'Customer is always right' itu bagi Rambozzi®, hanya sesuai digunakan oleh mereka² di dalam dunia perniagaan yang hanya mengutamakan keuntungan semata. Oh! Maaf! Rambozzi® bukan 'a businessman', bro. Rambozzi® hanya "woodworker" ini. Beza di antara 'a woodworker' dan 'a businessman' adalah, 'a woodworker' sejati tidak mengutamakan keuntungan. 'A woodworker' lebih "gilakan" kepuasan hatinya sendiri! Kemudian barulah kepuasan hati pelanggan. Terbalik habis kan? Heh heh heh heh... Maaflah. Mungkin "teori" Rambozzi® ini agak mengarut. Tak praktikal, you. Tak 'professional', bro! Tapi inilah beza Rambozzi® dengan 'a businessman'. Bro, "teori" Rambozzi® itu memang tidak boleh digunapakai langsung, bro! Hahahahahaha!
Bagi Rambozzi®, 'customer is not always right'! Begitu juga dengan Rambozzi® Heh heh heh heh... Tetapi, Rambozzi® sentiasa tahu bila Rambozzi® adalah "betul" dan bila Rambozzi® adalah "tak berapa nak betul". Heh heh heh heh...
Tak percaya? Jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Console Table - Ismadi dan sama² kita lihat di mana kebenaran "teori" Rambozzi® itu. Heh heh heh heh... Jeng! Jeng! Jeng!
'Customer is always right'. 'Design' di atas adalah berdasarkan permintaan Ismadi. Jadi, ketika ini Ismadi adalah betul. Rambozzi® tiada pilihan lain, melainkan bersetuju dengan permintaan Ismadi ini. Rambozzi® tidak ada 'right' untuk menolak keputusan pelanggan ini. Rambozzi® mesti ikut kehendak pelanggan ini.
Rambozzi® mulakan dengan mengecat kayu² untuk kaki meja ini terlebih dahulu. Berdasarkan pengalaman menjadi Rambozzi® selama beberapa tahun ini, Rambozzi® akui agak susah untuk mengecat kaki² itu apabila sudah dipasangkan menjadi sebuah meja. Kayu² untuk kaki itu dicat dengan menggunakan 'wood stain' berwarna 'Rosewood'.
Kayu² 'pine' itu pula adalah untuk bahagian dinding meja ini. Rambozzi® tidak pasti sama ada ia dipanggil dinding kerana kayu² itu akan dilekatkan ke kaki meja dan menjadi kaki meja la hahahahahahaha! Kayu² 'pine' itu ditebuk lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti.
Oraits. Keadaan di atas adalah - Rambozzi® pula yang betul. Rambozzi® sedang berada di dalam keadaan 'right'. Kerana Rambozzi® tahu apa yang Rambozzi® sedang buat. 'Right?'
Oraits. Keadaan di atas adalah - Rambozzi® pula yang betul. Rambozzi® sedang berada di dalam keadaan 'right'. Kerana Rambozzi® tahu apa yang Rambozzi® sedang buat. 'Right?'
Kemudian Rambozzi® pasangkan kesemua bahagian kayu untuk kaki meja ini. Dengan menggunakan gam kayu dan skru, Rambozzi® masih "setia" dengan "Jurus Keramat Rambozzi®" iaitu 'pocket hole joinery technique'.
Oraits. Rambozzi® masih "setia" dengan "Jurus Keramat Rambozzi®" itu. Itu juga adalah 'right' untuk Rambozzi® kerana itu adalah teknik Rambozzi®. Sekali lagi, Rambozzi® 'right'. Heh heh heh heh... Yay!
"Eh apa daaaa? Macam tu pun boleh dikira 'right' ka?"

Oraits. Selesai proses pemasangan kaki² meja ini. Kayu² meranti itu pula adalah untuk bahagian 'skirt' meja ini. Ya! Ini pertama kali Rambozzi® menggunakan perkataan 'skirt' di dalam blog ini. Sebelum ini Rambozzi® terkeliru antara 'apron' dan 'skirt'. Malah Rambozzi® masih keliru pada ketika ini. Untuk mengelakkan kekeliruan itu, mari kita lihat gambarajah di bawah.
Oraits. Kalau mengikut keadaan di atas pula, Rambozzi® kelihatannya tidak berapa yakin dengan diri Rambozzi® sendiri. Inilah maksud Rambozzi® tadi! Kini, Rambozzi® tidak berapa 'right' atau lebih tepat lagi "Rambozzi® tidak berapa betul!" Hahahahahahahaha!
"Aku dah start rasa pelik lagi nie bro... Tak faham! Takde point langsung!"

Gambarajah di atas adalah hasil carian di Google yang terbaik yang Rambozzi® perolehi setakat ini. Hmmmm... Sekurang²nya Rambozzi® mendapat nama untuk bahagian² pada sesebuah meja. Tak apa. Rambozzi® akan buat carian dan akan belajar lagi.
Kemudian Rambozzi® potong dan cantumkan pula kayu² 'pine' untuk bahagian 'table top' dan 2 para atau 'shelf' di bawahnya. Kesemua bahagian panel di atas dipasang dengan menggunakan gam kayu dan skru.
Sekali lagi, Rambozzi® adalah 'right'. Kerana itu adalah teknik yang cukup bagus untuk cantuman seperti di atas. Heh heh heh heh...
Sekali lagi, Rambozzi® adalah 'right'. Kerana itu adalah teknik yang cukup bagus untuk cantuman seperti di atas. Heh heh heh heh...
Kemudian Rambozzi® gam dan skrukan pula kayu² untuk bahagian 'skirt' ke kaki meja.
Dan meja ini sudah menampakkan rupanya. Oraits! Setakat ini tiada masalah langsung yang Rambozzi® hadapi. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Yay!
Kemudian, Rambozzi® gam dan skrukan dahulu bahagian 'table top' ke kaki meja tadi. Memandangkan ia dipasangkan dengan menggunakan 'pocket hole' dari bahagian bawah, maka Rambozzi® perlu pasangkan bahagian 'table top' terlebih dahulu. Kemudian para di bahagian bawah 'table top' dan para paling bawah. Itu adalah susunan untuk pemasangan bahagian panel tadi untuk mengelakkan Rambozzi® mengalami masalah pemasangan yang kemas.
Sekeping 'plywood' akan dipasangkan di bahagian belakang, para pertama pada meja ini. Sebenarnya ia adalah 2 keping 'plywood' setebal 3mm yang digamkan menjadi 1. Jadi, Rambozzi® mendapat 'plywood' setebal 6mm.
Kemudian Rambozzi® tebuk pula sebuah lubang berbentuk 4 segi sebagai ruangan untuk kepala 'plug'. Rambozzi® potong secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw' dan kemaskan lagi dengan menggunakan 'art knife' seperti di dalam gambar di atas. Hmmmmmm... 'Art knife' itu dari jenama Olfa, buatan negara Jepun.
Sebelum dilekatkan ke meja, Rambozzi® cat dahulu 'plywood' itu dengan 'wood stain' berwarna 'Rosewood' tadi.
Untuk melekatkan 'plywood' itu ke meja, Rambozzi® hanya akan gunakan 'staple/nail gun' seperti di dalam gambar di atas.
Disebabkan ketebalan 'plywood' dan kekerasan kayu itu sendiri maka paku yang ditembak dari 'staple/nail gun' itu tidak masuk rapat ke dalam. 'Staple/nail gun' itu tidaklah sekuat mana tapi mencukupi untuk kerja² ringkas & mudah Rambozzi® ini. Rambozzi® akan ketuk paku itu dengan menggunakan 'nail punch' dan tukul.
Oraits! Dah sedia?
Satu...
Dua...
Ketuk!
Dan paku itu masuk rapat ke dalam.
Selesailah proses pemasangan kesemua bahagian untuk Console Table - Ismadi ini. Rambozzi® akan 'sanding' pula keseluruhan meja ini. Bahagian kaki, 'skirt' dan 'plywood' itu akan dicat dengan 'wood stain' berwarna 'Rosewood', manakala kesemua bahagian kayu dari kayu 'pine' akan disapu 2 atau 3 lapisan 'clear varnish'.
Hmmm... Ada 'woodworker' yang tidak cat langsung kayu 'pine' kerana mereka mahu mengekalkan warna putih asal kayu itu. Ini kerana, jika kayu 'pine' dicat dengan menggunakan 'clear varnish', kayu itu akan bertukar warnanya daripada putih kepada sedikit kekuningan. Ismadi ada bertanyakan mengenai hal ini kepada Rambozzi®. Dan Rambozzi® nyatakan kepada Ismadi, memang ia akan menjadi agak kekuningan, tetapi ia masih akan cantik dan masih dapat dilihat dengan jelas ira kayunya. Dan Rambozzi® akui, Rambozzi® boleh mendapatkan hasil cat yang kemas, halus dan cantik. Rambozzi® akui hal itu kerana, selama beberapa tahun Rambozzi® menjadi 'woodworker' ini, Rambozzi® telah belajar dari pengalaman dan memperbaiki teknik mengecat Rambozzi®. Teknik mengecat beberapa lapisan nipis secara berperingkat sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah, bagi Rambozzi®. Tetapi ia juga tidaklah sesusah mana. Rambozzi® hanya perlukan masa selama beberapa tahun sahaja. Heh heh heh heh heh... Agak lama juga, kan? Tak apa, Rambozzi® sanggup menghabiskan saat, minit, jam, hari, minggu, bulan dan tahun demi "woodworking" Rambozzi® ini.
Oraits! Memandangkan kayu² 'pine' dan meranti itu tidaklah sekasar mana permukaannya, maka Rambozzi® akan 'sanding' terus dengan menggunakan kertas pasir 400 grit. Kemudian barulah meja ini akan dicat keseluruhannya.
Tiba², dengan tak disangka², ketika projek ini hampir siap, Ismadi telah meminta Rambozzi® menebuk satu lagi lubang untuk wayar atau kabel HDMI, tetapi kali di atas permukaan 'table top'. Halamak! Ini bukan sesuatu yang bagus untuk projek ini. Rambozzi® ada memaklumkan kepada Ismadi tentang risiko² yang bakal berlaku jika ditebuk juga lubang itu di atas permukaan 'table top' yang telah siap dipasang dan disapu beberapa 'clear varnish'. Bukan setakat makluman sahaja, Rambozzi® tunjukkan juga gambar hasil tebukan yang mungkin akan mencacatkan permukaan 'table top' ini. Bersedia menghadapi kemungkinan terjadi risiko itu, Ismadi bersetuju dan meminta Rambozzi® menebuk juga satu lagi lubang. Oh! Ini bukanlah sesuatu yang Rambozzi® suka! Tetapi demi memenuhi kehendak pelanggan, Rambozzi® terpaksa akur juga.
Berpandukan gambar di atas, Rambozzi® 'clamp'kan sekeping kayu terbuang di bahagian bawah 'table top' itu. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pecahan pada bahagian bawah permukaan 'table top' itu.
Rambozzi® terpaksa akur dan ikut kehendak pelanggan, pada ketika ini. Pada Rambozzi®, ini tidak betul!
Dan ya, bahagian bawah permukaan 'table top' itu tidak pecah². Tetapi bahagian atas 'table top' pula yang telah rosak!!! Aaarrrggghhh!!!
Begini kisahnya ye tuan²...
'Forstner drill bit' yang dipasangkan ke 'cordless drill' sebenarnya agak susah untuk dikawal, ye tuan². Mata 'drill' jenis ini sebaiknya dipasangkan ke 'drill press' jika kita ingin mendapat hasil tebukan yang kemas dan cantik, ye tuan². Jika ia dipasangkan ke 'cordless drill', ia akan berisiko merosakkan hasil kerja kayu kita, ye tuan². Mungkin cara atau teknik Rambozzi® salah, tetapi, itulah kali terakhir Rambozzi® buat perkara sebegitu, ye tuan². Ertinya, Rambozzi® tidak akan "usik" lagi hasil kerja Rambozzi® yang sudah siap hampir sepenuhnya!
Ini kali terakhir Rambozzi® buat sesuatu yang seperti ini. Lain kali, Rambozzi® akan tolak dengan sekeras²nya. 'Customer is not always right!'.
Nak tak nak, Rambozzi® terpaksa pula memikirkan kaedah² terbaik untuk menangani masalah itu! Kekurangan pengalaman dan ilmu menyebabkan Rambozzi® berada di dalam keadaan 'stress' yang amat sangat.
Oraits! Rambozzi® cuba perbaiki kerosakan itu dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit' dahulu. Dan ia tidak merubah keadaan itu.
Rambozzi® pasangkan pula 'roman ogee router bit' ke 'mini router/trimmer' itu. Hanya sedikit perubahan sahaja, dengan kesan kerosakan itu masih jelas kelihatan dan mencacatkan kesempurnaan 'table top' itu.
Rambozzi® tidak tunjukkan gambar di atas kepada Ismadi. Rambozzi® ingin berikan sedikit 'surprise' kepada Ismadi. Rambozzi® tidak menyalahkan Ismadi. Tetapi dalam masa yang sama, Rambozzi® juga tidak menyalahkan diri Rambozzi® sendiri! Hahahahahaha!
Rambozzi® sudahkan dengan menyapu beberapa lapisan 'wood stain' ke kaki² meja ini. Dan Rambozzi® sapukan juga beberapa lapisan 'clear varnish' lagi ke 'table top'. Projek Console Table - Ismadi ini siap sepenuhnya. Fuuuhhhhh!!!
Sengaja Rambozzi® tidak 'focus' atau 'zoom' ke bahagian lubang yang menyakitkan mata dan hati Rambozzi® ini. Projek ini boleh menjadi hasil kerja terbaik Rambozzi® untuk tahun 2015 ini! Tetapi kecacatan lubang itu menyebabkan Rambozzi® terpaksa "menarik balik" anugerah itu. Ini bukan hasil kerja terbaik Rambozzi®, setakat ini.
Apa² pun, Rambozzi® berharap, Ismadi akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi® ini. Rambozzi® hanya cuba mengikut kehendak pelanggan sahaja, walaupun tangan dan hati Rambozzi® ini "tidak berapa bersetuju" untuk mengikutinya.
Pelanggan adalah betul kerana duitnya. Tetapi tidak bagi Rambozzi®. Walaupun "pendapat" Rambozzi® ini memang tidak selari dengan slogan 'customer is always right' itu, tapi bagi Rambozzi®, ia tidak boleh Rambozzi® gunapakai di dalam 'woodworking' Rambozzi® ini.
Rambozzi® akui kelemahan dan kesilapan Rambozzi® di dalam kerja² 'woodworking' ini. Projek ini tidak gagal. Projek ini hanya tidak menepati kehendak 'woodworking' Rambozzi® sahaja. Rambozzi® memang tidak berpuas hati dengan hasil kerja ini. Ketika ini, adalah menjadi hak atau 'right' Rambozzi® pula untuk berasa 'right'. Rambozzi® memang tidak berapa 'right' di dalam pengertian para cendekiawan itu, tetapi apabila ia sudah memasuki "dunia woodworking" Rambozzi® ini, maka Rambozzi® berhak ke atas 'right' itu. Kerana yang bekerja adalah tangan dan hati Rambozzi® ini, bukanlah wang itu... 'Right?'

"Customer is always right, bro..."
Tidak bagi Rambozzi®! Tukang yang 'is always right'! Kerana hanya tukang sahaja yang tahu apa yang dibuatnya. Rambozzi® mungkin 'amateur woodworker' yang kurang pengalaman dan ilmu pengetahuan. Tetapi, ada masa dan ketika, Rambozzi® dapat "merasakan" sesuatu proses itu akan gagal! Dan Rambozzi® memang betul!
Ini kali terakhir Rambozzi® buat sesuatu yang seperti ini. Lain kali, Rambozzi® akan tolak dengan sekeras²nya. 'Customer is not always right!'.
Nak tak nak, Rambozzi® terpaksa pula memikirkan kaedah² terbaik untuk menangani masalah itu! Kekurangan pengalaman dan ilmu menyebabkan Rambozzi® berada di dalam keadaan 'stress' yang amat sangat.
Oraits! Rambozzi® cuba perbaiki kerosakan itu dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit' dahulu. Dan ia tidak merubah keadaan itu.
Rambozzi® pasangkan pula 'roman ogee router bit' ke 'mini router/trimmer' itu. Hanya sedikit perubahan sahaja, dengan kesan kerosakan itu masih jelas kelihatan dan mencacatkan kesempurnaan 'table top' itu.
Rambozzi® tidak tunjukkan gambar di atas kepada Ismadi. Rambozzi® ingin berikan sedikit 'surprise' kepada Ismadi. Rambozzi® tidak menyalahkan Ismadi. Tetapi dalam masa yang sama, Rambozzi® juga tidak menyalahkan diri Rambozzi® sendiri! Hahahahahaha!
Rambozzi® sudahkan dengan menyapu beberapa lapisan 'wood stain' ke kaki² meja ini. Dan Rambozzi® sapukan juga beberapa lapisan 'clear varnish' lagi ke 'table top'. Projek Console Table - Ismadi ini siap sepenuhnya. Fuuuhhhhh!!!
Sengaja Rambozzi® tidak 'focus' atau 'zoom' ke bahagian lubang yang menyakitkan mata dan hati Rambozzi® ini. Projek ini boleh menjadi hasil kerja terbaik Rambozzi® untuk tahun 2015 ini! Tetapi kecacatan lubang itu menyebabkan Rambozzi® terpaksa "menarik balik" anugerah itu. Ini bukan hasil kerja terbaik Rambozzi®, setakat ini.
Apa² pun, Rambozzi® berharap, Ismadi akan suka dan berpuas hati dengan hasil kerja tangan Rambozzi® ini. Rambozzi® hanya cuba mengikut kehendak pelanggan sahaja, walaupun tangan dan hati Rambozzi® ini "tidak berapa bersetuju" untuk mengikutinya.
Pelanggan adalah betul kerana duitnya. Tetapi tidak bagi Rambozzi®. Walaupun "pendapat" Rambozzi® ini memang tidak selari dengan slogan 'customer is always right' itu, tapi bagi Rambozzi®, ia tidak boleh Rambozzi® gunapakai di dalam 'woodworking' Rambozzi® ini.
Rambozzi® akui kelemahan dan kesilapan Rambozzi® di dalam kerja² 'woodworking' ini. Projek ini tidak gagal. Projek ini hanya tidak menepati kehendak 'woodworking' Rambozzi® sahaja. Rambozzi® memang tidak berpuas hati dengan hasil kerja ini. Ketika ini, adalah menjadi hak atau 'right' Rambozzi® pula untuk berasa 'right'. Rambozzi® memang tidak berapa 'right' di dalam pengertian para cendekiawan itu, tetapi apabila ia sudah memasuki "dunia woodworking" Rambozzi® ini, maka Rambozzi® berhak ke atas 'right' itu. Kerana yang bekerja adalah tangan dan hati Rambozzi® ini, bukanlah wang itu... 'Right?'
BOSCH®
Cintaku
Console Table
Cordless Drill
Deepest Feelings
DIY
Hand Tools
I Love You
Jigsaw
Kerja Kayu
KREG®
Meja Kayu
Melayu Malaysia
Peralatan Pertukangan Kayu
Tips&Tricks
Tools
Woodburning
0 Comments