"This Romeo is bleeding
But you can't see his blood
It's nothing but some feelings
That this old dog kicked up..."
"Romeo yang berdarah"?
Tidaklah. Yang berdarah itu adalah "hasil kerja" ini sahaja. Perhatikan imej di atas dengan sepenuh fokus dan perasaan. Ia bukanlah darah. Ia hanyalah simbolik sahaja. Simbolik kepada pendarahan dalaman yang ditanggung oleh Rambozzi®, mungkin? Pendarahan dalaman tidak mungkin dapat dilihat oleh mata kasar. Ia hanya dapat dirasai dan dinikmati...
Ya. Hampir 4 bulan Rambozzi® meninggalkan blog ini. Ia satu tempoh yang agak lama, tapi tidak sesekali Rambozzi® akan meninggalkan dunia "woodworking" ini. Rambozzi® perlu terus berkarya. Rambozzi® perlu terus bekerja, Rambozzi® perlu teruskan "woodworking" ini. Kerana ia sudah menjadi sebahagian dari hidup Rambozzi®. Bekerja di dalam dunia "woodworking" ini tidak mengenal erti penat dan lelah. Biar dipanah mentari dan dibasahi hujan, Rambozzi® perlu terus berkarya...
"It's been raining since you left me
Now I'm drowning in the flood
You see I've always been a fighter
But without you I give up..."
Romeo itu tidak berdarah pada zahirnya. Mungkin hanya pada batinnya sahaja. Atau mungkin pada hasil karya itu sahaja. Memang sengaja Rambozzi® mentafsirkan hasil kerja ini seolah² ia menggambarkan satu pendarahan serius telah berlaku. Tapi seperti yang Rambozzi® nyatakan tadi, ia hanya simbolik sahaja...
Cermin² itu itu boleh pecah seribu, tetapi semangatnya adalah 'unbreakable'.
Cermin² yang tajam itu juga boleh melukakan dan menyebabkan pendarahan, tetapi kekuatan menahan sakit itu adalah 'unbreakable'.
Warna merah di antara serpihan cermin² itu boleh menggambarkan penderitaan, tetapi Rambozzi® masih boleh tersenyum dan mengungkapkan perkataan, 'unbreakable' Rambozzi®...
Jadi, 'so', dengan tidak membuang masa lagi - kerana Rambozzi® takut hendak menatap bayangan di dalam serpihan² cermin itu - jom kita mulakan projek 'woodworking' kali ini; Rambozzi® namakan projek ini sebagai "Rambozzi® - Unbreakable".
Rambozzi® mulakan dengan memotong beberapa keping kayu 'pine' dan juga sekeping 'plywood'.
Kemudian Rambozzi® tebuk pula lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti.
Sebaik memotong kepingan² kayu 'pine' yang cantik di atas, baru terasa sedikit segar dan ceria di hati Rambozzi®. Barulah terasa diri dan hati ini "hidup" kembali. Rupa²nya Rambozzi® memang tidak boleh meninggalkan dunia "woodworking" ini, langsung.
Meninggalkannya akan menyebabkan jiwa Rambozzi® terasa kosong.
Meninggalkannya akan menyebabkan hati Rambozzi® terasa sunyi.
Meninggalkannya akan menyebabkan jantung Rambozzi® terasa seperti tiada degupan langsung.
Itu adalah perkaitan rapat di antara 'heart' dan 'a heartbeat'...
Bila ada keduanya, maka hati akan cuba menyanyikan lagu cinta, walau tiada kedengaran suara yang menyanyikannya lagi... (Hmmmm... Semakin parah dan kritikal tulisan Rambozzi® sekarang ini.....)
"Now I can't sing a love song
Like the way it's meant to be
Well, I guess I'm not that good anymore
But, baby, that's just me..."
Oraits! Kayu² 'pine' dan 'plywood' di atas Rambozzi® potong kepada saiz² yang diperlukan. Semuanya telah diukur dengan mengambilkira saiz² "barangan" yang akan disimpan di dalamnya. Apakah barangan yang akan disimpan di dalam hasil kerja ini nanti? Harap bersabar dan teruskan "menonton program realiti Rambozzi®" ini. Heh heh heh heh heh...
Kesemua bahagian kayu di atas akan digam dan diskrukan melalui lubang² 'pocket hole' yang telah siap ditebuk. Sampai ke hari ini, Rambozzi® bukan sahaja setia, tetapi Rambozzi® tidak memikirkan langsung untuk menggunakan teknik² cantuman yang lain. Mungkin belum tiba waktunya atau mungkin tidak perlu digunakan langsung. Entah...
2 keping kayu yang bertanda anak panah merah di dalam gambar di atas adalah berfungsi sebagai 'spacer', sebenarnya. Ia akan memastikan jarak di antara setiap para adalah sama.
Memandangkan ruangan di antara para itu agak sempit untuk dimasukkan 'cordless drill', maka Rambozzi® memasang 'right angle drill attachment' untuk membolehkan Rambozzi® memutar skru² yang terlibat di dalam kejadian di atas. Hehehehehe apa punya ayat ntah.....
4 batang kayu dipotong serong pada 'miter' 45°. Dengan menggunakan 'band clamp', Rambozzi® gam dan cantumkan kayu² di atas membentuk sebuah 'frame'. 'Frame' itu adalah untuk bahagian pintu projek ini.
Di bahagian dalam 'frame' Rambozzi® gamkan sekeping 'plywood'. Kemudian 'frame' itu Rambozzi® pasangkan ke bahagian utama projek ini dengan menggunakan engsel. Dua biji 'plastic door catch' juga Rambozzi® skrukan untuk membolehkan pintu itu tertutup rapat ke rak.
Rambozzi® bercadang hendak menampal sekeping cermin muka di bahagian belakang pintu itu. Tetapi disebabkan teknik memotong cermin yang lemah, Rambozzi® gagal memotongnya dengan kemas dan cantik. Akibatnya, cermin itu pecah.
Ah! Rambozzi® bernasib malang. Kekurangan dan kelemahan Rambozzi® sendiri menjadi penyebab kegagalan "woodworking" ini. Memang Rambozzi® beriya² hendak "menyalahkan" 'glass cutter' ataupun cermin yang nipis itu. Tapi itu adalah sifat mereka. Itu adalah kejadian mereka. Rambozzi® patut menyalahkan diri Rambozzi® sendiri, bukan? Malang sungguh nasib Rambozzi®...
"Well, there ain't no luck
In these loaded dice
But, baby, if you give me just one more try
We can pack up our old dreams and our old lives
We'll find a place where the sun still shines..."
Rambozzi® balut cermin yang pecah itu dengan menggunakan 'stretch film' dan bercadang hendak membuangnya ke dalam tong sampah. Tapi sebelum ia dibuang, ada baiknya Rambozzi® lepaskan kemarahan dan geram di dalam hati ini dulu kan? Geram tau? Tau?
Jadi, Rambozzi® "hentak" cermin itu dengan menggunakan tukul getah. Dan ia pecah berkecai. Dan ia tidak mungkin dapat dicantumkan lagi. Dan ia akan kekal berderai. Maka, sampailah maksud lagu "Always" nyanyian kumpulan Bon Jovi itu... Ia akan "always" pecah berkecai, selamanya...
Tapi...
Tiba² datang satu ilham di fikiran Rambozzi® ini. Ya! Serpihan² cermin itu boleh dijadikan satu karya seni! Jadi Rambozzi® asingkan dan pilih beberapa kepingan serpihan cermin itu yang Rambozzi® rasakan sesuai untuk dijadikan satu karya "seni".
Rambozzi® susunkan pula serpihan² cermin itu di atas 'plywood' pada 'frame' di atas dan lekatkan ia dengan menggunakan 'super glue'.
Penggunaan semula serpihan² cermin itu ibarat cinta, kasih dan sayang yang tidak bertepian. Bayangkan, ia nyaris² dibuang, tetapi dikutip dan diambil kembali. Pada ketika ini Rambozzi® sedar, Rambozzi® telah "jatuh cinta" kepada serpihan² cermin itu...
Ok itu agak teruk! Hahahahahahaha!
"And I will love you, baby, always
And I'll be there forever and a day, always
I'll be there 'til the stars don't shine
'Til the heavens burst and the words don't rhyme
And I know when I die,
You'll be on my mind
And I'll love you always..."
Kemudian Rambozzi® warnakan ruangan² di antara serpihan² cermin itu dengan menggunakan 'acrylic paint'. Dan memang Rambozzi® sengaja memilih warna MERAH MEMBARA itu. Kerana warna MERAH MEMBARA itu melambangkan diri Rambozzi®, seluruhnya...
Sebelum cat itu kering, Rambozzi® bersihkan lebihan² cat yang terkena permukaan cermin dengan menggunakan kain basah.
Dan "Rambozzi® - Unbreakable" ini siap sepenuhnya. Yay!
"Now your pictures that you left behind
Are just memories of a different life
Some that made us laugh, some that made us cry
One that made you have to say goodbye
What I'd give to run my fingers through your hair
To touch your lips, to hold you near
When you say your prayers, try to understand
I've made mistakes, I'm just a man..."
Ya Rambozzi® mengakui Rambozzi® memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Tapi sebaik mungkin Rambozzi® cuba memperbaikinya agar hasil dari kesilapan itu boleh dijadikan satu kegembiraan pula kepada orang lain, kalaupun tidak kepada diri Rambozzi® sendiri...
Ah! Rambozzi® suka dengan hasil akhir projek ini!
Dan Rambozzi® susunkan koleksi 'safety glasses' yang Rambozzi® miliki ke dalam "Rambozzi® - Unbreakable" ini. Heh heh heh heh heh rupanya² projek ini adalah sebuah rak untuk menyimpan 'safety glasses' sahaja.....
Sekarang projek "Rambozzi® - Unbreakable" ini sudah siap. Tapi lirik lagu "Always" ini masih berbaki. Rambozzi® pun tidak tahu hendak mengaitkan dengan apa lagi saki-baki lirik ini... Tak mengapa, Rambozzi® akan habiskan sahaja lagu ini. Rambozzi® akan menyanyikan lagu ini di dalam hati Rambozzi® sahaja. Kerana Rambozzi® tidak pandai menyanyi. Rambozzi® hanya tahu menjiwai lagu sahaja. Dan Rambozzi® hanya tahu menjiwai dan menyintai "woodworking" Rambozzi® ini sahaja. "Woodworking" Rambozzi® ini adalah, 'unbreakable'...
"When he holds you close, when he pulls you near
When he says the words you've been needing to hear
I'll wish I was him 'cause those words are mine
To say to you 'til the end of time
Yeah, I will love you, baby, always
And I'll be there forever and a day, always
If you told me to cry for you
I could
If you told me to die for you
I would
Take a look at my face
There's no price I won't pay
To say these words to you
Well, there ain't no luck
In these loaded dice
But, baby, if you give me just one more try
We can pack up our old dreams and our old lives
We'll find a place where the sun still shines
And I will love you, baby, always
And I'll be there forever and a day, always
I'll be there 'til the stars don't shine
'Til the heavens burst and the words don't rhyme
And I know when I die,
You'll be on my mind
And I'll love you, always..."
Bon Jovi -" Always" - Cross Road (1994)
"Always..."
"Unbreakable..."
'Love'
"My Heart"
BOSCH®
Cintaku
Deepest Feelings
Display Rack
DIY
I Love You
Kerja Kayu
KREG® Jig K5
Rak Kayu
Rak Pameran
Woodworking
4 Comments
Always ohsem project woodworking Bro. Selamat maju jaya Bro!...
ReplyDelete:mirul:
Rambozzi terpaksa always ohsem...
DeleteTerima kasih bro mirul...
Karya yg penuh emosi...Bro Rambozzi you are always the best...from Khuzairi Zaini a.k.a Kingbullet
ReplyDeleteKita kena ada feel lebih dalam woodworking ni bro Khuzairi Zaini. Hasil kerja bro sendiri sangat halus. Itu sangat feel punye keje tu hehehehe peace bro!
Delete