- Rambozzi Official Logo


Ok..Hari nie Rambozzi "mempersembahkan" logo rasmi Rambozzi yang Rambozzi "cipta" sendiri. Terus-terang Rambozzi "buat kenyataan" di sini bahawa, Rambozzi memang tak tahu nak 'design' logo hahaha. Tapi Rambozzi cuba buat jugak sebab Rambozzi takde logo lagi sebelum nie.


Sebenarnya logo tu adalah "gabungan" beberapa 'font' je heheh. Rambozzi tak 'design' apa² pun dalam ertikata 'designer' sebenar. Logo tu sangat 'simple' membawa maksud Rambozzi yang jelas untuk kerja kayu Rambozzi. Logo tu menunjukkan sambungan kayu atau 'wood joinery' dalam sudut 45° dan 90° - iaitu sudut sambungan kayu yang Rambozzi buat dan tahu buat. 'Tagline' tu pun jelas - menunjukkan bagaimana "cara" Rambozzi bekerja - iaitu ringkas dan mudah. Sebab Rambozzi masih "jauh" lagi dari nak menjadi tukang kayu atau tukang perabot yang sebenar. Dan warna²nya pulak, hmm....

Hasil kerja kayu Rambozzi adalah sangat amatur. Blog Rambozzi juga adalah blog amatur. Dan logo Rambozzi sendiri secara rasminya adalah logo seorang amatur juga. Jadi, lengkaplah himpunan segala kerja² amatur di sini, hahaha.

Tapi Rambozzi suka dengan logo nie. 'Simple' dan nampak macam mahal. 'Entry²' selepas nie akan menggunakan logo nie. Ok, sambung buat 'woodworking' balik...



3 Comments