Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

'Brader' Gayour adalah antara artis yang cukup Rambozzi® suka, minat dan 'respek'. Oh! Untuk kartunis seperti 'brader' Gayour ini, memang Rambozzi® kena guna perkataan 'brader' bukan 'bro' seperti yang digunakan dalam 'slang' generasi hari ini. 'Brader' lebih 'old skool!', lebih 'rock' dan lebih 'cool' hahahaha.

Rambozzi® akui, Rambozzi® memang menyelitkan sedikit "gaya penyampaian" Gayour di dalam tulisan² Rambozzi® di dalam blog ini, kebelakangan ini. Tapi Rambozzi® "lebih jiwang" dengan tema "cinta" berbanding 'brader' Gayour yang lebih "keras" dengan 'rock' dan 'heavy metal'. Bila sebut 'heavy metal', memang 'brader' Gayour banyak menyelitkan lirik² lagu daripada kumpulan² seperti Manowar - terutamanya dalam siri "Bersama Selamanya" - yang "sangat 'hot'" tidak berapa lama dulu di bumi Malaysia ini - berbanding  Rambozzi® yang menyelitkan lirik² lagu cinta heh heh heh heh... Dan bila sebut Manowar, kumpulan ini adalah antara kumpulan 'heavy metal' kegemaran Rambozzi® dan pastinya kegemaran 'brader' Gayour juga. Oh maaf! Manowar bukan kumpulan 'heavy metal'. Manowar adalah kumpulan 'TRUE Metal'! Yeah! Hahahahahahaha!

Untuk 'woodworking' kali ini, Rambozzi® akan "layan" lagu "Number 1" dari kumpulan Manowar ini. Sebab, Rambozzi® tak mahu "mengalah" dengan "cabaran²" yang datang dalam "perjuangan woodworking" Rambozzi® ini. Biarpun Rambozzi® bukanlah 'woodworker' terbaik ataupun nombor 1 di Malaysia, Rambozzi® nak jadi penulis 'woodworking blog' nombor 1 di bumi Malaysia ini! Sebab... "I am Rambozzi®! I-woodworking with Style. I-woodworking with Heart. I-woodworking with Love. I am Your woodworker..."

We belong to the world, we belong to the wind
We are the spirit of competition's end
Turning hours into days, burning muscles feel the pain
The heart and soul of discipline my friends

We are sending you a challenge it's very clear
We came to win that is why we are here
Demanding to be tested, tested by the best
Not to be forgotten like all the rest

The time has come all the training done
The muscle and the blood will come to pay

Let the game begin hear the starting gun
Play from the heart today we will overcome
When the game is over all the counting is done
We were born to win
Number 1!

Today is the day all the training through
We have come for the number 1 not the number 2
Let the contest begin play hard fight to win
Immortality victory and fame

The time has come all the training done
The muscle and the blood will come to pay

Let the game begin hear the starting gun
Play from the heart today we will overcome
When the game is over all the counting is done
We were born to win
Number 1! number 1! number 1!

Manowar - Number 1 - Louder than Hell (1996)


Yeah! Baru bersemangat! Hahahahaha! Oraits. Baru² ini Rambozzi® telah dihubungi oleh Puan Fetty, yang sangat berminat dengan hasil kerja tangan Rambozzi®. Oh! Ini adalah satu penghargaan dan pernghormatan buat Rambozzi®. Puan Fetty nak sebuah meja atau rak untuk diletakkan 'oven'nya yang agak besar hahahaha. Dan Puan Fetty sangat berminat dengan 'style' Rambozzi® seperti Rak Microwave/Oven Kak Haiza, Microwave Oven Cart Yuzie dan Baby Co-Sleeper Shima yang Rambozzi® buat tidak berapa lama dahulu. Puan Fetty nak gabungkan ketiga² hasil kerja Rambozzi® tersebut, untuknya. Ok, ini agak mencabar Rambozzi® juga sebenarnya hahahahaha!

Takpe. It's ok. It's oraits. Rambozzi® yakin Rambozzi® boleh memenuhi kehendak Puan Fetty ini. Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk Puan Fetty. I am Rambozzi®, bro! Jadi. So. Tanpa membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Oven Puan Fetty.


Oraits. Kayu² di atas telah diukur dan dipotong kepada saiz² yang diperlukan untuk projek kali ini. Puan Fetty telah memberikan ukuran 'oven'nya kepada Rambozzi® dan Rambozzi® tunjukkan 'design' dan saiz yang sesuai kepada Puan Fetty. Dan Puan Fetty telah bersetuju dengan 'design' Rambozzi® itu. Hah? Apa dia? Nak tengok 'design' tu? Boleh... No hal punye... Heh heh heh heh...


Haaa... Begitulah lebih kurang rupanya, di dalam SketchUp. Oh ya! SketchUp itu hanyalah "gambaran pelukis" sahaja, hasil akhirnya nanti mungkin berbeza dari imej yang dipaparkan heh heh heh heh... Itu hanyalah 'design' Rambozzi® sahaja.


Memandangkan Rak Oven Puan Fetty ini adalah bertutup penuh dengan kayu, jadi Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® siapkan dahulu bahagian² dindingnya. Mungkin, dengan cara ini akan memudahkan lagi proses pemasangannya nanti, mungkin la. Itu 'plan' Rambozzi®. Mungkin itu hanyalah mainan perasaan Rambozzi® semata. Mungkin itu juga hanyalah khayalan Rambozzi®. Entah. Sungguh Rambozzi® tidak memahami hati dan perasaan ini. Kadang² ia tertawa, ada masanya ia bergelora. Apakah ini yang dikatakan "cinta sejati"? Mengapa hadirnya rasa rindu? Mengapa pula bergenang airmata ini? Mengapa pula... ok ok ok ok. Kita cerita bab cinta lain kali pulak la. Rambozzi® sambung novel cinta tu lain kali hahahahahahahahahaha!

Oraits. Kesemua bahagian di atas adalah untuk bahagian 'table top' dan juga dinding² di sekeliling rak ini. Kesemuanya dipasangkan dengan menggunakan "jurus keramat" Rambozzi® iaitu 'pocket hole joinery technique'.


Seterusnya, Rambozzi® potong pula kayu² di atas untuk bahagian kaki dan 'apron' rak ini. Serius! Rambozzi® masih belum "khatam" lagi dengan nama² yang tepat untuk bahagian² di dalam sesebuah perabot! Dan memang Rambozzi® tidak pasti sama ada penggunaan perkataan atau istilah itu betul atau tidak. Terlalu banyak lagi yang Rambozzi® kena belajar. Rambozzi® sekarang ini masih lagi "kurang ajar" heh heh heh heh...

Untuk bahagian kaki rak ini, Rambozzi® gamkan 2 batang kayu menjadi satu untuk setiap batang kaki² itu (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas). Rambozzi® nak pastikan rak ini betul² kuat dan kukuh kerana ada sedikit "kegusaran" di hati Puan Fetty berkenaan hal ini. Kalau Puan Fetty pun berasa "gusar", Rambozzi® lagi "gusar" dan "kusut"! Hahahahahaha!


Rambozzi® teruskan sahaja ke proses pemasangan. Kayu² tadi dicantumkan menjadi rangka utama dan Rambozzi® pasangkan pula dinding²nya.


Sekarang rak ini sudah menjadi sangat berat!


Oraits. Di bahagian bawah rak ini juga akan dipasangkan lantainya. Lantai itu juga Rambozzi® bina dari cantuman kayu² yang digam dan diskrukan antara satu sama lain. Disebabkan Rambozzi® menggunakan kayu² itu seadanya, iaitu digunakan terus tanpa sebarang proses membelahnya ke saiz tertentu, ia tidak dapat menutupi keseluruhan bahagian bawah rak ini. 2 anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan ada ruang yang tidak muat untuk diletakkan kayu² yang sama saiz dengan kayu² untuk lantai itu.


Ok. Ini cabaran pertama untuk projek Rak Oven Puan Fetty ini. Ruang kosong itu agak luas dan memang tidak boleh ditutup dengan 'wood filler'. 'Oh come on man!' Takkan nak tutup dengan 'wood filler', kot... 'Come on man!'...


Sebenarnya kayu² untuk bahagian itu telahpun Rambozzi® potong siap², awal² lagi. Tapi ia agak lebar dan tidak boleh dimasukkan ke dalam ruang² itu.


Rambozzi® kena dapatkan ukuran ruang tersebut dan belah kayu di dalam gambar di atas ke saiz yang sesuai.


Rambozzi® tandakan dahulu 1 tanda pada kayu di atas. Itu adalah bahagian kayu yang akan dibuang untuk memastikan kayu itu muat masuk ke dalam ruang itu. Rambozzi® akan belah kayu di atas. Tapi Rambozzi® tidak memiliki 'table saw' lagi. Bagaimana nak belah kayu itu tanpa menggunakan 'table saw'? Bagaimana nak menyelesaikan permasalahan ini? Kenapa ada banyak sangat masalah nie haaa? Hahahahaha. Ketiadaan 'table saw' bukanlah satu halangan apatah lagi alasan untuk Rambozzi® mengalah di dalam "woodworking" ini. Rambozzi® akan gunakan segala apa yang Rambozzi® ada setakat ini untuk selesaikan masalah ini!


Oraits. Dari tandaan tadi, Rambozzi® lukiskan pula satu garisan di sepanjang kayu di atas. Garisan itu adalah sebagai 'guide' kerana Rambozzi® akan belah kayu itu dengan menggunakan 'jigsaw'.


Rambozzi® hanya potong rapat ke garisan 'guide' itu sahaja. Bakinya akan dibuang atau dikemaskan dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander' pula nanti.


Rambozzi® pastikan jarak di antara 'drum sander' dan 'drill press fence' itu adalah sesuai dengan ketebalan kayu yang Rambozzi® cuba dapatkan. Cara ini agak lambat jika dibandingkan dengan menggunakan 'table saw'. Tapi ia boleh digunapakai. Dan memang Rambozzi® boleh dapatkan ketebalan kayu yang Rambozzi® nak dengan menggunakan cara ini.


Kayu² yang siap dibelah tadi Rambozzi® gam dan skrukan ke bahagian lantai tadi (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas). Dan Rambozzi® 'sanding' terlebih dahulu bahagian lantai itu sebelum dipasangkan ke tempatnya.


Ok. Rak Oven Puan Fetty ini mempunyai 2 ruangan simpanan di bahagian bawahnya. Rambozzi® akan pasangkan bahagian paranya dahulu. Lantai atau para tadi Rambozzi® masukkan dari bahagian bawah rak. Disebabkan lantai itu adalah sama saiznya dengan ruangan di bahagian dalam rak, maka ia agak ketat, agak susah untuk ditolak ke bawah sehingga sampai ke bahagian tengah rak ini. Tak apa. Rambozzi® akan mengambil masa yang secukupnya untuk memastikan ia sampai ke "destinasinya".


Ok berjaya! Aduh susah jugak! Hahahahaha! Rambozzi® kena pastikan bahagian para itu adalah 'level' dan tidak ada bahagian yang "turun naik". Rambozzi® gunakan 'level' seperti di dalam gambar di atas untuk tujuan itu. Oh ya! 'Level' itu adalah produk BOSCH® yang terbaru Rambozzi® beli heh heh heh heh. Namanya adalah BOSCH® GLL 1P Line and Point Laser. Ya. 'Level' itu juga mempunyai 'laser'. Ahh lain kali la Rambozzi® cerita pasal dia ye? Hahahahaha.


Seterusnya, Rambozzi® pasangkan pula bahagian lantai di bawah rak ini. Rambozzi® akan pasangkan juga 4 biji roda ke rak ini, atas permintaan Puan Fetty sendiri. Rak ini sangat berat, jadi roda² itu akan membolehkan Puan Fetty mengalih²kan rak ini dengan mudah.


Ok. Begitulah rupanya setakat ini. 'Table top' itu masih belum dipasangkan lagi. Rambozzi® nak rehat sekejap. Masih banyak yang perlu Rambozzi® fikir dan lakukan untuk projek ini. Projek ini tidak susah sangat. Tapi ada banyak proses yang agak memenatkan. Aduh! Penat weh! Hahaha!


Oraits. Untuk memasang 'table top' itu ke rak, Rambozzi® perlu menebuk terlebih dahulu lubang² 'pocket hole' di bahagian dalam rak. Rambozzi® tidak tebuk lubang² 'pocket hole' awal² tadi kerana Rambozzi® nak fokus kepada proses pemasangan rak ini dahulu. Lagipun, tidak menjadi masalah untuk Rambozzi® menebuk lubang² 'pocket hole' pada peringkat ini. Rambozzi® akan tebuk beberapa lubang 'pocket hole' di tempat² seperti yang ditunjukkan oleh anak² panah di dalam gambar di atas.


Siap pasang 'table top' ke rak ini, Rambozzi® buat pula 2 pintu. Dengan menggunakan cara dan 'style' yang sama, 2 pintu itu juga tidak susah untuk disiapkan.



Rambozzi® pasangkan pintu² itu ke rak dengan menggunakan engsel.


Di bahagian dalam rak ini juga akan dipasangkan 'cabinet door magnetic catch'. Tapi Rambozzi® terpaksa tunggu pula 'hardware' yang selalu Rambozzi® pergi tu buka sebab dorang tutup - cuti raya Cina. Heh heh heh heh...

Takpe. Sementara itu, Rambozzi® akan 'sanding' dahulu keseluruhan rak ini. Kemudian barulah ia dicat. Puan Fetty nak rak ini dicat dengan warna putih sama seperti Microwave Oven Cart Yuzie.


Oraits. Selesai proses mengecat Rak Oven Puan Fetty ini. Fuuuhhh! Boleh tahan mencabar juga mengecat sesuatu yang sebesar ini hehehehehe...


Bahagian dalam rak juga dicat putih, tetapi hanya 1 lapisan cat sahaja. Tidak seperti bahagian luar rak ini yang dicat sebanyak 3 lapisan cat minyak.


Bila dah dicat, barulah boleh dipasangkan 'handle'² itu.


Kebetulan pula, siap sahaja proses mengecat, kedai 'hardware' itu pun dibuka semula. Barulah Rambozzi® boleh beli 'cabinet door magnetic catch' tu. Hahahahahaha! Dorang dah puas beraya la tu. Macam² la hahahaha...


Projek ini berjaya Rambozzi® siapkan dengan jayanya. Satu projek yang sangat menyeronokkan Rambozzi®!


Hasil cat Rambozzi® juga semakin baik. Rambozzi® sudah dapat mengagak kadar kecairan cat yang sesuai untuk warna putih seperti ini.


Satu projek yang kemas dan "sangat cantik di mata Rambozzi®". Satu projek yang "sangat Rambozzi®".


Rambozzi® tunjukkan gambar² di atas kepada Puan Fetty dan Puan Fetty suka. "Cantik! I loike! I loike!", kata Puan Fetty. Heh heh heh heh...


Rambozzi® harap, Puan Fetty berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Rambozzi® sudah memberikan yang terbaik dengan kemahiran Rambozzi® setakat ini. Rak Oven Puan Fetty ini adalah antara hasil kerja tangan Rambozzi® yang terbaik, setakat ini.

Oraits. Ada beberapa perkara yang Rambozzi® pelajari daripada projek Rak Oven Puan Fetty ini. Salah satunya adalah teknik 'sanding' yang lebih kemas, bersistematik dan teratur. Maksud Rambozzi®, dari segi kemahiran menggunakan grit² kertas pasir yang berbeza². Ini agak susah untuk Rambozzi® terangkan. Tapi Rambozzi® akan terangkan di dalam 'entry'² Rambozzi® yang akan datang.

Teknik mengecat dan kemahiran membancuh cat juga Rambozzi® pelajari melalui projek ini. Sekarang Rambozzi® sudah faham apa itu "cat di atas kayu" dan apa itu "cat di dalam kayu". Ini juga agak susah untuk Rambozzi® yang serba amatur ini untuk menerangkannya. Tapi, jangan risau. Teknik penyampaian dan penulisan Rambozzi® juga akan bertambah baik selari dengan teknik² Rambozzi® di dalam kerja² 'woodworking' ini. Rambozzi® yakin akan dapat menulis dengan lebih baik lagi nanti.

Dan perkara terakhir yang Rambozzi® pelajari melalui projek ini adalah, "hati" Rambozzi® di dalam "woodworking" ini rupa²nya terlalu kuat dan penuh semangat. Dengan "woodworking" ini, Rambozzi® boleh melupakan hal² dunia yang lain - yang adakalanya "menghibakan hati" Rambozzi® hingga menyebabkan gugurnya airmata Rambozzi® ke atas kepingan² 'plywood' 4'x8'. Rambozzi® belajar teknik² dan jurus² baharu yang boleh membantu Rambozzi® meluahkan perasaan Rambozzi® ke atas potongan² kayu. Tanpa Rambozzi® sedari, rupa²nya "hati" Rambozzi® ini sangat seni, sangat halus. "Hati" Rambozzi® ini juga sangat mudah "tersentuh".  "Hati" Rambozzi® ini ibarat... Halamak bila nak habis nie wey! Heh heh heh heh heh heh heh...



"Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma
Rindu semakin menyala
Bagai gelora di dalam dada..."

Halamak! Awie lagi! Hahahahaha!

Oh! "Hati" Rambozzi® sangat membara! "Hati" Rambozzi® sangat teruja! "Hati" Rambozzi® sangat gumbira! Akhirnya, Bara Rambozzi® telah muncul di dalam majalah LAMAN Edisi 55 keluaran Mac/April 2015! Hahahahahahaha! Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® "terpaksa" gelak! Hahahahahaha!

Aduh... Betapa sukanya hati Rambozzi® ini. Mungkin ada yang akan berkata, "Hek eleh...masuk majalah je pown...kecoh la...". Tak apa! Ini adalah kebanggaan Rambozzi®! Ini adalah kegembiraan Rambozzi®! Ini adalah Rambozzi®! Jadi, Rambozzi® akan kongsikan kegembiraan Rambozzi® ini di sini. Lagipun, ini adalah blog Rambozzi®. Dan nak tak nak, "uolls" kena terima kenyataan ini; "uolls" suka baca blog Rambozzi® ini dan "uolls" pun turut bergembira dengan kegembiraan Rambozzi® ini heh heh heh heh...

Oraits. Kali ini tiada 'woodworking'. Rambozzi® hanya akan berkongsi beberapa keping gambar mengenai Bara Rambozzi® yang ditampilkan di dalam majalah LAMAN ini sahaja. Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita sama² lihat hasil kerja 'woodworking' Rambozzi® itu di dalam 'entry' kali ini - Laman Rambozzi®.


Sebenarnya, Rambozzi® terlebih dahulu telah dihubungi oleh salah seorang wartawan majalah Laman ini iaitu Cik Salehan, yang memaklumkan kepada Rambozzi® bahawa beliau hendak menyerahkan satu salinan majalah ini kepada Rambozzi®. Tapi, disebabkan terlalu 'excited', Rambozzi® terus bergegas ke kedai buku dan membeli majalah ini. Mana boleh tahan, beb! Hahahahahaha! Rambozzi® beli 2 terus! 1 untuk Rambozzi® sendiri dan 1 lagi hmmmm mungkin Rambozzi® akan "hadiahkan" kepada pembaca setia blog Rambozzi® ini nanti. Hmmmm... mungkin Rambozzi® kena buat cabutan bertuah, kot... Hahahahahaha. Tengoklah macam mana nanti...

Oraits. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar pertama 'entry' ini, itu adalah muka depan majalah LAMAN Edisi 55 keluaran Mac/April 2015 ini. Oraits. Di kesempatan ini, sekali lagi Rambozzi® ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak majalah Laman atas peluang yang diberikan ini. Terima kasih banyak² kepada Cik Azimah dan Abang Jasmi. Terima kasih banyak² juga kepada Cik Salehan. Dan, terima kasih banyak² juga kepada Puan Emma Masri (Editor Pengurusan Kanan / Pengarah Jenama Grup Majalah IMPIANA) yang telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada Rambozzi® dan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, khususnya.

Oraits. Untuk makluman pembaca² blog Rambozzi® dan juga rakan² di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, pihak majalah Laman dan Impiana menerusi Puan Emma Masri, telah menawarkan kepada Rambozzi® dan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia satu peluang untuk menampilkan hasil² kerja 'woodworking' kita di dalam majalah Laman dan Impiana mereka. Rakan² di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia yang berminat boleh menghubungi pihak majalah ini melalui 'post' berkenaan di Facebook komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia.

Seperti yang Rambozzi® maklumkan sebelum ini, apa² sahaja yang baik dan berguna dari blog Rambozzi® ini, ataupun dari komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, silakan ambil, gunakan sebaiknya. Rambozzi® tak harapkan apa² balasan. Rambozzi® hanya nak buat 'woodworking' Rambozzi® di blog ini sahaja.

Dan apa² yang tak baik, tak berguna atau menyakitkan hati atau mata di dalam blog Rambozzi® ini, buangkan. Pejamkan mata, buat² tak nampak je heh heh heh heh...

Ok. Berbalik kepada tawaran tadi, ini adalah satu peluang dan satu bentuk penghargaan kepada Rambozzi®, juga komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia dan kepada peminat/penggiat seni pertukangan kayu secara D.I.Y di Malaysia. Bagi Rambozzi® yang amatur ini, ini adalah sesuatu yang sangat besar dan sangat bermakna. Usaha Rambozzi® untuk memajukan industri 'woodworking' ini di Malaysia ini sudah mula menampakkan hasilnya. Ini sangat memuaskan hati Rambozzi®, at least.

Perjalanan Rambozzi® dan 'woodworking' Rambozzi® ini masih terlalu jauh, bahkan ia sebenarnya baru sahaja bermula. Banyak lagi yang perlu Rambozzi® lalui dan hadapi, dan mungkin ia tidak ada dalam perancangan Rambozzi® pun. Tapi sebarang peluang baik yang mendatang, Rambozzi® tak akan lepaskan. Sebarang cabaran dan dugaan akan Rambozzi® hadapi. Dan sekiranya datang sebarang kegagalan, kesedihan, kehancuran kepada Rambozzi®, Rambozzi® akan telan bulat² dengan penuh senyuman di bibir dan di hati Rambozzi® heh heh heh heh...


Oraits. Seperti yang Rambozzi® maklumkan di dalam 'entry' Bara Rambozzi®, hasil kerja Rambozzi® itu akan dimuatkan ke dalam ruangan D.I.Y di dalam majalah Laman. Lihat gambar di atas, itu adalah Rambozzi®, bro! Heh heh heh heh... Memang! Memang Rambozzi® sangat gembira dan seronok. Jadi, lihat sekali lagi gambar di atas, itu adalah Rambozzi®, bro! Heh heh heh heh...

Itu adalah 2 mukasurat yang menampilkan Bara Rambozzi®. 2 mukasurat yang "sangat bermakna" buat Rambozzi®...


Rambozzi® pun tak tahu nak tulis apa dah nie hehehehe. Kita pakat tengok gambar je lah ye... Heh heh heh...


Proses kerja yang dipaparkan hanyalah secara asas sahaja. Untuk lebih lanjut lagi lengkap, bolehlah lihat di dalam 'entry' Bara Rambozzi® itu sendiri.


Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, ketika Rambozzi® menulis 'entry' ini, Rambozzi® "mati akal". Tak tahu apa yang hendak dituliskan. Rambozzi® lebih suka menatap gambar² itu daripada cuba menulis mengenainya. Melihat nama Rambozzi® tertera di dalam sebuah tulisan yang bukan tulisan Rambozzi®, adalah sangat mengujakan.

Tapi, melihat Bara Rambozzi® di dalam majalah ini membuatkan "hati" Rambozzi® agak "tersentuh". Melihat warna merah Bara Rambozzi® itu membuatkan Rambozzi® rasa sedikit sedih, terharu pun ada, gembira pun ada - tapi lebih kepada rasa seperti terkenangkan "sesuatu". Oh! Sebenarnya ia bukanlah "sesuatu"! Warna merah itu adalah warna "hati" Rambozzi® rupanya. Patutlah Rambozzi® rasa lain macam hahahahaha!

Warna merah itu adalah "bara cinta" Rambozzi®. Warna merah itu adalah "semangat hati" Rambozzi. Warna merah itu juga adalah"kesayangan" Rambozzi®. Warna merah itu adalah "my woodworking", "my heart", "my love"...

Warna merah itu adalah Rambozzi®...

"Kau bidadari, kaulah penyeri
Terukir sebuah janji yang tulus dan suci...

Bara yang menyala, kugenggami jua
Biar sepanas mana bahangnya terasa
Ku pelihara cinta yang setia
Hingga ke akhirnya bersama bahangnya
Cinta yang menyala...

Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma..."




"...hidup ini penuh dengan apa yang kita panggil sebagai "kebetulan" sedangkan ia sebenarnya adalah suratan takdir dan ya, ketentuan. Kita gembira dengan cinta yang hadir dan berduka dengan cinta yang pergi. Dan kita akan merindui saat² manis dalam percintaan itu. Kita panggil ia sebagai - Memori... Heh heh heh heh... Memori itu pula berkait rapat dengan perasaan rindu. Dulu Rambozzi® tak tahu apa itu erti rindu, tapi selepas menonton video di bawah, barulah Rambozzi® faham...Jom layan dulu! Hahahahaha!"


Hahahahahaha! Ok. Oraits. Kali ini Rambozzi® hanya nak berkongsi serba sedikit mengenai beberapa jenis alat yang sangat kita kenali dalam dunia 'woodworking' ini - iaitu 'drill bits'. Sebenarnya macam nie, Rambozzi® tak perlu pun tulis 'entry' ini untuk "cuba" menerangkan mengenai jenis² 'drill bits' ini. Kalau di'Google', hasil cariannya sudah lebih daripada cukup untuk kita tahu, kenal dan faham akan fungsi tiap² satu jenis 'drill bit' itu. Tapi, demi "cinta" Rambozzi® kepada "woodworking" ini, ia seperti sudah menjadi satu "tanggungjawab" kepada Rambozzi® untuk menulis walau sedikit maklumat mengenainya. Dan ya, ia semestinya selari dengan apa yang Rambozzi® "perjuangkan" di sini iaitu; 


"I am Rambozzi®.
I-woodworking with Style,
I-woodworking with Heart,
I-woodworking with Love..."

Rambozzi® akan menerangkan mengikut cara Rambozzi® dan semestinya juga mengikut pemahaman Rambozzi® sendiri. Sebarang "salahfaham-salaherti-pertelingkahan-pergolakan" yang bakal timbul adalah "di bawah tanggungan pembaca" yang membaca 'entry' ini sendiri. Rambozzi® tidak akan dipersalahkan. Rambozzi® tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya salahfaham-salaherti-pertelingkahan-pergolakan itu berlaku. Setuju? Heh heh heh heh.....

Rambozzi® juga akan hanya menulis mengenai beberapa jenis 'drill bits' yang Rambozzi® gunakan sahaja. Sebab ada terlalu banyak jenis 'drill bits' di dunia ini.

Oraits! Tanpa membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rambozzi® & Drill Bits. Ermmm... ini bukan satu kerja 'woodworking' pun sebenarnya heh heh heh heh...


Ok. Gambar di atas adalah 'drill bit' yang paling asas, yang selalu kita jumpa, dan mudah dibeli di mana² 'hardware' berhampiran dengan kita. 'Drill bit' di atas adalah jenis 'twist drill bits'. 'Twist drill bits' ini sesuai untuk digunakan ke atas hampir kesemua 'material' di dalam hampir kesemua bidang pertukangan. Ia boleh digunakan untuk menebuk besi, kayu, plastik dan lain² 'material'. Ok. Rambozzi® tidak akan senaraikan 'material' yang boleh ditebuk dengan menggunakan 'twist drill bits' ini. Cukuplah untuk bidang 'woodworking' ini sahaja. Ok? Oraits?


Gambar di atas adalah 'twist drill bits' dari pandangan dekat. Oh ya. Rambozzi® juga tidak akan "bercerita" dengan teliti mengenai "sifat dan ciri" jenis² 'drill bit' di sini. Ada terlalu banyak 'engineering terms and phrases' mengenainya yang Rambozzi® "tidak faham" dan kalau Rambozzi® faham pun, Rambozzi® takkan mampu "merungkai misteri itu" di sini heh heh heh heh...


Gambar di atas adalah 'twist drill bits' juga. Cuma warnanya sahaja yang berlainan. Dan jangan ditanya Rambozzi® kenapa warnanya berlainan - ia juga adalah sesuatu yang takkan mampu Rambozzi® "merungkai misteri itu" di sini heh heh heh heh...


Oh ya! Ada satu perbezaan ketara di antara kedua² 'twist drill bits' itu! Ini berdasarkan pengalaman Rambozzi® menggunakannya. 'Twist drill bits' yang berwarna hitam seperti di dalam gambar di atas adalah lebih mudah tumpul dan patah berbanding 'twist drill bits' berwarna 'silver' tadi.


Seterusnya, 'brad point drill bits'. 'Drill bit' jenis ini adalah "khusus" untuk menebuk kayu sahaja. Memang terdapat 'brad point drill bits' yang juga dibuat "khusus" untuk menebuk besi, tapi Rambozzi® tak gunakannya, jadi Rambozzi® tak pernah beli atau cari.


'Brad point drill bits' ini mempunyai 'brad point' yang tajam dan kedua² 'angle point'nya juga tajam. Rambozzi® mendapati, 'drill bit' jenis ini mampu menebuk lubang pada kayu dengan kelajuan yang tinggi berbanding 'twist drill bits' tadi. Dan hasil tebukannya juga lebih kemas dan bersih berbanding 'twist drill bits'. Itu hanya berdasarkan pengalaman Rambozzi® sahaja ok... Heh heh heh heh...


Kemudian, Rambozzi® juga memiliki dan menggunakan 'spade drill bits'. 'Drill bit' jenis ini adalah antara 'drill bit' kegemaran Rambozzi®. Ia boleh menebuk lubang dengan laju dan hasil tebukannya juga adalah sangat bersih dan kemas. Bagi Rambozzi®, 'spade drill bits' adalah 'drill bit' terbaik untuk menebuk lubang pada kayu.


Halamak tetiba je gambar jadi kelabu kan? Sori, bro!

Ok, gambar di atas menunjukkan rupabentuk 'spade drill bits' ini dari pandangan dekat. Ia juga mempunyai hujung yang tajam dan juga 2 lagi mata 'drill' yang juga tajam di kedua² sisinya. 2 mata 'drill' itu membolehkan ia menebuk lubang dengan bersih dan kemas. Ianya perlu dipastikan sentiasa tajam supaya tidak merosakkan permukaan kayu yang ditebuk.

Lubang pada 'drill bit' itu untuk apa pula?

Itu adalah satu lagi "misteri alam ini"... Heh heh heh heh...


Seterusnya, 'forstner drill bits'. Oh! Ini adalah 'drill bit' kegemaran Rambozzi®!


Gambar di atas menunjukkan 2 jenis 'forstner drill bits' yang Rambozzi® miliki. Kedua²nya nampak berbeza tetapi fungsinya tetap sama. Nama lain untuk 'forstner drill bits' ini adalah 'boring drill bits'.


Ada yang bertanya kepada Rambozzi®, bolehkah 'forstner drill bits' ini dipasangkan ke 'cordless drill'? BOLEH. Sebab 'chuck' pada 'cordless drill' boleh menerima 'bits' yang berdiameter tidak lebih 10mm. Itu untuk 'cordless drill' atau 'drill press' yang mempunyai 'chuck' berdiameter 10mm. Kalau tak salah Rambozzi®, itu adalah diameter 'standard' untuk sesebuah 'cordless drill' atau 'drill press'. Dan memang Rambozzi® pernah jumpa 'chuck' yang berdiameter lebih besar lagi.

Dan kalau dilihat kepada gambar di atas, setelah diukur, 'forstner drill bits' itu memang boleh dipasangkan ke 'cordless drill'. Mudah kan?


'Forstner drill bits' ini juga mampu menebuk lubang dengan bersih dan kemas. Tetapi tebukannya tidak selaju 'spade drill bits'. Bila menebuk lubang dengan menggunakan 'forstner drill bits' ini, Rambozzi® mulakan dengan membiarkan ia berputar di atas permukaan kayu sehingga membentuk bulatannya terlebih dahulu. 


Selepas itu barulah ia dibenamkan ke dalam kayu ke kedalaman yang dikehendaki ataupun terus menembusi kayu. Dengan cara itu, Rambozzi® dapati hasil tebukannya sangat bersih dan kemas dan boleh mengelakkan kayu yang ditebuk pecah dan merosakkannya.

Untuk mendapatkan hasil tebukan yang lebih kemas, bersih dan terkawal, Rambozzi® akan pasangkan 'forstner drill bits' ini ke 'drill press'. Oh ya! Ini adalah nasihat Rambozzi® kepada 'woodworker' yang membaca blog Rambozzi® ini, belilah sebuah 'drill press'. "Uolls" tak akan menyesal dan "uolls" akan tahu erti "woodworking" sebenar heh heh heh heh...


Kemudian, seterusnya, hmmm mana satu ntah hahahaha! Rambozzi® juga memiliki 'step drill bits'. 'Step drill bits' ini TIDAK PERNAH Rambozzi® JUMPA di mana² 'hardware' pun di bumi Malaysia ini! Yang Rambozzi® miliki ini pun adalah kerana ia datang sekali dengan KREG® Jig yang Rambozzi® beli. Kalau Rambozzi® tak beli KREG® Jig, memang Rambozzi® tak akan ada 'drill bit' jenis ini.


'Step drill bits' ini sangat "special" dan paling Rambozzi® sayang. Ia mendapat namanya kerana mata 'drill'nya mempunyai 2 'step'. Sila lihat gambar di atas. 'Step' yang pertama akan menebuk lubang 'pilot hole' dan 'step' yang kedua akan menebuk lubang 'pocket hole' pada kayu. Ok. Hmmm... Rambozzi® rasa, cara penyampaian dan penerangan Rambozzi® kini lebih kemas dan jelas. Heh heh heh heh. Rambozzi® rasa, Rambozzi® semakin pandai "menulis" mengenai "woodworking" ini. Rambozzi® rasa, penerangan Rambozzi® kini lebih tepat dan sampai maksudnya. Kan... Hehe...

Oraits. 'Step drill bits' ini adalah khusus untuk menebuk lubang² 'pocket hole' sahaja. Tetapi ia juga boleh berfungsi sebagai 'combined-drill-and-countersinks bit'. Ia boleh digunakan untuk menebuk lubang 'pilot hole' dan 'countersink', serentak.


Oraits. 'Drill bits' yang Rambozzi® ceritakan tadi hanyalah antara beberapa jenis 'drill bits' sahaja. Ada banyak lagi 'drill bits'. Apa yang Rambozzi® blogkan ini hanyalah 'drill bits' yang Rambozzi® gunakan sahaja.

Seterusnya, Rambozzi® nak tambah sedikit mengenai beberapa aksesori khusus untuk 'cordless drill' yang Rambozzi® miliki dan gunakan setiap masa. Gambar di atas adalah 'quick change chuck'. 'Quick change chuck' di atas boleh membantu mempercepatkan proses penukaran di antara 'drill bits' ataupun 'screwdriver bits'.


Tapi ia hanya untuk 'drill bits' atau 'screwdriver bits' jenis 'hex shank' seperti di dalam gambar di atas sahaja.


Hanya masukkan sahaja 'hex shank bits' ke dalam 'quick change chuck' itu dan go!


Ada satu jenis lagi 'quick change chuck' yang Rambozzi® miliki. 'Quick change chuck' di dalam gambar di atas boleh dibengkokkan untuk membolehkan kita menebuk lubang atau memutar skru di ruang yang sempit. Hmmm... Rambozzi® rasa, Rambozzi® tak perlu tulis lebih lanjut mengenainya. Melihat kepada rupanya sahaja kita sudah boleh bayangkan kegunaan dan kemampuannya.


Oraits. Rambozzi® juga memiliki 'hex shank drill bit set'. Set ini terdiri daripada 6 'drill bit' pelbagai saiz dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam 'quick change chuck'.


'Right angle drill attachment' seperti di dalam gambar di atas pula adalah satu lagi aksesori untuk memudahkan kita menebuk lubang dan memutar skru di ruang yang sempit yang tidak boleh dimasuki oleh 'cordless drill'.


Dan seperti 'quick change chuck' tadi, 'right angle drill attachment' ini khusus untuk 'drill bits' dan 'screwdriver bits' jenis 'hex shank' sahaja.


Aksesori di dalam gambar di atas pula adalah 'screw extractor' atau 'broken screw remover'. Ia digunakan untuk memutar keluar skru yang telah rosak kepalanya.


Mata 'drill' di hujung 'screw extractor' atau 'broken screw remover' ini adalah 'reverse' atau terbalik berbanding 'drill bit' biasa. Ia digunakan dalam 'reverse mode' pada 'cordless drill'. Bila diputar, mata 'drill'nya akan menebuk lubang pada kepala skru dan menariknya keluar. Fungsi yang sangat ringkas tapi sangat berguna.


Oraits. Seterusnya 'countersink drill bits'.


'Drill countersink bit' seperti di dalam gambar di atas mempunyai satu mata 'drill' dan 2 'depth collar' yang boleh disetkan untuk mendapatkan kedalaman lubang 'countersink' yang kita kehendaki. 'Drill bit' akan menebuk lubang 'pilot hole' untuk skru dan seterusnya lubang 'countersink' pula akan ditebuk. Ia membuat 2 kerja serentak. 'Drill countersink bit' ini sangat menjimatkan masa kita.


'Countersink bit' seperti di dalam gambar di atas hanya menebuk lubang 'countersink' sahaja. Kedalaman lubang 'countersink' perlu disetkan secara 'manual' jika kita menebuk lubang 'countersink' menggunakan 'countersink bit' jenis ini.


'Combined drill-and-countersink bit' seperti di dalam gambar di atas adalah yang terbaru Rambozzi® miliki. Ia adalah gabungan di antara 'drill countersink bit' dan 'countersink bit'. Ia mempunyai 2 mata 'drill' yang berlainan saiz di kedua² hujungnya untuk disesuaikan dengan saiz skru yang akan digunakan nanti.


Sekarang, jom kita 'test' dan lihat bagaimana hasil tebukan menggunakan 'Combined drill-and-countersink bit' ini.


Ok dah siap 'test' heh heh heh heh... Hasil tebukan yang sangat kemas dan bersih. Lubang 'pilot hole' juga dapat dilihat dengan jelas di dalam lubang 'countersink' di atas.


Dan memang kepala skru akan terbenam bila diskrukan ke dalam lubang ini. Sangat ringkas, sangat berguna.


Oraits. 'Last' sekali, adalah 'screwdriver bits'. Tidak ada yang luar biasa mengenainya, 'screwdriver bits' seperti di dalam gambar di atas adalah sangat biasa kita jumpa dan gunakan. Ia boleh didapati di mana² 'hardware' berdekatan. Rambozzi® memiliki 'screwdriver bits' dalam pelbagai saiz untuk memudahkan Rambozzi® memutar skru pada tempat² yang memerlukan kepanjangan 'screwdriver bits' yang berbeza².


Rambozzi® juga memiliki 2 'screwdriver bits' yang agak "special". Yang berwarna hitam di dalam gambar di atas adalah dari jenama BOSCH® manakala yang berwarna 'silver' itu pula adalah dari jenama Makita®. Kedua² syarikat 'power tools' gergasi ini mendakwa, 'screwdriver bits' keluaran mereka adalah lebih tahan lama berbanding 'screwdriver bits' jenis biasa. Itu dakwaan mereka la kan? Heh heh heh heh. Rambozzi® beli sebab jenama dan 'design'nya yang unik sahaja. Fungsi dan kegunaannya tetap sama bagi Rambozzi®. Rambozzi® beli sebab Rambozzi® nak beli!


Jadi. So. Kesemua 'drill bits', 'screwdriver bits' dan pelbagai aksesori lagi tadi adalah antara peralatan yang Rambozzi® perlukan dalam kerja² 'woodworking' ini. Untuk memudahkan Rambozzi® menggunakannya, Rambozzi® simpan kesemua 'bits' dan aksesori tadi di dalam satu ruangan khas yang Rambozzi® buat tidak lama dulu. Ruangan khas itu sebenarnya adalah di bahagian bawah 'workbench' Rambozzi®. Ia hanyalah sebuah laci yang dipasangkan secara menegak sahaja. Rambozzi® tebuk lubang² untuk simpanan 'bits' dan aksesori di atas 2 batang kayu sebelum kayu itu digam ke bahagian dalam laci itu. Satu ruang simpanan yang sangat kemas dan teratur, bagi Rambozzi®. Tapi bila 'bits' dan aksesori itu sering keluar-masuk dan digunakan, kadang² Rambozzi® terpaksa meluangkan masa pula untuk menyusunnya semula dengan kemas hehehehehe.

Oraits. Fuh! Penatnya menulis! Banyak jugak kan? Hahahahahaha!

Jadi. So. Kenapa rajin sangat Rambozzi® nak tulis semua itu? Kenapa sanggup Rambozzi® luangkan masa menulis semua itu? Kenapa Rambozzi® di sini?

Itu juga adalah satu lagi "misteri alam ini"... Heh heh heh heh...


Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ▼  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ▼  February 2015 (6)
      • - Rak Oven Puan Fetty
      • - Laman Rambozzi®
      • - Rambozzi® & Drill Bits
      • - Holobox Din
      • - Rambozzi® & Cordless Drill(s)
      • - Dulang² Hantaran Salehan
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ►  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes