"Aku nak ko guna kayu palet yang paling buruk sekali. Tak payah gosok, tak payah tutup bekas lubang² paku atau lain² kesan kotor. Aku nak RUSTIC! Ko paham tak Rambozzi®? RUSTIC!!! R-U-S = Ras, T-I-C = Tik. RUSTIC!!! Aaarrrggghhh!!! RUSTIC!!!", pekik Opik sambil menarik² rambutnya sendiri kerana terlalu 'feel', agaknya...
Rambozzi® agak khuatir juga, kerana selama Rambozzi® menjadi 'woodworker' ini, memang konsep 'rustic' agak jarang Rambozzi® aplikasikan. Memang Rambozzi® memilih untuk membuat kerja² kayu secara teliti, halus atau 'fine woodworking' kata omputih. Kalaupun Rambozzi® menggunakan kayu palet, memang Rambozzi® akan gunakan kayu palet yang paling cantik. Memang Rambozzi® ni Rambozzi®. Hehe.
Kalau Rambozzi® pergi membeli kayu palet, tokey kedai kayu itu memang sudah sedia maklum dengan perangai Rambozzi®. Rambozzi® akan meluangkan masa yang lama untuk memilih kayu² yang terbaik, elok dan cantik dari timbunan susunan kayu² paletnya. Rambozzi® sanggup bermandi peluh mengangkat, menapis dan memilih kayu palet yang Rambozzi® kehendaki. Kemudian, Rambozzi® akan susun semula kayu² palet yang bersepah di atas lantai ke raknya. Itu satu pekerjaan yang memenatkan!
Tapi Rambozzi® mahukan kayu² yang terbaik dan cantik sahaja untuk kerja² Rambozzi® ini. Dan, apabila Opik meminta Rambozzi® menggunakan kayu palet yang paling buruk, sebenarnya Rambozzi® menggunakan kayu palet yang paling buruk dari kayu² palet terbaik dan tercantik dalam simpanan Rambozzi®. Hehe. Peace!
Projek ini ringkas & mudah sahaja. Ia sangat santai. Projek ini disiapkan dalam masa tidak sampai 2 jam, kalau tak silap Rambozzi®. Oh! Jarang² sangat Rambozzi® bekerja sepantas itu! Dan tempoh kurang dari 2 jam itu boleh dikatakan agak pantas! Hahahahahahahahaha!
Apabila 'woodworking', Rambozzi® banyak "menghabiskan masa" menghayati setiap prosesnya. Setiap batang kayu yang akan digunakan akan Rambozzi® perhati dan nilai terlebih dahulu. Setiap perincian di dalam senirekanya akan Rambozzi® teliti dan fahami sepenuhnya. Proses mengukur dan menanda adalah kritikal bagi Rambozzi®. 'Setting' atau 'alignment' dan ketepatan mesin yang akan digunakan disukat, diukur, dilaras berulang kali sehingga mendapat tetapan terbaik yang Rambozzi® inginkan, dan berpuas hati. Setiap sisi kayu dipastikan tepat dan 'square' sebelum dipotong di 'sliding miter saw'.
Rambozzi® sangat cerewet! Rambozzi® terlalu teliti. Dan ciri ini membuatkan Rambozzi® lambat bertukang. Projek² Rambozzi® tidak banyak yang disiapkan dalam masa yang singkat atau ekspres, tidak seperti 'woodworker'² lain yang sepantas "lipas kudung". Sebab itu, tidak banyak projek 'woodworking' yang Rambozzi® ada. Rambozzi® tidak memiliki 'profile' yang baik dan membanggakan untuk dipersembahkan kepada bakal pelanggan. Rambozzi® tidak memiliki 'profile' yang baik sebagai seorang 'woodworker'.
Tapi apabila membuat satu² projek 'woodworking', seluruh hati dan hidup Rambozzi® akan "diluangkan" untuknya.
'I Want To Spend My Lifetime Loving You' - kata sebuah lagu cinta yang merdu dan syahdu. Itulah 'woodworking' Rambozzi®. Itulah Rambozzi®.
Jadi, Opik memanggil Rambozzi® ke rumahnya untuk mendapatkan susunatur terbaik untuk koleksi tin² dan botol² Coke miliknya. Rambozzi® membiarkan sahaja Opik menyusun dan mendapatkan 'setting' terbaik untuk raknya nanti. Selepas Opik berpuas hati, barulah Rambozzi® mengambil ukuran dan terus membuat lakaran menggunakan SketchUp di dalam komputer riba. (Kebetulan pula Rambozzi® memang membawa komputer riba pada hari itu, jadi Rambozzi® terus membuat lakaran SketchUp, 'on the spot' di tempat kejadian hehehehehe.)
Dan, selepas segalanya mencapai persetujuan dan kata sepakat, maka, jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Coke Pallet Rack Opik.
"Yeah! Ah! Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan Rambozzi® pada ketika ini, pada saat Rambozzi® menulis bait² "maka, jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini" di atas. Ia membuatkan Rambozzi® berasa sangat HIDUP!"
Oraits! Rambozzi® mulakan dengan memilih kayu² palet yang paling buruk dari kayu² palet terbaik dan tercantik dalam simpanan Rambozzi® heh heh heh heh.
Ada beberapa batang kayu yang terpaksa disambungkan kerana tidak cukup panjang untuk projek ini. Rambozzi® potong kayu² itu dengan menggunakan 'sliding miter saw'.
Kebiasaannya, setiap hujung kayu akan Rambozzi® potong bersih terlebih dahulu ('initial cut') sebelum memotongnya ke saiz yang diperlukan. Tetapi untuk projek Coke Pallet Rack Opik ini, Rambozzi® akan membiarkan sahaja hujung² kayu tersebut di dalam keadaan asalnya (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas).
Begitu juga dengan sisinya. Kebiasannya, Rambozzi® akan bersihkan setiap sisi² kayu tersebut sama ada dengan menggunakan 'table saw', 'mini router/trimmer' atau Rambozzi® ketam dengan menggunakan Love. Tapi tidak untuk projek kali ini. Nak sangat 'rustic' kan? Kan? Hmmm?! What?! You feel me, nigga?! You catch my drift?! Or you want me to put a hole in your head?! Hmmm?! You know what I'm sayin'?!" Heh heh heh heh heh...
Kemudian, kayu² itu ditebuk pula lubang² 'pocket hole' untuk proses penyambungan dan pemasangan nanti. 'Pocket hole' - Teknik Keramat Rambozzi® yang akan Rambozzi® setia gunakan sampai mati.
Kayu² palet itu akan diskrukan secara terus ke rangka utamanya nanti. Untuk mengelakkan kayu itu pecah, Rambozzi® terlebih dahulu menebuk lubang² 'pilot hole' dan juga 'countersink'.
'Drill bit' di atas adalah jenis 'countersink drill bit'. Ia menebuk lubang 'pilot hole' dan 'countersink', serentak.
Rambozzi® gam dan skrukan dahulu rangka utama untuk projek ini.
Beberapa batang atau keping haaa-mana-satu-ntah! kayu digam dan diskrukan di pula di bahagian belakang rangka utama. Kayu² itu akan membantu menepatkan sesiku rangka tersebut, menjadi dindingnya, sekaligus mengekalkan bentuknya sebagai sebuah palet yang RUSTIC! Aaarrrggghhh! RUSTIC!!! Hahahahahahahaha!
Dan begitulah rupanya apabila siap dipasangkan. Sangat ringkas. Sangat mudah. Sangat Rambozzi®.
Kemudian ia disudahkan dengan pemasangan rak² di bahagian depannya. Jarak dan susunatur setiap rak itu adalah mengikut kehendak Opik.
Dan voilà! Projek Coke Pallet Rack Opik ini siap sepenuhnya! Yay!
Projek yang 'simple' tapi menyeronokkan. Harap Opik akan suka dan berpuas hati la dengan projek ini.
Untuk menambahkan 'mood' atau 'feel' RUSTIC! itu tadi Rambozzi® melakukan penggambaran untuk hasil akhir projek ini, di dalam semak. Hehe. Boleh ke gitu? Boleh tak? Haaaa?! Hmmmm?! What?! You feel me, nigga?! You know what I'm sayin'?!".
Heh heh heh heh heh...
'Love'
"My Heart"
Bingkai kayu
BOSCH®
Display Rack
DIY
Frame kayu
I Love You
Kayu Palet
Kerja Kayu
Kotak Kayu
KREG®
Rak Kayu
0 Comments