- Rambozzi® & Cordless Drill(s)


"Terjadi padaku terjadi padamu jua
Apa yang dikatakan sepi tanpa suara 
Angin lalu bercerita ada rindu di sana 
Namun apa daya ini nasib kita...

Tertumpu fikiran 
wajahmu membayang di mata
Nak kucapai engkau
ku tak tahu bagaimana
Kemampuan yang mampu
setakat merindu
Kita hanya bertemu dalam mimpi...

Walau di mana
bila pun masa 
perhatian ku terhalang

Walau menanti
hari ke hari
ku yakin kita serupa

Rindu terpendam 
cinta digenggam 
pasti ada pengorbanan 

Berdiri aku 
dan bayanganmu 
sentiasa beriringan..."

-S.Y.J - Khudrat - Ini Nasib Kita (1990)


Sofea, atau S.Y.J atau ada juga yang memanggil kumpulan ini Sofea S.Y.J adalah kumpulan 'rock' paling "jahat" di bumi Malaysia ini hahahahaha! Rambozzi® menggelar mereka ini "jahat" kerana imej yang mereka bawakan. Kalau di'Google', hasil cariannya adalah sangat "menyakitkan mata" dan kadang² "sakit hati" juga melihat gambar² mereka heh heh heh heh... Tapi kumpulan ini adalah antara kumpulan 'rock' kegemaran Rambozzi®. Yeah!

Apa hal dengan Rambozzi® nie? Dalam sebuah blog 'woodworking', nak bercerita, nak menulis tentang kumpulan 'rock'? Nak menulis tentang lagu² 'rock'? Nak menulis tentang lagu² cinta? Nak menulis tentang cinta? What?!

Oh! Blog ini bukan 'woodworking' semata. "Zahirnya" sahaja adalah mengenai pertukangan kayu. Tapi sebenarnya, ia lebih lagi. Blog ini adalah "dunia" Rambozzi®. Blog ini adalah "hidup" Rambozzi®. Blog ini adalah "cinta" Rambozzi®. Blog ini adalah segala²nya bagi Rambozzi®. Blog ini adalah kerjaya Rambozzi®. Blog ini rezeki Rambozzi®. Blog ini "fitrah" Rambozzi®. Blog ini, "takdir" Rambozzi®.

Rezeki, takdir, jodoh, hidup dan mati. Semua itu, bukanlah dalam kawalan Rambozzi®!

Halamak panjangnya 'intro' heh heh heh heh! Dah macam penulis novel pulak kan? Tak pun macam penulis "cerpen" dalam surat khabar tu hahahahaha.

Oraits. Kali ini Rambozzi® "cuba" nak menulis tentang 2 'power tools' yang Rambozzi® miliki iaitu 'cordless drills'. Bukan sebagai 'expert', bukan sebagai wakil mana² syarikat, hanya sebagai pengguna. Hanya sebagai Rambozzi® sahaja heh heh heh heh...

Oraits. Jom sambung "woodworking" Rambozzi® ini - Rambozzi® & Cordless Drill(s).


BOSCH® Cordless Drill GSR 1440-Li ini adalah yang pertama yang Rambozzi® miliki. Dengan 2 bateri jenis 'Lithium-ion' berkuasa 14.4 V, 'cordless drill' ini mempunyai kuasa yang sangat memuaskan hati Rambozzi® dan memenuhi keperluan Rambozzi® di dalam "woodworking" ini.

Ok. Rambozzi® tidak akan perincikan dengan lengkap mengenai 'cordless drill' ini kerana ada beberapa 'technical data'nya yang Rambozzi® memang tak faham, dan kalau Rambozzi® faham pun ia agak bermasalah untuk Rambozzi® cuba menerangkannya heh heh heh heh. Rambozzi® akan hanya cuba mengulas beberapa perkara asas mengenainya sahaja.

BOSCH® Cordless Drill GSR 1440-Li ini adalah seberat 1.3 kilogram, termasuk apabila dipasangkan baterinya. 'Chuck'nya pula boleh dimasukkan 'screwdriver bit' atau 'drill bit' untuk pelbagai saiz sehingga yang berdiameter 10mm. 'Cordless drill' ini mempunyai 'torque settings' yang boleh dilaraskan sehingga 25+1 tetapan. 25 itu adalah 'torque' untuk putarannya manakala +1 itu pula adalah putaran khusus untuk menebuk atau 'drilling'. Serius, beb! Ini hanya mengikut pemahaman Rambozzi® sahaja! Hahahahahaha!


BOSCH® Cordless Drill GSR 1440-Li ini mempunyai kelajuan putaran maksimum (tanpa beban) selaju 1400 pusingan seminit.


Kemudian, baru² ini Rambozzi® membeli pula BOSCH® Cordless Drill GSR 1080-2-Li. Juga datang dengan 2 bateri jenis 'Lithium-ion' berkuasa 10.8 V'Chuck'nya juga boleh dimasukkan 'screwdriver bit' atau 'drill bit' untuk pelbagai saiz sehingga yang berdiameter 10mm'Cordless drill' ini mempunyai 'torque settings' yang boleh dilaraskan sehingga 15+1 tetapan. 15 itu adalah 'torque' untuk putarannya manakala +1 itu pula adalah putaran khusus untuk menebuk atau 'drilling'.


Ok, walaupun saiznya lebih kecil dengan hanya seberat 1 kilogram (termasuk bateri), ia berputar lebih laju daripada BOSCH® Cordless Drill GSR 1440-Li tadi iaitu 1600 pusingan seminit, dengan tanpa beban.


Oraits. Kedua² 'cordless drill' ini menggunakan bateri jenis 'Lithium-ion' yang dilindungi oleh satu sistem teknologi dari BOSCH® iaitu Electronic Cell Protection (ECP). Teknologi ECP ini akan mengawal atau akan mematikan operasi 'cordless drill' ini secara automatik sekiranya 'cordless drill' ini menampung beban atau kepanasan melampau. Ok, ini hanyalah mengikut pemahaman Rambozzi® sahaja ye heh heh heh heh. Bila bateri tu terlalu panas disebabkan kerja² 'drilling' secara berterusan yang agak 'hard core', ia akan "mematikan dirinya" sekejap hehehehe. Ia akan boleh digunakan semula dalam jangka masa lebih kurang seminit kemudian. Rambozzi® pernah mengalami keadaan seperti itu, dan memang pada mulanya Rambozzi® menyangkakan 'cordless drill' ini sudah rosak. Tetapi selepas hampir seminit, tiba² je dia hidup balik! Hahahahaha. Dan bila Rambozzi® buat carian di internet, barulah Rambozzi® faham dan tahu akan teknologi ini.

Oraits. Bukanlah Rambozzi® ini tamak atau "tidak pernah cukup dengan satu" 'cordless drill'. Tetapi sebenarnya, 2 lebih baik dari 1. 2 'cordless drill' ini mempercepatkan kerja² "woodworking" Rambozzi® ini. 1 boleh digunakan untuk menebuk lubang dan 1 lagi boleh digunakan untuk memutar skru. Jadi Rambozzi® boleh menjimatkan masa menukar² daripada 'drill bit' ke 'screwdriver bit' atau sebaliknya. Ok, 'clear'?

Seperkara lagi, Rambozzi® cukup suka dengan 'power tools' dan semestinya "woodworking" ini. Jadi, memang Rambozzi® inginkan lebih dari 1 mesin untuk kerja² Rambozzi® ini. Rambozzi® pentingkan kualiti dari sesuatu 'power tools' itu. Sebab itu Rambozzi® "kekal setia" menggunakan 'power tools' dari jenama BOSCH® ini. Haa... Kalau perkataan Rambozzi® itu diterjemahkan ke dalam ertikata "cinta" Rambozzi®, ia akan berbunyi begini:-

"...aku tidak memandang pada paras rupamu, sayangku. Aku memandang kepada hatimu, budi bahasamu dan keperibadianmu, duhai kekasihku yang tercinta..."
Rambozzi®

Heh heh heh heh.... betul! Sebab, kalau dilihat rekabentuk kedua² 'cordless drill' milik Rambozzi® itu, bagi Rambozzi®, ia tidaklah secantik mana. Tapi kualiti dan kemampuannya itu yang Rambozzi® percaya, dan Rambozzi® nak!




Rambozzi® akui, 'cordless drill' keluaran Makita atau Milwaukee seperti di dalam gambar di atas mempunyai rekabentuk yang lebih menarik, cantik, 'cool', canggih dan 'futuristic'! Tapi, Rambozzi® tak beli pun, walaupun cantik. Rambozzi® "tetap setia" dengan produk keluaran BOSCH®, walaupun tidak secantik mana. Sebab;

"...aku tidak memandang pada paras rupamu, sayangku. Aku memandang kepada hatimu, budi bahasamu dan keperibadianmu, duhai kekasihku yang tercinta..."
Rambozzi®
Heh heh heh heh heh heh...



0 Comments