- Laman Rambozzi®


"Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma
Rindu semakin menyala
Bagai gelora di dalam dada..."

Halamak! Awie lagi! Hahahahaha!

Oh! "Hati" Rambozzi® sangat membara! "Hati" Rambozzi® sangat teruja! "Hati" Rambozzi® sangat gumbira! Akhirnya, Bara Rambozzi® telah muncul di dalam majalah LAMAN Edisi 55 keluaran Mac/April 2015! Hahahahahahaha! Rambozzi® gelak sebab Rambozzi® "terpaksa" gelak! Hahahahahaha!

Aduh... Betapa sukanya hati Rambozzi® ini. Mungkin ada yang akan berkata, "Hek eleh...masuk majalah je pown...kecoh la...". Tak apa! Ini adalah kebanggaan Rambozzi®! Ini adalah kegembiraan Rambozzi®! Ini adalah Rambozzi®! Jadi, Rambozzi® akan kongsikan kegembiraan Rambozzi® ini di sini. Lagipun, ini adalah blog Rambozzi®. Dan nak tak nak, "uolls" kena terima kenyataan ini; "uolls" suka baca blog Rambozzi® ini dan "uolls" pun turut bergembira dengan kegembiraan Rambozzi® ini heh heh heh heh...

Oraits. Kali ini tiada 'woodworking'Rambozzi® hanya akan berkongsi beberapa keping gambar mengenai Bara Rambozzi® yang ditampilkan di dalam majalah LAMAN ini sahaja. Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita sama² lihat hasil kerja 'woodworking' Rambozzi® itu di dalam 'entry' kali ini - Laman Rambozzi®.


Sebenarnya, Rambozzi® terlebih dahulu telah dihubungi oleh salah seorang wartawan majalah Laman ini iaitu Cik Salehan, yang memaklumkan kepada Rambozzi® bahawa beliau hendak menyerahkan satu salinan majalah ini kepada Rambozzi®. Tapi, disebabkan terlalu 'excited'Rambozzi® terus bergegas ke kedai buku dan membeli majalah ini. Mana boleh tahan, beb! Hahahahahaha! Rambozzi® beli 2 terus! 1 untuk Rambozzi® sendiri dan 1 lagi hmmmm mungkin Rambozzi® akan "hadiahkan" kepada pembaca setia blog Rambozzi® ini nanti. Hmmmm... mungkin Rambozzi® kena buat cabutan bertuah, kot... Hahahahahaha. Tengoklah macam mana nanti...

Oraits. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar pertama 'entry' ini, itu adalah muka depan majalah LAMAN Edisi 55 keluaran Mac/April 2015 ini. Oraits. Di kesempatan ini, sekali lagi Rambozzi® ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak majalah Laman atas peluang yang diberikan ini. Terima kasih banyak² kepada Cik Azimah dan Abang Jasmi. Terima kasih banyak² juga kepada Cik Salehan. Dan, terima kasih banyak² juga kepada Puan Emma Masri (Editor Pengurusan Kanan / Pengarah Jenama Grup Majalah IMPIANA) yang telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada Rambozzi® dan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, khususnya.

Oraits. Untuk makluman pembaca² blog Rambozzi® dan juga rakan² di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, pihak majalah Laman dan Impiana menerusi Puan Emma Masri, telah menawarkan kepada Rambozzi® dan komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia satu peluang untuk menampilkan hasil² kerja 'woodworking' kita di dalam majalah Laman dan Impiana mereka. Rakan² di komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia yang berminat boleh menghubungi pihak majalah ini melalui 'post' berkenaan di Facebook komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia.

Seperti yang Rambozzi® maklumkan sebelum ini, apa² sahaja yang baik dan berguna dari blog Rambozzi® ini, ataupun dari komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia, silakan ambil, gunakan sebaiknya. Rambozzi® tak harapkan apa² balasan. Rambozzi® hanya nak buat 'woodworking' Rambozzi® di blog ini sahaja.

Dan apa² yang tak baik, tak berguna atau menyakitkan hati atau mata di dalam blog Rambozzi® ini, buangkan. Pejamkan mata, buat² tak nampak je heh heh heh heh...

Ok. Berbalik kepada tawaran tadi, ini adalah satu peluang dan satu bentuk penghargaan kepada Rambozzi®, juga komuniti Pertukangan Kayu D.I.Y Malaysia dan kepada peminat/penggiat seni pertukangan kayu secara D.I.Y di Malaysia. Bagi Rambozzi® yang amatur ini, ini adalah sesuatu yang sangat besar dan sangat bermakna. Usaha Rambozzi® untuk memajukan industri 'woodworking' ini di Malaysia ini sudah mula menampakkan hasilnya. Ini sangat memuaskan hati Rambozzi®, at least.

Perjalanan Rambozzi® dan 'woodworking' Rambozzi® ini masih terlalu jauh, bahkan ia sebenarnya baru sahaja bermula. Banyak lagi yang perlu Rambozzi® lalui dan hadapi, dan mungkin ia tidak ada dalam perancangan Rambozzi® pun. Tapi sebarang peluang baik yang mendatang, Rambozzi® tak akan lepaskan. Sebarang cabaran dan dugaan akan Rambozzi® hadapi. Dan sekiranya datang sebarang kegagalan, kesedihan, kehancuran kepada Rambozzi®Rambozzi® akan telan bulat² dengan penuh senyuman di bibir dan di hati Rambozzi® heh heh heh heh...


Oraits. Seperti yang Rambozzi® maklumkan di dalam 'entry' Bara Rambozzi®, hasil kerja Rambozzi® itu akan dimuatkan ke dalam ruangan D.I.Y di dalam majalah Laman. Lihat gambar di atas, itu adalah Rambozzi®, bro! Heh heh heh heh... Memang! Memang Rambozzi® sangat gembira dan seronok. Jadi, lihat sekali lagi gambar di atas, itu adalah Rambozzi®, bro! Heh heh heh heh...

Itu adalah 2 mukasurat yang menampilkan Bara Rambozzi®2 mukasurat yang "sangat bermakna" buat Rambozzi®...


Rambozzi® pun tak tahu nak tulis apa dah nie hehehehe. Kita pakat tengok gambar je lah ye... Heh heh heh...


Proses kerja yang dipaparkan hanyalah secara asas sahaja. Untuk lebih lanjut lagi lengkap, bolehlah lihat di dalam 'entry' Bara Rambozzi® itu sendiri.


Terus-terang Rambozzi® nyatakan di sini, ketika Rambozzi® menulis 'entry' ini, Rambozzi® "mati akal". Tak tahu apa yang hendak dituliskan. Rambozzi® lebih suka menatap gambar² itu daripada cuba menulis mengenainya. Melihat nama Rambozzi® tertera di dalam sebuah tulisan yang bukan tulisan Rambozzi®, adalah sangat mengujakan.

Tapi, melihat Bara Rambozzi® di dalam majalah ini membuatkan "hati" Rambozzi® agak "tersentuh". Melihat warna merah Bara Rambozzi® itu membuatkan Rambozzi® rasa sedikit sedih, terharu pun ada, gembira pun ada - tapi lebih kepada rasa seperti terkenangkan "sesuatu". Oh! Sebenarnya ia bukanlah "sesuatu"! Warna merah itu adalah warna "hati" Rambozzi® rupanya. Patutlah Rambozzi® rasa lain macam hahahahaha!

Warna merah itu adalah "bara cinta" Rambozzi®. Warna merah itu adalah "semangat hati" Rambozzi. Warna merah itu juga adalah"kesayangan" Rambozzi®. Warna merah itu adalah "my woodworking", "my heart", "my love"...

Warna merah itu adalah Rambozzi®...

"Kau bidadari, kaulah penyeri
Terukir sebuah janji yang tulus dan suci...

Bara yang menyala, kugenggami jua
Biar sepanas mana bahangnya terasa
Ku pelihara cinta yang setia
Hingga ke akhirnya bersama bahangnya
Cinta yang menyala...

Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma..."



6 Comments

  1. Wahh dah keluar majalah! Apsal tak de gambar bro pun? Hehe...
    ~joe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia publish gambar tangan Rambozzi je joe heh heh heh. Ruangan tu utk tunjuk gmbr2 kerja2 diy je. Lain kali kena minta dorang masukkan gmbr Rambozzi pulak hahaha..

      Delete
  2. S Rambozzi,
    kirimkan saja extra copy tu kepada saya...saya pembaca setia blog Rambozzi hihi. Jangan marah.

    Happy Woodworking

    ReplyDelete
  3. Nampak gaya tak de peluang nak dpt majalah free... Haha ... saya baru jumpa blog ni dan nak jadi pembaca setia. Keep it up bro!

    ~joe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambozzi nie woodworker yang buat projek kecil²an secara part time sahaja joe...
      Apa² pun terima kasih banyak² atas sokongan.
      Ambil peluang yg ada, kita sama² pakat masuk majalah heh heh heh heh...

      Delete