- Rambozzi® & Drill Bits


"...hidup ini penuh dengan apa yang kita panggil sebagai "kebetulan" sedangkan ia sebenarnya adalah suratan takdir dan ya, ketentuan. Kita gembira dengan cinta yang hadir dan berduka dengan cinta yang pergi. Dan kita akan merindui saat² manis dalam percintaan itu. Kita panggil ia sebagai - Memori... Heh heh heh heh... Memori itu pula berkait rapat dengan perasaan rindu. Dulu Rambozzi® tak tahu apa itu erti rindu, tapi selepas menonton video di bawah, barulah Rambozzi® faham...Jom layan dulu! Hahahahaha!"


Hahahahahaha! Ok. Oraits. Kali ini Rambozzi® hanya nak berkongsi serba sedikit mengenai beberapa jenis alat yang sangat kita kenali dalam dunia 'woodworking' ini - iaitu 'drill bits'. Sebenarnya macam nie, Rambozzi® tak perlu pun tulis 'entry' ini untuk "cuba" menerangkan mengenai jenis² 'drill bits' ini. Kalau di'Google', hasil cariannya sudah lebih daripada cukup untuk kita tahu, kenal dan faham akan fungsi tiap² satu jenis 'drill bit' itu. Tapi, demi "cinta" Rambozzi® kepada "woodworking" ini, ia seperti sudah menjadi satu "tanggungjawab" kepada Rambozzi® untuk menulis walau sedikit maklumat mengenainya. Dan ya, ia semestinya selari dengan apa yang Rambozzi® "perjuangkan" di sini iaitu; 


"I am Rambozzi®.
I-woodworking with Style,
I-woodworking with Heart,
I-woodworking with Love..."

Rambozzi® akan menerangkan mengikut cara Rambozzi® dan semestinya juga mengikut pemahaman Rambozzi® sendiri. Sebarang "salahfaham-salaherti-pertelingkahan-pergolakan" yang bakal timbul adalah "di bawah tanggungan pembaca" yang membaca 'entry' ini sendiriRambozzi® tidak akan dipersalahkan. Rambozzi® tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya salahfaham-salaherti-pertelingkahan-pergolakan itu berlaku. Setuju? Heh heh heh heh.....

Rambozzi® juga akan hanya menulis mengenai beberapa jenis 'drill bits' yang Rambozzi® gunakan sahaja. Sebab ada terlalu banyak jenis 'drill bits' di dunia ini.

Oraits! Tanpa membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® & Drill Bits. Ermmm... ini bukan satu kerja 'woodworking' pun sebenarnya heh heh heh heh...


Ok. Gambar di atas adalah 'drill bit' yang paling asas, yang selalu kita jumpa, dan mudah dibeli di mana² 'hardware' berhampiran dengan kita. 'Drill bit' di atas adalah jenis 'twist drill bits''Twist drill bits' ini sesuai untuk digunakan ke atas hampir kesemua 'material' di dalam hampir kesemua bidang pertukangan. Ia boleh digunakan untuk menebuk besi, kayu, plastik dan lain² 'material'. Ok. Rambozzi® tidak akan senaraikan 'material' yang boleh ditebuk dengan menggunakan 'twist drill bits' ini. Cukuplah untuk bidang 'woodworking' ini sahaja. Ok? Oraits?


Gambar di atas adalah 'twist drill bits' dari pandangan dekat. Oh ya. Rambozzi® juga tidak akan "bercerita" dengan teliti mengenai "sifat dan ciri" jenis² 'drill bit' di sini. Ada terlalu banyak 'engineering terms and phrases' mengenainya yang Rambozzi® "tidak faham" dan kalau Rambozzi® faham pun, Rambozzi® takkan mampu "merungkai misteri itu" di sini heh heh heh heh...


Gambar di atas adalah 'twist drill bits' juga. Cuma warnanya sahaja yang berlainan. Dan jangan ditanya Rambozzi® kenapa warnanya berlainan - ia juga adalah sesuatu yang takkan mampu Rambozzi® "merungkai misteri itu" di sini heh heh heh heh...


Oh ya! Ada satu perbezaan ketara di antara kedua² 'twist drill bits' itu! Ini berdasarkan pengalaman Rambozzi® menggunakannya. 'Twist drill bits' yang berwarna hitam seperti di dalam gambar di atas adalah lebih mudah tumpul dan patah berbanding 'twist drill bits' berwarna 'silver' tadi.


Seterusnya, 'brad point drill bits'. 'Drill bit' jenis ini adalah "khusus" untuk menebuk kayu sahaja. Memang terdapat 'brad point drill bits' yang juga dibuat "khusus" untuk menebuk besi, tapi Rambozzi® tak gunakannya, jadi Rambozzi® tak pernah beli atau cari.


'Brad point drill bits' ini mempunyai 'brad point' yang tajam dan kedua² 'angle point'nya juga tajam. Rambozzi® mendapati, 'drill bit' jenis ini mampu menebuk lubang pada kayu dengan kelajuan yang tinggi berbanding 'twist drill bits' tadi. Dan hasil tebukannya juga lebih kemas dan bersih berbanding 'twist drill bits'. Itu hanya berdasarkan pengalaman Rambozzi® sahaja ok... Heh heh heh heh...


Kemudian, Rambozzi® juga memiliki dan menggunakan 'spade drill bits'. 'Drill bit' jenis ini adalah antara 'drill bit' kegemaran Rambozzi®. Ia boleh menebuk lubang dengan laju dan hasil tebukannya juga adalah sangat bersih dan kemas. Bagi Rambozzi®'spade drill bits' adalah 'drill bit' terbaik untuk menebuk lubang pada kayu.


Halamak tetiba je gambar jadi kelabu kan? Sori, bro!

Ok, gambar di atas menunjukkan rupabentuk 'spade drill bits' ini dari pandangan dekat. Ia juga mempunyai hujung yang tajam dan juga 2 lagi mata 'drill' yang juga tajam di kedua² sisinya. 2 mata 'drill' itu membolehkan ia menebuk lubang dengan bersih dan kemas. Ianya perlu dipastikan sentiasa tajam supaya tidak merosakkan permukaan kayu yang ditebuk.

Lubang pada 'drill bit' itu untuk apa pula?

Itu adalah satu lagi "misteri alam ini"... Heh heh heh heh...


Seterusnya, 'forstner drill bits'. Oh! Ini adalah 'drill bit' kegemaran Rambozzi®!


Gambar di atas menunjukkan 2 jenis 'forstner drill bits' yang Rambozzi® miliki. Kedua²nya nampak berbeza tetapi fungsinya tetap sama. Nama lain untuk 'forstner drill bits' ini adalah 'boring drill bits'.


Ada yang bertanya kepada Rambozzi®, bolehkah 'forstner drill bits' ini dipasangkan ke 'cordless drill'? BOLEH. Sebab 'chuck' pada 'cordless drill' boleh menerima 'bits' yang berdiameter tidak lebih 10mm. Itu untuk 'cordless drill' atau 'drill press' yang mempunyai 'chuck' berdiameter 10mm. Kalau tak salah Rambozzi®, itu adalah diameter 'standard' untuk sesebuah 'cordless drill' atau 'drill press'. Dan memang Rambozzi® pernah jumpa 'chuck' yang berdiameter lebih besar lagi.

Dan kalau dilihat kepada gambar di atas, setelah diukur, 'forstner drill bits' itu memang boleh dipasangkan ke 'cordless drill'. Mudah kan?


'Forstner drill bits' ini juga mampu menebuk lubang dengan bersih dan kemas. Tetapi tebukannya tidak selaju 'spade drill bits'. Bila menebuk lubang dengan menggunakan 'forstner drill bits' ini, Rambozzi® mulakan dengan membiarkan ia berputar di atas permukaan kayu sehingga membentuk bulatannya terlebih dahulu. 


Selepas itu barulah ia dibenamkan ke dalam kayu ke kedalaman yang dikehendaki ataupun terus menembusi kayu. Dengan cara itu, Rambozzi® dapati hasil tebukannya sangat bersih dan kemas dan boleh mengelakkan kayu yang ditebuk pecah dan merosakkannya.

Untuk mendapatkan hasil tebukan yang lebih kemas, bersih dan terkawal, Rambozzi® akan pasangkan 'forstner drill bits' ini ke 'drill press'. Oh ya! Ini adalah nasihat Rambozzi® kepada 'woodworker' yang membaca blog Rambozzi® ini, belilah sebuah 'drill press'. "Uolls" tak akan menyesal dan "uolls" akan tahu erti "woodworking" sebenar heh heh heh heh...


Kemudian, seterusnya, hmmm mana satu ntah hahahaha! Rambozzi® juga memiliki 'step drill bits''Step drill bits' ini TIDAK PERNAH Rambozzi® JUMPA di mana² 'hardware' pun di bumi Malaysia ini! Yang Rambozzi® miliki ini pun adalah kerana ia datang sekali dengan KREG® Jig yang Rambozzi® beli. Kalau Rambozzi® tak beli KREG® Jig, memang Rambozzi® tak akan ada 'drill bit' jenis ini.


'Step drill bits' ini sangat "special" dan paling Rambozzi® sayang. Ia mendapat namanya kerana mata 'drill'nya mempunyai 2 'step'. Sila lihat gambar di atas. 'Step' yang pertama akan menebuk lubang 'pilot hole' dan 'step' yang kedua akan menebuk lubang 'pocket hole' pada kayu. Ok. Hmmm... Rambozzi® rasa, cara penyampaian dan penerangan Rambozzi® kini lebih kemas dan jelas. Heh heh heh heh. Rambozzi® rasa, Rambozzi® semakin pandai "menulis" mengenai "woodworking" ini. Rambozzi® rasa, penerangan Rambozzi® kini lebih tepat dan sampai maksudnya. Kan... Hehe...

Oraits'Step drill bits' ini adalah khusus untuk menebuk lubang² 'pocket hole' sahaja. Tetapi ia juga boleh berfungsi sebagai 'combined-drill-and-countersinks bit'. Ia boleh digunakan untuk menebuk lubang 'pilot hole' dan 'countersink', serentak.


Oraits. 'Drill bits' yang Rambozzi® ceritakan tadi hanyalah antara beberapa jenis 'drill bits' sahaja. Ada banyak lagi 'drill bits'. Apa yang Rambozzi® blogkan ini hanyalah 'drill bits' yang Rambozzi® gunakan sahaja.

Seterusnya, Rambozzi® nak tambah sedikit mengenai beberapa aksesori khusus untuk 'cordless drill' yang Rambozzi® miliki dan gunakan setiap masa. Gambar di atas adalah 'quick change chuck''Quick change chuck' di atas boleh membantu mempercepatkan proses penukaran di antara 'drill bits' ataupun 'screwdriver bits'.


Tapi ia hanya untuk 'drill bits' atau 'screwdriver bits' jenis 'hex shank' seperti di dalam gambar di atas sahaja.


Hanya masukkan sahaja 'hex shank bits' ke dalam 'quick change chuck' itu dan go!


Ada satu jenis lagi 'quick change chuck' yang Rambozzi® miliki. 'Quick change chuck' di dalam gambar di atas boleh dibengkokkan untuk membolehkan kita menebuk lubang atau memutar skru di ruang yang sempit. Hmmm... Rambozzi® rasa, Rambozzi® tak perlu tulis lebih lanjut mengenainya. Melihat kepada rupanya sahaja kita sudah boleh bayangkan kegunaan dan kemampuannya.


OraitsRambozzi® juga memiliki 'hex shank drill bit set'. Set ini terdiri daripada 6 'drill bit' pelbagai saiz dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam 'quick change chuck'.


'Right angle drill attachment' seperti di dalam gambar di atas pula adalah satu lagi aksesori untuk memudahkan kita menebuk lubang dan memutar skru di ruang yang sempit yang tidak boleh dimasuki oleh 'cordless drill'.


Dan seperti 'quick change chuck' tadi, 'right angle drill attachment' ini khusus untuk 'drill bits' dan 'screwdriver bits' jenis 'hex shank' sahaja.


Aksesori di dalam gambar di atas pula adalah 'screw extractor' atau 'broken screw remover'. Ia digunakan untuk memutar keluar skru yang telah rosak kepalanya.


Mata 'drill' di hujung 'screw extractor' atau 'broken screw remover' ini adalah 'reverse' atau terbalik berbanding 'drill bit' biasa. Ia digunakan dalam 'reverse mode' pada 'cordless drill'. Bila diputar, mata 'drill'nya akan menebuk lubang pada kepala skru dan menariknya keluar. Fungsi yang sangat ringkas tapi sangat berguna.


Oraits. Seterusnya 'countersink drill bits'.


'Drill countersink bit' seperti di dalam gambar di atas mempunyai satu mata 'drill' dan 2 'depth collar' yang boleh disetkan untuk mendapatkan kedalaman lubang 'countersink' yang kita kehendaki. 'Drill bit' akan menebuk lubang 'pilot hole' untuk skru dan seterusnya lubang 'countersink' pula akan ditebuk. Ia membuat 2 kerja serentak. 'Drill countersink bit' ini sangat menjimatkan masa kita.


'Countersink bit' seperti di dalam gambar di atas hanya menebuk lubang 'countersink' sahaja. Kedalaman lubang 'countersink' perlu disetkan secara 'manual' jika kita menebuk lubang 'countersink' menggunakan 'countersink bit' jenis ini.


'Combined drill-and-countersink bit' seperti di dalam gambar di atas adalah yang terbaru Rambozzi® miliki. Ia adalah gabungan di antara 'drill countersink bit' dan 'countersink bit'. Ia mempunyai 2 mata 'drill' yang berlainan saiz di kedua² hujungnya untuk disesuaikan dengan saiz skru yang akan digunakan nanti.


Sekarang, jom kita 'test' dan lihat bagaimana hasil tebukan menggunakan 'Combined drill-and-countersink bit' ini.


Ok dah siap 'test' heh heh heh heh... Hasil tebukan yang sangat kemas dan bersih. Lubang 'pilot hole' juga dapat dilihat dengan jelas di dalam lubang 'countersink' di atas.


Dan memang kepala skru akan terbenam bila diskrukan ke dalam lubang ini. Sangat ringkas, sangat berguna.


Oraits. 'Last' sekali, adalah 'screwdriver bits'. Tidak ada yang luar biasa mengenainya, 'screwdriver bits' seperti di dalam gambar di atas adalah sangat biasa kita jumpa dan gunakan. Ia boleh didapati di mana² 'hardware' berdekatan. Rambozzi® memiliki 'screwdriver bits' dalam pelbagai saiz untuk memudahkan Rambozzi® memutar skru pada tempat² yang memerlukan kepanjangan 'screwdriver bits' yang berbeza².


Rambozzi® juga memiliki 2 'screwdriver bits' yang agak "special". Yang berwarna hitam di dalam gambar di atas adalah dari jenama BOSCH® manakala yang berwarna 'silver' itu pula adalah dari jenama Makita®. Kedua² syarikat 'power tools' gergasi ini mendakwa, 'screwdriver bits' keluaran mereka adalah lebih tahan lama berbanding 'screwdriver bits' jenis biasa. Itu dakwaan mereka la kan? Heh heh heh heh. Rambozzi® beli sebab jenama dan 'design'nya yang unik sahaja. Fungsi dan kegunaannya tetap sama bagi Rambozzi®Rambozzi® beli sebab Rambozzi® nak beli!


Jadi. So. Kesemua 'drill bits', 'screwdriver bits' dan pelbagai aksesori lagi tadi adalah antara peralatan yang Rambozzi® perlukan dalam kerja² 'woodworking' ini. Untuk memudahkan Rambozzi® menggunakannya, Rambozzi® simpan kesemua 'bits' dan aksesori tadi di dalam satu ruangan khas yang Rambozzi® buat tidak lama dulu. Ruangan khas itu sebenarnya adalah di bahagian bawah 'workbench' Rambozzi®. Ia hanyalah sebuah laci yang dipasangkan secara menegak sahaja. Rambozzi® tebuk lubang² untuk simpanan 'bits' dan aksesori di atas 2 batang kayu sebelum kayu itu digam ke bahagian dalam laci itu. Satu ruang simpanan yang sangat kemas dan teratur, bagi Rambozzi®. Tapi bila 'bits' dan aksesori itu sering keluar-masuk dan digunakan, kadang² Rambozzi® terpaksa meluangkan masa pula untuk menyusunnya semula dengan kemas hehehehehe.

Oraits. Fuh! Penatnya menulis! Banyak jugak kan? Hahahahahaha!

Jadi. So. Kenapa rajin sangat Rambozzi® nak tulis semua itu? Kenapa sanggup Rambozzi® luangkan masa menulis semua itu? Kenapa Rambozzi® di sini?

Itu juga adalah satu lagi "misteri alam ini"... Heh heh heh heh...


21 Comments

  1. Good job la bro Rambozzi! Best tgk koleksi bits yg byk tersusun kemas molek tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena susun la bro... Baru tak serabut mata huhuhu

      Delete
  2. terbaik la koleksi bits tu,.nak try survey kt kedai h/ware.. tq bagi input.sgt bermanafaat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama². Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.
      Mana² yg boleh dipakai, sila gunakan sebaiknya heh heh heh...

      Delete
    2. Bang nak tanya..mana dapat 'Right angle drill attachment' tu.?

      Delete
    3. Zaidi - try tgk dlm mudah.my. atau blh try cari kat CTHardware Puchong, juga ada online

      Delete
  3. Wahhh..menarik..sy baru nk beli tool box Bosch utk saje2 standby kat umah.mane la tau tetibe dtg gatai tgn nk gerudi dinding ke ape..hehe..mcm seronok je tgk dunia pertukangan ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak rugi beli tool box tu Solid snake. Dan memang tak rugi juga jadi woodworker nie hehehehe...

      Delete
    2. Nak beli Bosch mikita mmg x mampu..try beli Skil impact..agak2 ok x bang..tgh bsemangat ni hehe

      Delete
    3. SKIL memang OK. Tiada masalah. Murah, dan SKIL ni dimiliki oleh Bosch jugak.
      Beli yang mampu dan perlu je. Jangan jadi macam Rambozzi nie. Rambozzi giler BOSCH. Hahahahaha!

      Delete
    4. Abg da otai..bg ayam baru menetas ni rasanye cukup la tu bg skil..hehe..skang da gile tgk jenis2 drill..hehehe

      Delete
    5. Brand bukan faktor penentu kejayaanmu, bro hehehe...
      Tangan kita yg operasikan mesin² tu. Brand mahal tak semestinya bagus, brand murah tak semestinya tak bagus.

      Delete
    6. Alamakkkk..besarnye saiz spade bit tu..saiz 16..nak tebuk masuk skru saiz raksasa agaknye..hahaha..tp puas hati la brg da sampai.tgl nak jlnkan projek memporak porandakan suasana dlm umah bang..hahaha

      Delete
  4. tumpang lalu kat blog pulak.... menarik baca

    ReplyDelete
  5. salam sy baru jer belajar tentang woodworking ni....cuma nk kongsi sy banyak beli bits2 kt atas dekat lazada.com.my termasuklah Step drill bits utk pocket hole tu....harga takla mahal sgt tp lambat sampai sebab dtg dr oversea....kt ipoh ni mmg payah nk cari benda2 cam gini......saja nk berkongsi...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro. Ok la tu. Lambat sampai tu, kita kena sabar je la. Bila dah sampai nanti, hmmmph berlutut la kat lantai tu!
      Hehehehehe peace!

      Delete
  6. Nk tanya klu screwdriver bits leh x digunakan pada drill..rsa xyah dah bli cordless .beli drill boleh gak diguna untk msukkan skru..pndngn saya je

    ReplyDelete