- Plywood Boxes - Puan Ili



Di dalam hidup ini, kita mempunyai pilihan. Sama ada 2 atau lebih, yang pastinya, bila disebut PILIHAN, maka ianya mestilah lebih daripada 1. Sekarang Rambozzi® sedang berkira² (dengan menggunakan tali 'tape' tu) sama ada hendak melayan kerenah dan keletah 'Hylobatidae'² di dalam pejabat ini, ataupun keluar pada waktu rehat dan ke kilang kayu. Dan Rambozzi® memilih untuk keluar dari pejabat dan ke kilang kayu! Yeah! Cool! Jom!


Asalnya, Rambozzi® meminta pekerja² di kilang itu memotong 'plywood' itu kepada saiz² yang Rambozzi® nak. Tapi, rasanya, disebabkan dorang malas nak melayan permintaan Rambozzi® tu, maka dorang hanya "sudi dengan ikhlas" untuk membelahnya kepada 4 bahagian sahaja. Hmmmm... Tiada pilihan, Rambozzi® terpaksa bersetuju sahaja. Kerana untuk membawa pulang 2 keping 'plywood' selebar 4x8 kaki setebal 18mm dengan menggunakan kereta kecil Rambozzi®, bukanlah sesuatu yang "diminati" oleh abang² polis trafik yang "bertebaran" di luar sana... Heh heh heh heh...

Takpe. Rambozzi® boleh cuba membelahnya sendiri dengan 'table saw' di 'studio' nanti.

Ermmmm... Lupa pula ye. 'Plywood' ini adalah untuk dibuat beberapa biji kotak yang diminta oleh Puan Ili. Ada berbagai saiz yang diperlukan oleh Puan Ili untuk disusun di atas rak atau rangka besi yang telah ditempahnya terlebih dahulu. Jadi, tugas Rambozzi® hanyalah membuat beberapa biji kotak dari 'plywood' sahaja.

Jadi, tanpa membuang masa lagi - kerana kita ada 2 pilihan, sama ada hendak membuang masa atau mengisinya dengan "woodworking" - maka, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Plywood Boxes - Puan Ili.


Di studio, Rambozzi® belah pula kepingan² 'plywood' tadi kepada saiz² yang diperlukan. Rambozzi® akui, Rambozzi® kurang berpengalaman mengoperasikan mesin ini. Jadi, projek Plywood Boxes - Puan Ili ini boleh menjadi satu pengalaman baru yang sangat berharga buat Rambozzi®.

Rambozzi® gunakan masa dengan sebaik dan sepenuhnya untuk memastikan operasi ini berjaya. Dengan teliti juga Rambozzi® pastikan 'table saw fence' itu dilaraskan ke kedudukan yang paling tepat.

Oh ya... Gambar di atas adalah untuk tujuan fotografi sahaja hehehehehe. Sebab itu Rambozzi® tidak memakai 'ear muffs' dan juga 'dust mask'. Sori ye hehehehehehe...


Dan kepingan² 'plywood' tadi berjaya dibelah kepada saiz² yang diperlukan. Projek ini tidaklah sesukar mana. Tidak ada sebarang 'settings' atau teknik yang kritikal. Hmmmmm... 'Actually'nya, operasi membelah 'plywood' kepada saiz yang tepat adalah sesuatu yang agak kritikal juga. Kan... Ok! Jadi, di dalam 'woodworking' ini, semuanya adalah kritikal! Oraits?! Heh heh heh heh...


Memandangkan Rambozzi® masih belum berkesempatan untuk membuat 'table saw sled', maka Rambozzi® potong sahaja kepingan² 'plywood' di atas dengan menggunakan 'miter saw'Rambozzi® agak bertuah dan bernasib baik kerana membeli 'sliding miter saw'. Kerana fungsi 'sliding'nya membolehkan Rambozzi® memotong 'plywood' yang agak lebar.


Untuk mencantumkan kepingan² 'plywood' itu menjadi sebuah kotak, Rambozzi® akan gunakan 'pocket hole joinery technique' yang amat Rambozzi® sayangi dan cintai. Ohhh... Rambozzi® sayang amat dengan 'pocket hole' ini. Rambozzi® suka 'pocket hole'!


Dan 'plywood' di atas adalah "bende" paling besar, paling panjang dan paling berat yang pernah Rambozzi® tebuk dengan menggunakan KREG® Jig K5 itu.


Proses seterusnya hanyalah proses mencantumkan kepingan² 'plywood' tadi membentuk kotak² seperti di dalam gambar di atas. Hanya dengan menggunakan gam kayu dan skru sahaja. Sangat ringkas, sangat Rambozzi®.


'Wood veneer' di dalam gambar di atas akan digunakan untuk menutup 'end grain' yang kelihatan pada 'plywood' berkenaan. Ok. Projek ini tidaklah sesusah mana. Tetapi operasi untuk menampal 'wood veneer' ini teramatlah cerewetnya..... Aduh...... Aduh!


Mula² sekali, Rambozzi® potong dahulu 'wood veneer' itu kepada panjang yang diperlukan. Untuk memotong 'wood veneer' itu Rambozzi® hanya menggunakan gunting sahaja.


Dan ia dibelah pula kepada lebar yang diperlukan. Kali ini Rambozzi® hanya menggunakan 'utility knife' sahaja.

Oraits! Memandangkan proses menampal 'wood veneer' ini ke 'plywood' agak "menyeronotkan" hati Rambozzi®, maka Rambozzi® tidak sempat, tidak hendak dan tidak mahu mengambil gambar prosesnya heh heh heh heh...

Hmmm... Sebenarnya, sudah beberapa kali juga rasanya Rambozzi® kongsikan cara² menampal 'wood veneer' ini di dalam blog ini. Kan? Tidak ada sebarang teknik rahsia, hanya dengan menyapu 'contact adhesive' ke kedua² permukaan 'wood veneer' dan 'plywood', dan lekatkan sahaja. Sangat mudah, sangat ringkas, tetapi sangat cerewet juga!


Dan projek Plywood Boxes - Puan Ili ini siap sepenuhnya! Yay!

Rambozzi® serahkan kotak² di atas kepada Puan Ili dan Puan Ili agak gembira (Rambozzi® rasa la sebab Puan Ili nampak agak 'cool' heh heh heh...). Sampai sahaja di rumahnya, dengan tidak membuang masa lagi terus Puan Ili menyusunnya di atas rangka besi yang telah siap tersedia di rumahnya. Dan...

"Rambozzi!"
"Ye puan Ili. Yo! Peace! Cool man! Chill!"
"Awak dah salah ukuran! What?!"
"Haaaaa?! Iye ke puan?! Semua ke puan?! Halamak!!!"
"4 bijik je. Tapi... Rambozzi! Awak dah salah ukuran!!!"
"Maaf puan! Maafkan Rambozzi puan!"
"Takpe. Rasanya ia masih boleh dibaiki. Nanti saya hantar semula dan awak kena betulkan! Tau?!!! Auuummm!!!"
"Ye puan! Baiklah! Boleh puan! Peace!"

Heh heh heh heh... Sebenarnya bukan salah Rambozzi® pun. Tapi salah Sketch Up. Ya! Sketch Up lah puncanya! Aaa... aaa... aaa... No no no... Bukan salah Rambozzi® ye... Salah Sketch Up. Dan salah orang yang menggunakannya... Heh heh heh heh... Peace!


5 Comments

  1. Bro. Elok kalau bro Rambozzi tak pakai glove masa guna table saw. Bahaya tu bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 bro atas peringatan tu. Rambozzi baru je lepas baca bbrp artikel ttg hal ni. Niat Rambozzi nak grip plywood yg berat tu. Tapi rupanya sgt bahaya.

      Terima kasih byk2 atas peringatan ini.

      Delete
  2. Kenapa x install dust collector kt table saw tuh, debu & chip bleh bertebangan msuk paru2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada vacuum disambungkan ke port kat table saw tu bro. Tapi tak nmpk la dlm gmbr tu sbb Rambozzi tgh action je tuu huhuhuhu... Dlm situasi sebenar, Rambozzi akan pasangkan vacuum, dan pakai safety glass, ear muff dan dust mask bro...

      Delete
  3. mana nak dpt kreeg jig pocket hole tu? berapa harga?

    ReplyDelete