Rambozzi® with Love - Per Amore Pt.I



"Mana ada tempat lagi dalam hati saya untuk Sultan itu? Kerana hati saya sudah penuh dengan memuja kau saja, Tuah..."

"Itu mudah saja, Tuan Puteri. Saya boleh berikan Tuan Puteri sirih jampi. Makanlah malam ini. Besok, Tuan Puteri akan lupakan saya..."

"Tak mau! Tak mau! Saya tak mau melupakan Tuah!"


"Simpanlah puan ini baik², Tuah. Inilah keranda tempat terpendamnya hati saya. Di sinilah terkuburnya kasih sayang Tun Teja pada Hang Tuah..."

('Puan' tu bekas simpan sirih kot... Sebab tu ia diandaikan sebagai "keranda tempat terpendamnya hati saya. Di sinilah terkuburnya kasih sayang Tun Teja pada Hang Tuah..." Ngeeeeee! Hehehehehehehe)

Tun Teja pun menangis, lagi...

Itu Tun Teja. Tapi bagaimana pula keadaannya di dalam hati Hang Tuah?

Hang Tuah juga menangis di dalam hatinya. Ada ketikanya, Hang Tuah akan berselindung di sebalik dinding perahu dan mengesat airmatanya...

'Scene' dari filem Hang Tuah itu amat menyentuh hati dan perasaan Rambozzi®. Ia sangat 'feel', ia sangat 'true' dan ia sangat 'love'. Setiap kali menonton filem ini, hati Rambozzi® akan berdebar². Mata Rambozzi® akan bergenang. Dan Rambozzi® akan mengesat airmata yang mengalir di sebalik dinding perahu itu, juga...

'Puan' yang diminta simpan oleh Tun Teja itu, sebenarnya ada pada Rambozzi®. Selepas berkurun², ia telah bertukar rupa menjadi sebuah ketam tangan dan menukar namanya kepada Irwin Smoothing Plane No.4.

 My Love

Ia kemudiannya Rambozzi® panggil sebagai 'Love'Rambozzi® akan simpan 'Love' ini baik². Kerana "inilah keranda tempat terpendamnya hati saya. Di sinilah terkuburnya kasih sayang Tun Teja pada Hang Tuah..."


Lama Rambozzi® mendalami ilmu dan teknik² menggunakan 'Love' sebelum berkeyakinan untuk menggunakannya di dalam kerja² kayu Rambozzi®. Ada beberapa projek sebelum ini, yang Rambozzi® gunakan 'Love' untuk merata dan menghaluskan permukaan kayu. Tapi ia masih belum mencukupi. Rambozzi® masih belum betul² mahir lagi menggunakan sebuah ketam tangan.

Tapi 'Love' senantiasa ada dengan Rambozzi®. 'Love' setia bersama dengan Rambozzi®. 'Love' tidak pernah ke mana² pun. 'Love' tidak akan meninggalkan Rambozzi®. Dan Rambozzi® juga tidak akan meninggalkan 'Love'. Kerana itulah janji Rambozzi® kepada 'Love', dulu. Kalaupun ia bukan permintaan 'Love', ia tetap adalah kemahuan Rambozzi®.

Bukan permintaan pun Rambozzi® turutkan, inikan pula sebuah rayuan... 

Ohhh, Love...

Untuk 'Love'Rambozzi® akan terus menjadi 'woodworker' ini. Disebabkan 'Love' juga, Rambozzi® menukar 'tagline' Rambozzi® menjadi Rambozzi® - Woodworking with LoveRambozzi® turut menukar logo Rambozzi®. Semuanya untuk 'Love', demimu, my Love...


Untuk projek kali ini, Rambozzi® banyak menggunakan 'Love'Rambozzi® rasa, tidak, Rambozzi® masih ingat, itulah permintaan Love.

Jadi, dengan tidak membuang masa lagi - kerana 'Love' yang amat Rambozzi® cintai - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® with Love - Per Amore Pt.I.


Oraits! Projek ini terdiri dari 2 bahagian, iaitu kerusi atau 'stool' dan juga meja. Sebenarnya projek ini adalah set meja makan. Ia telah ditempah oleh Puan Salehan - iaitu kenalan Rambozzi® yang sebelum ini pernah menempah beberapa barangan dari Rambozzi®. Oh ya! Puan Salehan ini juga adalah orang yang bertanggungjawab mempopularkan nama Rambozzi® di dalam satu keluaran majalah Laman, tahun lepas. Hehehehehehe peace!

Rambozzi® mulakan dengan membuat kerusinya dahulu. Ada 4 biji 'stool' kesemuanya. 'Idea' untuk set meja makan ini adalah 100% 'idea' Puan Salehan sebenarnya. Rambozzi® hanya menambah sedikit 'sentuhan' Rambozzi® sahaja.

Rambozzi® akan memotong beberapa batang kayu untuk bahagian kaki 'stool' ini dahulu. Kayu² itu akan dipotong serong pada 'miter' 22.5°. Tetapan untuk sudut 'miter' ini sebenarnya ada pada 'miter saw'. Hanya pusingkan sahaja mata gergaji pada 'miter' yang kita kehendaki.

Tapi, disebabkan Rambozzi® tidak mahu mengganggu atau mengubah (haaaa! mana satu ntah!) kedudukan atau tetapan (haaaa! mana satu ntah!) pada 'sliding miter saw' milik Rambozzi®, maka Rambozzi® terpaksa menggunakan cara 'manual' sahaja.

"Rambozzi® tidak mahu mengganggu tetapan pada 'sliding miter saw' itu kerana apabila ia dipusingkan kembali kepada kedudukan , ada risiko ia tidak akan lagi tepat. Sikit lari pun sudah manyak kacau maaa! Hahahahahaha!"

Jadi, Rambozzi® dapatkan sudut yang dikehendaki dengan menggunakan 'protractor' dan juga 'bevel gauge' (sila lihat gambar di atas).


Dan sudut itu Rambozzi® 'transfer'kan ke kayu yang hendak dipotong. Proses di atas hanya dilakukan sekali sahaja kerana tetapan itu boleh digunakan untuk seberapa banyak kayu yang hendak dipotong kan pun. Heh heh heh heh...

Rambozzi® gariskan satu tandaan pada kayu tersebut. Kayu itu akan dijadikan 'guide' untuk membuat 'jig' ringkas pada 'sliding miter saw' nanti.


Ia tidaklah sesusah mana. Rambozzi® hanya letakkan kayu tersebut di atas meja 'sliding miter saw', pusingkan ia sehingga mendapat sudut yang dikehendaki, dan Rambozzi® skrukan 3 batang kayu ke meja tersebut sebagai 'guide' atau 'stop block'. Hmmmm... Betul ke tak ntah istilah tu...

Jadi, 'so', setiap batang kayu yang diletakkan di antara 3 batang kayu yang diskrukan itu akan mendapat sudut yang sama, 'everytime'. Ia tidak akan bergerak², dan Rambozzi® boleh berasa yakin dengan ketepatan sudutnya.

'Sliding miter saw' itu tidak diubah langsung kedudukan 'miter'nya. Teknik seperti ini kita panggil sebagai, ermmmmm apa ye istilahnya? Haaaa! Ia dipanggil "Rambozzi®-malas-nak-kacau-setting-tu-sebab-susah-la-nak-dapat-tepat".


Dan kayu² itu pun dipotong seadanya dengan jayanya.


Rambozzi® akan bulatkan sedikit setiap bucu kayu² itu dengan menggunakan 'roundover hand plane'. Ketam itu Rambozzi® jumpa di sebuah 'hardware' di sekitar Key Ell.


Itu rupanya dari dekat. 'Base' atau tapaknya berbentuk V seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas. Manakala 'plane iron'nya pula sedikit bulat di tengah²nya.

Rambozzi® sekarang banyak menggunakan 'hand tools' terutamanya apabila bekerja menggunakan kayu 'pine' kerana mesin² seperti 'mini router/trimmer' akan mengoyakkan kayu 'pine' yang lembut, terutamanya bahagian 'end grain' kayu.

Tapi 'plane iron' mesti dipastikan sentiasa tajamlah. Untuk tujuan itu, Rambozzi® juga telah mendalami ilmu mengasah mata ketam hehehehe. Ermmmmm nanti la Rambozzi® tuliskan bab mengasah, atau bab mengetam...


Menggunakan ketam tangan yang tajam boleh memastikan kita mendapatkan hasil 'rout' yang halus, kemas dan cantik. Menurut American Woodworkers, hasil ketam adalah lebih halus daripada hasil 'sanding'. Ketam tangan yang betul² tajam tidak akan menghasilkan habuk langsung. Yang terhasil hanyalah 'plane shavings' sahaja.

Artinya, tak de habuk langsung, beb! Hanya hirisan² kayu je yang terhasil. Dan suka Rambozzi® nak tuliskan di sini, mengetam kayu ni "berhantu", beb. Sekali kita mengetam, susah nak berhenti. Kadang² sampai nipis kayu diketamnya!

Kebiasaannya, apabila Rambozzi® sudah berhenti 'woodworking', sebelum Rambozzi® keluar dari Rambozzi®-Love StudioRambozzi® akan meluangkan sedikit masa untuk mengetam, sekejap kononnya. Bila mengetam, Rambozzi® berasa sangat rehat. Tapi, bila dah 'start', aduh susahnya la nak 'stop'!  Rehat la sangat! Hahahahahaha! Tapi syok, beb! Seyes Rambozzi® tak tipu atau kencing lu, broRambozzi® bukan kaki kencing, der... Heh heh heh heh heh...

Ok. Berbalik kepada proses di atas, hehe. Dapat dilihat dengan jelas perbezaan di antara kayu yang belum diketam dengan kayu yang siap diketam atau dibulatkan. 'One more time' sila lihat gambar di atas.


Dan itu dari jarak yang lebih dekat. Halus, beb. Tak koyak, tak goyang punye, bro!


Oraits! Anak panah berkepala 2 di dalam gambar di atas menunjukkan kepada jarak bukaan pada 'vise' tersebut. Untuk operasi mengetam, hanya saiz² kayu yang tertentu sahaja yang boleh diapit dengan menggunakan 'vise' itu. Untuk kayu yang lebih lebar, kita biasanya menggunakan 'bench dog' pada 'workbench'. Eh? Perasan tak? 

Seboleh mungkin, Rambozzi® gunakan istilah atau 'terminology' paling tepat untuk 'woodworking' di dalam blog ini. Perasan tak? Perasan la wey... Jangan la... Penat Rambozzi® buat 'research' dan 'study' untuk para pembaca blog ni, tau?

Rambozzi® tak rajin pun. Rambozzi® buat semua ini demi 'woodworking'Rambozzi® buat semua ini demi 'Woodworking with Love' yang Rambozzi® bawa. Rambozzi® buat demi 'love'Rambozzi® buat untuk Love...

Ok! 'One more time', berbalik kepada proses di atas, hehe.  Disebabkan kayu itu terlalu lebar untuk diapit dengan menggunakan 'vise', kita sebagai 'woodworkers' akan gunakan 'bench dog'.


Anak² panah berwarna merah di dalam gambar di atas menunjukkan kepada 'D.I.Y bench dog' pada 'workbench' Rambozzi®. Ia sebenarnya adalah 'furniture fittings' yang Rambozzi® jumpa di 'hardware'. Hehe...


Apabila butang merah itu ditekan, besi di dalam kotak plastik itu akan keluar. Rambozzi® skrukan 'bende' tu pada 'workbench' dan jadilah ia 'bench dog' hehehehe...


Jadi, besi itu boleh dijadikan penahan bila Rambozzi® perlu mengetam permukaan kayu yang lebar, yang tidak boleh diapit dengan menggunakan 'vise'. Haaaaa bijak kan Rambozzi®? Hehehehe...


Sebenarnya 'idea' itu datangnya dari produk U.S yang tidak ada di Malaysia. Ia dipanggil Veritas® Prairie Dog™.


Kekecewaan tidak dapat memiliki produk di atas menyebabkan Rambozzi® terpaksa memikirkan 'idea'² D.I.Y untuk 'woodworking' Rambozzi®.

Rambozzi® 'frust', beb... Punye la ohsem produk tu, tapi tak de kat Malaysia. Nak 'order' kat 'online store' Rambozzi® tak de 'credit card' pulak. Nak guna 'debit card' Rambozzi® "segan" dengan baki yang tinggal. Hehehe peace!

Jadi, Rambozzi® kena kreatif dan inovatif.

Takpe... Satu hari nanti Rambozzi® akan ke bumi AmerikaRambozzi® nak 'shopping' kow² punye kat sana pastu berlagak kat 'page' komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Kikikikiki...

Rambozzi® nak buat gini:-

- Bro beli kat mana 'tools' tu?

- Saya beli kat Shah Alam, abam Rambozzi®. 'Tools' abam Rambozzi® tu beli kat mana?

Rambozzi® "jumpe" kat Seattle, the largest city in the state of Washington, United States of America (USA), bro.

Ngeeeeee! Hehehehehehehehe...


Hahahahahaha! Aduh... Sebenarnya jarang² sangat Rambozzi® menulis kat blog ni sekarang ni. Sebab tu jadi gini kikikikikiki...

Oraits! Jadi Rambozzi® bulatkan setiap sisi semua kayu tersebut dengan menggunakan 'roundover hand plane' di atas.


2 keping kayu dipotong pula sama panjang, digam dan di'clamp'kan sehingga gam kering. Bahagian di atas adalah untuk tempat duduk.


Rambozzi® gam dan skrukan pula bahagian kaki ke tempat duduknya.


Gambar di atas menunjukkan kepada binaan yang terhasil setakat ini.


Rambozzi® sudahkan dengan memasang 2 lagi kaki ke 'stool' di atas. Proses pemasangan di atas hanyalah dengan menggunakan gam kayu, skru dan 'cordless drill' sahaja. Proses pemasangan yang sangat asas, mudah, ringkas dan cepat.


Siap 'stool' untuk projek ini.


Tapi, keterujaan untuk menyiapkan projek ini telah menyebabkan Rambozzi® tersalah tebuk lubang 'pilot hole'. Disebabkan kakinya dipasang sedemikian rupa, maka bahagian kaki yang di sebelah dalam telah "lari" kedudukannya dari lubang 'pilot hole' yang telah ditebuk awal² lagi alaaa panjangnya ayat ni adoi!


Tapi tidak mengapa, my Love... Rambozzi® gunakan lebihan kayu dari projek ini sendiri untuk menutup kelemahan tersebut. Rambozzi® hanya gam dan skrukan sahaja lebihan kayu di atas ke tempatnya.

'Simple'. Tapi ia telah menyelamatkan keseluruhan projek ini!


Dan siap bahagian pertama untuk projek set meja makan Puan Salehan ini. Yay!


Sudut 22.5° dan pemasangan kaki secara "luar dan dalam yang bersilang" seperti itu telah menyebabkan setiap 'stool' tersebut boleh disusun sebegitu rupa. Setiap 'stool' boleh dilorongkan masuk sesama sendiri dan membentuk sebuah 'bench' yang panjang. Ohsem kan?

'Stool' di atas sangat menjimatkan ruang. Ia juga mempunyai rekabentuk yang unik dan menarik.

Projek ini tidak susah pun untuk dibuat. Yang paling penting adalah setiap batang kayu mesti dipotong sama panjang dan sama sudutnya. Apa² sudut pun boleh digunakan. Cuma "kangkangannya" sahaja yang akan berbeza la kan? Hehe peace!

Seterusnya, Rambozzi® akan ke bahagian kedua untuk projek ini, iaitu mejanya pula.

Tapi, sebelum itu, 'one more time', berbalik kepada cerita Tun Teja dan Hang Tuah tadi, 'puan' yang dihadiahkan oleh Tun Teja kepada Hang Tuah itu telah bertukar menjadi sebuah ketam tangan. Tun Teja simpan hati dan cintanya kepada Hang Tuah di dalam 'puan' itu. Ketam tangan ('puan') itu kini berada dalam simpanan Rambozzi® pula. Dan Rambozzi® panggil ia sebagai 'Love'.

Rambozzi® akan simpan dan jaga 'Love' ini baik². Kerana di dalamnya ada hati dan cinta Tun Teja.

Dengar citer, Tun Teja tu cun giler, bro! Sebab tu Sultan Melaka gilakan Tun Teja. Haaaaaa!

Haippp! Bukan Sultan Melaka yang kat Facebook tu la! Sultan Melaka yang kat Facebook tu tak gilakan Tun Teja. Dia memang giler!

Hahahahahahahahahahahahahaha!


2 Comments

  1. Assalam bro Rambozzi.mmg ohsem cerpen bro.hihi.thorbaek.
    Nak tanye bro sket ni
    1.mane leh dpt Love cm Rambozzi tu yek?teringin plak.hehe..
    2.Rambozzi ada jual kregjig lg x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam bro Firdaus.

      1. Love tu Rambozzi tak beli pun. Ia hadir dgn rela hatinya hehehe...

      2. Stok Kreg Jig dah habis buat masa ni. Bro boleh tengok update stok kat FB komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia. Kalau ada stok, Rambozzi akan update kat page tu.

      Delete