- Rak Oven Puan Fetty


'Brader' Gayour adalah antara artis yang cukup Rambozzi® suka, minat dan 'respek'. Oh! Untuk kartunis seperti 'brader' Gayour ini, memang Rambozzi® kena guna perkataan 'brader' bukan 'bro' seperti yang digunakan dalam 'slang' generasi hari ini. 'Brader' lebih 'old skool!', lebih 'rock' dan lebih 'cool' hahahaha.

Rambozzi® akui, Rambozzi® memang menyelitkan sedikit "gaya penyampaian" Gayour di dalam tulisan² Rambozzi® di dalam blog ini, kebelakangan ini. Tapi Rambozzi® "lebih jiwang" dengan tema "cinta" berbanding 'brader' Gayour yang lebih "keras" dengan 'rock' dan 'heavy metal'. Bila sebut 'heavy metal', memang 'brader' Gayour banyak menyelitkan lirik² lagu daripada kumpulan² seperti Manowar - terutamanya dalam siri "Bersama Selamanya" - yang "sangat 'hot'" tidak berapa lama dulu di bumi Malaysia ini - berbanding  Rambozzi® yang menyelitkan lirik² lagu cinta heh heh heh heh... Dan bila sebut Manowar, kumpulan ini adalah antara kumpulan 'heavy metal' kegemaran Rambozzi® dan pastinya kegemaran 'brader' Gayour juga. Oh maaf! Manowar bukan kumpulan 'heavy metal'. Manowar adalah kumpulan 'TRUE Metal'! Yeah! Hahahahahahaha!

Untuk 'woodworking' kali ini, Rambozzi® akan "layan" lagu "Number 1" dari kumpulan Manowar ini. Sebab, Rambozzi® tak mahu "mengalah" dengan "cabaran²" yang datang dalam "perjuangan woodworking" Rambozzi® ini. Biarpun Rambozzi® bukanlah 'woodworker' terbaik ataupun nombor 1 di MalaysiaRambozzi® nak jadi penulis 'woodworking blog' nombor 1 di bumi Malaysia ini! Sebab... "I am Rambozzi®! I-woodworking with Style. I-woodworking with Heart. I-woodworking with Love. I am Your woodworker..."

We belong to the world, we belong to the wind
We are the spirit of competition's end
Turning hours into days, burning muscles feel the pain
The heart and soul of discipline my friends

We are sending you a challenge it's very clear
We came to win that is why we are here
Demanding to be tested, tested by the best
Not to be forgotten like all the rest

The time has come all the training done
The muscle and the blood will come to pay

Let the game begin hear the starting gun
Play from the heart today we will overcome
When the game is over all the counting is done
We were born to win
Number 1!

Today is the day all the training through
We have come for the number 1 not the number 2
Let the contest begin play hard fight to win
Immortality victory and fame

The time has come all the training done
The muscle and the blood will come to pay

Let the game begin hear the starting gun
Play from the heart today we will overcome
When the game is over all the counting is done
We were born to win
Number 1! number 1! number 1!

Manowar - Number 1 - Louder than Hell (1996)


Yeah! Baru bersemangat! Hahahahaha! Oraits. Baru² ini Rambozzi® telah dihubungi oleh Puan Fetty, yang sangat berminat dengan hasil kerja tangan Rambozzi®. Oh! Ini adalah satu penghargaan dan pernghormatan buat Rambozzi®. Puan Fetty nak sebuah meja atau rak untuk diletakkan 'oven'nya yang agak besar hahahaha. Dan Puan Fetty sangat berminat dengan 'style' Rambozzi® seperti Rak Microwave/Oven Kak Haiza, Microwave Oven Cart Yuzie dan Baby Co-Sleeper Shima yang Rambozzi® buat tidak berapa lama dahulu. Puan Fetty nak gabungkan ketiga² hasil kerja Rambozzi® tersebut, untuknya. Ok, ini agak mencabar Rambozzi® juga sebenarnya hahahahaha!

Takpe. It's ok. It's oraitsRambozzi® yakin Rambozzi® boleh memenuhi kehendak Puan Fetty ini. Rambozzi® akan cuba sebaik mungkin untuk Puan Fetty. I am Rambozzi®, bro! Jadi. So. Tanpa membuang masa lagi, jom kita mulakan 'woodworking' kali ini - Rak Oven Puan Fetty.


Oraits. Kayu² di atas telah diukur dan dipotong kepada saiz² yang diperlukan untuk projek kali ini. Puan Fetty telah memberikan ukuran 'oven'nya kepada Rambozzi® dan Rambozzi® tunjukkan 'design' dan saiz yang sesuai kepada Puan Fetty. Dan Puan Fetty telah bersetuju dengan 'design' Rambozzi® itu. Hah? Apa dia? Nak tengok 'design' tu? Boleh... No hal punye... Heh heh heh heh...


Haaa... Begitulah lebih kurang rupanya, di dalam SketchUp. Oh ya! SketchUp itu hanyalah "gambaran pelukis" sahaja, hasil akhirnya nanti mungkin berbeza dari imej yang dipaparkan heh heh heh heh... Itu hanyalah 'design' Rambozzi® sahaja.


Memandangkan Rak Oven Puan Fetty ini adalah bertutup penuh dengan kayu, jadi Rambozzi® rasa, baik Rambozzi® siapkan dahulu bahagian² dindingnya. Mungkin, dengan cara ini akan memudahkan lagi proses pemasangannya nanti, mungkin la. Itu 'plan' Rambozzi®. Mungkin itu hanyalah mainan perasaan Rambozzi® semata. Mungkin itu juga hanyalah khayalan Rambozzi®. Entah. Sungguh Rambozzi® tidak memahami hati dan perasaan ini. Kadang² ia tertawa, ada masanya ia bergelora. Apakah ini yang dikatakan "cinta sejati"? Mengapa hadirnya rasa rindu? Mengapa pula bergenang airmata ini? Mengapa pula... ok ok ok ok. Kita cerita bab cinta lain kali pulak la. Rambozzi® sambung novel cinta tu lain kali hahahahahahahahahaha!

Oraits. Kesemua bahagian di atas adalah untuk bahagian 'table top' dan juga dinding² di sekeliling rak ini. Kesemuanya dipasangkan dengan menggunakan "jurus keramat" Rambozzi® iaitu 'pocket hole joinery technique'.


Seterusnya, Rambozzi® potong pula kayu² di atas untuk bahagian kaki dan 'apron' rak ini. Serius! Rambozzi® masih belum "khatam" lagi dengan nama² yang tepat untuk bahagian² di dalam sesebuah perabot! Dan memang Rambozzi® tidak pasti sama ada penggunaan perkataan atau istilah itu betul atau tidak. Terlalu banyak lagi yang Rambozzi® kena belajar. Rambozzi® sekarang ini masih lagi "kurang ajar" heh heh heh heh...

Untuk bahagian kaki rak ini, Rambozzi® gamkan 2 batang kayu menjadi satu untuk setiap batang kaki² itu (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas)Rambozzi® nak pastikan rak ini betul² kuat dan kukuh kerana ada sedikit "kegusaran" di hati Puan Fetty berkenaan hal ini. Kalau Puan Fetty pun berasa "gusar"Rambozzi® lagi "gusar" dan "kusut"! Hahahahahaha!


Rambozzi® teruskan sahaja ke proses pemasangan. Kayu² tadi dicantumkan menjadi rangka utama dan Rambozzi® pasangkan pula dinding²nya.


Sekarang rak ini sudah menjadi sangat berat!


Oraits. Di bahagian bawah rak ini juga akan dipasangkan lantainya. Lantai itu juga Rambozzi® bina dari cantuman kayu² yang digam dan diskrukan antara satu sama lain. Disebabkan Rambozzi® menggunakan kayu² itu seadanya, iaitu digunakan terus tanpa sebarang proses membelahnya ke saiz tertentu, ia tidak dapat menutupi keseluruhan bahagian bawah rak ini. 2 anak panah merah di dalam gambar di atas menunjukkan ada ruang yang tidak muat untuk diletakkan kayu² yang sama saiz dengan kayu² untuk lantai itu.


Ok. Ini cabaran pertama untuk projek Rak Oven Puan Fetty ini. Ruang kosong itu agak luas dan memang tidak boleh ditutup dengan 'wood filler'. 'Oh come on man!' Takkan nak tutup dengan 'wood filler', kot... 'Come on man!'...


Sebenarnya kayu² untuk bahagian itu telahpun Rambozzi® potong siap², awal² lagi. Tapi ia agak lebar dan tidak boleh dimasukkan ke dalam ruang² itu.


Rambozzi® kena dapatkan ukuran ruang tersebut dan belah kayu di dalam gambar di atas ke saiz yang sesuai.


Rambozzi® tandakan dahulu 1 tanda pada kayu di atas. Itu adalah bahagian kayu yang akan dibuang untuk memastikan kayu itu muat masuk ke dalam ruang itu. Rambozzi® akan belah kayu di atas. Tapi Rambozzi® tidak memiliki 'table saw' lagi. Bagaimana nak belah kayu itu tanpa menggunakan 'table saw'? Bagaimana nak menyelesaikan permasalahan ini? Kenapa ada banyak sangat masalah nie haaa? Hahahahaha. Ketiadaan 'table saw' bukanlah satu halangan apatah lagi alasan untuk Rambozzi® mengalah di dalam "woodworking" ini. Rambozzi® akan gunakan segala apa yang Rambozzi® ada setakat ini untuk selesaikan masalah ini!


Oraits. Dari tandaan tadi, Rambozzi® lukiskan pula satu garisan di sepanjang kayu di atas. Garisan itu adalah sebagai 'guide' kerana Rambozzi® akan belah kayu itu dengan menggunakan 'jigsaw'.


Rambozzi® hanya potong rapat ke garisan 'guide' itu sahaja. Bakinya akan dibuang atau dikemaskan dengan menggunakan 'drill press' yang dipasangkan 'drum sander' pula nanti.


Rambozzi® pastikan jarak di antara 'drum sander' dan 'drill press fence' itu adalah sesuai dengan ketebalan kayu yang Rambozzi® cuba dapatkan. Cara ini agak lambat jika dibandingkan dengan menggunakan 'table saw'. Tapi ia boleh digunapakai. Dan memang Rambozzi® boleh dapatkan ketebalan kayu yang Rambozzi® nak dengan menggunakan cara ini.


Kayu² yang siap dibelah tadi Rambozzi® gam dan skrukan ke bahagian lantai tadi (lihat anak panah berwarna merah di dalam gambar di atas). Dan Rambozzi® 'sanding' terlebih dahulu bahagian lantai itu sebelum dipasangkan ke tempatnya.


Ok. Rak Oven Puan Fetty ini mempunyai 2 ruangan simpanan di bahagian bawahnya. Rambozzi® akan pasangkan bahagian paranya dahulu. Lantai atau para tadi Rambozzi® masukkan dari bahagian bawah rak. Disebabkan lantai itu adalah sama saiznya dengan ruangan di bahagian dalam rak, maka ia agak ketat, agak susah untuk ditolak ke bawah sehingga sampai ke bahagian tengah rak ini. Tak apa. Rambozzi® akan mengambil masa yang secukupnya untuk memastikan ia sampai ke "destinasinya".


Ok berjaya! Aduh susah jugak! Hahahahaha! Rambozzi® kena pastikan bahagian para itu adalah 'level' dan tidak ada bahagian yang "turun naik"Rambozzi® gunakan 'level' seperti di dalam gambar di atas untuk tujuan itu. Oh ya! 'Level' itu adalah produk BOSCH® yang terbaru Rambozzi® beli heh heh heh heh. Namanya adalah BOSCH® GLL 1P Line and Point Laser. Ya. 'Level' itu juga mempunyai 'laser'. Ahh lain kali la Rambozzi® cerita pasal dia ye? Hahahahaha.


Seterusnya, Rambozzi® pasangkan pula bahagian lantai di bawah rak ini. Rambozzi® akan pasangkan juga 4 biji roda ke rak ini, atas permintaan Puan Fetty sendiri. Rak ini sangat berat, jadi roda² itu akan membolehkan Puan Fetty mengalih²kan rak ini dengan mudah.


Ok. Begitulah rupanya setakat ini. 'Table top' itu masih belum dipasangkan lagi. Rambozzi® nak rehat sekejap. Masih banyak yang perlu Rambozzi® fikir dan lakukan untuk projek ini. Projek ini tidak susah sangat. Tapi ada banyak proses yang agak memenatkan. Aduh! Penat weh! Hahaha!


Oraits. Untuk memasang 'table top' itu ke rak, Rambozzi® perlu menebuk terlebih dahulu lubang² 'pocket hole' di bahagian dalam rak. Rambozzi® tidak tebuk lubang² 'pocket hole' awal² tadi kerana Rambozzi® nak fokus kepada proses pemasangan rak ini dahulu. Lagipun, tidak menjadi masalah untuk Rambozzi® menebuk lubang² 'pocket hole' pada peringkat ini. Rambozzi® akan tebuk beberapa lubang 'pocket hole' di tempat² seperti yang ditunjukkan oleh anak² panah di dalam gambar di atas.


Siap pasang 'table top' ke rak ini, Rambozzi® buat pula 2 pintu. Dengan menggunakan cara dan 'style' yang sama, 2 pintu itu juga tidak susah untuk disiapkan.



Rambozzi® pasangkan pintu² itu ke rak dengan menggunakan engsel.


Di bahagian dalam rak ini juga akan dipasangkan 'cabinet door magnetic catch'. Tapi Rambozzi® terpaksa tunggu pula 'hardware' yang selalu Rambozzi® pergi tu buka sebab dorang tutup - cuti raya Cina. Heh heh heh heh...

Takpe. Sementara itu, Rambozzi® akan 'sanding' dahulu keseluruhan rak ini. Kemudian barulah ia dicat. Puan Fetty nak rak ini dicat dengan warna putih sama seperti Microwave Oven Cart Yuzie.


Oraits. Selesai proses mengecat Rak Oven Puan Fetty ini. Fuuuhhh! Boleh tahan mencabar juga mengecat sesuatu yang sebesar ini hehehehehe...


Bahagian dalam rak juga dicat putih, tetapi hanya 1 lapisan cat sahaja. Tidak seperti bahagian luar rak ini yang dicat sebanyak 3 lapisan cat minyak.


Bila dah dicat, barulah boleh dipasangkan 'handle'² itu.


Kebetulan pula, siap sahaja proses mengecat, kedai 'hardware' itu pun dibuka semula. Barulah Rambozzi® boleh beli 'cabinet door magnetic catch' tu. Hahahahahaha! Dorang dah puas beraya la tu. Macam² la hahahaha...


Projek ini berjaya Rambozzi® siapkan dengan jayanya. Satu projek yang sangat menyeronokkan Rambozzi®!


Hasil cat Rambozzi® juga semakin baik. Rambozzi® sudah dapat mengagak kadar kecairan cat yang sesuai untuk warna putih seperti ini.


Satu projek yang kemas dan "sangat cantik di mata Rambozzi®". Satu projek yang "sangat Rambozzi®".


Rambozzi® tunjukkan gambar² di atas kepada Puan Fetty dan Puan Fetty suka. "Cantik! I loike! I loike!", kata Puan Fetty. Heh heh heh heh...


Rambozzi® harap, Puan Fetty berpuas hati dengan hasil kerja Rambozzi® ini. Rambozzi® sudah memberikan yang terbaik dengan kemahiran Rambozzi® setakat ini. Rak Oven Puan Fetty ini adalah antara hasil kerja tangan Rambozzi® yang terbaik, setakat ini.

Oraits. Ada beberapa perkara yang Rambozzi® pelajari daripada projek Rak Oven Puan Fetty ini. Salah satunya adalah teknik 'sanding' yang lebih kemas, bersistematik dan teratur. Maksud Rambozzi®, dari segi kemahiran menggunakan grit² kertas pasir yang berbeza². Ini agak susah untuk Rambozzi® terangkan. Tapi Rambozzi® akan terangkan di dalam 'entry'² Rambozzi® yang akan datang.

Teknik mengecat dan kemahiran membancuh cat juga Rambozzi® pelajari melalui projek ini. Sekarang Rambozzi® sudah faham apa itu "cat di atas kayu" dan apa itu "cat di dalam kayu". Ini juga agak susah untuk Rambozzi® yang serba amatur ini untuk menerangkannya. Tapi, jangan risau. Teknik penyampaian dan penulisan Rambozzi® juga akan bertambah baik selari dengan teknik² Rambozzi® di dalam kerja² 'woodworking' ini. Rambozzi® yakin akan dapat menulis dengan lebih baik lagi nanti.

Dan perkara terakhir yang Rambozzi® pelajari melalui projek ini adalah, "hati" Rambozzi® di dalam "woodworking" ini rupa²nya terlalu kuat dan penuh semangat. Dengan "woodworking" ini, Rambozzi® boleh melupakan hal² dunia yang lain - yang adakalanya "menghibakan hati" Rambozzi® hingga menyebabkan gugurnya airmata Rambozzi® ke atas kepingan² 'plywood' 4'x8'Rambozzi® belajar teknik² dan jurus² baharu yang boleh membantu Rambozzi® meluahkan perasaan Rambozzi® ke atas potongan² kayu. Tanpa Rambozzi® sedari, rupa²nya "hati" Rambozzi® ini sangat seni, sangat halus. "Hati" Rambozzi® ini juga sangat mudah "tersentuh".  "Hati" Rambozzi® ini ibarat... Halamak bila nak habis nie wey! Heh heh heh heh heh heh heh...


6 Comments

  1. Wah!! good idea guna drum sander untuk "jointing". Tak terfikir sebelum ni.
    Happy woodworking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb Rambozzi belum ada table saw.
      Kalau guna router pun boleh tapi agak bahaya dan mengerikan heh heh heh...

      Delete
    2. Salam bro, nice work! Memang aku tabik bila tengok kekemasan kerja yang kau buat ni. Saja nak bertanya kalau boleh berkongsi. Apa tools yang memang perlu untuk pertukangan, dan ongkosnya?

      Delete
    3. Salam Gom. Terima kasih banyak² atas pujian. Itu je la kemahiran Rambozzi setakat nie, kena banyak belajar lagi.

      Bagi Rambozzi, untuk memulakan hobi woodworking nie hanya perlu 3 power tools sahaja:-

      1. Gergaji elektrik (sama ada jigsaw / circular saw / miter saw / table saw)
      2. Sander
      3. Cordless drill

      Lain² mesin boleh dibeli bila perlu sahaja. Kosnya bergantung pada brand yang kita beli, dan beberapa faktor lain spt model dan lain² la. Kena rajin check dan bandingkan harga di internet, sebab ada terlalu banyak jenama power tools di pasaran, jadi untuk kos adalah terlalu umum soalannya. Kalau Rambozzi, memang guna BOSCH. Agak mahal. SKIL agak murah, tapi antara brand yang paling digemari dan memang boleh digunapakai. Tiada masalah. Anggaran kasar Rambozzi untuk 3 power tools itu antara RM800 - RM1300++.

      Delete
    4. Tuan,
      Dalam kategori gergaji ni - sama ada jigsaw / circular saw / miter saw / table saw, yg mana tuan akan beli dulu sebagai beginner? :)
      terima kasih

      Delete
  2. assalamualaikum.
    blh bg contact no, saya berkenan ngan rak oven ni .. tp time membakar cake ...kayu ni tak terbakar ke ? ... igt nk tempah & en tggl di mana ? ....

    ReplyDelete