"Pilu menyentuh hati
Aku dikejutkan oleh sentuhan cinta luka
Bagaikan taufan kau hempas cintaku
Sehingga aku terapungan..."
Sentuhan... Sentuhan itu adalah deria paling ajaib. Tanpa melihat sekalipun, kita sudah boleh "nampak" dengan jelas. Tanpa mendengar sekalipun, kita sudah boleh "menangkap" maksudnya. Tanpa mengucapkan sepatah perkataan sekalipun, kita sudah boleh "meluahkan" apa yang tersirat di hati. (Hamboih! Apekebende nie.....?)
Dengan sentuhan itu sahaja, kita boleh menyampaikan pelbagai perkara yang bermain di fikiran kita. Dengan sentuhan itu juga, kita boleh meluahkan segala rasa di dalam hati kita. Sentuhan itu ibarat 'a set of data being transferred to' minda dan hati kata secara terus tanpa perlu diucapkan sepatah perkataan pun. Data itu terpulanglah, ia bergantung kepada pelbagai faktor pula.
Dalam 'woodworking' Rambozzi® ini, data yang Rambozzi® "salurkan" melalui "sentuhan" ini adalah dalam bentuk "cinta dan kasih sayang". Heh heh heh heh... Betul, bro. Tanpa "sentuhan" cinta dan kasih sayang ini Rambozzi® tidak akan mampu untuk kekal lama di dalam bidang ini. Itu antara kelebihan (rasa²nya ia adalah satu²nya "kelebihan" Rambozzi®) yang Rambozzi® miliki di dalam alam 'woodworking' ini...
"Sentuhan" cinta itu sendiri bisa membahagiakan dan juga membinasakan. Rambozzi® "tahu" bila ia akan membahagiakan. Rambozzi® "tahu" bila ia akan membinasakan. Rambozzi® "sedar" dengan "anugerah" Rambozzi® ini. Dan Rambozzi® juga "sedar" dan "tahu", bahawa tidak ada seorang manusia pun yang boleh mengekalkan "sentuhan" yang cemerlang sepanjang hidupnya.
Sekarang, mari kita lihat (atau lebih kepada baca, sebenarnya) contoh berpandukan fakta ini. Fakta² di bawah adalah berdasarkan kecenderungan dan minat Rambozzi® sahaja, oraits?
- Awie dan Wings pernah "menggemparkan" industri muzik tanahair dengan 5 album pertama mereka yang sangat 'Rock' (Belenggu Irama, Hukum Karma, Teori Domino, Jerangkung Dalam Almari dan Bazooka Penaka), sebelum mereka "kehilangan sentuhan" mereka, kerana perubahan 'trend' muzik itu sendiri.
- Ronaldinho pernah menjadi pemain bolasepak paling berkemahiran tinggi dan unik, sebelum "sentuhannya" menjadi tumpul dek usianya sendiri. (Selain kehebatan Zlatan Ibrahimovic yang turut "membayangi" Ronaldinho).
- Sylvester Stallone pernah menjadi pelakon paling popular di dunia dengan watak²nya yang masih segar dalam ingatan kita sehingga ke hari ini, sehinggalah "sentuhannya" hilang di tangan pelakon Shivaji Rao Gaekwad yang "menapau habis" populariti SEMUA pelakon di dunia ini. Heh heh heh heh heh... Siapa Shivaji Rao Gaekwad tu?

Rambozzi® ini sendiri tidak akan dapat mengelakkan diri dari kehilangan "sentuhan" ini. Bila sampai masanya, "sentuhan" ini akan terasa "tawarnya". Bila sampai masanya, "sentuhan" ini akan hilang "bisanya". Bila sampai masanya, "sentuhan" ini akan tiada ertinya lagi. Dan yang lebih menakutkan dan akan memilukan Rambozzi®, bila sampai masanya, "sentuhan" ini mungkin akan ditepis sebelum sempat ia menjamah apa pun... Hmmm... Rambozzi® rasa, Rambozzi® kena bersedia dengan kenyataan ini... Kan...
"Sentuhan cintamu sayang
Panasnya membakar dihati
Hari-hari yang berlalu
Menyentuh sepi
Aku masih begini terkenang dirimu
Tiada pernah aku membenci..."
Rambozzi® boleh dan mampu mengawal "sentuhan" ini sebaik mungkin, dengan sedikit kemahiran dan pengalaman yang Rambozzi® miliki selama menjadi 'woodworker' ini. Apa yang tidak akan boleh Rambozzi® kawal adalah risiko kemungkinan "sentuhan" cinta Rambozzi® ini akan menjadi satu kebencian pula di satu hari nanti. Bila "sentuhan" cinta Rambozzi® ini dibenci, matilah cinta Rambozzi® ini... Matilah "woodworking" Rambozzi® ini... Matilah blog kesayangan Rambozzi® ini... Matilah satu²nya tempat yang paling Rambozzi® sukai dan cintai ini...
"Bagaikan pantai sepi
Merindukan sentuhan ombak
Begitulah kasihku
Padamu sayang
Aku rindu...
Sentuhan cintamu..."
Desire - Sentuhan "-+x÷" (1989)
Oraits! Cukup dulu buat masa ini! Dah "melalut" sangat dah nie! Hahahahaha!
Jadi, 'so'. Tanpa membuang masa lagi - kerana Rambozzi® takut untuk menghadapi kenyataan bila "sentuhan" cinta ini tiada ertinya lagi - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Meja - Puan Dayang.
Jadi, 'so'. Tanpa membuang masa lagi - kerana Rambozzi® takut untuk menghadapi kenyataan bila "sentuhan" cinta ini tiada ertinya lagi - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Meja - Puan Dayang.
Untuk projek ini juga tidak banyak gambar proses kerja yang hendak Rambozzi® kongsikan di sini. Rasanya, ia hanyalah satu kerja pertukangan kayu yang sangat Ringkas & Mudah - ala-Rambozzi® - yang sama sahaja.
Rambozzi® mulakan dengan membuat bahagian 'table top' dahulu. Beberapa batang kayu 'pine' dipotong sama panjang dan disambungkan secara 'edge jointing' di antara satu sama lain dengan menggunakan gam kayu dan juga skru. Skru diskrukan menerusi lubang² 'pocket hole' sahaja. Beberapa batang kayu 1x2 digam dan diskrukan di bahagian bawah 'table top' untuk mengukuhkan binaan.
Beberapa batang lagi kayu 1x2 dipotong 'bevel'nya kepada 45° untuk dijadikan 'frame' di sekeliling 'table top'.
Kemudian Rambozzi® memotong beberapa batang kayu meranti bersaiz 1x2 dan 2x3 untuk dijadikan kaki meja dan bahagian² lain seperti 'apron' dan 'skirt'.
Asalnya Rambozzi® menggunakan kayu meranti bersaiz 2x2 untuk bahagian kakinya, tetapi saiz kayu itu agak kecil pula untuk dipadankan dengan saiz 'table top'. Jadi, Rambozzi® membeli pula kayu meranti bersaiz 2x3.

Kesemua bahagian kayu di atas ditebuk pula lubang² 'pocket hole' untuk proses penyambungan.
Dan bahagian kaki meja siap dipasangkan. Dapat dilihat dengan jelas melalui gambar di atas, terdapat beberapa lubang 'pocket hole' telah siap ditebuk di bahagian 'apron' dan 'skirt'. Lubang² 'pocket hole' itu adalah untuk tujuan penyambungan kaki meja itu ke 'table top'. Struktur binaan yang sangat ringkas, dengan teknik penyambungan kayu yang juga sangat mudah.
Oraits! Untuk projek Meja - Puan Dayang ini, Rambozzi® akan cat kaki meja ini dengan menggunakan 'oil-based wood stain' berwarna 'royal mahogany'.
Ok. Ini adalah sedikit info mengenai tatacara penggunaan 'wood stain' yang betul. Maklumat ini adalah hasil dari pembacaan Rambozzi® sahaja. Jadi, Rambozzi® tidak akan mengesahkan bahawa maklumat ini adalah tepat 100%. Oraits?
Menurut 'American Woodworkers', cara yang betul untuk mengaplikasikan 'wood stain' adalah dengan mengecat permukaan kayu dengan menggunakan berus atau kain. Hanya 1 lapisan 'wood stain' sahaja yang diperlukan. Selepas dicat, sebelum ia kering, lapkan permukaan kayu yang dicat dengan menggunakan kain. Lap sehingga keseluruhan permukaan mendapat hasil cat yang sekata. Ini kerana, 'wood stain' akan mengambil masa yang agak lama untuk kering jika tidak dilap. Selepas itu, barulah dicat pula 2 atau 3 lapisan 'wood varnish' atau lain² kemasan yang bersesuaian.
Jadi, kesimpulannya, 'wood stain' bukanlah sejenis kemasan akhir. Ia hanyalah "separuh daripada kemasan akhir". Hmmmm... Boleh ke gitu? Itu kata dorang la kan...
Jadi, Rambozzi® akan lap 'wood stain' itu dengan menggunakan kain dan cat pula beberapa lapisan 'varnish' pula. Rambozzi® tiada masalah dengan cara dan teknik itu. TAPI, selepas kaki meja itu dicat dengan 'wood stain', halamak Rambozzi® terasa sayang la pulak nak lap dengan kain. Bagi Rambozzi®, hasil cat itu sudah sangat cantik! Hahahahahaha! Aduh! Takkan nak lap?
Jadi Rambozzi® mengambil keputusan untuk tidak mengelapnya dan sanggup menunggu hampir sehari untuk membiarkan ia betul² kering. Takpe! Biar lambat asal 'smart'. Kan? Hehehehehehehe...
Selepas ia kering, barulah Rambozzi® mengecat 1 lagi lapisan 'polyurethane varnish' berwarna 'dark walnut' pula.
Dan hasilnya memang tidak mengecewakan Rambozzi®! Sangat kemas dan cantik pada pandangan mata Rambozzi® ini! Wah! Rambozzi® rasa sangat teruja laaaaa! Aaaaaaaaa!
Hahahahahaha! Aduh... Rambozzi® rasa, hasil kemasan ini adalah yang terbaik selama Rambozzi® menjadi 'woodworker' ini. Sangat memuaskan hati Rambozzi®.
Untuk bahagian 'table top' pula, ia tidak dicat dengan sebarang kemasan pun. Rambozzi® hanya 'sanding' sahaja bermula dengan kertas pasir grit 240 dan disudahi dengan kertas pasir grit 400. Itu sudah cukup halus dan cantik bagi Rambozzi®.
Dan projek Meja - Puan Dayang ini siap sepenuhnya. Yay!
Ok. Ok. Rambozzi® suka dengan hasil kerja ini. Rambozzi® suka dengan meja ini. Kalau Puan Dayang nak 'cancel order' pun takpe lah! Rambozzi® nak meja nih! Hahahahahahahaha!
Ada satu istilah yang digunakan oleh 'woodworkers' "masa kini" (yang tidak pernah Rambozzi® gunakan kerana tidak memahami ertinya dan kerana kualiti kamera telefon bimbit Rambozzi® yang agak "cap ayam" heh heh heh heh) iaitu 'detailing'. Rambozzi® perhatikan di Instagram mereka menggunakan istilah 'detailing' ini untuk memperlihatkan kepada umum mengenai hmmm.... Ok! Rambozzi® tak tahu apa yang mereka nak tunjukkan. Heh heh heh heh... Tapi senang citernya macam ni lah... Mereka ambil gambar permukaan kayu atau sambungan yang dibuat secara dekat. Antara tujuan mereka (pada pendapat Rambozzi® la kan...) adalah untuk menunjukkan betapa hasil kerja mereka itu adalah sangat seni, teliti, halus, kemas, canggih, 'highly skilled' punye kerja, atau terlalu cantik di mata mereka.
Bagi Rambozzi® yang amatur ini, (dan ia juga menjadi antara sebab mengapa Rambozzi® tidak pernah menggunakan atau mengaplikasikan istilah tersebut) selain dari penggunaan kamera berteknologi tinggi dengan kualiti gambar yang cantik, hasil kerja itu sendiri perlulah kemas, teliti dan halus. Bagi Rambozzi®, 'detailing' itu menggambarkan kehalusan seni tangan seseorang 'woodworker' itu. Rambozzi® cuba untuk mengaplikasikan istilah itu, tapi akhirnya Rambozzi® sedar bahawa Rambozzi® masih jauh untuk "layak" menggunakannya.
Lihat gambar "detailing" di atas. Ia gagal menunjukkan dengan jelas tentang ketelitian atau kehalusan kerja tangan Rambozzi® itu. Ia gagal atas 2 sebab. 1, kamera telefon Rambozzi® "cap ayam". 2, hasil kerja Rambozzi® itu sendiri tidak cukup kemas, teliti dan halus. Ia agak "cap ayam". Hahahahahahahaha!
Tidak mengapa. 'Nevermind'. Rambozzi® perlu haluskan lagi "sentuhan" tangan Rambozzi® ini. Rambozzi® perlu lembutkan lagi "sentuhan" hati Rambozzi® ini. Rambozzi® perlu semarakkan lagi "sentuhan" cinta Rambozzi® ini. Rambozzi® perlu pastikan bait "Aku rindu... Sentuhan cintamu..." itu sentiasa berlaung. Kerana tanpa "Aku rindu... Sentuhan cintamu..." itu, Rambozzi® akan menjadi;
"Bagaikan pantai sepi
Merindukan sentuhan ombak..."
'Love'
"My Heart"
BOSCH®
Cintaku
Deepest Feelings
Desire
DIY
Kerja Kayu
KREG®
Meja Kayu
Perabot
Peralatan Pertukangan Kayu
Tools
Woodworking
3 Comments
Aduh kemasnya bro...
ReplyDeleteAduh kemasnya bro...
ReplyDeleteBro Rambozi, sejak 2menjak ni, saya berkesempatan beli meja kopi di kedai perabut. Bukannya tak pandai buat, tapi kekangan masa. Saya perhatikan cara industri (pro) buat meja berbeza dengan cara kita. Tapi jika digabungkan kreg joinery system dan cara mereka, kita boleh siapkan meja kopi lebih cepat. I mean lagi cepat.
ReplyDeleteMaksud saya begini: Bila kita beli meja kopi (belum dipasang) rupa-rupanya rail kat bawah table top diskru dulu. Kaki last sekali. Kan lebih mudah begitu. Tak payah banyak clamp. Sekali on drill tu, skru Kreg akan tarik kaki meja tu dengan "fit" dan cun, hihi.
Hanya Rambozzi dan DIYer yang mungkin faham maksud saya.
"Happy Woodworking"