- "Rambozzi® - Night & Day"


"Jadikan malamku lebih indah...
Jadikan siangku lebih terang...
Biarkan bungaku mewangi...
Selamanya..."

Selamanya, Rambozzi® akan terus mencuba untuk menghasilkan karya² terbaik mengikut kemampuan, teknik dan hati Rambozzi® ini. "Woodworking" ini adalah selamanya bagi Rambozzi®.  Selamanya itu bukan membawa maksud selama²nya atau 'forever' itu. Tapi selama yang mungkin - selagi Rambozzi® masih relevan atau diperlukan di dalam dunia "woodworking" ini. Dan pastinya lebih baik pula jika selama mungkin itu boleh menjadi selama²nya. Oh! Itu harapan. Itu satu pengharapan Rambozzi®.

Konsep. Di dalam dunia 'woodworking' ini ada terlalu banyak konsep atau 'style' yang boleh kita aplikasikan. Rambozzi® tidak pernah belajar mengenai konsep secara formal. Rambozzi® ini tidak tinggi pelajarannya. Sama seperti 'woodworking' ini juga, Rambozzi® tidak pernah belajar ilmu ketukangan kayu. Mungkin hanya ada sedikit bakat dan minat sahaja.

Rambozzi® cuba mencari konsep atau 'style' untuk diselarikan dengan kemahiran dan kecenderungan Rambozzi®. Ia mungkin pernah dicuba buat oleh 'woodworkers' lain. Tapi penekanan Rambozzi® adalah, cara Rambozzi® memahami dan mentafsirkannya semula ke dalam bentuk hasil kerja kayu dan juga dalam bentuk tulisan ini. Dan pemahaman dan pentafsiran Rambozzi® memang takkan dapat difahami oleh sesiapa pun.

Projek ini adalah karya terbaik Rambozzi® untuk tahun 2016 ini. Rambozzi® menyatakan "untuk tahun 2016 ini" kerana Rambozzi® memang tidak mahu dan tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Rambozzi® akan, perlu dan mesti terus berkarya. Ada terlalu banyak rasa, terasa dan perasaan yang hendak Rambozzi® luahkan ke dalam "woodworking" ini. Ia tidak akan pernah cukup. Ia tiada sempadan. Ia tiada batasan. Ia tiada halangan. Ia selamanya... (Pergghhh! Dia punye tulisan... Meremang roma kata ko kikikikiki.....)

Rambozzi® akui, Rambozzi® cukup meminati corak atau 'pattern' berbentuk 'tiles' atau 'bricks' seperti projek ini. Selama ini Rambozzi® hanya menggunakan 1 jenis kayu sahaja iaitu kayu 'pine'. Kali ini Rambozzi® hendak mencuba sesuatu yang lain, tetapi masih mengekalkan konsep yang sama. Kali ini Rambozzi® akan gabungkan 2 jenis kayu iaitu kayu 'pine' dan kayu meranti. Gabungan 2 jenis kayu yang berlainan warna, tekstur dan iranya, Rambozzi® rasakan akan menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia adalah gabungan hitam dan putih. Ia Rambozzi® andaikan sebagai padanan 'heart' dan 'heartbeat'. Ia tidak akan terpisah selamanya. Ibarat malam dan siang. Kesinambungan di antara malam dan siang itu tidak putus. Ia berterusan terus-menerus. Ia bersentuhan...


Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi - kerana siang kumerindu dan malam kumimpikanmu - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - "Rambozzi® - Night & Day". (Ok! Ok! Tulisan kali ini agak parah lah! Kikikikikikiki...)

"Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Adalah dahagaku..."


Oraits! Rambozzi® mulakan dengan membelah kayu² di atas dengan menggunakan 'table saw' dan seterusnya memotongnya pula kepada saiz² yang diperlukan dengan menggunakan 'slide miter saw'.


Setiap batang atau kepingan kayu itu Rambozzi® 'rout' sedikit '45° chamfer profile' dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'chamfer router bit'.


Melalui lubang² 'pocket holes', setiap kepingan kayu itu Rambozzi® gam dan skrukan membentuk binaan di atas.


Dan begitulah hasil corak atau 'pattern' pada permukaan 'table top' di atas. Ia adalah satu proses kerja yang Ringkas & Mudah tetapi memerlukan ketepatan, ketelitian dan kesabaran juga.


Gambar di atas menunjukkan kepada hasil daripada potongan '45° chamfer profile' tadi dan ketelitian di dalam proses mencantumkannya.


Beberapa batang kayu bersaiz 1x2 dibelah sedikit serong pada '45° bevel' dengan menggunakan 'table saw'. Kemudian ia dipotong kepada saiz yang diperlukan dengan menggunakan 'slide miter saw' pula.


Kemudian ia digam dan dicantumkan membentuk binaan di atas. 4 binaan di atas adalah untuk bahagian kaki projek ini.


Di bahagian bawah kaki² tersebut Rambozzi® gamkan 2 keping kayu meranti yang dipotong '45° miter'. Kayu meranti yang lebih keras dari kayu 'pine' akan membolehkan bahagian bawah kaki itu bertahan lebih lama. Ia juga boleh menjadi satu nilai tambah kepada projek ini juga. Ia akan menjadikan projek ini lebih menarik.



Beberapa batang lagi kayu 'pine' dipotong untuk bahagian 'apron' dan 'skirt' projek ini. Ya. Sengaja Rambozzi® tidak menyatakan jenis perabot yang akan terhasil daripada projek ini. Sama ada ia adalah sebuah 'side table' atau apa² jenis meja sekalipun, Rambozzi® tidak perlu menterjemahkannya di sini. Motif Rambozzi® untuk projek ini adalah lebih kepada konsep hasil dari gabungan kedua² jenis kayu ini dan coraknya. Sebab itu Rambozzi® sekadar menamakannya sebagai "Rambozzi® - Night & Day" sahaja. Ia lebih tepat.

Seterusnya hanyalah proses mencantumkan kesemua bahagian kayu di atas membentuk bahagian kaki dan diskrukan ke 'table top' tadi. Selepas' di'sanding' dengan menggunakan kertas pasir grit 240 dan grit 400Rambozzi® hanya 'spray'kan 3 lapisan 'clear lacquer' sahaja.


Dan "Rambozzi® - Night & Day" ini siap sepenuhnya.


"Rambozzi® - Night & Day" ini bukanlah satu projek 'woodworking' yang sukar. Tapi ia tetap mengambil masa dan fokus Rambozzi® sepenuhnya. Rambozzi® memang "meluangkan waktuRambozzi® untuk menghasilkan karya ini. Waktu Rambozzi®...

"Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya..."


"Hingga
Ku menutup mata
Satukanlah hati..."

Rambozzi® berjaya "menyatukan" kedua² jenis kayu itu mengikut kehendak hati Rambozzi®.



Secara keseluruhannya, secara peribadi juga, Rambozzi® amat berpuas hati dengan hasil akhir projek ini. Bagi Rambozzi®, "Rambozzi® - Night & Day" ini sampai maksudnya yang hendak Rambozzi® luahkan. Hasil kemasan akhir untuk projek ini adalah yang paling halus dan paling lembut pernah Rambozzi® buat selama menjadi 'woodworker' ini.


Kelembutan dan kehalusan "Rambozzi® - Night & Day" ini bagi Rambozzi®, bagai mengusap pipi seorang jelitawan. Kejelitaannya boleh ditatapi mata, tetapi kelembutan dan kesucian hati dan cintanya hanya boleh dirasai dan diresapi oleh tangan yang mengusapinya. Sesaat mengusapinya bagai selautan perasaan yang diluahkannya. Bagai ombak dan pantai, hanya pantai sahaja yang boleh merasai "belaian" ombak. Itu adalah pengertian "Rambozzi® - Night & Day"...

Tangan yang berdarah di dalam gambar di atas bukanlah tangan Rambozzi®. Itu adalah tangan Akim & The Majistret hehehehehe. Sori KimRambozzi® "pinjam" 'still image' dari video 'Mewangi' bro jap ok? Kikikikikikiki...

Bro Akim mungkin seorang komposer dan penyanyi yang boleh menterjemahkan perasannya ke dalam lagu yang indah seperti 'Mewangi' ini. Tapi bagi Rambozzi® yang tidak mempunyai bakat seni muzik seperti bro Akim ini, hanya "woodworking" inilah sahaja cara yang Rambozzi® ada,tahu dan boleh buat. Dan "woodworking" ini tidak akan padam dari hati Rambozzi® ini, selamanya...

"Selamanya
Adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu..."


"Selamanya.. ...."

3 Comments

  1. salam rambozzi.
    saya baru je beli router gmr1 yg macam bro punya tu. tapi bila tengok collet dia saiz 6mm. saya punya router bit 1/4" (6.35mm), mmg tak muat la.

    bro pakai collet/shank size apa ya untuk router tu? ada jual ke collet 1/4" atau bit shank 6mm? tanya kat tempat saya ni, tokey kedai pun macam blur aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro wan won.
      Cari kat Ace Hardware bro.
      Byk ada mcm² jenis ada.
      Harga nangis huhuhuhuhu....

      Delete