- Kaunter - Puan Dayang - Pt.II


Tidak berapa lama dahulu, dalam tahun² lewat 1988 sehingga ke akhir 1991, beberapa orang "Mat Thrash" telah cuba mengkucar-kacirkan fenomena 'Rock' di bumi Malaysia ini. Mereka mewujudkan beberapa kumpulan 'Rock'; dengan tema 'Rock'; dengan tajuk album yang berbunyi 'Rock'; dengan tajuk² lagu yang kedengarannya 'Rock'; tetapi dengan kejamnya mereka "menipu" fenomena 'Rock' dengan irama keras "Thrash Metal"! Tujuan mereka hanya satu, iaitu menghapuskan "lelehan airmata" yang mengalir deras di dalam album² 'Rock' Melayu yang agak "jiwang", pada ketika itu. Irama yang mereka perjuangkan adalah "sekejam" Slayer atau "sebeku" Celtic Frost. Dalam masa yang sama, mereka turut memuatkan beberapa buah balada cinta - dengan tujuan yang sama - iaitu sebagai satu bentuk "perlian" kepada kumpulan² 'Rock' "jiwang karat". Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Saxo, Teras, atau Desire "Raja Thrash dari Kelantan".

Kumpulan sasaran mereka bukanlah "Raja Rock Sejati" seperti kumpulan Search atau Wings. Tidak. Mereka tidak akan "mampu" menafikan kumpulan² "raksasa" seperti itu. Kerana pada malam hari, mereka tetap akan memutarkan kaset "Fenomena" ataupun "Belenggu Irama". Lagipun, mereka agak malu juga apabila Wings "menegur" mereka pada tahun 1991 di dalam lagu "Awang Trasher". Teguran Awie itu pasti membuatkan mereka "akur" dengan "kebenaran" lirik lagu itu.

Kumpulan sasaran mereka adalah kumpulan² "Rock Kapak" seperti... Halamak... Rambozzi® tak boleh tulis nama² kumpulan itu di sini. Bahaya tu. Ermmmm... Macam ni lah senang. Kumpulan² itu tidak susah untuk dikenalpasti. Mereka wujud di antara tahun 1990 hingga lewat 1992. Biasanya mereka hanya sempat merakam satu atau dua album sahaja, dengan satu atau dua lagu 'hits'. Selepas itu, mereka akan menyepi buat selamanya.

Berbalik kepada "Mat Thrash" tadi, mereka juga tidak merakam banyak album. Kerana tujuan mereka hanya satu, iaitu yang disebutkan tadi itulah. Mereka terpaksa "menyamar" sebagai sebuah kumpulan 'Rock', kerana syarikat² rakaman pada zaman itu cenderung untuk "meraih" keuntungan dengan menerbitkan album² untuk kumpulan² 'Rock' sahaja. Mereka tiada pilihan lain. Mereka juga "menyamar" kerana mereka mengharapkan tawaran² konsert atau persembahan di radio atau televisyen. Dan bila mereka mendapat tawaran seperti itu, nah! Mereka akan "menjahanamkan" pentas itu dengan "kebingitan" lagu² mereka! Hahahahahahaha! Kejam betul!

Akibatnya, mereka berdepan risiko dihalau keluar dari acara atau pentas tersebut. Dan mereka akan turun dari pentas dengan senyuman penuh kepuasan. Misi mereka telah tercapai! Hahahahaha! Rambozzi® tidak pernah bertemu muka atau menghadiri "upacara kejam" mereka itu. Rambozzi® hanya mendengar cerita dari "otai²" sahaja. Kerana ketika "kejadian ngeri" itu berlaku, Rambozzi® masih di dalam buaian. Heh heh heh heh heh.....

Apa yang hendak Rambozzi® sampaikan di sini adalah, walaupun "Mat Thrash" itu kelihatannya "rabak" dan ganas, tetapi percayalah, di dalam hati mereka ada "taman bunga paling nyaman di dunia...". Bila mereka menjerit lagu² "keras" mereka, "haram kita tak paham langsung!". Hahahahahaha! Tapi, bila mereka mula mengalunkan lagu² cinta, hmmmm... Agak sayu juga bunyinya, sebenarnya...


Rambozzi® seperti mereka. Rambozzi® hanya "menyamar" sebagai seorang 'woodworker' sahaja. Rambozzi® juga mempunyai "misi rahsia" seperti mereka. Apabila Rambozzi® bertukang, ia sebenarnya adalah satu bentuk "luahan perasaan yang sangat dalam". Setiap saat di dalam tempoh bertukang itu, Rambozzi® sebenarnya sedang "bercinta" dengan kayu² seperti "kayu 'pine' yang cantik"Rambozzi® seperti sedang "berbicara" dengan 'power tools' dan 'hand tools' milik Rambozzi®. "Misi" Rambozzi® hanya satu, iaitu memberikan pelanggan Rambozzi® rasa cinta sebenar. Dalam perkataan yang lebih mudah, Rambozzi® memberikan cinta kepada mereka. Heh heh heh heh.....

Apabila Puan Dayang meminta Rambozzi® membuatkan sebuah lagi kaunter untuknya - dengan 'design' yang sama dengan kaunter yang sebelum ini - itu adalah satu bukti kukuh bahawa misi Rambozzi® itu telah tercapai dengan jayanya. Ya. Puan Dayang adalah orang yang sama yang Rambozzi® buatkan Kaunter - Puan Dayang tidak berapa lama dulu.

Berbeza dengan "Mat Thrash" tadi yang hanya berkesempatan membuat persembahan konsert sekali sahaja, Rambozzi® berpeluang untuk mendapat beberapa kali peluang dan kesempatan lagi. Asalkan, Rambozzi® memberikan yang terbaik kepada para pelanggan Rambozzi®. Selagi Rambozzi® mampu memberikan "persembahan" terbaik kepada mereka, Rambozzi® tidak akan "ditendang keluar" dari "pentas" ini.

'Woodworking' ini adalah sebuah persembahan "pentas". Di "pentas" ini Rambozzi® menulis lirik dan skrip, menghafalnya dan mempersembahkannya di hadapan "ribuan" penonton "pentas" ini. Di "pentas" ini Rambozzi® memperlakonkan watak² Rambozzi® sebaik mungkin.

"Rambozzi® akan berkata²;
Rambozzi® akan berbicara;
Rambozzi® akan berjenaka;
Rambozzi® akan ketawa;
Rambozzi® akan berduka;
Rambozzi® akan menangis;
Rambozzi® akan menari;
Rambozzi® akan terjatuh;
Rambozzi® akan terluka;
Rambozzi® akan mengaduh kesakitan..."

Itu realiti Rambozzi®. Itu adalah hidup Rambozzi®. "Pentas" ini adalah dunia Rambozzi®. "Pentas" ini adalah tempat hati Rambozzi® meluahkan perasaan cinta. "Pentas" ini adalah cinta Rambozzi®.

Oraits! Bila namanya adalah sebuah "pentas", maka ia perlu diiringi dengan alunan muzik. Memandangkan Rambozzi® tidak menemui sebuah lagu pun yang mempunyai nama "Dayang", maka Rambozzi® akan memilih lagu dari kumpulan Teras ini sahaja - "Ku Kehilangan Diana" - sebagai "teman" Rambozzi® untuk projek kali ini. Sebuah lagu cinta dari sebuah kumpulan "Thrash" yang menyamar sebagai kumpulan 'Rock', lagu ini menjadi 'hits' dengan bait pertama liriknya - "Setitis embun di pipi, ku tersedar dari mimpi....."


"Setitis embun dipipi
Ku tersedar dari mimpi
Apakah kau kan kembali
Hari ini...

Cepatnya masa berlalu
Resah rindu menunggumu
Seksa rasa kehilangan
Gadis sepertimu...

Hangat cintamu masih membara
Salju turut merasa
Masih kurindui senyumanmu
Kau abadi dalam memori

Kau lambang cinta yang lara
Kini terhapus kisah
Masih kumenanti hadirmu
Oh Diana...
Oh Diana...

Biarkan kisah yang lalu
Ditelan serpihan pilu
Bersama segunung
Impian hati ini

Ku serah pada yang Esa
Menentukan perpisahan
Masihkah kau di dunia
Atau disisiNya..."

Teras - Ku Kehilangan Diana - Teras (1988)

Jadi, 'so'. Tanpa membuang masa lagi - kerana "pentas" ini akan ditutup jika Rambozzi® tidak relevan lagi di atasnya - jom mulakan 'woodworking' kali ini - Kaunter - Puan Dayang - Pt.II.


Oraits! Ini adalah projek paling besar sepanjang Rambozzi® menjadi 'woodworker' ini. Dengan penggunaan kayu yang agak banyak dan memakan ruang kerja kecil Rambozzi® ini, sukar untuk Rambozzi® mengambil gambar setiap satu proses kerjanya. Tapi tidak mengapa. 'Nevermind!'. Ia tidaklah sesukar mana. Ia masih lagi sebuah pertukangan kayu yang Ringkas & Mudah.

Dari ukuran yang diberikan oleh Puan DayangRambozzi® mulakan dengan membuat bahagian 'countertop' dahulu. Beberapa kepingan kayu dipotong kepada beberapa saiz yang berbeza dan dicantumkan membentuk corak 'tiles' atau susunan batu-bata. Kesemuanya dicantumkan dengan menggunakan gam kayu dan skru. Dan semestinya dengan menggunakan Teknik Keramat Rambozzi® iaitu 'pocket hole joinery technique'.

Selesai membuat bahagian 'countertop' itu, studio kecil Rambozzi® ini menjadi semakin mengecil. Itu baru bahagian 'countertop'...


Apabila siap sahaja bahagian bawah untuk kaunter ini, Rambozzi® menjadi sesak, sendat dan senak! Ruangan kerja Rambozzi® telah menjadi terlalu sempit! Keadaan ini amat menyukarkan pergerakan Rambozzi®.


Rambozzi® terpaksa "menyelinap" atau "merangkak" di bahagian bawah kaunter untuk memasang binaan di atas. Ok. Struktur binaan di atas agak "gila" juga sebenarnya hahahahaha! Pada ketika ini, Rambozzi® tidak pasti sama ada projek ini akan berjaya atau gagal. Rambozzi® "tidak nampak dengan jelas" akan hasil akhirnya nanti.

Selesai membuat binaan di atas, Rambozzi® tampalkan beberapa kepingan 'plywood' pula.

Oraits! Seperti yang Rambozzi® nyatakan di atas, ruangan yang semakin sempit menyebabkan Rambozzi® tidak fokus untuk mengambil gambar setiap proses kerja. Rambozzi® hanya fokus untuk menyiapkan projek ini secepat mungkin dan mengeluarkannya dari studio Rambozzi® ini! Hahahahahaha!


Dan projek Kaunter - Puan Dayang - Pt.II siap sepenuhnya dengan jayanya! Yay! Yeah! Hahahahahahaha! Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® geram! Dah la besar, berat pulak tu! Hahahahahaha! Puas hati Rambozzi®! Hmmmppphhh!


Seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas, Kaunter - Puan Dayang - Pt.II ini sedikit berlainan dari versi sebelumnya. Untuk Kaunter - Puan Dayang - Pt.II ini Puan Dayang minta ditambahkan 3 ruangan di bahagian bawah kaunter. Dan kalau "uolls" nak tahu, 3 bahagian para itu adalah bahagian PALING SUSAH di dalam projek ini! Hmmmppphhh!

Rambozzi® berpuas hati dengan struktur binaan projek ini. Ia sangat mencabar Rambozzi®. Bagi Rambozzi®, hmmmm... Ini bukan kemahiran Rambozzi® laa, senang citer! Hahahahahaha!


Dan ia selamat sampai ke destinasinya...

Rambozzi® sangat berpuas hati dengan projek Kaunter - Puan Dayang - Pt.II ini. Projek ini telah mencabar Rambozzi® dan membawa Rambozzi® ke satu tahap baru di dalam dunia pertukangan kayu ini. Rambozzi® belajar tentang bagaimana hendak membina sesuatu dengan lebih kemas dan tersusun lagi. Dan ya, dengan lebih kukuh.


Alang² sudah berada di kedai milik Puan Dayang ini, Rambozzi® tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar projek Kaunter - Puan Dayang juga. Betapa  bangga dan girangnya hati Rambozzi® ini melihat hasil tangan Rambozzi® ini digunakan oleh Puan DayangRambozzi® mendapat kepuasan yang amat sangat sepanjang berada di lokasi Puan Dayang ini.


Dan 2 projek dari Puan Dayang ini tidak terhenti di sini sahaja. Ada satu lagi projek yang ditempah oleh Puan Dayang. Hmmmm... Nampaknya Rambozzi® berjaya membezakan diri Rambozzi® ini dari "Mat² Thrash" yang kejam tadi. Cuma ada satu sahaja lagi kelebihan "Mat² Thrash" itu yang menjadi kebimbangan, kegusaran, ketidakpuasan hati dan menimbulkan cemburu di hati Rambozzi® ini. Ia adalah dalam bentuk yang tidak semua orang mampu mencapainya iaitu; lagu² mereka masih dan terus diburu oleh peminatnya sehingga ke hari ini. Anggota² kumpulan "Thrash" itu menjadi legenda dan nama mereka disebut² oleh peminat mereka sehingga ke hari ini. Ya. Itulah perkataanya! Legenda. "Mat² Thrash" yang "rabak" dan "serabai" itu disanjung dan sangat dihormati pula pada hari ini. Legenda yang disanjung. Itu bukan satu perkara yang mampu dicapai oleh semua manusia di atas muka bumi ini.

Rambozzi® juga hendak menjadi seperti "Mat² Thrash" itu. Rambozzi® juga hendak menjadi seorang legenda. Mampukah Rambozzi®? Dapatkah Rambozzi® menghasilkan sesuatu yang akan membuatkan nama Rambozzi® ini dikenang? Mampukah Rambozzi® menghasilkan karya² seni yang akan menjadi sebutan dan diburu ramai? Mampukah Rambozzi® menaikkan nama Rambozzi® ini sehingga ke tahap seorang legenda?

Sungguh Rambozzi® tidak pasti tentang itu. Yang Rambozzi® tahu, hati Rambozzi® ini sama seperti "Mat² Thrash" itu. Seperti mereka, di dalam hati Rambozzi® ini juga ada "taman bunga yang boleh melegakan hati penghuninya, dengan sebatang pohon 'pine' yang cantik". Rambozzi® tidak fikir di dalam taman bunga di dalam hati "Mat² Thrash" itu juga ada pohon 'pine' yang cantik. Kerana pohon 'pine' yang cantik itu hanya boleh hidup subur di dalam hati 'woodworker' ini...

0 Comments