Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Untuk menghasilkan karya² yang bermutu, - nak tak nak, tak boleh tidak - Rambozzi® mesti berikan yang terbaik yang Rambozzi® ada. Rambozzi® kena 'all-out'. Sebab, Rambozzi® nie bukan 'woodworker' yang main². Rambozzi® sangat serius. Ohhh sangat serius, beb. Rambozzi® sentiasa mencuba untuk membuat kerja² 'woodworking' ini sebaik yang boleh dengan kemahiran amatur ini, dan dengan pengalaman amatur ini juga. Rambozzi® sentiasa ingin memberikan sepenuh hati Rambozzi® di dalam kerja² Rambozzi®. Rambozzi® nak berikan 'my all'...

Tapi, ia memerlukan pengorbanan. Pengorbanan paling besar dan paling mahal adalah masa. Memang Rambozzi® memerlukan masa yang secukupnya untuk mencapai tahap kepuasan tertinggi di dalam "woodworking" Rambozzi® ini.

Ya. Masa Rambozzi® sekarang agak "penuh". Jadual Rambozzi® menjadi semakin padat. Sistem pengurusan masa Rambozzi® telah gagal. Akibatnya, Rambozzi® gagal memenuhi kehendak "ribuan" pelanggan dan jutaan "peminat" Rambozzi® di luar sana, dengan baik dan berkesan heh heh heh heh heh... Rambozzi® gagal menyiapkan tempahan² dari pelanggan² Rambozzi® mengikut tempoh masa yang ditetapkan, atau dijanjikan. Rambozzi® pasrah. Tetapi Rambozzi® tetap bertabah hati. Kerana Rambozzi® tidak boleh mengalah. Rambozzi® tidak boleh beralasan. Rambozzi® kena 'strong'. Rambozzi® kena 'firm'...

Projek Rak Tudung Yanti ini agak memenatkan Rambozzi®. Rambozzi® nak berehat. Rambozzi® nak layan lagu 'rock' jap. Tapi... Rambozzi® nak berehat! Rambozzi® nak 'relax'! Lagu 'rock' hanyalah untuk dilayan ketika Rambozzi® 'woodworking' sahaja. Untuk 'relax', Rambozzi® nak layan lagu 'slow' skit. Disebabkan projek ini memerlukan Rambozzi® memberikan 'my all', jadi, Rambozzi® akan berehat dengan sebuah lagu cinta, love... "My All" dari Mariah Carey...


"I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just won't let me be right
'Cause I've drowned in you
And I won't pull through
Without you by my side

I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight..."

Fuhhhhh! Oraits! Tanpa membuang masa lagi - dengan curahan keringat yang akan terus membasahi tubuh Rambozzi® ini - jom kita mulakan "woodworking" kali ini - Rak Tudung Yanti.


Oraits. Rambozzi® mulakan dengan melukis bentuk lengkungan yang sesuai dengan saiz kayu yang digunakan. Lakaran itu hanyalah sebagai 'guide' sahaja. Bentuk akhirnya memang bergantung sepenuhnya kepada kemahiran Rambozzi® memotong dan membentuk lengkungan itu nanti.

Ok. Sebenarnya, 'design' untuk projek ini adalah 100% 'idea' Yanti sendiri. Memang Rambozzi® ada kemukakan beberapa contoh 'design' yang Rambozzi® rasakan boleh dibuat dengan kemahiran Rambozzi® setakat ini. Tetapi ketika dalam tempoh perbincangan untuk menentukan 'design' yang sesuai, dapat dilihat bahawa Yanti inginkan sesuatu yang berlainan dan mengikut kesukaannya. Jadi, Rambozzi® simpan sahaja segala 'idea' Rambozzi® dan bertanyakan kepada Yanti apa yang sebenarnya diingininya. Terus Yanti menjawab, "Yanti nak sesuatu yang ringkas, tetapi berkonsepkan 'pergola'". Ok. Ok. Rambozzi® faham dan Rambozzi® yakin boleh membuatnya mengikut kehendak Yanti. Rambozzi® tunjukkan 'design' akhir kepada Yanti, dan Yanti suka dan bersetuju. Jadi, projek ini adalah 100% adalah 'idea' Yanti.


Sekarang, Rambozzi® potong dahulu kayu di atas dengan menggunakan 'jigsaw'.


Rambozzi® hanya memotong secara kasar sahaja dengan mengikut lakaran tadi.


Seterusnya, Rambozzi® dapatkan bentuk lengkungan yang lebih sempurna dan kemas dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander'. Operasi membentuk lengkungan itu memerlukan ketelitian dan kesabaran untuk mendapat bentuk yang halus dan cantik.


Operasi membentuk kayu ini adalah antara kerja² 'woodworking' yang paling Rambozzi® gemari. Operasi ini memerlukan Rambozzi® berada di dalam keadaan terbaik, dengan tanpa ada sebarang gangguan fizikal atau mental. Rambozzi® ibarat sedang "membelai" sesuatu yang amat Rambozzi® kasihi ketika ini heh heh heh heh... Kayu yang hendak dibentuk itu perlu digosok secara berperingkat, secara perlahan² dengan sepenuh hati dan kasih sayang, agar tiada bahagian yang terluka atau tercela pula nanti. Memang Rambozzi® menolak kayu itu sehingga mengenai permukaan 'drum sander' itu dengan agak kuat - untuk membuang bahagian yang tidak diperlukan. Tetapi, dalam masa yang sama, ia sebenarnya adalah dalam bentuk belaian kasih sayang yang tidak bertepi. Hasilnya, lengkungan itu adalah sangat lembut, 'smooth' dan mempunyai rupabentuk yang indah dan menawan. Halamak 'deep'nya huhuhuhuhuhuhu... Heh heh heh heh...


"Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight..."

Oraits. Itulah hasilnya selepas siap dibentuk. 


Seterusnya Rambozzi® hanya perlu "menyalin" sahaja bentuk lengkungan tadi ke atas kayu yang akan dijadikan 'master copy'. Dan dapat dilihat dengan jelas, kelembutan bentuk lengkungan itu di atas permukaan kayu.


Dan Rambozzi® ulangi proses² yang sama. Potong secara kasar dengan menggunakan 'jigsaw' dahulu. Untuk bahagian² lain yang memerlukan bentuk lengkungan itu, tidak akan menggunakan 'drill press' lagi. Itu adalah tugas 'mini router/trimmer' pula.


Dan Rambozzi® gunakan pula 'mini router/trimmer' dan 'trim' sahaja mengikut acuan dari kayu yang dibentuk tadi.


Dan siaplah bahagian 'master copy' untuk keseluruhan projek ini. Ok. Kayu 'master copy' di atas dibentuk dengan mengikut kayu yang pertama dibentuk tadi. Jadi, bentuk lengkungan di kedua² belah hujung kayu 'master copy' di atas adalah sama. Kayu di atas adalah 'master copy'.


Disebabkan projek ini memerlukan kayu² yang dibentuk dalam kuantiti yang agak banyak, Rambozzi® memerlukan satu sistem kerja yang lebih cepat dan berkesan. Jadi, Rambozzi® akan memotong kayu² yang akan dibentuk secara kasar dahulu dengan menggunakan 'jigsaw'. Untuk mempercepatkan proses pemotongan, Rambozzi® lekatkan 'jigsaw' milik Rambozzi® ke bawah sebatang kayu seperti ditunjukkan di dalam gambar di atas. Itu adalah 'express jigsaw table' Rambozzi®, untuk projek ini.

Oraits. 'Express jigsaw table' di dalam gambar di atas sebenarnya hanyalah 'prototype' sahaja. Memandangkan ia agak berkesan dan membantu Rambozzi®, maka Rambozzi® telah 'upgrade'kan ia menjadi lebih besar dan kemas. 'Jigsaw table' Rambozzi® itu boleh dilihat di dalam 'entry' Rambozzi® Jigsaw Table (the 2nd).

Ok. Disebabkan terlalu banyak kayu yang perlu dibentuk, maka secara automatiknya Rambozzi® telah hilang 'cool' itu heh heh heh heh... Rambozzi® tidak sempat hendak mengambil gambar proses² membentuk kayu² yang lain. Bila hilang 'cool' itu, maka secara automatiknya juga Rambozzi® menjadi 'hot' heh heh heh heh... 'Cool' dan 'hot' itu sebenarnya ibarat pasangan yang paling 'ideal'. Tetapi ke arah yang berlawanan. Ya. Kadang² Rambozzi® 'cool', kadang² Rambozzi® 'hot'. Kadang² Rambozzi® 'strong', kadang² Rambozzi® 'weak'. Kadang² Rambozzi® berjaya, kadang² Rambozzi® tewas. Hmmm... Apa lagi ye?

"Some days I kick, some days I bite
Some days I must fight the reaction
Sometimes I win, sometimes I lose
Sometimes I'm just bruised by the action..."

Loudness - Clockwork Toy - Thunder in the East (1985)


Oraits! Untuk bahagian² lain, Rambozzi® perlu tebuk beberapa lubang 'pocket hole' untuk tujuan pemasangan nanti. Oh! Teknik pemasangan ini masih lagi merupakan "Teknik Keramat Rambozzi®".


Untuk bahagian penyangkut untuk rak ini, Rambozzi® perlu menebuk beberapa lubang pada kayu di atas. Ini adalah permintaan Yanti sendiri yang mahukan bahagian itu mempunyai lubang² penyangkut.

Untuk mempercepatkan proses menebuk lubang, dan untuk mendapatkan ketepatan yang sama, Rambozzi® hanya tandakan 'marking' pada sebatang kayu sahaja. Dan Rambozzi® tebuk lubang pada 2 kayu serentak seperti ditunjukkan di dalam gambar di atas. Kayu yang di bahagian bawah tidak ditebuk sehingga menembusi kayu.


Oraits. Biar Rambozzi® cuba terangkan keadaan di atas di dalam bahasa yang lebih mudah difahami. Kayu yang bertanda anak panah merah di atas tidak ditebuk sehingga tembus kerana ia akan dijadikan 'guide' untuk menebuk kayu yang seterusnya. Maknanya, kayu yang bertanda anak panah merah itu akan diletakkan ke atas kayu yang seterusnya, dan Rambozzi® secara automatiknya tidak perlu menanda kesemua kayu yang hendak ditebuk. Rambozzi® hanya ulangi proses menebuk tadi. Kayu di bahagian atas akan berlubang, kayu di bawahnya akan ditebuk sedikit sahaja dan menjadi 'guide' pula. Begitulah seterusnya sehingga selesai operasi menebuk lubang ke atas semua kayu yang diperlukan. 'Simple' tetapi sangat efektif.

Untuk bahagian² dan proses² yang lain, memang Rambozzi® tidak sempat hendak mengambil gambarnya. Projek Rak Tudung Yanti ini tidak melibatkan kerja² pertukangan kayu yang susah. Jadi, Rambozzi® tidak perlu perincikan mengenai proses² kerja yang seterusnya.


Rak Tudung Yanti ini akan dicat, atas kehendak Yanti sendiri. Jadi, sebelum ke proses mengecat, baik Rambozzi® cuba pasang dahulu dan lihat bagaimana hasilnya. Hasilnya amat memuaskan hati Rambozzi®. Tetapi mungkin akan tidak memuaskan hati Yanti. Jadi Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Yanti terlebih dahulu. Dan Rambozzi® bernasib baik, dan Rambozzi® amat gembira mendengar jawapan dari Yanti, "Cantik!".

Sekarang, bolehlah Rambozzi® teruskan ke proses mengecat pula. Ok. Wait! Wait! Wait! Heh heh heh heh. Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, hasil cat untuk projek Rak Tudung Yanti ini tidak sekemas mana. Ini kerana Rambozzi® kesuntukan masa. Rambozzi® telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan projek ini. Dan itu bukanlah sesuatu yang disukai oleh sesiapa pun, yang mengeluarkan duit untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.

Rak Tudung Yanti ini dicat dengan menggunakan 'wood stain' berwarna 'Rosewood', sebanyak 2 lapisan sahaja. Ada beberapa bahagian kayu yang agak tidak sekata tona warnanya. Inilah akibatnya bila Rambozzi® mengecat di dalam keadaan yang agak kelam-kabut.

Mengecat adalah antara teknik yang paling susah bagi Rambozzi®. Jenis² 'finishes' yang berlainan juga menyukarkan Rambozzi® mengekalkan teknik yang berkesan. Senang citer macam nie je la, lain jenis cat, lain pula teknik mengecatnya. Rambozzi® perlu belajar dengan lebih mendalam lagi mengenai teknik² mengecat ini. Kerana mengecat ini juga merupakan suatu proses yang memerlukan ketelitian, kesabaran dan masa yang mencukupi. Tak apa, Rambozzi® sedia untuk belajar dan memajukan lagi teknik mengecat Rambozzi®. Rambozzi® bersedia untuk memberikan 'my all'...

"I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight..."


Selesai proses mengecat, dengan tidak membuang masa lagi, Rambozzi® Rambozzi® terus bergegas ke lokasi Yanti. Kesemua bahagian akan dipasang di butik milik Yanti.


Rambozzi® mulakan dengan memasang bahagian tapak untuk rak ini dahulu. Ya. Projek ini bukanlah satu projek kayu yang susah. Cara pemasangannya juga adalah sangat ringkas dan mudah. Sangat Rambozzi®.


Selesai proses memasang kesemua 8 Rak Tudung Yanti. Fuhhhh! Penat! Tetapi Rambozzi® agak lega dan juga gembira, kerana kesemua rak itu berjaya dipasang tanpa ada sebarang masalah. Sebenarnya... Ada satu masalah sahaja yang mengganggu Rambozzi® ketika sedang memasang rak² itu. Hmmm... Bukan 1, tetapi 3 masalah sebenarnya heh heh heh heh.


Sepanjang proses memasang rak² Yanti itu, Rambozzi® telah "diganggu" oleh 3 orang Ultraman! Hahahahahahaha! Rambozzi® menjadi guru tidak bertauliah dengan tak sengaja. Rambozzi® terpaksa menjawab pelbagai soalan dari 3 orang Ultraman itu. Hahahahahaha aduh.... Macam² la kan... Kan...


Sebaik selesai proses pemasangan Rak Tudung Yanti itu, dengan tidak membuang masa Yanti terus menyusunnya di dalam butik. Oh! Itu adalah satu tahap kepuasan yang tertinggi bagi Rambozzi®. Melihat Yanti seakan gembira dengan hasil kerja Rambozzi® adalah sesuatu yang memang tidak boleh Rambozzi® tuliskan dengan perkataan. Sungguh Rambozzi® berharap agar hasil kerja Rambozzi® ini benar² memuaskan hati Yanti. Sungguh² Rambozzi® berharap...

Oraits. Di kesempatan ini, Rambozzi® ingin memohon maaf kepada Yanti dan suaminya, sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan di dalam kerja² Rambozzi® ini. Rambozzi® ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan. Rambozzi® ingin memohon maaf di atas "lebihan" masa yang Rambozzi® ambil untuk menyiapkan projek ini.

Rambozzi® perlu lebih cekap menguruskan masa Rambozzi®. Dan ya, projek Rak Tudung Yanti ini mengajar Rambozzi® untuk lebih menghormati dan menepati masa. Masa adalah sangat penting bagi Rambozzi® sekarang. Masa adalah sangat kritikal bagi Rambozzi® sekarang. Masa adalah sesuatu yang amat Rambozzi® perlu jaga sekarang. Dengan masa, Rambozzi® boleh terus menjadi 'woodworker' ini. Dengan masa, Rambozzi® boleh meneruskan "woodworking" ini. Dan dengan masa juga, Rambozzi® boleh terus memberikan 'my all'...

"I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
'Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight..."




"Bulan tua di sebalik awan
Suasana sungguh mengerikan..."


Rusty Blade - Langsuir Liar - Rintangan Hidup Dunia (1987)

Dalam kegelapan malam yang membataskan jarak penglihatan, Rambozzi® redahi denai sunyi itu sekali lagi. Di kiri kanan jalan kecil itu berdiri malas lalang² dan menjalar lesu pepohon semalu. Beberapa ekor burung ayam-ayaman atau nama saintifiknya 'gallicrex cinerea' kelihatan berlari² di dalam semak yang semakin semak. Entah, sama ada burung² itu benar² wujud atau suatu "jelmaan", Rambozzi® tidak mampu untuk memikirkan hal itu. Yang jelas, di dalam hati Rambozzi® ini kini, ada rasa takut yang amat. Kerana selama hampir 30 minit Rambozzi® berjalan melalui denai ini, Rambozzi® sedar, ada "sesuatu" yang mengekori Rambozzi® dari belakang. Dan yang lebih menggentarkan hati Rambozzi®, bukan satu tetapi dua! Eeeeeeeeeee!!!

"Langsuir liar mencari mangsanya
Rupa wajah amat menakutkan..."

Dari berlari² anak Rambozzi® lajukan langkah. Dan bila rasa takut dan ngeri semakin bertambah, Rambozzi® membuka langkah seribu dan memecut dengan laju. Dan seperti yang dijangka, 2 "followers" di belakang Rambozzi® turut memecut mengejar Rambozzi®!!! Argh! Ini bukan sesuatu yang menyeronokkan! Dan seperti yang Rambozzi® risau dan takutkan (Rambozzi® tahu Rambozzi® akan tewas di dalam pertandingan ini kerana Rambozzi® kepenatan selepas mengejar lembu Boboy yang terlepas tadi), 2 "followers" itu berjaya mengejar Rambozzi® dan menyekat pergerakan Rambozzi®. Bahu Rambozzi® dipegang kemas oleh mereka berdua. Dan Rambozzi® bagai dipukau bila terkena teguran mereka;

"Bro Rambozzi®. Saya Firdaus, dan ini kawan saya, juga bernama Firdaus. Kami nak tempah rak untuk letak botol² minyak wangi la bang..."

"Ohhhh ok boleh je... Tapi pesal nama bro 2 orang sama haaa?"



Jadi, tanpa membuang masa lagi, jom mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus.


Oraits. Saiz dan 'design' untuk rak ini telah dibincangkan dengan panjang lebar antara Rambozzi® dan Firdaus&Firdaus. Selepas 2 kali pertemuan, kami mencapai kata sepakat dan Rambozzi® pun bolehlah mulakan projek ini.

Rambozzi® mulakan dengan memotong kayu² 1x2 di atas kepada saiz² yang diperlukan.


Oraits. Kayu 1x2 di dalam gambar di atas akan dibelah dua. Sebelum ia dibelah, Rambozzi® nak bulatkan sedikit bahagian bucunya. Sebab, bila sudah dibelah nanti, agak bahaya kalau Rambozzi® cuba bulatkan sisinya dengan menggunakan 'mini router/trimmer', kerana kayu itu akan menjadi semakin nipis dan susah untuk dipegang nanti.

Untuk operasi ini, Rambozzi® pasangkan 'mini router/trimmer' ke 'router table'.


Dan itulah hasilnya selepas ia dibulatkan dengan menggunakan 'mini router/trimmer' yang dipasangkan 'roundover router bit'.


Seterusnya, kayu² tadi akan dibelah kepada 2 bahagian yang sama besar. Untuk operasi ini, Rambozzi® akan gunakan Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional, BUAT PERTAMA KALINYA! Wah! Wah! 


"Kalaulah boleh ditulis "perasaan" Rambozzi® ketika ini! Kalaulah kau tahu apa yang "terkandung" di dalam hatiku ini! Arrgghhh!"

Rambozzi® rasa teruja! Sangat gembira! Sangat 'excited'! Rambozzi® rasa bahagia. Rambozzi® rasa sangat cinta. Ye! Rambozzi® rasa cinta, 'love'... Ermmm... Apa lagi ye... Aduh susah nak terangkan... Takpe, jom kita sambung "woodworking" ini lagi...

"Rambozzi® tak akan perincikan mengenai 'table saw' itu di dalam 'entry' ini. Rambozzi® akan tulis sebuah 'entry' khusus untuknya, nanti..."

Oraits. Rambozzi® nak belah kayu di atas kepada saiz yang sama besar atau lebar dengan ketebalan kayu itu. Ok? Dapat ye? Faham ye? Sekali lagi. Rambozzi® nak belah kayu di atas kepada saiz yang sama lebar dengan ketebalan kayu itu. Jadi, Rambozzi® dirikan kayu itu rapat ke mata gergaji, dan tolak 'table saw fence' rapat ke kayu itu. Dan sekarang Rambozzi® dah dapat ketebalan yang Rambozzi® nak. Cukup mudah. Cukup senang.


Dan barulah Rambozzi® boleh belah kayu itu sekarang.


Oraits. 'Tools' berwarna biru di dalam gambar di atas adalah Kreg® Multi-Purpose Push Stick. Ia adalah produk Kreg® terkini yang Rambozzi® beli. Terkini ke terbaru? Haaaa.... Ia bukan produk baru, tapi Rambozzi® baru beli. Jadi, perkataan mana yang lebih tepat untuk digunakan? Haaaa.......... Tak suka keadaan 'uncertainty' kan? Kan.....

Rambozzi® akan belah kayu itu dengan menolaknya ke arah mata gergaji yang berputar pada kelajuan 3,650 seminit atau rpm. Kelajuan itu agak berbahaya, oh tidak, keadaan itu sangat berbahaya! Rambozzi® perlu berhati² dengan sepenuh hati supaya tidak mengalami sebarang kecederaan ketika mengoperasikan mesin ini. Untuk tujuan itu, Rambozzi® akan tolak kayu yang hendak dibelah - menghala ke arah mata gergaji itu - dengan menggunakan Kreg® Multi-Purpose Push Stick.

Hmmm... Rambozzi® tidak dapat menunjukkan gambar² ketika Rambozzi® sedang membelah kayu itu. Rambozzi® perlukan seorang 'photographer' untuk merakam "detik manis" itu. Mungkin juga Rambozzi® perlu merakamnya di dalam bentuk video dan 'upload'kan ke Youtube. Itu adalah satu lagi cita² Rambozzi® untuk dunia 'woodworking' Rambozzi® ini. Satu hari nanti, Rambozzi® akan buat video pulak! Ya! Nak tengok tak video Rambozzi® sedang woodworking'? Nak? Satu hari nanti... One day,....


Dan itulah hasilnya selepas kayu² 1x2 tadi dibelah. Satu proses atau operasi yang sangat mengujakan Rambozzi®!


Oraits. Seterusnya, Rambozzi® cantumkan dulu beberapa batang kayu 1x2 menjadi bentuk kotak seperti di dalam gambar di atas.


Dan Rambozzi® cantumkan pula bahagian² lain kayu termasuk kayu yang dibelah tadi menjadi bentuk seperti di dalam gambar di atas.


Projek ini hampir siap. Tidak banyak pun proses kerja yang terlibat. Dan tidak ada sebarang skru atau paku yang terlibat. Kesemua bahagian kayu di dalam gambar di atas dicantumkan dengan hanya menggunakan 'super glue' sahaja.


Di bahagian bawahnya akan ditampal pula sekeping 'plywood'.


Rambozzi® potong 'plywood' di dalam gambar di atas dengan hanya menggunakan 'utility knife' sahaja kerana ia hanya setebal 3 mm sahaja. 'Plywood' itu dipotong sedikit besar dari saiz sebenar yang diperlukan. Lebihannya nanti akan dibuang atau di'trim' pula dengan menggunakan 'mini router/trimmer'. Dan Rambozzi® gam dan pakukan 'plywood' itu ke rak dengan menggunakan 'staple/nail gun'.


Selesai proses menampal 'plywood', Rambozzi® akan 'trim' lebihannya pula dengan menggunakan 'mini router/trimmer' seperti yang dapat dilihat di dalam gambar di atas.


Oraits. Projek Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus ini hampir siap. Dan dengan tidak disangka², secara tiba², 'suddenly'.....

"Rambutnya terhurai, mata kemerahan
Pabila menjelma kau kan diserang..."

Rambozzi® telah melakukan kesilapan terbesar di dalam projek ini! Arrggghhhh!!!!! 'One more time!' Arrggghhhh!!!!!

Aduh..... Macam mana nak citer nie haaaa....

Ok. Silakan lihat gambar di atas ya, puan². Bahagian yang bertanda dengan pensil seperti ditunjukkan oleh anak panah merah di dalam gambar di atas terpaksa dipotong dan dibuang. Ini kerana, ya puan², Rambozzi® telah tersalah ukuran. Maksud Rambozzi® begini ya, puan². Firdaus&Firdaus mahukan ukuran bahagian tepi rak itu di dalam unit cm tetapi dengan yakin dan penuh bangga Rambozzi® buat bahagian itu di dalam unit inci ya, puan². Tahukah anda berapa banyak perbedaan di antara unit cm dan inci? Agak banyak juga ya, puan²... Bala kan, puan²? Hmmmmm...

Tapi itu tak cukup bala lagi ya, puan². Mari kita lihat pula gambar di bawah ini. Jom, puan²... Mari, mari...



Ada 15 biji rak tu yang telah Rambozzi® siapkan! Bukan 1 ya, puan². 15!


Sungguh, bro! Rambozzi® rasa macam nak buat sup je rak² tuh hahahahahahaha! Aduh Bruce (mention #1)...........


Tapi Rambozzi® tenangkan diri, minum secawan Nescafe panas dulu dan Rambozzi® termenung sambil memikirkan cara terbaik untuk memperbaiki kesilapan Rambozzi® itu. Rambozzi® ada terfikir nak potong bahagian kayu yang terlebih itu dengan menggunakan 'table saw', tapi 'table saw' itu masih belum sedia untuk digunakan untuk tujuan itu sebab Rambozzi® masih belum sempat nak siapkan 'table saw sled'nya lagi.

Jadi, Rambozzi® potong lebihan bahagian itu dengan menggunakan 'miter saw' sahaja. Setelah mengambil kira faktor² keselamatan kerja dan rak itu sendiri, Rambozzi® potong lebihan bahagian itu.


Dan ya, cara itu berjaya menyelesaikan masalah itu dan rak itu juga tidak rosak. Rambozzi® potong bahagian kayu yang ditunjukkan oleh anak panah merah di dalam gambar di atas dan gamkan sahaja ke hujung bahagian yang dibuang tadi.


Maka siaplah Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus ini. Seterusnya, Rambozzi® tandakan beberapa tandaan di atas rak untuk bahagian pembahagi atau 'divider' untuk botol² minyak wangi itu nanti. Sekali lagi, Rambozzi® telah melakukan kesilapan kerana semasa Rambozzi® menentukan saiz untuk rak ini, Rambozzi® terlupa untuk mengambil kira ruangan untuk diletakkan 'divider'. Rambozzi® bercadang nak tampalkan 'plywood' sahaja sebagai 'divider' tetapi ketebalan 'plywood' itu sendiri memakan ruang yang agak banyak. Dan memang botol² minyak wangi tidak akan dapat muat di dalam ruangan² itu nanti.

Rambozzi® tenangkan hati, jiwa dan perasaan Rambozzi®, dan Rambozzi® terus melangkah lemah di celah² lorong di tengah² ibu kota itu. Sambil berjalan perlahan², kaki Rambozzi® menyepak² tin² minuman yang dibuang oleh insan² yang tidak ada kesedaran sivik. Rambozzi® turut serta menjadi sebahagian dari mereka kerana tidak membuang tin² itu ke dalam tong sampah yang disediakan oleh pihak DBKL. Payung di tangan Rambozzi® kepitkan di celahan ketiak Rambozzi®. Payung itu sangat bermakna buat Rambozzi®. Payung itu sentiasa bersama Rambozzi® walau ke mana kaki Rambozzi® melangkah. Tanpa Rambozzi® sedari, selama hampir 30 minit berjalan di lorong itu, rupa²nya ada sesuatu yang mengekori Rambozzi®. Langkahnya menyaingi kelajuan langkah Rambozzi®. Laju Rambozzi® melangkah, lajulah langkahnya. Perlahan Rambozzi® melangkah, perlahan jugalah langkahnya Dalam ketakutan sempat Rambozzi® menjeling dengan ekor mata Rambozzi®, lembaga itu bagai bayang² berwarna hitam, dengan susuk tubuh yang tinggi lampai, dengan wajah yang tidak dapat dipastikan. Hanya matanya sahaja yang kelihatan kerana bahagian mukanya ditutup dengan kain hitam. Macam ninja!

"Bila keseorangan...
Berwaspada!
Ia menghampiri... 
Menakutkan!"


Akhirnya, Rambozzi® berjaya mendapat satu 'idea' yang dirasakan sangat bernas untuk projek ini! Rambozzi® akan bahagikan ruang² di antara botol² minyak wangi itu dengan menggunakan tali guni! Ya! Tali guni! Yes! Rambozzi® rasa, 'idea' ini tidak kurang menariknya. Tapi Rambozzi® perlu dapatkan persetujuan daripada Firdaus&Firdaus dahulu.

Rambozzi® tunjukkan gambar di atas kepada Firdaus&Firdaus dan Rambozzi® bernasib baik, kerana mereka suka dengan 'idea' Rambozzi® itu! Fuuuhhhhh! Lega, bro!


Aduh...... Lega hati Rambozzi®. Rupa²nya, di dalam 'woodworking' ini, bukan setakat mesin² dan kayu sahaja. Rambozzi® perlu kreatif menggunakan bahan² lain untuk disesuaikan dengan konsep sesuatu projek 'woodworking' itu. Hmmm... Masih terlalu banyak yang perlu Rambozzi® pelajari dan cuba...


Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus ini akan diserahkan kepada Firdaus&Firdaus. Rambozzi® berharap rak² ini akan dapat memenuhi keperluan Firdaus&Firdaus.


Hmmmm... Projek ini juga mengajar Rambozzi® mengenai pengurusan masa. Masa Rambozzi® sekarang agak terhad, dengan sedikit keadaan yang agak kelam-kabut. Rambozzi® perlukan masa untuk menguruskan masa Rambozzi®. Rambozzi® perlu bertenang dan bijak mengawal masa. Rambozzi® tidak boleh membuang masa lagi. Buang masa je buang masa, kan... Kita kena cari masa dan gunakan masa yang ada. Kita kena guna masa yang ada...




2 gambar di atas adalah ihsan dari Firdaus&Firdaus. Rambozzi® bernasib baik kerana Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus itu menepati keperluan mereka berdua. Saiz dan ruangan di antara botol juga agak tepat, "ngam²" dan "kemah-keming, boh!" heh heh heh heh... Dan rupa²nya ruangan di sebelah tepi botol² itu adalah untuk diletakkan pen... Owh baru la Rambozzi® tahu hehehehehehe...

Melihat 2 gambar di atas membuatkan hati Rambozzi® berasa sangat gembira, lega dan sangat 'cool'. Projek Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus ini tidak susah, ia masih selari dengan 'tagline' Rambozzi® - "Pertukangan Kayu Ringkas & Mudah". Cool Rambozzi®!!! Yeah!!!
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ▼  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ▼  April 2015 (6)
      • - Rak Tudung Yanti
      • - Rak Minyak Wangi Firdaus&Firdaus
      • - Rambozzi® Mini Router/Trimmer "Safe & Control" B...
      • - Rambozzi® Jigsaw Table (the 2nd)
      • - Bosch® Table Saw GTS 10 J Professional
      • - Shot Through the Heart Pt.II - In These Arms
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes