Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Kuala Lumpur, 7 Ogos 2015 - Kekurangan sumber rujukan dan kenaikan kos sara hidup yang tinggi kini menjadi kebimbangan di kalangan warga kota, khususnya golongan tukang kayu.

Meskipun mendapat bantuan dan sokongan moral dari komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia di laman Facebook, masih ramai yang keliru dan bimbang untuk mendapatkan bekalan gergaji elektrik dari syarikat² gergasi antarabangsa.

"Kita... Sebagai rakyat Malaysia... Yang hidup dalam satu negara yang berbilang bangsa... Hendaklah bersatu...  Dan mengumpul wang...  Dan dana.. Untuk membeli... Gergaji yang boleh membantu kita... Sebagai rakyat Malaysia... Untuk... Bersama²... Membasmi kemiskinan... Khususnya golongan "miskin bandar"... Yang makan gaji... Yang tidak pernah cukup gaji... Tetapi.. Justeru itu... Haaa mana satu ntah! Janganlah kita... Makan gergaji... Jika kita... Dalam negara yang aman ini... Belum menggosyok gigi... Kita semua... Dan rakan² kita... ", tegas Menteri Pertukangan Kayu Dalam, Luar Negeri dan Ke Laut, Tun S Rambozzi®.

Menurut beliau lagi, ramai tukang kayu yang ingin membeli gergaji elektrik tetapi amat mengharapkan pendapat dan sokongan moral dari beliau.

"Saya... Sebagai Menteri yang anda sayangi... Akan memanjangkan isu ini ke Parlimen... Tidak lama lagi... Kerana saya... Pada masa ini... Sedang membuat lawatan kerja... di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat... Dan saya... Berjanji... Akan pulang ke ibu negara... 3 bulan lagi...", ujar beliau ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, syemalam.

"Tak bro. Lu sekarang nie kat Milwaukee ke kat lobi Parlimen? Lu kat mana sebenarnya sekarang nie, bro?"

"Halamak kantoi pula!!!"


Adakalanya, Rambozzi® memang tidak mempunyai ilham untuk menulis di sini. Rambozzi® tidak berapa selesa, jika sesebuah 'entry' itu terus sahaja ke isinya, tanpa sebarang pengenalan atau 'intro'. 'Entry' itu sendiri akan terasa sangat tawar, tidak berperisa. Jadi, Rambozzi® sentiasa memerah kepala ini untuk mencari sedikit ilham yang Rambozzi® rasakan boleh menenangkan jiwa pembaca yang penat 'woodworking'. Ya. 'Woodworking' memang sangat menyeronokkan. Tetapi juga amat memenatkan. Terutamanya jika sesuatu projek itu agak kompleks struktur pembinaannya. Dan lebih memenatkan lagi jika projek yang sedang di"ejas" dengan pelanggan yang bertanya itu, masih belum mencapai kata putus atau lebih teruk lagi, ia menemui jalan buntu.

Untuk mengisi masa "lapang dan santai ini" - dan untuk menenangkan hati yang panas ini - Rambozzi® perlu menulis sesuatu, sambil mengurut² peha ini (bila poket kosong, peha terasa kebas² juga... Ngape ye...).

Memandangkan Rambozzi® baru sahaja siap menulis 'entry' 3 'Power Tools' Asas Untuk Memulakan Hobi Pertukangan Kayu Secara D.I.Y sebentar tadi, jadi, alang², baik juga kalau Rambozzi® teruskan ke topik yang seterusnya pula.

Oraits! Kali ini Rambozzi® akan menulis tentang 'power tools' "paling hangat", "paling dicari", "paling dikehendaki", "paling diingati", "paling dirindui selalu" - iaitu gergaji elektrik! Jeng! Jeng! Jeng!

Ok. Secara ringkasnya, Rambozzi® akan hanya cuba menulis mengenai 4 jenis gergaji elektrik sahaja. Kerana gergaji yang dikuasakan oleh tenaga elektrik untuk tujuan 'woodworking' ini, terlalulah banyak jenisnya..... Ada 'jigsaw', 'circular saw', 'miter saw', 'table saw', 'scroll saw', 'bandsaw', 'radial arm saw', 'rotary saw', 'reciprocating saw', 'chainsaw' dan macam² lagi laaaa... Jadi Rambozzi® akan pilih  4 sahaja untuk ditulis serba sedikit mengenainya iaitu 'jigsaw', 'circular saw', 'miter saw', dan 'table saw'.

'Actually'nya hanya 4 jenis itu sahajalah yang Rambozzi® ada, dan ada sedikit pengalaman menggunakannya. Tapi tidak mengapa. 'Nevermind'. Keempat² jenis gergaji elektrik itu adalah jenis yang paling "rapat" dengan 'D.I.Y woodworkers'.

Seperti biasa, suka Rambozzi® nak ingatkan di sini bahawa, Rambozzi® bukanlah seorang pakar mengenai mesin² "liar dan ganas" ini. Rambozzi® juga bukanlah wakil dari mana² syarikat gergasi itu. Rambozzi® tidak dibayar untuk menulis mengenai mesin² ini. Rambozzi® hanya menulis sebagai pengguna, sebagai 'woodworker', sebagai 'blogger' dan sebagai Rambozzi® ini sahaja.

Jadi, 'so'. Rambozzi® tidak menjamin bahawa apa yang akan Rambozzi® tuliskan nanti adalah tepat, bermaklumat, atau berguna kepada mana² pihak sekali pun. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat, silalah amalkan budaya membaca... Bacalah sebarang artikel mengenai "woodworking" ini. Terdapat banyak artikel dengan "fakta" yang menarik, dan adakalanya teramat sukar untuk dipercayai atau "dihadam" oleh akal fikiran kita. Terdapat terlalu banyak kajian yang kita mungkin berasa susah untuk percaya pada asalnya, yang kita ketawakan, tetapi akhirnya kita akan "terpinga²" bila kita betul² sudah menemuinya... Fakta "unik" seperti itu dipanggil 'unbelievable' laaaaaaaaa......! Kan...

Oraits! Dengan tidak membuang masa lagi - dengan rasa takutkan "kerakusan" mesin² ini; dengan jantung yang berdegup kencang; dengan nafas yang sekeras dengusan kuda - jom kita mulakan sekali lagi "cerita" "woodworking" kali ini - Janji Digergaji!!!


Jadi, ramai yang bertanya kepada Rambozzi®, gergaji elektrik jenis yang manakah yang perlu mereka beli untuk memulakan 'woodworking' ini? Sungguh Rambozzi® tidak dapat memberikan jawapan tepat kerana terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan mesin ini. Dan bila ditanya kepada Rambozzi®, sebagai Rambozzi® ini, Rambozzi® amat mementingkan ketepatan.

Rambozzi® cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan yang boleh membantu mereka membuat keputusan. Untuk 'entry' kali ini, Rambozzi® akan cuba memberikan sedikit penerangan mengenai kegunaan, kelebihan dan kekurangan setiap satu jenis gergaji itu - berdasarkan pengalaman Rambozzi® menggunakannya.

Oraits! Rambozzi® mulakan dengan jenis yang pertama; iaitu 'jigsaw'. 'Jigsaw' adalah gergaji elektrik yang paling banyak dibeli oleh mereka yang ingin mula bertukang. Antara faktornya adalah harganya yang lebih murah jika dibandingkan dengan 3 jenis lagi itu. Ia juga agak ringan. Mampu memotong kayu dengan cepat dan mudah digunakan dengan sebelah tangan. Selain daripada itu, 'jigsaw' "kelihatan" lebih selamat untuk digunakan berbanding yang 3 jenis lagi tadi.


Ada pelbagai jenis mata gergaji untuk 'jigsaw' ini yang boleh ditukar mengikut jenis 'material' yang hendak dipotong. Rambozzi® tidak akan menulis mengenai jenis² mata gergaji untuk 'jigsaw' itu di sini. Boleh baca di dalam 'entry' terdahulu yang bertajuk Jigsaw Blades.


Untuk membuat potongan lurus dengan tepat, kita boleh 'clamp'kan 'square' ke kayu yang hendak dipotong.


'Square' itu akan berfungsi sebagai 'guide' untuk memastikan kestabilan 'jigsaw' itu.

Dengan memilih mata gergaji yang sesuai, kita boleh mendapatkan potongan yang cepat, tepat dan halus.


Walaubagaimanapun, PADA PENDAPAT Rambozzi®, 'jigsaw' bukanlah gergaji yang sesuai untuk membuat potongan tepat 90°. Mata gergajinya yang lembut dan mudah "terpesong" dari laluan akan menjadikan sebarang percubaan untuk memotong dengan lurus, adalah hampir mustahil.

Perhatikan anak panah merah di dalam gambar di atas. Jelas, kayu itu tidak tepat 90°.

Ada 'woodworkers' yang OK dan tidak mempunyai masalah langsung dengan keadaan itu. Tetapi bagi Rambozzi®, itu mendatangkan rasa 'frust' di hati kecil ini...


Bila "disukat" dengan menggunakan 'try square', memang Rambozzi® akan berasa kecewa.

Ketidaktepatan potongan menggunakan 'jigsaw' boleh berlaku dalam potongan jenis 'miter' seperti di dalam gambar di atas.


Dan dalam potongan 'bevel' seperti di dalam gambar di atas.

Atau yang lebih memeritkan lagi, potongan itu tidak tepat dalam kedua² keadaan 'miter' dan 'bevel', serentak!

 

Dan bila kayu itu cuba disambungkan ke kayu yang lain, hasilnya akan sangat mengecewakan.

Jadi, PADA PENDAPAT Rambozzi®, 'jigsaw' tidak sesuai untuk digunakan untuk potongan lurus.

Ini bukanlah bermakna bahawa 'jigsaw' tidak boleh digunakan langsung untuk potongan lurus dan tepat. Ini hanya pendapat Rambozzi® sahaja. 

Jadi, untuk mengelakkan diri Rambozzi® daripada dijadikan "bahan politik", atau "dihentam" secara atas talian, maka, Rambozzi® dengan ini ingin memaklumkan, bahawa 'jigsaw' BOLEH dibeli sebagai gergaji pertama untuk 'woodworking'.

Tapi 'jigsaw' memang tak sesuai untuk potongan lurus dan tepat! Hahahahaha! Lariiii!!!


Lagi sekali, walaubagaimanapun, 'jigsaw' adalah antara mesin TERBAIK untuk memotong lengkungan pada kayu, papan, 'plywood' atau lain² 'material'.


Itu adalah KELEBIHAN 'jigsaw'.


Seterusnya adalah 'circular saw'. Ok, memandangkan Rambozzi® tidak memiliki sebarang 'corded circular saw' lagi buat masa ini, maka Rambozzi® akan gunakan 'cordless circular saw' sahaja dulu, untuk dijadikan contoh.

 

Sama seperti 'jigsaw', 'circular saw' juga memerlukan 'guide' untuk membuat potongan dengan lurus. Hanya 'clamp'kan 'square' ke kayu yang hendak dipotong, dan potong.


'Circular saw' juga amat sesuai digunakan untuk memotong papan, 'plywood', 'chipboard' dan lain² 'material' yang lebih lebar. Sebatang pembaris aluminium yang tebal dan panjang amat berguna untuk operasi seperti di atas.


Hanya 'clamp'kan ke 'material' yang hendak dipotong, dan potong.

Kelebihan 'circular saw' ini adalah kemampuannya untuk memotong dengan lurus dan tepat,  dan juga cepat. Mata gergajinya yang jauh lebih keras jika dibandingkan dengan mata gergaji untuk 'jigsaw' adalah antara faktor utama kepada kestabilannya ketika dioperasikan. Dan hasil potongannya juga amat bersih dan kemas.

Untuk potongan 'miter' juga, 'circular saw' boleh melaksanakan tugasnya dengan sangat berkesan. Yang diperlukan hanyalah 'guide' yang tepat, "tangan yang katang dan tak goyang punye" dan "hati yang tabah".


Untuk potongan 'bevel' pula, rasanya, hampir kesemua 'corded circular saw' boleh dicondongkan ke sudut 'bevel' yang dikehendaki.


Dan, 'circular saw' juga lebih 'versatile'. Ramai 'woodworker' yang menjadikannya sebagai 'D.I.Y table saw'.

Janganlah diketawakan 'cordless circular saw' Rambozzi® itu hehehehehe malu lah! Itu untuk tujuan demonstrasi sahaja. Hehehehehe...

Oraits! Dengan membina meja kerja yang bersesuaian, 'circular saw' boleh diskrukan dari bawah meja, dan mata gergajinya akan keluar di atas permukaan meja kerja kita. Sekarang, kita sudah memiliki sebuah 'table saw'!

'Cool eh?' Tetapi AWAS! Dapatkan nasihat dan bantuan pakar jika ingin mencuba 'advance techniques' seperti di atas. Kepada mereka yang baru menceburi bidang ini, dan tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kemahiran menggunakan sebuah 'circular saw', 'please don't try this at home'.

Oraits! Jadi, 'so', PADA PENDAPAT Rambozzi®, 'circular saw' adalah gergaji elektrik yang BOLEH, PATUT, WAJIB dibeli untuk 'woodworking' ini.


Seterusnya... Jeng! Jeng! Jeng! Haaaaa... 'Miter saw'! Oooh! Cool! Yeah!

PADA PENDAPAT Rambozzi®, 'miter saw' adalah gergaji elektrik TERBAIK yang PATUT dibeli jika ingin memulakan bidang pertukangan kayu ini. Antara kelebihannya adalah kestabilan dan ketepatan potongannya. Dan juga keupayaannya untuk memotong dalam pelbagai 'angle' atau dipanggil 'miter cuts'. Juga boleh membuat potongan 'bevel cuts'. Atau, untuk 'level' dan keperluan kerja yang lebih 'advance', ia boleh memotong secara 'compound miter cuts'; iaitu memotong dalam keadaan 'miter' dan 'bevel' serentak!

Gambar di atas Rambozzi® "pinjam" daripada laman web Bosch® kerana Rambozzi® tidak mahu mengubah sebarang 'setting' pada 'slide miter saw' milik Rambozzi® itu. Ia sekarang sedang berada di dalam keadaan terbaik, dengan kadar ketepatan sebanyak 99.999%. Susah tau nak setkan 'miter saw fence' itu kepada 90° dengan sangat tepat. Heh heh heh heh...


Kedudukannya yang terletak kukuh dan "kemah-keming" di atas meja, dengan 'fence'nya yang stabil dan tepat, adalah kekuatan utama sesebuah 'miter saw'.


Memotong tepat 90° BUKANLAH KERJA SUSAH bagi 'miter saw'.


Dan untuk potongan 'miter' juga, 'miter saw' hanya akan "tersenyum" sahaja.


Ketepatan di atas adalah "KRITIKAL" bagi Rambozzi®. Kekemasan potongan itu adalah satu "KEPERLUAN" bagi Rambozzi®.


Itu yang Rambozzi® "SUKA DAN NAK".


Juga untuk potongan tepat 45° seperti di dalam gambar di atas, 'miter saw' BOLEH melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan memuaskan hati.


Dari segi 'speed' , 'miter saw' BOLEH memotong sebanyak mana pun kayu yang kita nak dengan cepat, tepat dan sama panjang, tanpa sebarang masalah.

Bagi Rambozzi®, secara peribadi, 'miter saw' adalah gergaji elektrik yang MESTI ADA, TAK BOLEH TAK DE, KENA ADA bagi seseorang 'woodworker'.


Dan yang terakhir adalah 'table saw'.

Untuk mesin ini, Rambozzi® "terpaksa" menulis dengan menggunakan beberapa senarai pendek. Kerana mesin ini mempunyai terlalu banyak ciri untuk ditulis di dalam satu baris ayat.

Oraits! 'Table saw' adalah sebuah gergaji elektrik yang:-

- paling mahal
- paling 'best'
- paling 'cool'
- paling diidami oleh setiap 'woodworkers'
- dan paling bahaya!

Disebabkan ia mempunyai elemen "paling bahaya" itu, maka 'table saw' adalah TIDAK DICADANGKAN untuk dibeli sebagai gergaji elektrik pertama oleh mereka yang baru ingin menceburi bidang ini. Sebab:-

- sangat bahaya, bro. Baik guna gergaji elektrik jenis lain yang lebih selamat dulu. Biasakan diri dan tangan dahulu dengan mesin² dahulu.

- mahal sangat. Beli yang lebih murah dahulu, kalau dirasakan bidang ini tidak sesuai dengan jiwa kita, tidaklah terasa sangat ruginya nanti.

- kita boleh jadikan 'circular saw' sebagai 'table saw'.

- mesin ini dicipta untuk 'woodworker' yang 'advance'. Untuk 'beginner' atau "nubis", baik biasakan diri dan tangan dengan mesin² dahulu la, bro.

- tapi kalau ada MODAL yang 'ooh cool!' dan "hati yang kental", memang tak rugi kalau membeli sebuah 'table saw' sebagai gergaji pertama. Heh heh heh heh...
  

Antara kelebihan 'table saw' ini adalah kemampuannya untuk membelah 'material' yang besar dan lebar seperti papan, 'plywood', 'chipboard' dan lain².


Untuk memotong kayu juga tiada masalah. Boleh gunakan 'miter gauge' itu ataupun dibuat sebuah 'table saw sled' untuk lebih rasa "woodworking" yang "sejati"...


Dan pastinya 'table saw' juga boleh memotong dalam pelbagai sudut 'miter' dan 'bevel'.


Dan sekali lagi, Rambozzi® "pinjam" gambar di atas daripada laman web Bosch® kerana Rambozzi® tidak mahu mengubah sebarang 'setting' pada 'table saw' milik Rambozzi® itu. Ia sekarang sedang berada di dalam keadaan "tenang", "ceria" dengan darjah "kebahagiaan" melebihi 100°. Heh heh heh heh...


Untuk kerja² yang lebih 'advance', banyak lagi teknik pertukangan kayu yang boleh 'table saw' lakukan.

Ok Rambozzi® tipu! Hahahahaha! Tak, macam nie sebenarnya, 'rabbet' pada kayu² di atas tu sebenarnya Rambozzi® potong dengan menggunakan 'mini router/trimmer', bukan dengan menggunakan 'table saw' tu hehehehehehe peace!

Rambozzi® sengaja "memanipulasikan" kayu² itu dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa 'table saw' itu juga boleh membuat potongan jenis 'rabbet' seperti itu.

Bukanlah tujuan Rambozzi® hendak menipu.

"Mereka kata saya tipu! Tidak! Ini kenyataannya! Ini adalah faktanya! Dulu... Sebelum saya jadi Menteri... Memang saya suka menipu! Ah hahahahaha! Sekarang... Saya bekerja untuk rakyat... Kerana rakyat sudah banyak berjasa kepada saya. Bukan saya yang berjasa kepada rakyat! Ah hahahahaha! Untuk itu... Saya kena bekerja lebih keras... Gergaji ini milik rakyat... Milik anda semua... Sebagai... Rakyat Malaysia... Yang bersatu-padu..."

"Saya ingin mengajak tuan² dan puan² semua... Kita amalkan cara hidup sihat... Kita keluarkan peluh... Dengan bidang "woodworking" ini... "Woodworking" itu bagus... Kerana... "Woodworking requires working with and carrying wood around a lot. This results in more physical activity, which results in better physical health. Keeping your body physically fit is really important and can help prevent the occurrence of various illnesses later on in life. By being physically fit you can reduce chances that you will have a heart attack, have seizures, become a diabetic, and reduce the chances of having a number of other illnesses."

Demikian tegas Tun S Rambozzi®. Menurut beliau lagi, generasi muda di era 'social media' ini telah mengabaikan cara hidup sihat dengan banyak menghabiskan masa dengan "bermain" Facebook, Instagram, Whatsapp, membaca blog rambozzi.blogspot.com dan lain² lagi.

"Kita banyakkan bersenam... Kita ber'jogging'... Kita berlari... Kita berenang... Kerana berenang itu 'best'... Berenang boleh 'keeps your heart rate up but takes some of the impact stress off your body. builds endurance, muscle strength and cardiovascular fitness. helps maintain a healthy weight, healthy heart and lungs. tones muscles and builds strength'...", tegas Tun S Rambozzi® ketika ditemui pemberita sedang mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil gambar 'we-fie' bersama kekasih²nya, Neelofa dan Nur Fazura Sharifuddin di lobi Parlimen, awal pagi tadi.

 

Dan ya, 'woodworker' kental yang menggunakan 'table saw' tidak akan dapat mengelakkan dirinya dari membuat pelbagai jenis 'table saw jigs':-

- 'small-parts jig'
- 'thin-rip jig'
- 'cross-cut sled'
- 'miter sled'
- 'taper jig'
- 'box-joint jig'

Itulah antara keseronokan bagi seseorang 'woodworker' yang betul² "woodworking" dengan menggunakan 'table saw'.

Jadi, 'so'. Untuk topik ini, PADA PENDAPAT Rambozzi®, 'table saw' BOLEH dibeli sebagai gergaji elektrik pertama bagi mereka yang ingin memulakan bidang 'woodworking' ini. Ikut kesesuaian kerja, ikut modal yang sanggup dikeluarkan dan ikut keperluan 'woodworking' itu sendiri.


Oraits! Fuhhhh! Lega rasanya selepas berjaya menulis 'entry' ini! Ohhhh! "Uolls" tak tahu sudah berapa kali Rambozzi® mengulang jawab soalan ini dari ahli² di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia......

Oraits! Pendapat di atas adalah pendapat Rambozzi®, sebagai 'amateur woodworker' ini, sebagai Rambozzi® ini. Pendapat di atas adalah berdasarkan pengalaman Rambozzi® sahaja. Diharapkan, agar sedikit info itu akan dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin membeli gergaji elektrik.

Sekarang Rambozzi® akan kembali ke "dunia woodworking" Rambozzi®. Rambozzi® nak "woodworking" lagi. Rambozzi® suka "woodworking". Rambozzi® perlu "woodworking". Kerana "woodworking" itu 'best'. Seperti berenang juga... 

"Kita... Perlu bersatu... Dengan semangat ini... Dengan cinta ini... Kita woodworking! Bersama² dengan saya... Kita berusaha... Kita bekerja... Kita bertukang... Sayangi gergaji anda... Cintai gergaji anda... Jangan biarkan gergaji kita rosak...", tegas Tun S Rambozzi® lagi, selepas beliau merasmikan Menara Rambozzi® di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Satu.....!
MALAYSIA!!!

Janji.....!
DIGERGAJI!!!

Gergaji.....!
SAMPAI TUA!!!

Rosak.....?!
DIBUANG!!!

Ke mana.....?!
KE LAUT!!!!!


Semenjak Rambozzi® menjadi Rambozzi®, Rambozzi® telah "dianggap" atau "disalah anggap" sebagai seorang "pakar" di dalam bidang ini. Heh heh heh heh... Itu adalah satu kesilapan, 'man'. 'Actually'nya, ia berpunca dari blog ini. Blog ini adalah satu²nya 'woodworking blog' di dalam Bahasa Melayu yang paling aktif di Malaysia. Blog ini tanpa Rambozzi® sedari telah menjadi sumber rujukan untuk bidang pertukangan kayu secara D.I.Y ini. Dan sebagai penulis blog ini, Rambozzi® telah "dihujani" dengan "ribuan" soalan daripada "ratusan ribu" pembaca dan peminat Rambozzi® mengenai bidang ini. Heh heh heh heh...

Selepas Rambozzi® mewujudkan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia di laman Facebook, hampir "setiap minit" Rambozzi® menerima pelbagai pertanyaan dari pelbagai platform berkenaan hobi ini. Rambozzi® kini adalah 'woodworker' paling sibuk di Malaysia, bukan sibuk bertukang, tetapi sibuk menjawab pelbagai pertanyaan dari "para peminat" Rambozzi®. Hehehehehehe... Tetapi Rambozzi® cuba untuk tidak "menghampakan" mereka. Rambozzi® cuba sebaik mungkin untuk berkongsi sedikit ilmu, info dan pengalaman Rambozzi® mengenainya. Mungkin tidak banyak yang boleh Rambozzi® kongsikan dengan mereka, tetapi dari "respon" yang Rambozzi® terima, rasanya, mungkin ada sedikit yang boleh digunapakai. Kot...

Jadi, 'so'. Ada beberapa kali, Rambozzi® tidak berjanji, tetapi maklumkan pada mereka bahawa Rambozzi® akan menulis sebuah artikel mengenai peralatan asas yang diperlukan untuk memulakan hobi pertukangan kayu ini. Selepas beberapa bulan (Rambozzi® bukannya malas, Rambozzi® sebenarnya tidak berapa rajin je heh heh heh heh...) akhirnya, kali ini - di dalam 'entry' ringkas ini - Rambozzi® akan cuba memberikan sedikit pendapat dan pandangan Rambozzi®.

Untuk hal ini, Rambozzi® akan hanya memberikan sedikit pandangan mengenai 'power tools' asas sahaja. Sebab, ohhh memang terlalu banyak 'power tools', 'hand tools', aksesori dan lain² perkakasan dan mesin untuk 'woodworking' ini. Hatta, terdapat juga 'software' atau 'application' yang perlu ada dan dipelajari dengan menggunakan komputer pula. Nak bertukang kayu je, bro. Komputer pun kena guna jugak tau? Tau?

Oraits! Sebelum Rambozzi® teruskan tulisan ini, suka Rambozzi® nak ingatkan beberapa perkara. Iaitu:-

- Rambozzi® bukanlah seorang pakar di dalam bidang ini.
- Rambozzi® bukanlah seorang pakar mengenai mesin² untuk bidang ini.
- Rambozzi® hanyalah seorang 'woodworker' yang sangat amatur.
- Rambozzi® masih baru di dalam bidang ini.
- Rambozzi® masih muda remaja.
- Rambozzi® tidak menjamin "kesahihan" sebarang maklumat di dalam 'entry' ini.
- Rambozzi® tidak menipu, Rambozzi® bukan penipu.
- Rambozzi® bukan seorang anggota polis.
- Polis akan tangkap Rambozzi® kalau Rambozzi® menipu.
- Rambozzi® akan dipenjarakan.
- Rambozzi® tidak berani "menjamin" bahawa uolls akan datang menjamin Rambozzi®.
- Apatah lagi melawat Rambozzi® di penjara.
- Rambozzi® tidak pasti sama ada berus gigi ada dibekalkan di penjara.
- Susah la Rambozzi® nak gosyok gigi nanti.

Ok? Untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih, amalkan budaya membaca. Terdapat banyak 'woodworking blog' dan 'channel' di Youtube yang "bercerita" mengenai 'woodworking' ini.

Jadi, 'so'. Dengan tidak membuang masa lagi, jom kita mulakan cerita 'woodworking' kali ini - 3 'Power Tools' Asas Untuk Memulakan Hobi Pertukangan Kayu Secara D.I.Y. Ya. Tajuk itu agak panjang kerana Rambozzi® tamakkan semua 'keywords' itu. Yeah! Heh heh heh heh...


Jadi, antara soalan yang selalu Rambozzi® terima adalah seperti berikut pula:-

- Yo bro! Gua baru nak 'start' jadi 'woodworker' ni, ann? Sebab lu la, bro! Jadi, gua nak tanya lu sikit la kalau lu tak kerek, ann? Mesin apa gua nak kena beli dulu nie, bro? Aduh... Ann?"

- Salam sejahtera kepada tuan Rambozzi® yang kini sedang berada di dalam keadaan santai. Diharapkan agar kehadiran surat ini tidak mengganggu rutin harianmu. Adapun tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk mendapatkan sedikit pendapat tuan Rambozzi® mengenai hal² pertukangan kayu ini. Sebab lu la, bro! Ohh! Maafkan bahasa saya itu. Saya ingin mengetahui mengenai beza di antara mesin ini dengan mesin itu. Harap tuan Rambozzi® sudi melayan pertanyaan saya ini. Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca, harap balas.

- Hai awak... Tengah buat apa tuuu? Tengah bertukang ke? Awak guna miter saw ke table saw? Ok... Gud nite awak...  Sweet dreams...

Hehe. Hahahaha! Aduh... Lebih kurang macam tu lah bunyi soalan²nya...

Biasanya Rambozzi® hanya menjawab secara ringkas sahaja. Iaitu, hanya 3 'power tools' sahaja yang diperlukan untuk memulakan bidang ini. Dan 3 'Power Tools' Asas Untuk Memulakan Hobi Pertukangan Kayu Secara D.I.Y itu adalah:-

1. GERGAJI ELEKTRIK


Ya. Gergaji elektriklah yang paling diperlukan. Dan Rambozzi® tidak akan menyentuh mengenai gergaji tangan. Bukanlah bermakna gergaji tangan itu sudah tidak relevan di zaman 'social media' ini. Tetapi sebab Rambozzi® sendiri. Rambozzi® adalah 'modern woodworker' yang gilakan teknologi mesin. Atau lebih tepat lagi, Rambozzi® tidak pandai menggunakan gergaji tangan, sebenarnya. Hehehehehehe peace!

Ada pelbagai jenis gergaji elektrik dari pelbagai 'brand' yang terdapat di Malaysia ini. Rambozzi® hanya senaraikan 4 jenis gergaji elektrik yang paling 'famous' di kalangan 'woodworker' iaitu:-

1. 'Jigsaw'
2. 'Circular saw'
3. 'Miter saw'
4. 'Table saw'

Pilih salah satu atau dua atau kesemua jenis gergaji elektrik di atas dengan mengambil kira faktor² seperti modal, tahap penggunaan, jenis atau 'style' kerja kayu yang hendak dibuat, tahap kerja kayu itu sendiri sama ada untuk tujuan hobi atau secara 'hardcore', dan lain² faktor yang berkaitan.

Oraits! Untuk mendapatkan sedikit 'idea' dan maklumat mengenai kegunaan dan beza di antara 4 jenis gergaji elektrik itu, Rambozzi® juga akan tulis sebuah artikel mengenainya, sekejaaaap je lagi ye...

2. CORDLESS DRILL


'Cordless drill' boleh didapati dari pelbagai jenama, 'power', 'design' dan macam² ciri lagi la. Dapatkan satu. Mesin ini sangat berguna dan paling banyak digunakan di dalam 'woodworking'.

3. SANDER


'Sander' atau 'sanding machine' atau 'power sander' haaa mana satu ntah! adalah mesin yang sangat² Rambozzi® rekemenkan agar dibeli kalau nak jadi 'woodworker'! Dulu, Rambozzi® telah membeli agak lambat mesin ini. Dan Rambozzi® menyesal.....

3 'power tools' sahaja. Gergaji elektrik, 'cordless drill' dan 'sander'. Itu sudah lebih dari cukup untuk menjadi seorang 'woodworker'.

Ada banyak lagi 'power tools' untuk 'woodworking' ini seperti 'planer', 'router', 'nail gun', dan lain². Tetapi mesin² itu boleh dibeli secara berperingkat atau mengikut keperluan. Dapatkan 3 'power tools' itu dahulu, mulakan 'woodworking' dan kita akan tahu sendiri apa yang perlu dibeli lagi nanti. Pastikan kita faham dan tahu cara² menggunakan setiap satu 'power tools' tersebut. Dan yang paling penting, pastikan kita tahu dan amalkan langkah² keselamatan ketika mengoperasikan mesin² tersebut. Oraits? Cool! Yeah!


Jadi, 'so'. Of coz la, bro. Lain² alatan tangan juga perlu ada. 'Measuring tape', sesiku L, 'clamp', 'workbench', pensil, 'marker', pembaris, 'level', tukul, pahat, kikir dan lain² tu WAJIB ada. Ada banyak lagi tetapi Rambozzi® tidak akan senaraikan di sini sebab 'entry' ini hanyalah mengenai 'power tools' sahaja. Beli secara berperingkat dan mengikut keperluan kerja.


Dan ya. 'Vacuum' pun kena ada juga. 'Woodworking' ni banyak habuk kayu, bro. Setakat hari ini, sudah 4 'vacuum' yang Rambozzi® beli. 2 dah meletup sebab habuk kayu yang halus telah menyebabkan 'filter' pada 'vacuum' tersumbat. 1 lagi tidak menyedut habuk dengan berkesan. Dan Skil® 8700 Wet & Dry Vacuum Cleaner 30L (by Bosch®) di atas adalah yang terbaru yang Rambozzi® beli, tidak berapa lama dulu.

'Woodworking' ini memang sangat menyeronokkan. Ada yang menjadikannya sebagai hobi di masa lapang. Ramai pula yang menjadikan bidang ini sebagai satu sumber pendapatan. Yang penting adalah minat. Minat kena ada, bro. Ada bakat, tapi tak de minat pun tak guna, bro. Dan kena ada "hati".

Sebagai Rambozzi®, "hati" Rambozzi® ini amat seni dan halus, juga amat sensitif. Sedikit kesilapan dan kecuaian ketika "woodworking" akan membuatkan "hati" Rambozzi® ini terguris, dan Rambozzi® akan menangis. Di dalam "woodworking" ini, Rambozzi® boleh merancang dan menetapkan pendirian untuk satu² teknik itu. Tetapi Rambozzi® memang takkan boleh lari dari melakukan kesilapan.

Tapi Rambozzi® tidak pernah merasa malu atau ego untuk meminta maaf. Sepanjang menjadi 'woodworker' ini, sudah berkali² Rambozzi® meminta maaf kepada 'power tools', hand tools', kayu² 'pine' yang "cantik", 'plywood'², 'laminate'² dan lain² yang rosak dan "terguris" akibat kecuaian Rambozzi® itu. Kalau ada yang datang melawat Rambozzi® di studio kecil ini, janganlah terkejut atau berasa pelik tatkala melihat Rambozzi® tiba² sahaja melutut di lantai dan memohon maaf. Itu tandanya Rambozzi® telah melakukan kesilapan. Hahahahaha! Aduh... Apa punye tulisan daa..... 



Rambozzi® kembali! 
Sentiasa dinanti! 
Bagai selebriti! 
*Setiap hari! 
Bangun pagi! 
Gosyok gigi! 
Minum kopi! 
Sapu Pixy! 
Pakai Estée! 
Suka hati! 
Senyum Preity! 
Ambik selfie! 
Hello Rambozzi®! 
Senyum lagi! 
Sampai pagi! 
(dan sila ulang kembali rangkap di atas bermula dari Setiap Hari! selama beberapa hari lagi hihihihihihi...).

Oraits! Itulah dia, lagu terkini dari artis paling digilai ramai masa kini, Rambozzi®! Yeah! Cool! Lagu itu bertajuk "Selfie Preity di Pagi Hari" yang dipetik dari album terbaru Rambozzi® - "Gosyok Gigi" - yang baru sahaja di'release'kan pagi tadi hehehehehehehehe... 'Release' kan? Ke 'relief'? 'Relief' selepas 'release'... Kot...

Ok. Kali ini Rambozzi® tidak akan menulis tentang 'woodworking'. Tetapi masih lagi berkenaan 'woodworking', cuma tiada sebarang projek 'woodworking' je la... Kali ini Rambozzi® akan menulis tentang 'hand tools' dan aksesori yang memang Rambozzi® gunakan di dalam 'woodworking' ini.

Oraits. Sebelum Rambozzi® teruskan tulisan ini, suka Rambozzi® nak 'highlight'kan di sini bahawa, Rambozzi® bukan 'woodworker' biasa. Rambozzi® adalah 'woodworker' yang sangat luar biasa. Rambozzi® adalah 'Your Woodworker'. Berbeza dengan 'woodworker' lain di bumi Malaysia ini, Rambozzi® tidak hanya 'woodworking', Rambozzi® juga adalah seorang 'blogger'. Dan blog ini adalah sebuah 'woodworking blog'.

Dan bila disebut perkataan 'a woodworking blog', maka, - nak tak nak, tak boleh tidak - Rambozzi® KENA menulis tentang 'woodworking'. Menulis tentang 'woodworking' di dalam sebuah 'woodworking blog' tidak semestinya berkisarkan teknik² pertukangan kayu sahaja. MESTI ADA, TAK BOLEH TAK DE, KENA ADA juga artikel² dan gambar² berkenaan dengan 'power tools', 'hand tools', jenama² terkenal di dalam bidang ini dan lain² hal yang berkaitan.

Jadi, so... Kali ini Rambozzi® akan menulis tentang beberapa produk dari jenama Milwaukee®, buatan U.S (rasanya la kot...), yang Rambozzi® miliki, dan yang terdapat di pasaran Malaysia ini.

Jika Bosch® menjadi pilihan Rambozzi® untuk 'power tools', Milwaukee® kini menjadi antara 'brand' kegemaran Rambozzi® untuk seleksi beberapa 'hand tools', selain dari beberapa lagi 'brand' seperti Irwin®, Stanley®, Kreg® dan lain².

Memandangkan tidak banyak produk Milwaukee® yang "berjaya" dibawa masuk ke Malaysia, maka Rambozzi® hanya berpeluang untuk "menyambar" beberapa produk yang ada sahaja. Antara produk Milwaukee® yang Rambozzi® "miliki" setakat ini adalah:- 

- Milwaukee® Pouch Bag, 
- Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure 
- dan yang terbaru Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife. 

Ok. Untuk Milwaukee® Pouch Bag tu, Rambozzi® tidak pasti mengenai "keasliannya" kerana model itu tidak Rambozzi® jumpai di dalam laman web rasmi Milwaukee®. Hehe... Jadi, Rambozzi® tidak akan menulis mengenai Milwaukee® Pouch Bag.


Rambozzi® adalah seorang 'woodworker' yang tidak patut dicontohi, sebenarnya heh heh heh heh. Kerana Rambozzi® ini suka atau lebih tepat lagi "gilakan" 'power tools' dan 'hand tools' dari jenama² terkenal dunia hehehehehe peace! Dan bila Rambozzi® "gilakan" jenama² terkenal, maka Rambozzi® terpaksa menghabiskan wang ringgit dalam nilai yang agak tinggi semata² untuk kepuasan hati Rambozzi®. Hehehehehe peace lagi!

Cinta Rambozzi® ini sesuci embun pagi. Demi cinta ini, Rambozzi® sanggup berbuat apa sahaja untukmu, kasih. Demi cinta ini, Rambozzi® perlu ceriakan hati ini, agar ia dapat pula menerangi hatimu itu, cinta. (Jap jap Rambozzi® nak tutup mulut nak gelap jap...kih kih kih kih...) Jika hati ini ceria, maka ia akan menghasilkan baja² asli yang dapat Rambozzi® gunakan untuk membajai pepohon bunga di hatimu, 'sweetheart'. Dan ia akan berbunga... Bunga akan berkembang mekar, 'slowly' tapi terasa geli dan suka di hati... Hihi...

Ok dah dah dah! Jadi, 'so'. Tanpa membuang masa lagi - dengan senyuman sampai ke pipi - jom kita bercerita tentang 'woodworking' kali ini - ermmmm...


Oraits! Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure di atas adalah 'measuring tape' paling mahal dalam koleksi Rambozzi®. Ia adalah sepanjang 8 meter atau 26 kaki. Milwaukee®  mendakwa, ia adalah 'measuring tape' paling tahan lasak di dalam kelasnya. Beberapa ujian yang dijalankan membuktikan kekukuhan 'body' dan tali 'tape' itu sendiri. Tali 'tape' itu pula dilindungi oleh lapisan 'nylon' untuk lebih ketahanan. 


Selain dari 'lock button' untuk mengunci pergerakan tali 'tape' secara tetap, Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure mempunyai satu slot khas di bawahnya yang dipanggil 'finger stop' khusus untuk diletakkan jari telunjuk, dan menjadi fungsi penguncian ekspres (sila lihat gambar di atas). 'Finger stop' itu juga dilindungi oleh sebatang besi untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepada jari. Ohh! Jangan ketawa ya! Kerana ia memang berlaku. Kalau tak percaya, tanya Pidah. Pidah! Pidah! Mana si Pidah nie... Dah lama dia tak kacau Rambozzi® heh heh heh heh...

Fungsi 'finger stop' itu sebenarnya sangat mengujakan hati Rambozzi®! Kerana memang ada ketika, Rambozzi® jarang menggunakan 'lock button' pada mana² 'measuring tape' pun, kerana hendak cepat. Milwaukee® memahami perasaan hati 'woodworker' seperti Rambozzi® ini. Benar. Sungguh² Milwaukee® memahami hati Rambozzi® ini... Terima kasih Milwaukee® atas kesudianmu membuka pintu hatimu untuk Rambozzi®. Terima kasih Milwaukee® kerana memahami hati Rambozzi® ini. Terima kasih Milwaukee® kerana memahami cinta Rambozzi® ini. Dan terima kasih Milwaukee® kerana sudi menyintai Rambozzi® ini. 

Oh Milwaukee®! 
Aku cinta padamu laaaaa! 
'I love u so much...'
'I love U tadi...'
'I love U jap lagi...'
'I love U esok pagi...'
'I love U setiap hari...'


Di bahagian belakang Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure ini terdapat penyangkut yang memang berlainan daripada kebanyakan 'measuring tape' yang lain. 'Wire form belt clip' itu didakwa oleh Milwaukee® sebagai sangat "mesra pengguna", mudah disangkut dan dicabut dari tali pinggang dan tidak merosakkan tali pinggang. Aduhhh... Rambozzi® memang tak faham langsung la dengan pemikiran dan kepala otak omputih nie... Sampaikan hal² yang sekecil itu pun, diperincikan dengan sebaiknya oleh mereka. Ini tidak ada dalam budaya orang kita. Kan? Hasilnya memang sangat memuaskan hati pembeli dan pengguna. Nilai positif itulah yang cuba Rambozzi® terapkan di dalam hasil² kerja 'woodworking' Rambozzi®......


Selain daripada itu, Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure ini juga boleh "berdiri"...

Ok. Itu mengarut. Haha. Haha. Haha. Haha. Haha. Haha.


Ok. Dan yang terakhir, 'magnetic hook' pada hujung 'measuring tape' ini. Memang sangat berbeza dengan yang biasa kita lihat kan.....? Ia dipanggil '360 degree hook attachment'. Cool eh?

Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure ini adalah "kesayangan" Rambozzi®. Walaupun 'studio' kecil Rambozzi® ini "dikelilingi" oleh "ramai" tali² 'tape' yang "cantik", "ayu", "seksi", "mempesonakan", dan boleh "menggoyang" cinta Rambozzi® ini, tidak ada satu pun yang mampu menandingi "kejelitaanmu", kasih... 'Oh! I love u so much...' Dengan sesungguh² hati ini.....


Tali² 'tape' di atas adalah antara koleksi peribadi Rambozzi® setakat ini. Tidak banyak yang hendak Rambozzi® perkatakan tentang mereka. Rambozzi® tidak "tergoyang" dengan "keseksian²" itu. Rambozzi® ada Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure. Kan...


Oraits! Aduh penatnya menulis... Citer pasal tali 'tape' je tu, bro! Hahahahahaha! Best! Best! Rambozzi® suka menulis di blog ini. Rambozzi® suka blog ini.

Ok. Seterusnya adalah 'utility knife' paling cantik pernah Rambozzi® miliki. Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife di atas adalah 'utility knife' kesayangan Rambozzi®. Ok! Seperti biasa, hanya model itu sahaja yang ada dalam pasaran Malaysia. Milwaukee® FASTBACK™ II memang Rambozzi® tak jumpa lagi. Apatah lagi Milwaukee® FASTBACK™ III yang akan di'release'kan tidak berapa lama lagi di U.S.

'Actually'nya, hanya ada satu perbezaan sahaja di antara ketiga² versi untuk Milwaukee® FASTBACK™ ini. Versi II dan III memiliki satu slot khas untuk menyimpan mata pisau tambahan di dalamnya. Itu sahaja. Jadi, Rambozzi® rasa, itu bukan sesuatu yang kritikal yang bisa mengecewakan hati Rambozzi® kalau tidak dapat memilikinya. Tapi, kalau ada kat Malaysia, Rambozzi® akan beli! Yay! Yeah! Oohhhh! Cool! Heh heh heh heh...


'Design' Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife ini sekali lagi telah membuatkan "jiwa" Rambozzi® meracau-kacau-bilau-hanyut-ke-laut. Pertama kali Rambozzi® terjumpa ia di dalam sebuah laman web tempatan, Rambozzi® dah tak tunggu lama. Terus Rambozzi® 'order' laaaaaaaaa! Aaaaaaaa! Hahahahahaha! Seronotnya! Hahahahahahaha!

Aduh... Rambozzi® tak nak cerita panjang² sangat pasal "bende" nie. Sebab, susah nak di'describe'kan rasa "kecintaan" Rambozzi® ini kepadanya. Cinta yang sesuci dan seikhlas ini tidak akan dapat diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan. Ia hanya dapat disampaikan melalui perasaan... Hmmmmmmm... Sekali lagi, 'I love U so much...'. 'I love U...'

'Design' yang sangat menarik dengan saiz yang sangat sesuai dengan tangan Rambozzi®. "Muat² tangan" Rambozzi® ni je. Tau? Kemas. Tau? Cantik. Tau? Rambozzi® suka sangat. Tau?

Oraits! Antara ciri istimewa yang terdapat pada Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife ini adalah:-


- 'Press-and-flip operation' - hanya tekan butang hitam tersebut dan 'flip' - dan pisau akan terkeluar (sila lihat gambar di atas).
- 'Tool-free blade change' - mudah dan cepat untuk menukar mata pisau.
- 'Durable all-metal body' - 'All-metal', bro. Faham² je la...
- 'Wire stripper' - ada slot untuk memotong dawai, tali tanpa perlu mengeluarkan pisau dari sarungnya.


Dan seperti Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure tadi, 'wire-form belt clip' di bahagian belakangnya akan memudahkan ia untuk disangkut dan dicabut dari tali pinggang. Dan tidak merosakkan tali pinggang.


Hehehehehehehe... Rambozzi® pun tak tahu ngape Rambozzi® beli semua 'utility knife' kat atas tu. Rambozzi® pun tak tahu bila Rambozzi® akan menggunakan setiap satu dari kesemua pisau² itu. Hehehehehehehe... Tapi Rambozzi® 'happy' sangat. Hehehehehehehe...
Dan seperti Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure tadi, kesemua 'utility knife' di atas telah "tewas" kepada "kejelitaan" Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife itu... Sekali lagi - dari dalam hati ini - 'I love U... So much...'

Oraits! Tamatlah kisah Milwaukee® 8m/26' Magnetic Tape Measure dan Milwaukee® FASTBACK™ Flip Utility Knife itu heh heh heh heh... 

Dan seperti yang selalu Rambozzi® nyatakan di dalam blog ini,

"I am Rambozzi®"
"I am Your Woodworker"
"i-woodworking with Style"
"i-woodworking with Heart"
"i-woodworking with Love"



Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ▼  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ▼  August 2015 (3)
      • - Janji Digergaji!!!
      • - 3 'Power Tools' Asas Untuk Memulakan Hobi Pertuk...
      • - I'm back! FASTBACK™!!!
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes