- Guest Book Stand Zaza


Guest Book Stand Zaza nie Rambozzi® buat serentak dengan Rak Zaza. Zaza nak sebuah meja atau 'stand' untuk diletakkan 'Guest Book'Zaza tak bagi 'design' macam mana yang dia nak. Dia cuma kata, "buat apa² macam meja ke asalkan sesuai untuk letak guest book..". Macam tu je dia cakap.. Jadi, Rambozzi® terpaksa fikir dan cari 'idea' untuk 'design' Guest Book Stand Zaza nie. Tapi Rambozzi® rasa Rambozzi® dah ada beberapa 'idea' untuk 'stand' nie. Jadi, sekarang Rambozzi® nak mulakan 'woodworking' untuk Guest Book Stand Zaza nie.


Untuk projek Guest Book Stand Zaza nie Rambozzi® gunakan kayu 1x2 dan kayu 1x1 je. Projek yang kecik je. Kayu² 1x2 di atas adalah untuk bahagian kaki Guest Book Stand Zaza nie dulu.


Memandangkan Guest Book Stand Zaza gunanya nanti adalah untuk para pelanggan @ tetamu Zaza nie tulis nama atau tandatangan atau bersidai letak siku ke Rambozzi® pun tak tahu, jadi Rambozzi® rasa mesti la kena condong sikit 'table top'nya nanti, kot. Jadi, Rambozzi® buat keputusan nak buat potongan 'miter' dalam lebih kurang 10° untuk bahagian atas kaki Guest Book Stand Zaza nie.



Ok dah siap pasang bahagian kaki untuk Guest Book Stand Zaza nie. 'Simple' je, tak banyak pun proses untuk 'stand' nie. Dan dapat dilihat dalam gambar di atas, bahagian atas kaki Guest Book Stand Zaza nie agak condong atau senget atau apa² je la Rambozzi® pun tak tahu nak sebut apa hahaha.


Gambar di atas pula adalah bahagian tapak untuk Guest Book Stand Zaza nie. Untuk projek nie, semua bahagian dipasang menggunakan teknik 'pocket hole', macam biasa, yang Rambozzi® tahu dan mahir setakat nie heh heh heh. Dalam gambar di atas, Rambozzi® menggunakan 'clamp' yang agak luar biasa untuk mencantumkan kaki² tu. "Clamp head" tu Rambozzi® beli kat 'hardware', mahal boleh tahan jugak 'clamp head' tu. Tapi Rambozzi® beli jugak sebab 'clamp head' tu boleh dipasangkan ke seberapa panjang kayu yang ada dan Rambozzi® pasangkan 'clamp' tu ke kayu 1*2 sepanjang 8 kaki. Sekarang Rambozzi® dah ada 'clamp' sepanjang 8 kaki! Kalau ada kayu 10 kaki, dia akan jadi 'clamp' 10 kaki panjang! Rambozzi® namakan 'clamp' tu "Super Clamp"! Nanti, ada modal lebih, Rambozzi® nak beli satu set lagi 'clamp head' tu. Sangat berguna!


Ok dah nampak dah sikit rupa dia sekarang. Rambozzi® juga dah potong kayu dan dah pasang siap² bahagian 'table top'nya dan seterusnya nak letakkan ke atas kaki 'stand' tu. Ok, 2 anak panah tu menunjukkan kepada kayu² yang Rambozzi® 'clamp'kan ke kaki 'stand' tu untuk berfungsi sebagai 'spacer'. Nanti senang nak pastikan 'table top' dipasang dengan tepat jaraknya dari kaki 'stand' tu.


Bab mengukur sangat penting. 'Table top' tu sebenarnya agak susah jugak nak dipasangkan dengan tepat ke atas 'stand' tu. Sebab tu Rambozzi® 'clamp'kan siap² 2 kayu tu sebagai 'spacer'. Dan Rambozzi® kena ukur dan tandakan di mana Rambozzi® nak tebuk skru untuk dipasangkan 'table top' tu ke 'stand'nya. Rambozzi® bercadang nak cat dulu 'stand' tu, lepas tu baru lekatkan 'table top' tu ke 'stand'. Lepas tu barulah boleh diletakkan 'plywood' dan 'laminate' ke atas 'table top'. Sebab Rambozzi® tak nak ada masalah masa nak pasang 'table top' yang siap di'laminate' ke atas 'stand' tu. Bukan senang nak skru kalau dah di'laminate' nanti. Leceh sikit la proses untuk siapkan Guest Book Stand Zaza nie. Tapi Rambozzi® utamakan ketepatan dan kekemasan. Lambat sikit takpe...


Ok, alat di dalam gambar di atas adalah 'Automatic Center Punch with adjustable stroke' yang Rambozzi® beli kat 'hardware' baru² nie. 'Center punch' nie gunanya untuk tanda lubang la haha. Tapi 'center punch' ni senang digunakan dan membantu mempercepatkan kerja. Dan ia juga boleh dilaraskan kekuatan 'hentaman'nya mengikut kehendak kita. Satu alat yang 'simple', mahal, tapi Rambozzi® suka. Jadi, Rambozzi® beli!

Gambar di atas adalah proses menanda kesemua lubang² skru yang hendak ditebuk di atas 'table top' tu. 'Table top' tu nanti akan dipasangkan ke atas 'stand' yang dah siap tadi.


Ok begitulah lebih kurang rupa asasnya bila dicantumkan kesemua bahagian. 'Table top' tu hanyalah merupakan cantuman kayu ke kayu yang ringkas, menjadi rangka untuk dilekatkan  'plywood' dan 'laminate'  nanti.


Seterusnya, Rambozzi® rasa Rambozzi® nak cat dulu kaki 'stand' nie. Lepas tu pasangkan rangka 'table top' tu ke 'stand' dan barulah boleh ditampal  'plywood' dan 'laminate'  ke atasnya.


Ok, bila dah siap cat kaki 'stand' nie, barulah Rambozzi® skrukan 'table top'nya ke kakinya.


Gambar di atas adalah pandangan dari depan Guest Book Stand Zaza nie. Berpandukan anak² panah tu, bahagian atas, di bawah 'table top' tu adalah ruangan untuk diletakkan buku atau apa² yang sesuai. Dan kayu di bawahnya tu sebenarnya Rambozzi® 'terpaksa' pasang kat situ sebab nak kukuhkan lagi 'stand' nie. Puncanya adalah bahagian tapak 'stand' nie. Disebabkan hanya satu kayu je diskrukan kat bawah tu, maka 'stand' nie agak bergoyang dan tak stabil. Jadi, Rambozzi® cuba tambahkan kayu lagi kat tengah² tu dan barulah dia tak bergoyang².

Seterusnya Rambozzi® kena tampalkan 'plywood' ke atas 'table top' tu dan barulah 'laminate'.


Ok, gambar di atas adalah 'table top' yang dah ditampal 'plywood' dan 'laminate' dan hampir siap sepenuhnya. Seterusnya Rambozzi® kena ukur dan potong kayu untuk diskrukan ke sekeliling 'table top' tu sebagai "edging".


Ok, itu adalah kayu² yang akan diskrukan ke sekeliling 'table top' tu. Kayu² tu Rambozzi® dah tebuk 'pilot hole' siap² dan juga di'countersink'kan. Rambozzi® juga tampalkan 'masking tape' di atas 'laminate' tu supaya tak terkena gam kayu dan cat nanti.


Ok, dah siap cat bahagian "edging". Ok, untuk memastikan buku yang akan diletakkan di atas 'stand' nie tak terjatuh, Rambozzi® terfikir nak letakkan sesuatu sebagai "pagar" kat atas 'table top' tu. Dan Rambozzi® "terjumpa" pemegang pintu tu di 'hardware'. Rambozzi® rasa, pemegang pintu tu cantik dan sesuai untuk digunakan di dalam projek nie.


Maka, siaplah projek Guest Book Stand ZazaRambozzi® sebagai "pembuat" Guest Book Stand Zaza nie rasa puas hati dengan hasil kerja Rambozzi®. Dan Rambozzi® berharap Zaza pun akan suka. Guest Book Stand Zaza nie akan diletakkan di stokis milik Zaza.


Hmmm... projek yang 'simple' dan kemas.
--------------------------------------------------

Ok, itulah Guest Book Stand Zaza di lokasinya. Dan, jika diperhatikan di dalam gambar di atas, dapat dilihat juga satu lagi projek dari Zaza nie iaitu, Kaki TV Faizal. Yang tu, ke 'entry' seterusnya nanti.

0 Comments