Rambozzi, Love & Woodworking...

Rambozzi, Love & Woodworking...

  • Home
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us

Projek seterusnya Rambozzi® dapat daripada Cathy Cat, yang mahukan sebuah meja atau rak untuk dia letak peralatan untuk buat air dan gelas² kat restoran dia. Cathy Cat nie pun pernah tempah Meja Tungku Dapur Cathy Cat sebelum nie daripada Rambozzi®.

Sebenarnya Cathy Cat nie dah ada kaunter air kat restoran dia tu. Tapi ruangannya kecil dan Cathy Cat takde tempat nak letak susun gelas dan segala macam barang lagi la. Jadi rak nie adalah khusus untuk tujuan itu. Rambozzi® pun dah pergi ke restoran Cathy Cat untuk ambil ukuran rak yang dia nak, jadi jom start woodworking untuk Rak Kaunter Air Cathy Cat nie!


Gambar di atas adalah kayu² yang telah dipotong kepada saiz² yang diperlukan untuk Rak Kaunter Air Cathy Cat nie.


Macam biasa, Rambozzi® tebuk pocket hole dulu la siap², baru pasang semua bahagian rak tu.


Ok, dah siap pasang rangka utama untuk rak nie. Cathy Cat tu juga sebenarnya nak rak nie mudah alih. Jadi dia minta Rambozzi® tambahkan roda kat bawah rak tu.


Seterusnya Rambozzi® kena potong papan tu pulak untuk dijadikan alas untuk setiap tingkat rak.


Dan Rambozzi® tebuk pocket hole siap² untuk semua papan² tu. Setakat nie, projek nie berjalan dengan lancar. Cuma Rambozzi® dah terbayang beberapa "masalah" yang akan tiba nanti. Pertamanya, Rambozzi® kena cat dulu papan² tu dengan beberapa lapisan varnish, lepas tu baru boleh dipasang ke rak. Sebabnya, rak nie akan digunakan untuk tujuan yang mendedahkan rak nie kepada air. Jadi rak nie mestilah kalis air. Kalau papan² nie dipasang dulu ke rak, memang susah la nak cat sebab jarak antara papan² nie nanti agak rapat. Masalah seterusnya, belum "sampai" lagi...


Hahahahaha tetiba je dah siap projek Rak Kaunter Air Cathy Cat nie hehehehehe... Sebenarnya, dah takde apa dah yang Rambozzi® kena buat selain daripada cat. Dan Rambozzi® bernasib baik sebab takde masalah "pelik" yang timbul untuk Rambozzi® menyiapkan projek nie.

Ok, untuk bahagian rangka rak nie, Rambozzi® cat dengan 3 lapisan varnish berwarna "Dark Walnut". Dan untuk papan² alas rak tu pulak Rambozzi® cat dengan 1 lapisan varnish berwarna "Nyato" dan diikuti dengan 2 lapisan "clear varnish".

Bila dah siap cat barulah Rambozzi® boleh nak pasangkan papan² tu ke rak. Memang mengarut sikit la pendekatan Rambozzi® tu, tapi Rambozzi® "ada masa" sebab Rambozzi® memang nak pastikan rak ni halus dan kalis air. Rambozzi® betul² mengharapkan lapisan² varnish tu akan dapat "menjaga" rak nie daripada air...


Ok, dah siap sepenuhnya projek nie.


Ok, Rambozzi® harap Cathy Cat akan suka dengan rak nie. Rambozzi® harap rak nie dapat memenuhi keperluan dan kegunaan Cathy Cat nanti. Dan Rambozzi® juga sangat² berharap agar rak nie kalis air dan dapat digunakan untuk tempoh yang lama. Cuma Rambozzi® tak berani nak jamin berapa lama rak nie boleh digunakan heh heh heh heh.....

Rambozzi® tak pernah beli apa² barang secara online dari internet. Kali nie Rambozzi® nak try sekali beli secara online. Tapi Rambozzi® kena test dulu la tengok sama ada company nie boleh dipercayai atau tak. Jadi, Rambozzi® nak try beli barang yang murah² dulu.

Sebenarnya, cordless drill Rambozzi® tu selalu terjatuh bila Rambozzi® tengah buat kerja. Benda tu mahal jadi sayang la kalau rosak cepat sebab jatuh. Jadi, Rambozzi® fikir baik gak kalau ada "holster" untuk sangkut cordless drill tu kat pinggang. Dan Rambozzi® terjumpa "holster" nie kat Allfix.my. Dan antara cara pembayarannya adalah melalui Maybank2U. Rambozzi® beranikan diri dan order YATO® Pouch Belt dan YATO® Universal Cordless Drill Holder. Rasanya buatan Poland, kot... Harga untuk kedua² barang nie tak sampai RM50, dan free delivery. Jadi Rambozzi® order!



Hahaha selepas seminggu menunggu, akhirnya sampai jugak barang nie!


Dua barang yang Rambozzi® order, sampai sebijik macam dalam web tu. Jadi, Allfix.my nie boleh dipercayai. Lepas nie boleh la nak order barang lain pulak sebab Allfix.my nie pun ada banyak tools dan power tools lain.


Gambar di atas ni bila kedua² barang tu "disekalikan" hehehehehe.


YATO® Pouch Belt with Cordless Drill Holster.


Ok. Barang yang sangat ok dan memenuhi keperluan Rambozzi®. Ngam² untuk BOSCH® Cordless Drill Rambozzi® tu. Dan ada beberapa slot kecik yang boleh letak pensil, cutter, drill bits, screw driver bits dan lain². Juga boleh sangkut measuring tape kat atas tu.

Kualiti kain dan jahitan YATO® nie juga sangat ok dan murah sangat la untuk kualiti barang macam nie. Design pun cantik. Kalau nak dapat yang macam BOSCH® atau MAKITA® atau DeWALT® macam kat bawah nie kat Malaysia, jangan harap laa...



Untuk bulan Jun nie, Rambozzi® dapat tempahan daripada Kak Nor, yang mahukan sebuah meja atau "cart" untuk dia memasak. Kak Nor nak letak dapur gas di bahagian atas dan boleh letak tong gas di bawahnya. Kak Nor nie sebenarnya pernah tempah beberapa perabot dari Rambozzi® dulu iaitu, Rak Kak Nor, Framed Wall Shelf Kak Nor dan juga Study Table / Coffee Table Aishah. Emmm ok, jom start woodworking untuk Cooking Cart Kak Nor nie..


Untuk cooking cart nie, Kak Nor bagi ukuran yang dia mahu kepada Rambozzi®. Design untuk cooking cart nie pun Kak Nor sendiri yang pilih dan bagi pada Rambozzi®. Ketinggian cart nie bersesuaian dengan ketinggian Kak Nor, jadi Kak Nor tak la rasa lenguh bila setiap kali memasak. Jadi, mula² sekali Rambozzi® kena potong dulu kayu² kat atas kepada ukuran yang dikehendaki.


Seterusnya, macam biasa, Rambozzi® tebuk pocket hole dulu siap² untuk bahagian² kayu yang akan dipasang nanti.


Gambar di atas adalah rangka utama untuk cart nie. Setakat nie, Rambozzi® rasa cart nie tak la susah sangat untuk dibuat. Tapi tak tau lagi la apa masalahnya nanti hahahaha. Ok, dah siap pasang rangka nie, seterusnya barulah Rambozzi® dapat tentukan saiz untuk buat rak di bahagian bawahnya. Untuk table top, Rambozzi® plan nak buat saiz ngam² dengan rangka nie, dan juga besar sikit daripada saiz dapur gas Kak Nor tu.


Seterusnya, Rambozzi® potong kayu untuk table top dan rak bahagian bawah cart nie, dan tebuk pocket hole dulu siap².


Ok dah siap pasang table top dan bahagian bawah rak. Di bahagian bawah rak untuk tong gas tu Rambozzi® tambahkan satu lagi kayu sebagai support sebab Rambozzi® takut berat tong gas tu nanti akan menyebabkan rak tu runtuh.

Ok, sebelum Rambozzi® teruskan kepada langkah seterusnya, Rambozzi® nak try masukkan dulu tong gas ke tempatnya tu. Maka, muncullah masalah yang pertama...

Ruangan antara table top dan bahagian bawah rak tu dah mengecil saiznya disebabkan ketebalan kayu tu. Kalau mengikut ukuran asal, memang dah boleh muat untuk masukkan tong gas ke bawah tu. Tapi ketebalan kayu tu menyebabkan ruangan di antara tu mengecil dan muat ngam² je untuk tong gas. Jadi, untuk memasukkan atau mengeluarkan tong gas dari ruangan tu dah jadi agak susah la. Aduh...memang masalah la macam nie...

Rambozzi® kena gergaji sikit kayu kat atas dan bawah tu untuk meluaskan ruangan tu. Tapi memang kerja susah la. Sebab semua bahagian kayu dah diskru dan digam!


Jadi, Rambozzi® potong kayu tu menggunakan mini circular saw tu, dan potong pulak menggunakan gergaji tangan.


Dan itulah hasilnya. Dah tak cantik dah kayu tu... Aduh....kacau betul...


Rambozzi tak ada tools yang khusus untuk mencantikkan kayu tu. Tapi Rambozzi® teringat Rambozzi® ada mini trimmer / router. Jadi Rambozzi® trim perlahan-lahan kedua-dua bahagian tu. Nasib baik menjadi!


Untuk bahagian atas tu pun Rambozzi® gunakan teknik yang sama. Tapi tak secantik macam yang kat bawah tu. Rambozzi® kena haluskan lagi kayu tu. Tapi setakat nie Rambozzi® dah rasa tension dah nie sebab cart nie dah tak mengikut plan asal. Dan jadi makin susah la pulak!


Ok, seterusnya Rambozzi® nak tampal laminate pulak pada table top tu. Untuk bahagian bawah, Rambozzi® tampalkan dua keping plywood di kedua² belah tepi rak tu. Jadi ruangan tu boleh digunakan dan tak membazir. Boleh la nak letak apa² nanti.


Dah siap tampal laminate, Rambozzi® tambahkan kayu di sekeliling table top tu. Asalnya Rambozzi® nak letak laminate atau veneer sebagai "edging" di sekeliling table top tu. Tapi Rambozzi® nak pastikan laminate untuk table top tu "selamat" daripada terkopak nanti, jadi Rambozzi® buat frame di sekeliling table top tu. Maka, siaplah projek Cooking Cart Kak Nor nie. Seterusnya Rambozzi® kena "sanding" kesemua bahagian kayu untuk cart nie, dan cat.


Ambik gambar pun senget² hahahahaha....


Rambozzi® tampal masking tape tu untuk proses mengecat nanti. Rambozzi® tak nak laminate tu terkena cat pulak. Ok, setakat nie, cart nie dah menampakkan rupanya. Rambozzi® harap hasil daripada cat nanti akan menambahkan lagi "seri" cart nie. Varnish akan menentukan kejayaan projek nie.

Proses seterusnya yang tinggal hanyalah nak mengecat rak nie je...


Dan gambar di atas adalah rak Kak Nor yang telah siap dicat dengan tiga lapisan varnish berwarna dark walnut.


Projek yang simple je. Rambozzi® harap Kak Nor suka dengan Cooking Cart nie. Sebab cart nie pun sebenarnya adalah penentu kepada projek "seterusnya" dari Kak Nor. Kalau Kak Nor nie suka dengan cart nie, kemungkinan besar dia akan tempah satu lagi cart dari Rambozzi®. Dan Rambozzi® memang berharap Kak Nor suka dan "sudi" nak tempah satu lagi la dari Rambozzi® selepas nie hehehehehehehe.

Ok, siap projek Cooking Cart Kak Nor.
Newer Posts Older Posts Home
Powered by Blogger.

Rambozzi Love

srambozzi@gmail.com
facebook.com/srambozzi
instagram.com/rambozzi
youtube.com/c/withLoveRambozzi

016-952 7489

Featured Post

Sinar Cahaya 2021?

Hai! Lama betul Rambozzi tidak menulis di blog kesayangan ramai ni kan? Hai awak! Hmmm... Rambozzi tak tahu nak mulakan dari mana. Rambozzi ...

Search This Blog

Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  April 2021 (1)
    • ►  February 2021 (4)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2019 (1)
    • ►  December 2019 (1)
  • ►  2016 (9)
    • ►  November 2016 (2)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  June 2016 (1)
    • ►  May 2016 (3)
    • ►  March 2016 (2)
  • ►  2015 (53)
    • ►  November 2015 (3)
    • ►  October 2015 (3)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (3)
    • ►  July 2015 (6)
    • ►  June 2015 (1)
    • ►  May 2015 (5)
    • ►  April 2015 (6)
    • ►  March 2015 (7)
    • ►  February 2015 (6)
    • ►  January 2015 (10)
  • ►  2014 (74)
    • ►  December 2014 (15)
    • ►  November 2014 (4)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (9)
    • ►  August 2014 (4)
    • ►  July 2014 (2)
    • ►  June 2014 (5)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (7)
    • ►  March 2014 (6)
    • ►  February 2014 (5)
    • ►  January 2014 (2)
  • ▼  2013 (59)
    • ►  December 2013 (9)
    • ►  November 2013 (2)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  September 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ▼  June 2013 (3)
      • - Rak Kaunter Air Cathy Cat
      • - YATO® Pouch Belt with Cordless Drill Holster
      • - Cooking Cart Kak Nor
    • ►  May 2013 (6)
    • ►  April 2013 (10)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  February 2013 (23)
  • ►  2012 (17)
    • ►  March 2012 (17)

Copyright © Rambozzi, Love & Woodworking.... Designed & Developed by OddThemes