- Kaunter - Puan Dayang


Rambozzi® bukanlah seorang 'woodworker' yang boleh bekerja 'at the speed of light' hehe. Rambozzi® tidak boleh menyiapkan sesuatu projek 'woodworking' itu dalam masa yang cepat. Rambozzi® bekerja secara santai, secara 'relax', Rambozzi® "layan", tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat. Ermmm... Rasanya Rambozzi® bekerja agak lambat juga heh heh heh heh...

Betul! Tidak seperti kebanyakan 'woodworker' lain yang mampu menyiapkan sesuatu projek itu dengan cepat, Rambozzi® tidak mampu 'woodworking' dengan pantas. Rambozzi® lebih banyak menghabiskan masa Rambozzi® untuk 'feel' atau menikmati tempoh "woodworking" itu. Bagi Rambozzi®, masa itu terlalu berharga untuk ia dilepaskan berlalu dengan pantas. Jadi, Rambozzi® layan! Heh heh heh heh...


Sila lihat gambar di atas. Itu adalah Jon Bon Jovi, ok? Cool eh? Hahahaha! Haaa... Kalau nak tahu, macam tu lah cara Rambozzi® 'woodworking' heh heh heh heh...

Apabila Puan Dayang meminta Rambozzi® menyiapkan sebuah kaunter dalam masa yang agak singkat, Rambozzi® agak kelam kabut juga sebenarnya. Tetapi disebabkan beberapa tuntutan hidup, Rambozzi® terima juga projek dari Puan Dayang ini. Dan ya, ini bukanlah satu keadaan atau situasi yang Rambozzi® suka!

Jadi, dengan tidak membuang masa lagi - kerana masa itu terlalu singkat dan berharga - jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Kaunter - Puan Dayang.


Ukuran untuk kaunter ini sebenarnya telah diubah beberapa kali atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, terutamanya masa. Berbekalkan beberapa batang kayu 1x2 yang masih berbaki, Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² di atas kepada saiz² yang diperlukan.

Kayu² tersebut juga ditebuk lubang² 'pocket hole' untuk proses pemasangan nanti.


Dengan pantas Rambozzi® gam dan skrukan kayu² tadi membentuk 3 rangka di atas. Rangka² di atas akan dijadikan bahagian kaki kaunter ini.


Sebelum ia dicantumkan menjadi bahagian kaki kaunter, Rambozzi® potong dan tampalkan sekeping 'plywood' dahulu. 'Design' dan material untuk projek ini sebenarnya telah dipersetujui oleh Puan Dayang. Untuk projek secepat ini, Rambozzi® juga perlu pantas memikirkan material yang sesuai untuk mempercepatkan proses kerja.


Oraits! 3 bahagian rangka tadi telah siap ditampalkan 'plywood'. Pada ketika ini Rambozzi® sedar, bahawa saiz projek ini agak besar untuk studio kecil Rambozzi® ini. Dan pada ketika ini jugalah Rambozzi® sedar, masa dan ruang telah membataskan kelancaran kerja Rambozzi®.


Ketika kayu² di atas dipotong dan di'rout' sisi²nya untuk dijadikan 'counter top'Rambozzi® tahu, ruang kerja Rambozzi® semakin mengecil. Rambozzi® yang biasa bekerja secara santai dan "layan", kini berada di dalam keadaan yang amat tertekan dan kelam kabut.

Cuba untuk mengekalkan konsep yang sama seperti projek Kaunter Mudahalih Sazli dan Fireplace - Puan IntanRambozzi® berikan sepenuh tumpuan untuk bahagian ini. Rambozzi® mungkin "terpaksa" bekerja dengan pantas dan kelam kabut, tetapi sebaik mungkin Rambozzi® akan cuba menghasilkan sesuatu yang tepat, halus dan kemas.

Dan masuk peringkat di atas, Rambozzi® sudah kesuntukan masa. Rambozzi® tidak sempat untuk berhenti sejenak dan mengambil gambar² proses kerja seperti biasa. Ketika ini Rambozzi® berasa agak kecewa - kerana Rambozzi® bimbang Rambozzi® tidak akan dapat menulis dengan gambar² proses kerja yang Rambozzi® suka buat di blog ini - jika keadaan seperti ini terjadi lagi.

Ada sesuatu yang Rambozzi® amat bangga dan sayangkan di dalam blog ini; iaitu gambar² proses kerja. Ada seorang rakan di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia yang memuji usaha kecil Rambozzi® ini. Katanya, bukan senang hendak membuat kerja² kayu, berhenti sebentar mengambil gambar proses kerja, memasukkan imej ke dalam komputer dan disunting, lalu dimasukkan ke dalam blog ini, dan ditulis pula penerangan mengenainya. Rambozzi® senyum je, sebab Rambozzi® rasa Rambozzi® boleh buat. Tapi, kata²nya itu agak mengejutkan Rambozzi® juga, kerana perkara itu tidak pernah terlintas di fikiran Rambozzi®Rambozzi® selama ini hanya berpegang kepada satu perkara sahaja, kalau American Woodworkers boleh meluangkan masa mereka untuk sebuah 'woodworking blog'Rambozzi® juga boleh! Sesiapa yang biasa membaca tulisan² Rambozzi® di blog ini, akan tahu bahawa blog ini adalah "hidup dan cinta" Rambozzi®.

Tetapi sebagai manusia biasa, memang Rambozzi® tidak akan dapat mengekalkan sesuatu apa pun di dunia ini. Dan situasi "tidak sempat nak ambik gambar" ini bukanlah sesuatu yang Rambozzi® sukai. Situasi seperti ini mengundang rasa kecewa di dalam hati Rambozzi®.

"Ada beberapa ketika, semasa Rambozzi® bertungkus-lumus hendak menyiapkan projek ini, Rambozzi® terpaksa berhenti sebentar dan menangis di sebelah 'miter saw' milik Rambozzi® huuuu huuuu huuuu... Rambozzi® berasa sedih kerana tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada 'woodworking' Rambozzi® ini. 'Woodworking' Rambozzi® ini bukan setakat potong kayu, sambung dan siap projek. 'Woodworking' Rambozzi® ini melibatkan habuk kayu dan juga tulisan Rambozzi® di dalam blog ini. Sedih, bro... Huuuu huuuu huuuu..."

Dan proses kerja untuk projek Kaunter - Puan Dayang ini tamat setakat gambar di atas. Rambozzi® sudah kesuntukan masa. Projek ini perlu disiapkan segera.


Dan ia berjaya Rambozzi® siapkan dalam tempoh yang diberikan.

Tidak banyak yang hendak Rambozzi® perkatakan mengenai projek ini. Projek ini hanya terdiri dari sebuah kaunter dan juga sebuah 'side table'.






Kan? Rambozzi® pun tidak tahu apa lagi yang hendak ditulis. Harapan Rambozzi®, agar kaunter ini boleh digunakan oleh Puan Dayang. Harapan Rambozzi® agar Puan Dayang berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. 

Dan kalau ditanya kepada Rambozzi®, projek ini memang tidak mencapai tahap kepuasan yang Rambozzi® nak. Kecuali 'counter top' dan 'table top' untuk 'side table' itu, lain² bahagian hanyalah mengikut kehendak Puan Dayang sahaja.


0 Comments