- Rambozzi® Layout Tools Display Panel
" Liku-liku perjalanan
Rintangan kulalui
Merentas dengan ketabahan
Cekal dihati..."
Wah! Sudah lebih daripada sepurnama Rambozzi® tidak menulis di sini. Wah! Hahahahaha! Rasa teruja pulak! Heh heh heh heh...
'Actually'nya, Rambozzi® tidak sempat hendak menyiapkan "beberapa projek besar" yang Rambozzi® terima sepanjang bulan lepas. Ada beberapa kekangan yang menyebabkan Rambozzi® lambat menyiapkan projek² berkenaan. Tapi jangan risau, 'don't u worry', Rambozzi® masih lagi 'woodworker' ini. Rambozzi® kini "kembali". Yeah man! I'm back! Cool!
"Aku kini kembali
Menemui mu lagi
Bagaikan mentari pagi
Menerangi kegelapan
Malam yang tak bercahaya..."
Yeah! Demikianlah tadi sebuah lagu yang bertajuk "Kembali" dari kumpulan 'rock' paling kejam di bumi Malaysia ini 'ever', Sofea S.Y.J! Lagu ini dipetik dari album yang juga bertajuk "Kembali" yang diterbitkan pada tahun 1987. Wah! 1987!
Oraits! Kali ini, Rambozzi® akan hanya menulis sedikit sahaja kerana projek ini pun tidaklah sesukar mana. Hanya satu projek yang sangat² Ringkas & Mudah sahaja. Kalau dilihat dan diperhatikan, ia hanyalah sekeping 'plywood' yang digantungkan ke dinding sahaja. TETAPI, ia bukan calangan projek juga. Kerana ia mengandungi beberapa teknik yang sangat 'woodworking'; ia bertujuan untuk sesuatu yang sangat 'woodworking'; dan ia dibuat oleh Rambozzi® yang memang "uolls" ketahui adalah seorang 'woodworker' yang sangat² "woodworking", 'right'? Heh heh heh heh heh...
Jadi, so... Tanpa membuang masa lagi - selepas sebulan lebih Rambozzi® tidak meluangkan masa di sini dengan "uolls" kan... - jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® Layout Tools Display Panel. Yeah!
Sebenarnya, 'plywood' ini adalah lebihan dari projek yang sedang Rambozzi® siapkan sekarang ini. Dengan saiz 2x4 kaki dan setebal 18mm, Rambozzi® rasa ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah panel untuk Rambozzi® gantungkan koleksi pembaris, sesiku L, 'marking gauge', 'try square', 'speed square', 'rafter square' dan beberapa lagi 'layout tools' yang lain.
Oraits. Rambozzi® mulakan dengan menebuk 'dado' di atas permukaan 'plywood' berkenaan. Ok. Ada perbezaan di antara 'dadoes' dan 'grooves'. Rambozzi® tidak akan terangkan di sini, kerana masalah bahasa heh heh heh heh. Jadi, lebih baik kalau kita sama² lihat dan belajar dari video di bawah ye. 'Learn the difference betweeen dadoes and grooves'.
Hanya 1 'dado' sahaja yang Rambozzi® tebuk di atas permukaan 'plywood' itu, dan ia memang khusus untuk disangkutkan 'try square' milik Rambozzi®. Ermmmm... Sebenarnya ia tidak disangkutkan, tetapi diselitkan sahaja. Ermmmm... kot...
Ok. Untuk tujuan keselamatan dan kekemasan, slot 'dado' itu Rambozzi® tebuk dengan 3 peringkat kedalaman. Maknanya, ia tidak ditebuk dengan "sekali jalan" sahaja. Ketebalan slot yang hendak ditebuk, saiz mata 'straight router bit' dan kuasa 'mini router/trimmer' itu sendiri tidak mengizinkan proses itu dibuat dengan sekali 'pass' sahaja. Lagipun, ia lebih kemas dan boleh mengurangkan risiko 'plywood' itu pecah² atau rosak teruk atau rosak terus. Hehehehehehehehe...
"Kesabaran - mengiringi
Kepahitan - teman hati
Pahit getir yang ku tempuhi
Jadi pengajaran..."
Oraits! 'Dado' itu berjaya ditebuk dengan jayanya. 'Say what?' Yay!
Dan kedua² 'try square' dan 'rafter square' itu memang berjaya diselitkan ke dalam slot 'dado' itu dengan selesa atau "kemah-keming". Heh heh heh heh...
Ok. Sedikit info mengenai kedua² alatan tangan di dalam gambar di atas. Hmmmm... Bukan info sebenarnya, tetapi lebih kepada kekeliruan dan kecelaruan di dalam fikiran Rambozzi® sahaja. Rambozzi® tidak pasti dengan pasti sama ada nama² berkenaan adalah khusus untuk 'hand tools' yang berkenaan; ataupun ia hanyalah nama yang berbeza untuk alatan yang sama. Sebab itu, Rambozzi® gunakan kesemua istilah yang ada seperti 'try square', speed square' dan 'rafter square' untuk menyelamatkan diri Rambozzi® ini. Hahaha! Aduh... Apa punya penerangan daa... Hahahahahaha!
Oraits. Panel ini akan digantungkan ke dinding dengan menggunakan 'French Cleat Hanging System'. 'French Cleat Hanging System' adalah satu sistem untuk menggantungkan perabot yang berat khususnya, dengan mudah tetapi sangat kuat dan kukuh.
Untuk tujuan itu, Rambozzi® belah 2 batang kayu pada 'angle' 45°, dengan menggunakan 'table saw'.
Hehehehe sori... Sebenarnya 3 batang yang dipotong senget 45°, bukan 2 ye hehehehehe sori sori. 2 batang akan diskrukan ke bahagian belakang panel (sila lihat gambar di atas) dan sebatang lagi akan diskrukan ke dinding.
"Sebenarnya, Rambozzi® hanya gunakan kayu² terpakai sahaja untuk projek ini. Sebab itu Rambozzi® skrukan 2 batang kayu itu hehehehehehe..."
Sebatang lagi kayu Rambozzi® skrukan di bahagian bawah panel seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas. Tujuannya adalah supaya panel itu tidak condong apabila digantungkan nanti kerana tolakan dari kayu untuk 'French Cleat' itu.
Dan Rambozzi® skrukan kayu tadi ke dinding. Rambozzi® Layout Tools Display Panel akan disangkutkan ke kayu itu. Satu sistem penggantungan yang sangat ringkas, tetapi juga sangat bijak!
Rambozzi® juga gam dan skrukan 2 bahagian rak di atas untuk dijadikan rak la! Nak buat apa lagi hahahahahahaha! Aduh.......... Hehehehehehe...
Dan projek Rambozzi® Layout Tools Display Panel ini siap sepenuhnya.
Hmmmm... Sejuk mata Rambozzi® memandang Rambozzi® Layout Tools Display Panel itu. Projek yang sangat ringkas, tetapi memang sangat 'woodworking'. Seorang 'woodworker' memang sangat² mengidamkan sebuah bengkel kayu dengan susun atur yang kemas sedemikian rupa, kan... Hanya 'woodworker' sahaja yang tahu, dan faham projek 'tools storage system' seperti ini.
Projek Rambozzi® Layout Tools Display Panel ini tidak susah untuk dibuat. Tetapi, ia dibuat dengan "hati" dan "cinta" Rambozzi®. Ia dibuat dengan semangat Rambozzi®. Ia dibuat dengan usaha Rambozzi®. Dan ia dibuat dengan keringat Rambozzi®.
Berpeluh juga Rambozzi® hendak menyiapkan projek ini. Ia tidaklah sesusah mana. Tetapi nilai di dalam projek ini agak menyentuh hati kecil Rambozzi® ini. Rambozzi® menyeka peluh di dahi dan mulut Rambozzi®. Pelik. Adakah ada peluh yang keluar dari mulut Rambozzi® juga? Eh? Ntah! Hahahahaha...
Sekarang, Rambozzi® hendak berehat sebentar. Bila hilang penat ini nanti, Rambozzi® akan teruskan "woodworking" ini lagi. Dunia "woodworking" Rambozzi® ini bagaikan tiada penamat. Selagi ada hayat ini, Rambozzi® akan teruskan "woodworking" ini. Dengan "hati", dengan "cinta" dan dengan keringat ini, Rambozzi® mahu terus menggunakan perkataan ini...
"I am Rambozzi®
I am Your Woodworker..."
"Kesabaran - mengiringi
Kepahitan - teman hati
Ketenangan - itu kunci
Perjuangan - Kan kumiliki..."
"My Heart"
Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional
Display Panel
Display Rack
DIY
Hand Tools
I Love You
Kerja Kayu
KREG® Jig K5
Layout Tools
Plywood
Rak Kayu
Tools
Woodworking
4 Comments
Bro rambozzi.. sebelah pembaris tu straight edge clamp ke? Beli kat mana
ReplyDeleteBukan bro. Itu pun pembaris juga.
DeleteTry baca entry ni http://rambozzi.blogspot.com/2014/02/mr-mark-1000mm-builders-level.html?showComment=1436736439031
Kemah bro
ReplyDeleteHaha terima kasih bro. Itu susunatur lama. Sekarang dah bertukar dah hahahaha!
Delete