Hehe hehe hehe hehe... Tetiba je hehe pulak! Hahahahaha! Ok! Ok! Sebenarnya, Rambozzi® berasa agak geli di dalam hati. Baru² ini, Rambozzi® telah ditawarkan satu sesi rakaman video kerja kayu, sebenarnya. Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® pun tak tahu nak tulis apa tentang sesi rakaman video tersebut. Ia tidaklah sepanjang sebuah dokumentari. Ia juga bukanlah untuk disiarkan di kaca televisyen. Ia akan hanya dimuatnaik ke sebuah 'channel' di laman YouTube. Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® sendiri tidak pasti sama ada ia patut Rambozzi® ceritakan di dalam blog ini. Hmmmm... Rasanya tidak salah Rambozzi® menulis tentang perjalanan hidup Rambozzi® sebagai seorang 'woodworker' di dalam blog ini kan?
Sebenarnya tidak ada apa² yang istimewa dan menarik pun yang boleh Rambozzi® kongsikan di sini. Jangkamasa untuk video ini pun hanyalah sepanjang 2 ke 3 minit sahaja. Ermmmm... Mungkin Rambozzi® hanya boleh bercerita mengenai sedikit pengalaman Rambozzi® membuat kerja² kayu di hadapan kamera sahajalah, kot...
Jadi, 'so'. Pada suatu hari, Rambozzi® telah dihubungi oleh Cik Salehan dari sebuah kumpulan media yang agak terkenal di Malaysia ini. Cik Salehan menawarkan satu sesi rakaman video kepada Rambozzi®. Video itu adalah mengenai kerja kayu ringan sahaja. Cik Salehan telah meminta Rambozzi® membuat 2 hasil kerja kayu ringkas secara D.I.Y yang boleh dibuat sendiri oleh penonton 'channel' mereka.
Cik Salehan telah meminta Rambozzi® membuat sebuah 'vase holder' dan juga sebuah 'birdhouse'. Tetapi, memandangkan Rambozzi® akan bertukang di dalam studio mereka - dengan terpaksa membawa beberapa 'power tools' kecil sahaja - maka Rambozzi® telah memberikan cadangan agar ditukarkan projek 'birdhouse' itu kepada sebuah sangkar burung. Bagi Rambozzi®, dengan kekangan 'power tools' sebegitu, sangkar burung adalah lebih mudah dan cepat untuk disiapkan di lokasi mereka.
Cik Salehan bersetuju dengan cadangan Rambozzi® dan menetapkan tarikh untuk membuat rakaman video tersebut.
Jadi, hehehehehehe, gelak lagi, dengan tidak membuang masa lagi - kerana rakaman itu hanya untuk video sepanjang 2 ke 3 minit - jom kita mulakan 'woodworking film' kali ini - Sinar Rambozzi®. Heh heh heh heh heh...
Eh lupa pulak! Hahahahahaha! Untuk video ini, hanya tangan Rambozzi® sahaja yang akan kelihatan. Wajah Rambozzi® "terpaksa" mereka sembunyikan atas sebab² keselamatan. Hahahahahaha!
Rambozzi® mulakan dengan membuat 'vase holder' terlebih dahulu. Projek pertama ini tidaklah sesusah mana. Ia sebenarnya adalah sangat² Ringkas & Mudah. Rambozzi® hanya memotong beberapa batang kayu sahaja di studio mereka dengan menggunakan 'Rambozzi® D.I.Y Mini Cordless Circular Saw'. Oh ya! Terlupa pula Rambozzi® hendak ceritakan di sini. Memandangkan Rambozzi® tidak dapat membawa 'miter saw' atau 'table saw' milik Rambozzi® - kerana saiz dan beratnya - maka Rambozzi® terlebih dahulu membuat sebuah 'D.I.Y table saw' dengan menggunakan BOSCH® Cordless Circular Saw GKS 10,8 V-LI milik Rambozzi®. Rambozzi® akan ceritakan dengan lebih terperinci mengenai 'Rambozzi® D.I.Y Mini Cordless Circular Saw' itu di dalam 'entry' akan datang.
'Rambozzi® D.I.Y Mini Cordless Circular Saw' itu kecil sahaja dan sesuai untuk digunakan untuk sesi rakaman video tersebut. Projek yang akan Rambozzi® siapkan juga telah diambilkira saiz dan ukurannya yang bersesuaian dengan keupayaan 'mini table saw' tersebut.
'Rambozzi® D.I.Y Mini Cordless Circular Saw' itu kecil sahaja dan sesuai untuk digunakan untuk sesi rakaman video tersebut. Projek yang akan Rambozzi® siapkan juga telah diambilkira saiz dan ukurannya yang bersesuaian dengan keupayaan 'mini table saw' tersebut.
Tidak banyak yang hendak Rambozzi® ceritakan di sini. Kita layan gambar je la dulu ye? Boleh? Hehehehehe... 'Actually'nya, Rambozzi® berasa malu pula hendak menulis atau bercerita lebih². Hehehehehehehe peace!
Ok. Seperti yang sering Rambozzi® ingatkan di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, kita memang perlu sentiasa berhati² dan mengutamakan keselamatan ketika 'woodworking'. Rambozzi® akui, Rambozzi® tidak mengenakan peralatan perlindungan diri lengkap sepanjang sesi rakaman video itu. Untuk menggunakan sebuah 'table saw', 'Personal Protective Equipment' (PPE) lengkap seperti 'safety glasses' atau 'safety goggles', 'ear muffs' dan 'dust mask' adalah wajib. Tetapi, memandangkan 'mini table saw' yang Rambozzi® adalah kecil sahaja (tidak bising dan tidak menghasilkan habuk kayu yang banyak), maka Rambozzi® tidak merasakan penggunaan 'ear muffs' dan 'dust mask' adalah satu keperluan.
Rambozzi® memberikan kerjasama sebaik mungkin dengan pihak krew terbabit dengan hanya mengikut sahaja keperluan kerja mereka.
Mereka juga sangat professional. Mereka tidak mengganggu kerja² Rambozzi® dan memberikan masa yang secukupnya kepada Rambozzi® untuk menyiapkan kedua² projek tersebut. Mereka memberikan suasana kerja yang sangat selesa kepada Rambozzi®.
Projek pertama iaitu 'vase holder' berjaya Rambozzi® siapkan tanpa sebarang masalah. Ia sangat mudah dan berjaya Rambozzi® siapkan dalam masa yang singkat sahaja.
TAPI, untuk projek kedua iaitu sangkar burung, hmmmm ia agak mencabar juga. Ia nampak agak mudah, tetapi dalam masa yang sama ia juga agak mengelirukan Rambozzi®. Hehehehehehe...
Berpeluh dingin juga Rambozzi® cuba siapkan sangkar burung itu. Rambozzi® bernasib baik kerana bekerjasama dengan 2 orang krew yang sangat professional. Mereka tidak memberikan tekanan langsung kepada Rambozzi®. Ketika Rambozzi® dalam keadaan yang agak tegang dan bengang, mereka mengajak Rambozzi® berbual mengenai hal² santai dan ringan. Itu agak melegakan Rambozzi®. Mereka bijak mengawal keadaan dan berjaya menenangkan "kebengangan" Rambozzi® pada ketika itu. Heh heh heh heh...
Dan Rambozzi® berjaya menyiapkan kedua² projek itu dengan jayanya.
Oraits! Kedua²nya hanyalah satu kerja pertukangan kayu yang sangat Ringkas & Mudah. Rambozzi® berasa lega kerana berjaya membuat 2 projek mengikut keperluan kerja mereka untuk disesuaikan dengan kandungan video yang mereka kehendaki. Dan yang lebih penting, Rambozzi® berjaya 'woodworking' di hadapan kamera! Hahahahaha! Itu adalah satu pengalaman yang agak ngeri juga bagi Rambozzi®! Hahahahahaha!
Rambozzi® tidak pasti sama ada hasil kerja Rambozzi® itu akan mereka muatnaik ke 'channel' YouTube mereka. Itu adalah keputusan mereka. Rambozzi® hanya memberikan kerjasama sebaik mungkin sahaja.
Ini adalah satu pengalaman baru dan sangat berharga bagi Rambozzi® yang amatur ini. Ini juga adalah satu peluang yang mungkin boleh membantu Rambozzi® mengembangkan lagi nama Rambozzi® sendiri. Ini adalah sesuatu yang sangat berharga bagi Rambozzi® ini...
Di kesempatan ini, Rambozzi® ingin merakamkan ucapan jutaan TERIMA KASIH kepada Cik Salehan, bro Akmal, bro Qayiem dan juga CK atas peluang yang diberikan kepada Rambozzi® ini. Ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga bagi Rambozzi®. Hmmm dah berapa kali Rambozzi® tulis kan? Hahahahahaha! Betul. Ini adalah satu pengalaman yang sangat berharga bagi Rambozzi®...
Jika video itu "lulus" dan dimuatnaik ke YouTube, Rambozzi® akan kongsikan lagi di dalam blog ini. Ini adalah satu kebanggaan bagi Rambozzi®. Rambozzi® yang selama ini hanya menulis "citer² ngarut" di blog ini, telah diberikan satu peluang yang memang di luar jangkaan atau impian Rambozzi®. Rambozzi® yang "sekecil" ini telah diberikan satu peluang untuk melalui sebuah pengalaman yang sebegini besar. Pengalaman ini adalah satu kepuasan kepada Rambozzi®, sebagai 'woodworker' ini.....
'Love'
"My Heart"
Awie
BOSCH®
Cintaku
Converse CONS
Cordless Circular Saw
Cordless Drill
DIY
I Love You
Irwin®
Kerja Kayu
KREG®
Rak Kayu
Sangkar Burung
SinarTV
Woodworking
1 Comments
Depan kamera..wow, kalau saya memang stress gila
ReplyDeleteAnyway...syabas Rambozzi
happy woodworking