "Rambozzi® - Darjah 1".


Memandangkan Rambozzi®-Love Studio baru sahaja siap dibina, maka Rambozzi® memang tidak sempat langsung hendak memindahkan segala 'power tools' dan peralatan Rambozzi® lagi. Rambozzi® hanya sempat membina beberapa buah meja dan kerusi kecil sahaja. Itupun dari lebihan kayu dari projek² sebelum ini.

Oh! Bayangkan, bagaimana perasaan Rambozzi® ini hendak mengajar orang? Rambozzi® ini hendak mengadakan sebuah kelas? Ah! Kelas?! What?!

Rambozzi® ini bukanlah dari golongan 'professional', tidak dalam apa² bidang sekalipun. Rambozzi® ini hanyalah Rambozzi®  - seorang 'blogger' tidak ternama yang menulis mengenai 'woodworking' sahaja. Bayangkan bagaimana rasanya di dalam hati Rambozzi® ini, "Rambozzi® hendak mengadakan sebuah kelas?". Ohhh...

Tapi dalam masa yang sama, Rambozzi® rasa sangat teringin pula hendak menyahut cabaran ini. Mungkin ia hanyalah sebuah kelas asas yang kecil sahaja. Tapi dengan sepenuh hati, Rambozzi® cuba ingin menjadikan kelas ini sebagai satu pengalaman dan kenangan terindah dalam hidup Rambozzi®.

Maka, Rambozzi® cuba sebaik mungkin untuk menyediakan sebuah fasiliti terbaik dengan apa yang Rambozzi® miliki. Meja dan kerusi itu Rambozzi® buat sendiri, dengan menggunakan kayu dan sedikit kemahiran 'woodworking' yang Rambozzi® ada.

Rambozzi® potong beberapa batang kayu untuk kelas berkenaan. Dan Rambozzi® susunkan di atas meja berkenaan sebagai satu 'kit' untuk kanak² itu nanti.

Rambozzi® juga susunkan 'safety glasses' untuk kanak² berkenaan. Dan Rambozzi® letakkan sebotol air minuman untuk setiap kanak² berkenaan.

Rambozzi® membayangkan suasana di dalam sebuah kelas berbayar yang biasa kita hadiri. Walaupun kelas Rambozzi® ini tidak akan mungkin akan dapat menyamai "kualiti" kelas² anjuran pihak² yang lebih pakar dan 'professional'Rambozzi® tetap ingin memberikan yang terbaik dengan kemampuan dan cara Rambozzi® sendiri.

Dan Rambozzi® bersedia untuk memulakan episod terbaru di dalam dunia 'woodworking' Rambozzi® ini...


'Power tools' di atas tidak semuanya adalah milik Rambozzi®. Ada beberapa daripadanya adalah "ihsan" dari beberapa orang rakan Rambozzi® di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Memang Rambozzi® tidak akan menyebut nama² mereka di dalam blog ini. Memang tidak pernah Rambozzi® menyebut nama sesiapa pun dari komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia  di dalam blog ini. Memang sengaja Rambozzi® berbuat demikian sebab... Ah! Ada terlalu banyak sebab. Terlalu banyak sebab...

Sekarang ini, pada masa ini, Rambozzi® perlu lebih berhati² apabila melibatkan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Sekarang ini, pada masa ini, Rambozzi® merasakan seperti komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia itu bukan lagi milik Rambozzi®, walaupun Rambozzi®lah orangnya yang mewujudkan dan menaikkan nama komuniti itu. Rambozzi® rasa seperti komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia telah pergi jauh dari Rambozzi®Rambozzi® rasa seperti Rambozzi® telah ditinggalkan oleh komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Pelik. Tetapi itulah Rambozzi® rasakan sekarang, pada masa ini...



Tapi tidak mengapa. "Ihsan" dari rakan² berkenaan amat² Rambozzi® hargai. Terima kasihlah banyak². Tanpa bantuan ini, program ini akan gagal sebelum ia bermula lagi... (Kalau nak tahu nama rakan² Rambozzi® itu, sila lihat di dalam Facebook Page komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Hehehehehe peace!)


Jadi, Rambozzi® terima dan sahut cabaran baru ini. Dan ia memang agak mencabar...


Mengajar 10 orang kanak² bukanlah sesuatu yang Ringkas & Mudah. Ia memerlukan kesabaran dan ketegasan. Ya. Rambozzi® perlu tegas tetapi bukan garang. 


Jadi, tidak banyak yang hendak Rambozzi® perkatakan atau tulis di dalam 'entry' kali ini. 'Entry' kali ini lebih berkisar kepada keterujaan Rambozzi® sahaja. Kelas ini adalah sesuatu yang baru di dalam hidup Rambozzi® dan juga di dalam dunia 'woodworking' Rambozzi®, secara khususnya.

Jadi, ermmm, jadi... Jadi, kita pakat tengok gambar je lah ye hehehe peace! Rambozzi® akan tulis sikit² je sebagai penambah seri hehe.



Tanpa skrip, tanpa persediaan rapi, tanpa tauliah, Rambozzi® menjadi tenaga pengajar. Tetiba je hehehehehehe. Tapi Rambozzi® 'cool' je ok? OK?! Hahahahahahaha!




Seperti yang Rambozzi® maklumkan di dalam 'page' komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y MalaysiaRambozzi® mendapat bantuan dari beberapa orang rakan untuk kelas ini. Terima kasih banyak², beb! Tanpa bantuan korang, kelas ini akan GAGAL.

Dan rakan² yang datang membantu Rambozzi® ini pula bukanlah calang² orangnya. Perhatikan gaya dan kualiti mereka. Awasi juga kebengisan mereka ya tuan²! Hahahahahahaha!







Bagi kita yang sudah biasa dengan 'power tools' seperti 'jigsaw' itu, semua itu adalah "biasa" sahaja. Tapi bagi tangan² kecil itu, sedikit kecuaian Rambozzi® akan mengakibatkan malapetaka yang maha besar. Sepanjang kelas tersebut, Rambozzi® memberikan 1000% fokus kepada kanak² ini.








Cikgu Aisha sendiri tidak melepaskan peluang untuk mencbua beberapa 'power tools'. Ohsem Cikgu Aisha!














Selepas sesi demonstrasi, maka tibalah masa untuk kanak² itu membuat projek kayu pertama mereka. Dan tibalah juga masa² paling huru-hara di dalam hidup kami! Hahahahahahahahaha!

























Ini adalah gambar kegemaran Rambozzi®. Ada satu nilai yang sangat positif dan berharga di dalam gambar di atas. Rasanya bukan satu, ada banyak nilainya...



Dan gambar ini. Ini adalah seorang 'woodworker'! Seorang 'woodworker' bukan hanya mempunyai bakat bertukang kayu sahaja. Di dalam diri, di dalam hati seorang 'woodworker', ada cinta dan kasih sayang.







Kanak² yang OHSEM! Cikgu Aisha yang OHSEM! Dan barisan 'woodworkers' di belakang mereka juga adalah  OHSEM! Ini adalah 'woodworking'. Ini adalah hidup dan mati kami - seorang 'woodworkers'. Kelas ini berjaya dan mencapai matlamatnya dengan jayanya! Kelas ini adalah kebanggaan Rambozzi®.

Rambozzi® harap, Cikgu Aisha berpuas hati dengan khidmat yang Rambozzi® dan rakan² Rambozzi® itu berikan. Diharapkan juga agar kanak² berkenaan mendapat ilmu yang bermanfaat untuk mereka.

Terima kasih banyak² Cikgu Aisha atas peluang yang diberikan ini.
Terima kasih banyak² kepada rakan² yang sudi meluangkan masa mereka membantu Rambozzi® menjayakan kelas ini.
Terima kasih banyak².


'Entry' ini adalah 'entry' terakhir yang akan menggunakan logo Rambozzi® - Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah di atas. Selepas daripada ini, dan selama²nya Rambozzi® akan menggunakan logo dan 'tagline' di bawah. Logo itu adalah cinta Rambozzi®, selamanya...


5 Comments

  1. Terbaik Bro...

    R.Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak bro R.Y.
      Masih baca blog ni lagi ye bro?
      Hehehehehe peace!

      Delete
  2. Fuyooo bro...hapenning betul. Syabas bro!

    Happy woodworking

    ReplyDelete